Wednesday, February 6, 2013

Pakar IT DAPAT Vista, En AZLI PAAT meninggal dunia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013


Berita diterima kira-kira jam 9.00 malam tadi. Meninggal di rumahnya di Segambut.



Mengenali arwah sejak zaman Radio KLfm, memulakan laman web utk para pendengar berchatting. DAPAT, idea dari arwah memperkenalkan pula laman web interaksi untuk pendengar bergabung di bawah satu komuniti. Selepas bertukar nama kepada KLfm, DAPAT Vista banyak bekerjasama merapatkan hubungan pendengar dan penyiar.

Paling berkesan adalah laman web Kampung MMS yang sangat popular, mampu mengumpul ahli pendengar Sahabat KLFM sehingga puluhan ribu pendaftar. Masa itu Facebook pun tak wujud lagi, dan itulah ‘facebook’ kami. Bermesra dan komen-mengomen di Kampung MMS.



Saya sendiri ada beberapa siri kenangan program dengan arwah.


Semasa seminar IT di PD, 2010. Lama tak jumpa, dan ini menjadi pertemuan akhir kami.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNYA.




 ~...mati itu pasti, hidup InsyaAllah...~




23 comments:

  1. Ada berita sebab kematian? Berkenalan dengan arwah masa office dia selang 2-3 pintu dengan gila-gila kat bangsar utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan yang menelefon ke rumah utk kepastian, anak arwah beritahu, puncanya demam. Selebihnya... wallahualam.

      Delete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiuunn...alfateha untuk arwah..

    dulu2 masa lom sibuk selalu dgr tutorial dia ttg komputer kat radio... moga diberi rahmat dari segala amal jariahnya...

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah...sentiasa terngiang2 suara Arwah di KLFM...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah...sentiasa terngiang2 suara Arwah di KLFM...

    ReplyDelete
  5. Innalillahi wa innailaihi roji'uuun... Semoga dia damai di sana bersama ara kekasihNya... Al Fatihah

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah untuk Roh Sdr Azli....banyak belajar darinya ilmu IT di RMKL (KLFM) semoga rohnya bersama orang yg soleh.

    ReplyDelete
  7. Satu kehilangan besar pada dunia ICT negara. Banyak ilmu yg dikongsikan dgn begitu ramai org terutama pendengar2 radio. Baru dua hari lepas saya dengar arwah di Radio 24.

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. Masih segar komen arwah tentang ICT dalm radio klasik - Nizam

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah,


    Kenangan bermula semasa DAPAT di lancarkan dan dapat no ahli 92. Cerita Acheh bersama SeriWAngi dan YobLabon macamna susahnya Allahyarham berusaha untuk join bantuan ke Acheh semasa selepas
    Tsunami 2006 dulu.
    Kali terakhir bercakap dengan selepas Allahyarham dapat anugerah APICTA 2 bulan lepas.
    Malam ini terkejut dengan pemergian usahawan, sukrelawan, dermawan dan pelbagai khidmatnya secara terang atau disebalik tabir.
    Moga Allah cucuri rahmat ketas rohnya dan memberikan ganjaran yang setimpal dengan segala usaha-usahanya itu.
    Wallahuaklam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berjumpa Yob Labun dan beberapa orang Kerabat Yoep malam tadi di rumah arwah.

      Delete
  10. al-fatihah buat arwah. Meninggal sakit apa kak? saya selalu tgk arwah di MHI..ni pun ada dikongsikan kisah beliau di MHI pagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut anaknya, arwah demam panas sudah 2 hari.

      Delete
  11. Innalillah ...
    Baru minggu lepas aruah jadi tetamu rancangan MHI..

    ReplyDelete
  12. Baru tahu melalui kosmo..
    Suamii akak cukup memibati beliau dan sering mengikuti rancangan beliau di bernama 24 setiap pagi... Masih terkejut bila akak bgtau pgtd...

    ReplyDelete
  13. Ye la..pagi td pun terkejut sangat,dgr arwah meninggal disbbkan demam panas..Takziah pd keluarga arwah En Azli...satu kehilangan besar dlm dunia ICT. Semuga rohnya dicucuri rahmat..Amin...

    ReplyDelete
  14. Al-Fatihah untuk beliau. Saya sangat2 terkejut dengan berita ini. Pertemuan pertama kami lebih kurang 15 tahun lepas. Sempat makan bersama. Tapi bila beliau join stesyen radio kami, saya belum sempat bertemu.

    ReplyDelete
  15. takziah buat ahli keluarga arwah..

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah. Beliau seorang tidak lokek untuk berkongsi ilmu ICT dan sentiasa berfikiran positif untuk membantu mendapatkan jawapan terhadap setiap soaln ICT yang dikemukakan, tanpa rasa jemu. Saya peminat setia Radio 24 setiap pagi Isnin-Jumaat semasa dalam perjalanan ke pejabat. Terasa sangat kehilangannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba akses ke profile anda, tapi tak berjaya. Mohon hubungi saya kerana saya ingin bertanya pendapat anda tentang sesuatu perkara. Email : aziela.adam@gmail.com Terima kasih.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails