السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
27-03-2013
Di tempat keja saya, ada 2 orang staf istimewa. Kurang upaya. Sorang pompuan muda (bujang), bertongkat (kadang-kadang berkerusi roda). Sejak kecil kakinya ada masalah, tapi dia mampu memandu keta besar ke tempat keja.
Sorang lagi lelaki. Agak berumur. Berumur la, sebab dia lebih tua dari saya yang memang dah berumur nih. Dia cacat pendengaran. Pakai alat di telinga. Kadang dia dengar, kadang tidak. Saya pernah 2,3 kali berurusan dengan dia, tu pun ada kawan tolong jadi orang tengah.
Dalam soal kerja, saya yakin mereka mampu dan berjaya, sebab depa dah level senior.
Cuma... saya perasan, DIULANG, saya perasan yang pakcik tu selalu renung saya. Tak suka nyerrrr...
Kadang-kadang bila saya lintas ke pantry, dia pandang. Saya bangun jer dia jenguk dan pandang. Dia kenal saya ker? Sekali dua bila bertembung mata, saya ingat dia akan senyum. Tak jugak.
Time lunch lagi laaa... kami makan di ruang makan ramai-ramai. So pakcik ni pun ada sekali. Hati ‘jahat’ saya kadang-kadang rasa macam pakcik ni sengaja jer nak duduk mengadap saya. Sekali suap, sekali pandang saya. Uishhh... awat la pakcik nih? Dia blogger ker? Dok stalk blog saya ker? > takdak ingat lain, bajet femes sangat.
Takpa, banyak masa lagi saya nak siasat. Ehhh orang tua pun saya nak kena siasat ker? Macam takda keja lain. Kensel lahh!
Saya segan nak tegur, apalagi nak tanya. Buatnya dia kata, “Pakcik memang macam ni, suka tengok orang.” Haa? apa saya nak jawab nanti? Maluuuu....!
atau, mana tahu dia akan bagi jawapan maut:
“Abang memang suka tengok pompuan lawak macam awak!” Haaa, abang!? Pengsan la saya.
Yang pasti, saya sangat-sangat segan jika situasi ni disedari orang lain. Adehhh...!
Korang jangan citer kat orang lain tau. Cissss...!
“Kawan, jangan la tengok saya.”
*Langkawi, 2010.
~...HISYAM menunjuk muka cemberut yang mengkut sejak selesai kenduri di baruh tempohari kerana terjemuh SERI BULAN ditegur-sapa-mesra oleh dua tiga orang pemuda dari Persatuan Belia dan teguran berbalas dalam senda juga lalu Mak Utih dan Pak Utih jenuh pula memikir bagaimana hendak menjernihkan wajah keruh itu...~
Boleh pandang-pandang
ReplyDeleteJangan pegang-pegang
jangan renung-renung..lama-lama
kang kena pelempangggg...
Uishhhh Kamsiah. Tak berani saya nak lempang lempang orang nih. Kang masuk sokabar Metro muka depan!
DeleteTiba2 kakcik nak jadi penyibuk... apakah kisah selanjutnya... Misteri nih! hehehe
ReplyDeleteHehehehe... ntah la. Macam takda lanjutan jer.. Takpa, nanti saya pantau pakcik tu cemana gayanya pulak.
Deleteoh nooooo ;-)
ReplyDeleteOh yessss...!
Deletekiki.. yg last tuh tak menahan.. :)
ReplyDeleteKena la tahan kan jugak... hahahaha
DeleteKak..org mcmni kadang2 dia nk berkawan dgn kita tapi dia segan, bila dh tegur jadi ramah lah pulak nnti. hehe
ReplyDeleteDengan ketuaan dia, dan sedikit tidak mendengar, sukar juga dia nak jadi peramah.. Saya dah kompom la peramah terlebih!
Deletesalam....ha ha ha....pakcik itu sangat berselera orangnya
ReplyDeleteSelera yang salah tu Bang... hikhikhik
Deletemadam azie... hahaha
ReplyDeleteHeh heh heh....!
Deletesalam k.azie..
ReplyDeletekena siasat tu kak.. jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. he..he..
Bab-bab kena selubung ni yang suspens nih...
Deletesiasait lah , menarik plak edisi siasat ni..rasa curious nak taw nape ye pakcik :)
ReplyDeleteNak kena pakai kot, bawak buku nota, pen dan pakai spek hitam. Baru boleh jadi mata-mata gelap. Hehehehe
Deletesiasat jangan tak siasat..mana tau rupa2nya ada kena mengena...sebab tu dia dok perati jer. :D
ReplyDeleteYa la kan? Mana la tahu kot dia ada kaitan di mana-mana dengan saya pulak, kan? uishhh tak baik saya dok prasangka jer.
DeleteHehehe...awak memang kelakarlah. Salam kenal Aziea.
ReplyDeleteUikk? Saya tak buat lawak pun. hehehe
DeleteSalam kenal sila masuk, terimakasih.
Mana tau kot dia teringat kat anak dia ka yg kebetulan muka macam AA..kan?
ReplyDeleteEk eleh si Hisyam tu, makan hati dia ja dia ingat, yg dulu dia dok beramah mesra dengan anak dara pak imam tu sampai Seri Bulan makan hati, camana pulaks? Ok emo lebih pulak saya ni.
Anak? Uishh Dineh... cheq ni tak muda la nak kira anak. Kot dia nak kira bekas awek, orait la jugak. Hahahaha perasan lagi!
Delete*Ehhh jangan la marahkan HISYAM tu. Orang jantan memang camtuh. Apatah lagi, lelaki yang menjadi rebutan macam tu. Heeeeeee
Hahahaha...lawaklah AA, dia suka kat ko la AA....miahahaha.. Hati2 di jalanraya..hahaha
ReplyDeleteKalu kes camni, saya memang kena hati-hati di tangga juga. Hihihihi
DeleteHehehehe Lawak ler akak... dia teringin nak join berlawak dengan akak tu kut. Mana lah tahu boleh duet masuk Raja Lawak musim akan datang ;)
ReplyDeleteHahahaa masuk Raja Lawak? Mau kalah semua peserta lain nanti. Wakakaka!
Deletesaya lega lepas kahwin dah takde yang kacau2 lagi... status "bini orang" menyelamatkan saya.
ReplyDeleteBetul. Sebab tu, bagi yang dah layak kahwin memang disarankan cepat-cepat kahwin. Mengelak fitnah dan sebagainya la.
DeleteKadang2 mmg ada lelaki yg macam tu. Diorang ikut sedap tekak sendiri jer. Ada 2 cara, kalau boleh avoid lebih bagus. Kalau tak, terpaksalah ramah2 tanya secara berlapik. Tapi pengalaman saya, part cara ke-2 tu menyebabkan saya trauma.
ReplyDeleteSebenarnya, saya taknak la sampai nak syak yang buruk pula pada Pakcik tu. Tengoklah nanti macamana, saya boleh jer ignore pakcik tu dan buat bodo.
Deletebahaya bahaya...
ReplyDeletemarabahaya...
Kalu bahaya yang mara datang, kena la bersiap sedia dengan pendinding, kan?
Deletetakut dan rasa tak selesa kan kak... bila org pandang2 tenung2 kita....
ReplyDeleteBetul, rasa suspens dan seriau tak ketahwan. Tertanya-tanya, tapi tak tau apa.
DeletePerasan atau teringat pada seseorang.
ReplyDeleteMungkin boleh azie cuba tegur untuk perkenalan.
Kalu nak kira kenal, memang kami dah kenal. Dah tahu nama pun. Cuma tak pernah sembang-sembang. Urusan kerja pun baru sekali dua.
DeleteMungkin peminat!, :)
ReplyDeleteMinat atas sebab apa pun tak tahu. Uishhh seriau nih...
DeleteEerr elehh TaK LUAK PUN haus jauh sekalii..hihikk
ReplyDeleteMemang la tak luak bang, tapi saya yang rasa muak!
DeleteKena selongkar habis-habisan nihhh.. hahahaha
ReplyDeletejangan2 syok ngan Kak Azie x? Baik akak hati-hati. Kalau saya mau rasa cam nak baling telur busuk aje orang tenung-tenung macam tu.. *statement keji* hehehe
ReplyDeleteNtah la Nurul. Susah nak kata. Nampak dia biasa jer. Takda ciri-ciri boya pun. Hehehehe
Delete