Thursday, February 7, 2013

Belasungkawa AZLI PAAT: kerana dia, kami bertemu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-02-2013


Lanjutan dari menerima berita pemergian pakar IT, En AZLI PAAT, (boleh rujuk entri saya sebelum ini) saya menyertai beberapa orang sahabat KLFM, pergi menziarah di rumah arwah di Bukit Segambut malam tadi.


Ambulan sudah tesedia. Jenazah sedang dibawa masuk untuk dibawa ke Hospital Selayang untuk post-mortem dan urusan prosedur selanjutnya.

Menurut seorang jurucakap keluarga, sebaik sahaja urusan tersebut selesai, jenazah akan dibawa ke kampung kelahiran arwah, Kg Pedada Kuning, Peserai, Batu Pahat.


Anak kedua arwah, Naim, berucap pendek di hadapan tetamu yang hadir malam tadi. Mengucapkan terimakasih serta memohon sesiapa yang mengenali arwah, memaafkan dan menghalalkan apa jua kesilapan arwah sepanjang mengenali. Naim juga menyebut andai ada sesiapa yang mempunyai urusan yang belum selesai atau ada arwah berhutang, berhubung dengannya untuk diuruskan. Naim memberikan no hp nya untuk dihubungi, tapi saya tak salin. Bagi saya, kita yang lebih terhutang budi kepada arwah kerana penglibatan beliau dalam IT dan interaksi orang awam.


Beberapa orang sahabat KLFM yang saya kenali juga ramai yang kelihatan malam tadi. Kami sudah saling mengenali sejak menjadi ahli komuniti sahabat KLFM bermula tahun 2003 (or 2004?).

Saya sendiri mendaftar dan mendapat nombor 1868 dan keahlian bertambah sehingga ratusan ribu pendaftar.

En AZLI merupakan orang yang memperkenalkan sistem interaksi mudah melalui kod nombor 32728 (DAPAT mengikut keyboard hp). Kita berinteraksi sesama ahli dan juga dengan beberapa organisasi begitu mudah.

Saya sendiri mula aktif berinteraksi di laman Kampung MMS KLFM kali pertama ialah pada 01-10-2005 (saya berhenti menghantar MMS ketika jumlah MMS saya mencapai angka ahli saya 1868). Banyak sekali program berlangsung pada zaman itu dan arwah sendiri selalu hadir dalam banyak program tersebut dengan penuh merendah diri.

Ramai juga yang mungkin ingat, arwah juga yang memperkenalkan RakanCop di mana melalui sistem DAPAT, maklumat jenayah dapat sampai kepada pihak polis dengan lebih mudah dan cepat.

Dua orang sahabat bercakap ayat yang sama malam tadi, "Kerana beliau lah kita bertemu..."

Bertemu bermaksud, kami bersahabat secara ikhlas dan telus dan turut melibatkan keluarga masing-masing, menjadi kenalan bertahun-tahun lamanya. Saling menyokong, saling memeriahkan dan seharusnya kami berterimakasih dan terhutang budi kepada arwah AZLI.

Selain dari itu, ada banyak lagi sumbangan beliau dalam bidang IT untuk negara kita hingga menerima beberapa anugerah. Kita bangga mempunyai seorang pakar IT muda, berbangsa Melayu dan beragama Islam dan kehilangan beliau merupakan kehilangan yang besar.

Semoga segala jasanya mendapat ganjaran yang setimpal dan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Aamiin.




 ~...kenal kali pertama bukan untuk terus memaling muka hanya kerana tidak seperti impian tetapi membenci seseorang sehingga menjadi igauan itu suatu perkara terburuk yang akan terjadi...~




28 comments:

  1. Alfatihah untuk beliau. Muda lagi dia kan tapi soal ajal semua atas kuasa Tuhan. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Orang Peserai Batu Pahat je dia rupanya...

    ReplyDelete
  2. terasa sayang pemergian beliau yg dikira masih muda lagi tp ajal maut tak kira muda atau tua..terlalu besar jasa Allahyarham kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Alfatihah... Di doakan semoga arwah berada di kalangan orang2 yang beriman. Peginya meninggal banyak kenangan buat sahabat2 arwah.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan Kak Azie. Kita yang lebih banyak terhutang budi dengan beliau. Saya sangat sedih.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.. byk sungguh jasa beliau dalam menjalinkan silaturahim sesam ahli.. semoga arwha tenang di sana..

    *Kak azie..
    utk cendawan dlm sos tu saya guna cendawan dalam tin aje..

    ReplyDelete
  6. Perginya ketika usia belum 50 tahun (baru 46 tahun) buat seorang lelaki kira masih muda. Betul banyak jasa beliau pada rakyat M'sia khususnya.

    Moga beliau ditempatkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  7. semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...al fatihah.

    ReplyDelete
  8. Sebak saya baca entri ni. Tak mampu nak komen banyak kecuali Allah lebih sayangkan arwah Azli.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  9. Assalam...semoga Allah mencucuri rahmatNYA...dibebaskan daripada azab kubur, dipermudahkan hisabnya dan mudah laluannya di atas sirat...menuju syurga yang kekal abadi...sungguh sebak...semoga keluarga arwah dan kita semua dapat menerima takdir Ilahi ini...

    ReplyDelete
  10. salam,
    Al Fatihah.
    Semalam baru cerita pasal dia kat suami, .dan tgk gambarnya di kulit majalh!

    ReplyDelete
  11. Subhanallah.. besar sungguh jasa arwah. Hanya Allah SWT sahaja yg dapat membalas segala kebaikan arwah, Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  12. al fatihah.. mudahan Allah permudahkan urusannya di'sana'..

    aminn..

    ReplyDelete
  13. tAKZIAH UNTUK KAWAN2 DAN KELUARGA ARWAH..
    MUDA LAGI ORANG NYA..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Azie

    Al Fatihah

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah dan takziah buat keluarga yang ditinggalkan.... sekampung dengan kak rose rupanya.

    Ingat dulu Radio Ibukota yg warwarkan DAPAT ni kan... ke KLFM?

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah untuk arwah. Dia orang kampung saya. Banyak jasanya kepada kita semua. Dia juga mengenali mak saya yang juga baru pergi sebulan lalu. Mereka bersemadi di tempat yang sama :`(

    ReplyDelete
  17. Alfatihah. Dpt tahu ni pun dari blog cupkekasih

    ReplyDelete
  18. acu pertama kali bersua muka dengan arwah
    masa dia menjadi salah seorang presenter di seminar yg kami anjurkan di Kelantan awal tahun lepas.
    agak terkejut bila dapat berita malam tadi dia dah meninggal.

    Al fatihah & salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  19. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Betul tu kak zie dia banyak memberi inspirasi dan pengetahuan kepada ramai orang sebelum ni. Takziah kepada semua ahli keluarga arwah.

    ReplyDelete
  20. Al Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama2 org beriman..

    ReplyDelete
  21. alFAtihah.
    semoga rohnya tergolong dlm org2 yg beriman.

    ReplyDelete
  22. al fatihah...kehilangan besar bagi dunia IT :'(

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails