Friday, January 25, 2013

Golongan Biawak. Apakah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-01-2013

Saya menerima kata-kata “berani” ini di email saya:
 
Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
Jika (nama saya) masih lagi dibelenggu dengan golongan biawak.
Apa yang dimaksudkan dengan golongan ini?

========================
Golongan Biawak? Apakah?
========================
Mereka adalah golongan yang suka untuk:
  1. Merendahkan motivasi diri anda untuk berubah.
  2. Mengeji anda.
  3. Mencaci apa sahaja yang anda, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan benda yang baik.
Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.

Jika anda mahu berjaya, langkah terbaik adalah menjauhkan diri daripada golongan ini.
BERANI untuk BERUBAH.
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan biawak ini.

Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas meninggalkan mereka.

Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk berjaya.

Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.

(nama saya), tinggalkan golongan biawak sekarang.

Kemudian jumpa kita di puncak kejayaan.



Masa saya kecik, di kampung dulu ada seorang lelaki India selalu datang ke rumah saya setiap bulan dan merayau-rayau sekitar belakang rumah yang luas sehingga ke bendang untuk mencari biawak.

Tiap kali dia datang, kami sudah sedia maklum apa yang dia hendak cari. Jarang dia pulang dengan guni putihnya (guni baja) kosong. Mesti dia akan dapat, macamana dia dapat tangkap kami tak pernah tengok.

Berapa RM dia jual pun kami tak pernah tahu (maklum budak). Kadang-kadang saya dengar dia jual, kadang-kadang dengar mereka makan sendiri. Heeeee....!




 ~...apakah dengan menumpang-tinggal di bawah bumbung Teratak Nyatuh akan kelak dianggap penumpang parasit sedangkan yang berasingan bumbung pun selalu cuba menyebar kuman derita paling mujur pula HISYAM susah hendak diperdaya...~




31 comments:

  1. turn 360 deg - balik tempat asal
    ____________________
    Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas meninggalkan mereka.
    Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk berjaya.
    Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik tempat asal? Saya kurang faham...

      Delete
    2. Sepatutnya 180 deg kan? Totally opposite. Kalau 360, kita tak berubah apa2 pun.. Hahahahah, nice NaDin. Owh, Kak Azie, saya pun terima juga email nie. Tak sabar tunggu Ahad.

      Delete
    3. Aziela masuk kelas di Melaka ya?

      Delete
  2. Mereka nak buat kat mana seminar hujung minggu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelas di KL, esok pagi di Wisma MCA Jalan Ampang. Yang Ahad, kelas di Melaka. Kalu Bang YB nak join, sila daftar online di website.

      http://www.berani2013.com/

      Delete
  3. Tak pernah cuba minyak biawak pasir. Org kata banyak khasiatnya .... lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la biawak komodo. Lagi power...! hahahaha!

      Delete
    2. takut terlebih power pulak nanti .... wakaka

      Delete
  4. Alahaiii kesian biawak...org bt hal, biawak dapat nama. hehehe
    Apepun sy setuju, selagi kite berkawan dgn golongan yg BIAWAK ni, mmg susah nak perkembangkan bakat dan kebolehan diri kita. senang kata susah nk maju lah. Sikit2 dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang spesis biawak ni jenis menyusahkan saja...

      Delete
  5. Di kampung kakcik dulu pun ada golongan yang heret guni cari biawak tu, lebih hebat kalau musim durian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak faham apa kaitan biawak bawak pada musim durian.

      Delete
  6. tak paham jalan cerita la Azie...
    tp biawak betul tu akak faham la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pertama kali diberitahu manusia spesis biawak ni. Masih samar-samar juga pada fahaman saya. Nanti jika saya sudah difahamkan, saya akan kongsikan di sini lagi ya Kak.

      Delete
  7. yer betul kak azie!
    :)

    kena berkawan ngan org yang boleh memotivasikan diri kita ke arah yang lebih baik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah sebaliknya. Kalu nak jadi jahat, kena la berkawan dengan orang yang jahat-jahat, ye tak?

      Delete
  8. aar la kak. kwn2 ni mcm2 ragam yg ada. pandai2 la kita pilih.

    pintu tu pintu nyatoh RM750, pintu kosong jer tak termasuk kos cat, kunci dan upah pasang. sy bli kt kedai hardware jer. kalo akk nk senang, akk beli kedai yg mmg jual pintu jer, kedai camtu dh pakej sklai ngan cat, kunci dan upah pasang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeh terimakasih Syariza. Kayu nyatoh tu tahan lama tu kan? Tapi kalu siap ada corak camtuh dgn harga camtuh, boleh tahan juga mahalnya ya?

      Kalu dengan pakej pasang dan set kunci berbaloi juga la tu.

      Delete
  9. 1st time dengar ni golongan biawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita. Nanti Kak Azie dapatka more info pasal spesis ni.

      Delete
  10. kak azie.. saye pon dapat email tu.. sekarang buat bodoh je pade golongan macam tu.. dari kite ambil pendapat negatif die.. baik kite berangan kite kaye.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fifi daftar untuk kelas yang mana satu? KL atau Melaka?

      Jika KL, dapat la kita berjumpa esok!

      Delete
  11. azie...masa akak kecik2 dulu,kt hujung kg akak..aka sorg lelaki yg kejenya menangkap biawak...utk dijual pd org siam....
    kdg2 dia melapah dulu biawak tu...
    kesannya...??tak siapapun pergi kerumahnya...semua org geli geleman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalu jual ke Siam tu haruslah restoren eksotik tu agaknya.
      Memang la geli bila dikenangkan.

      Delete
  12. Tak elok perumpamaankan orang..cuba perumpamaan bula ke, langit ke,,boleh juga lebih tinggi dari PUNCAK tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti dari mana dan bagaimana perumpamaan (?) ini bermula. Nanti saya cuba cari maklumat nya yaaa...

      Delete
  13. Bagi orang-orang kampung, part haiwan liar camtu perkara biasa la. Bewak tu mustahil la orang nak buat haiwan peliharaan. Kalu iguana tu ok la jugak.

    Mak Diana tu tak takut ek?

    ReplyDelete
  14. wak terasa jugakk.., sikit tapii.., ihhiks

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails