Friday, May 10, 2013

Semasa kami sarapan berjemaah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
10-05-2013


Saya plan nak tayang-tayang or menunjuk lauk bekal saya siang tadi. Sambal Sotong + Petai. Tapi terlupa nak snap.

Masa saya sebut nak masak Sambal Sotong Petai, ada kawan sekerja saya warning, jangan makan petai kat ofis ni. Saya faham, tapi saya tak kisah pun. Saya masak jugak! Hahahaha...!

Pastu, masak saya re-heat kat microwave di pantry, semerbak bau sambal tumis sotong tu. Lalu... orang yang warning saya tu la yang pertama sekali mengendeng nakkan petai tuh! Hahahaha... saya menyimpan gelak dalam hati dan sengih di sebalik tudung.

Kalu dah lidah Melayu.

Saya nak citer pasal Chicken Cabonara di bawah ni. Sebenarnya fettuchini tu lebihan hari tu. Kuahnya saya masak yang baru, stok memang sentiasa ada.


Tu pinggan saya. Dalam bekas kecil tu, untuk yang tak segan mengendeng. (Ramai yang tengok dari jauh tapi malu nak mengendeng).

Rupanya, ramai yang tak pernah dengar, apalagi pernah makan benda yang ‘pelik’ (kata depa) macam ni. Pernah sekali saya makan Salad Macaroni + Epal, secara sorok-sorok sebab malu nak tunjuk. Rupanya, ramai yang tak tahu. Alamak... bila ada yang nak cuba rasa-rasa, saya plak yang segan sebab saya buat untuk perut saya jer.

Saya bukan pandai memasak, tapi saya suka masak dan suka nak cuba. Pernah sekali saya citer saya buat Murtabak Megi, ada plak yang mintak tuliskan resipi. Depa nak try sendiri. Seronok pula bila sembang borak kami semasa sarapan pagi beramai-ramai tu berkisah pasal menu dan bertukar cerita pasal masak-masak.

Itu jauh lebih baik dari duduk dalam grup tertentu, sembang pasal orang itu, sindir orang ini. Politik itu ini, parti itu ini... malah lebih dahsyat lagi, berani kutuk tempat cari makan sendiri.  Telinga saya ada aerial panjang, tapi  sori to say saya tak minat nak pot.

Okeh... saya sedang masak Gulai Daging untuk digandingkan dengan Nasi Himpit sebagai bekal sarapan saya esok.




 ~...semasa SERI BULAN belajar menumis rempah kerutup yang bunyinya macam telinga bagai hendak meletup tanpa sedar minyak panas terpercik ke pundak hidung Mak Utih gelabah hampir rebah kerana kasih sayang tidak terbilang terhadap anak teruna kesayangannya tetapi HISYAM hanya tersengih sedang SERI BULAN sudah sebek hampir menangis...~




8 comments:

  1. Hari ni kat FB saya seorang teman berkata, orang yang suka up load gambar makanan adalah orang yang sakit mental. Saya jawab sya suka up load juga tapi tak sakit mental punnnn. Moral of the story..jangan tayang gambar makanan kalau tak nak buat perut orang lain rasa lapar...ahaks. By the way Azie..pas pas le resepi yang you buat tu..boleh juga kita ' menerai'.

    ReplyDelete
  2. Rajin masak..xkisahla..utk perut sendiri jnji kenyang kan..hihi

    ReplyDelete
  3. Hi Azieazah, ada planning for sarapan? Ha ha.
    Ya la, kalau selalu pun makan nasi lemak jelak, kan?
    Ayam Cabonara? Waaa, ni ta'pernah dengar ke makan. Mesti sedap best tu! Jilat jari.

    Ok, nak nanti your gulai daging pulak. And nasi himpit.
    Saya bawak tujuh biji durian datang rumag pagi, ada chance dapat jemput makan ni? Ha ha ha.
    Oh ya, bila you buat ayam percik ke ikan percik, or nasi dagang, send me telegram....
    Saya datang.
    Have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UNCLEEEEEEE....!!! cemana boleh sebut nasik himpit dengan gulai?? Saya memang masak tu pagi ni. Kebetulan la pulak!

      Delete
  4. Dalam fesbuk kecoh pasal post gambar makanan ada masalah mental.. emm.. yg buat artikel tu dengki lettew..
    Tapi saya suka tgk gambar makanan, apatah lagi kalau dapat makan.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. assalam kak azie...dil pun suka bawa bekal2 ni..sebab rasa seronok kalo dapat makan ramai2 tapi tulah x semua orang suka berkongsi....huhuhu....dil suka makan2....kalau tengok gambar makanan dah terliur...hihi..:-)

    ReplyDelete
  6. ya..betul sekali...masak memasak ni tak terbatas pada bahan2 yg digunakan..lain org,lain asal tempat..lain pulak cara dan bahannya
    pernah dgr/makan terung percik..?hehe..ala2 ayam percik ..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails