Monday, January 21, 2013

WV di ruang komen: Memang kita bukan robot, kan PakNgah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-01-2013


Blogger Pakngah HAMZAH al-Lavendari telah menulis tentang “word verification” ni. Memang ramai yang bersetuju dengan entri tersebut. > RAHSIA BLOG TIDAK POPULAR TERBONGKAR!

Saya sendiri sudah lama sedar hal ini. Memang sedikit tension bila jumpa WV ni sebab kita kena tiru balik perkataan dan nombor yang pelik-pelik.


Sapa tahu untuk apa WV ini? Untuk pengesahan yang kita bukan robot? Betulkah itu sebabnya? Apa kaitan dengan robot? Saya memang tak faham...

Yang pasti saya pernah tegur 2 blogger yang menggunakan WV di ruang komen mereka. Sebab, memang susah nak lepas komen jika kita tersilap taip WV, maklum yang diberi selalunya susah nak teka mana ‘l’ (ell) mana ‘1’ (satu). Kalu dah 2,3 kali dok silap, pangkah ler jawabnya.

Saya juga nak sebut, ada satu blog yang saya sering masuk baca. Memang dia guna WV sejak dulu. Dia memang kerap update blog, lebih kerap dari saya (yang kebelakangan ni agak kerap juga). TETAPI pengomen blog dia paling kerap adalah saya. Sebab saya gigih juga nak komen. Jarang saya nak jumpa 2 orang pengomen. Selalunya saya sorang jer lah. Entri-entri dia best sebab dia orang akademik, selalu berjalan merata, melancung ke luar negara pun selalu. Tapi sayang, tak ramai orang nak komen lalu blog menjadi TIDAK mesra alam. Mungkin beliau mahu gaya begitu, siapa tahu...

Terpulang gaya masing-masing.



~...tanpa perlu mengenal mana mata sepet mana hidung pesek, HISYAM sudah cukup dikenali dari hujung laman lagi dengan hanya SERI BULAN perlu mengintai dari balik kain tutup tingkap...~








16 comments:

  1. ada org yg mmg tak perasan tentang isu WV ni di blog mereka...sebab kita tak pernah nak komen kat blog sendiri kan...;) So, ada baiknya juga kita beritahu mereka tentang isu ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benar. Ada blogger tidak sedar. Hari tu Kak Azie dah beritahu pada Haliza (EJA). Dan dia sudah tukar setting.

      Delete
    2. yeah betoi...

      tegur hari ni esok tu dah tukaq dah.. efisyen kan? efisyen kan??

      efisyennnn sangatttt... :P

      Delete
    3. Ramai blogger yg tak tahu WV tu wujud di blog mereka. Dan mereka pun tak tahu mcmana nak buang benda tu .... huhu

      Delete
  2. Salam AA,

    Auntie pula terus tutup kotak komen dua hari sudah,
    Ishhh...rasa lega pun ada tapi rindu kat kawan2 yang rajin tinggalkan komen.

    Apa2 lah labu, labi akan terus menulis..InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auntie boleh memilih untuk ‘filter’ komen. Gunakan setting yang perlu pelepasan dari author sebelum dipublish. Auntie boleh lepaskan komen yang sesuai sahaja. Terpulang...

      Delete
  3. saya pun bukan robot..jenuh bukak mata kalau ada yg kena word verification..tapi kalau entry best terpaksa gigih jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ketika WV tu mudah dan sekali taip saja sudah lepas, tapi kalu nasib tak baik.. ahaa memang betul. Jenoh nak jegil mata.

      Delete
  4. Setuju..
    Jika kita robot, kita tak teringin lansung nak
    Baca blog...
    Tentu kita bizi buat kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik saya soh robot saya masak utk saya, basuh baju, mop lantai sidai kain, cuci tandas... bla bla bla

      hahaha

      Delete
  5. wv yg mmg agak menyusahkan buat orang rabun macam kak rose ni... juling mata nak ikut, sudahnya mmg lalu je la....

    ReplyDelete
  6. Aina mula2 berblogging kena tegur tapi itulah pelajaran buat kita. Kadang2 tak perasan benda tu ada pasai kita tak komen kat blog sendiri. Lupa dah sapa yg tegur dulu...heheeee...

    ReplyDelete
  7. akak sekali cuba..kalau salah...terus bye2 hehe...dah tua2 ni rabun sikit..
    kdg2 nak tegur,takut tuan punya blog terasa ati pulak..nak pandai2 ajar dia...

    ReplyDelete
  8. betol..sy pun akan fedup bila kena kena isi WV tu..bosan ya amat

    ReplyDelete
  9. saye pon tak suke WV..kalau time nak rushing.. memang saye tak komen.. soory org yang pasang WV..

    ReplyDelete
  10. Kadang2 dua tiga kali terai baru lepad

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails