السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-01-2013
Sempena Maulidur Rasul tempohari TV9 menayangkan sebuah drama khas bertajuk ‘Budak Flat Jalan Bayan’.
Apa yang buat saya tertarik dengan drama ini ialah:
Ceritanya tidak complicated. Kisah penduduk yang tinggal di flat murah Jalan Bayan.
Bermula dengan kisah seorang remaja Reza (Syafie Naswip) yang dibuang sekolah ketika di tingkatan 4. Jalan Bayan memang sudah terkenal dengan “black area” sejak dahulu. Setelah kematian datuknya, Reza menjadi semakin liar dan terlibat dengan kegiatan samseng curi motor.
Kepulangan Aqus (keluar dari penjara) (Namron), iaitu ayah kandung Reza membuatkan Reza lebih terluka. Reza membenci Agus yang tidak pernah memberikannya kasih sayang. Reza ingin menjadi lebih jahat dari Agus.
Agus bercadang membuka semula warung roti canai milik arwah ayahnya yang telah lama ditutup. Pelanggan lama datuknya kembali datang walaupun perniagaan Agus tidak mendapat sambutan. — nama kedai itu buat kami tergelak, sebab ‘Roti Canai Haji Jaafar’, tu kan nama arwah Ayah saya?
Warung Agus mendapat tentang dari Haji Junid (Razak Ahmad), Imam yang selalu menganggap dirinya bagus — kadang-kadang saya masih tidak faham kenapa masih ada orang-orang yang bijak agama, yang kita lihat sangat alim dan dihormati, masih lagi berlaku obses taksub dengan kelebihan mereka. Sering tidak membuka fikiran dan sering prejudis kepada anak buah setempat yang dulu melakukan kesilapan. Bekas banduan tak boleh jadi baik kah?
Rentak dan plot drama ini (saya tak tahu nak sebut sebagai apa) juga seperti gaya Yasmin Ahmad. Kisah lorong, kisah prejudis, fitnah menjadi intipati drama ini. Kehidupan orang biasa, golongan sederhana yang tidak dapat lari dari pengaruh negatif terhadap remaja di situ.
Begitulah, segelintir manusia yang tidak membuka minda mereka, cepat pula mudah memfitnah orang yang berlaku ikhlas terhadap orang lain. Seorang gadis yang menolong di gerai roti canai, kemudian dilihat demam dan muntah difitnah mengandung anak Agus. Takdak bukti pun, tapi cepat saja nak sebar berita sebegitu. Kesannya, Reza terus membenci ayahnya sedang si ayah terus cuba merebut kepercayaan anak untuk menebus kesilapan lalu.
Ada satu watak lelaki lembut dalam drama ini (lupa nama watak, pelakun saya tak kenal), yang turut memberi gambaran negatif di mata imam Haji Junid. Kononnya, lelaki lembut/pondan adalah golongan maksiat sedangkan lelaki lembut ini bekerja keras (bisnes pakej perkahwinan) untuk membiayai adiknya yang sakit leukemia.
Ironinya, anak imam Haji Junid itu sendiri yang lebih terjebak dari remaja yang sering dihina dan disinisnya. Betul kata orang, iman tidak boleh diwarisi. Anak gadisnya yang konon sudah dididik mulia budi pekerti, keluar dari rumah elok berjubah dan bertudung, tapi bila jauh dari mata keluarga, jadi liar terbang semua tudung jubah...!
Hubungan Reza dan Agus mulai jernih selepas Agus menyelamatkannya dari dipukul oleh sekumpulan Mat Rempit dan sejak itu, Agus melihat kesungguhan Reza untuk berubah menjadi baik. Warung itu simbol kepada penghijrahan mereka.
Saya melihat keseluruhan drama arahan Azma Aizal Yusoff kali ini, seperti melihat sebuah drama arwah Yasmin Ahmad. Saya tidak tahu bagaimana orang lain ‘melihat’ tetapi saya melihat begitu. Kebetulan ada pelakun Sharifah Aryana. Adik Sharifah Amani ni saya lihat sebelum ini hanya berlakun dengan produksi Yasmin Ahmad saja.
Ada satu lagi drama arahan Azma Aizal Yusoff yang best saya sedang tengok. Siri drama Debunga Lalang yang disiarkan di TV3 setiap petang Isnin–Khamis. Ni pun drama yang sangat best dan bermesej wajar dijadikan tauladan.
Nanti saya tulis tentang drama itu ya.
~...kedai Pak Seman yang strategik bukan saja pernah melihat SERI BULAN terkepong oleh rasa bersalah atas sebuah fitnah tetapi itu tidak pernah menjadi sama rasa terhimpit bila HISYAM bagai percaya pula dia mula menerima surat lain di bawah tempurung di hujung ampaian...~
AA
ReplyDeleteSejak dua menjak you gantung new entry cam peluru berpandu. I baru nak baca sambal sotong chef dari Ampang tu, tau2 dah ada entry laaagi baru :-)
I follow Debunga Lalang.. grrrrr aje! I suka yg act jadi menantu makcik garang tu. Liputan drama BFJBayan yg you buat tu mmg superb. Nyesal pulak sbb I pilih untuk tidak menontonnya smlm.
CIK SOM @ THOM... I kan dah jadi suri rumah yang kunun-kunun ada masa lebih skang nih. Tu yang pulun sakan-sakan. Walau macam peluru berpandu, belum lagi ada yang kena tembak. Hahahaha... Takpa pelan-pelan kayuh.
DeleteYang act menantu makcik garang? Yang mana eh? Ungku Aziz menantu kesayangan atau Zul suami Aisyah menantu yang dibenci?
jarang menonton drama ni..
ReplyDeleteBukan semua drama Melayu itu best, begitu juga masih ada drama Melayu yang seronok dan menarik untuk ditonton.
DeleteLjunya ber n3 akak ni....bru je bca smbl sotong tdi....ni dah kuar lain....
ReplyDeleteDrama ni sy tgk kak....ada partbyg leleh gak la air mata....pelakun best...drama bermesej.....suka tgk...ha'ah kan...nmpk mcm ada unsur pengarahan arwah yasmin kat drama ni....
Kaaannn? macam ala-ala drama Yasmin Ahmad.
Deleteohh.. best ulasan drama:)) saya x sempat tgk TV, kalau tgk pun kartun je laa... sbb anak hehe. pasni follow kt sini je la.
ReplyDeletewww.hafizahsamsudin.com
Salam kenal, sila mausk. Terimakasih.
DeleteBegitulah kalu ada anak kecik, kompom kita pun tengok kartun. Kak Azie pun tengok jugak katun katun yang ada...
Salam..
ReplyDeleteAde tengok jugak haritu cite ni..betul la budak perempuan yang pakai tudung tu orkid (cite Mukhsin dlu kan)..
selalunye cite arahan azma aizal tu best,..lain dari yang lain..
Betul. Itulah Syarifah Aryana, yang jadi Orkid dalam filem Mukhsin dulu.
DeleteSetakat ini saya baru nampak 2 drama arahan Azma Aizal ni.. dua-dua pun best!
Thanks Sharing kak..menarik cite ni, cuma sy kena tgk youtube ni. hehehehe
ReplyDeleteCerita sebegini memang menarik kerana ada mesej dan tauladan di mana kita tidak adil untuk menghukum seseorang itu berterusan setelah seseorang itu telah bertaubat...
Deletebayak pengajaran boleh dapat dari cerita ni
ReplyDeleteantaranya... jangan cepat menyebar fitnah atau berprasangka buruk dengan hanya melihat dari luaran semata.
Deletetq for sharing,...mesej moral pun banyak..
ReplyDeleteSama-sama. Ada banyak drama kita mempunyai mesej moral yang baik....
Deletesaya jarang sangat menonton drama melayu tapi kalau akak dah kata best pada drama Debunga Lalang, haruslah lepas ni saya gigih nak tengok pulak.
ReplyDeleteDebunga Lalang tu dah masuk episod 14 kalu tak silap. Tak ramai yg berpeluang tengok sebab disiarkan waktu siang Isnin–Khamis, jam 4 petang.
DeleteJika ada peluang, boleh tonton. Memang best.!
Jenguk sini plak.... Huda xtau mcmna nak buang....
ReplyDeleteWV ker? Nanti Kak Azie ajar ya...
Deletepenuh penjaran dan tauladan kisahnya kak yer..saya jarang tengok tv kak..
ReplyDeleteKak Azie ni sebab dah tak keja, apa lagi memang tv jer la kawan kat rumah.
Deletewawawawa tak tgk...petang2 lagi tak tengok...kejeee
ReplyDeleteDrama yang petang tu memang takda peluang la, kan?
DeleteSeronok baca ulasan akak...baca pun saya terus teruja nak tengok, tapi jawabnya kena tengok online la ni(saya memang minat drama ala ala Yasmin Ahmad ni)
ReplyDeleteNampaknya kena la cari di online. Sudah ada ya?
Delete