Saturday, August 17, 2013

Anugerah Lawak Warna 2013 — keputusan penuh & drama sebak...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
16-08-2013


Gigih update sambil tonton.



KATEGORI TERBAIK

1. FILEM KOMEDI TERBAIK
Istanbul Aku Datang — memang dari filem ni, Lisa Surihani comel..!

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
Zizan (Hantu Kapcai) — menang jugak dia... dia ucap “Jozan, anugerah untuk kita.”

Masa sampaikan anugerah ni, gandingan Afdlin dan Lisa Surihani sangat comel...! 

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) — dia sendiri terbeliak mata macam tak percaya, sebab dia bukan pelawak. Well... filem ni komedi kan?

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi) — memang wajar lah orang lama dan gigih ni menang...

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV) — haaa? sejak bila dia pandai melawak? Berbakat versatile, rezeki dia...

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
Maharaja Lawak Mega 2012

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK
Keluarga Iskandar — kami sekeluarga pun memang suka sangat siri keluarga yang santai ini.

8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
Oh! My English

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
Warna Raya 2012

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Istanbul Aku Datang — Rafidah Abdullah (budak ni dulu pengacara 3R jer..!)

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
7 Dulang Asam Pedas

12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)

13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
Rock oo (Mamat Khalid) — ramai kata, filem ni best dan kelakar. Kami tak sempat lagi nak beli.

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)


15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)

Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)


Komen lain yang saya nak ulas:
ABON berpantun:

Dua tiga kucing berlari,
Berlari lari tersandar kerusi,
Rancangan lawak dah banyak kat tv,
Cuma OSBON jer yang belum ada lagi.

Pedas...!  Saya pernah tulis entri tentang isu ABON ini > entriIni saja program yang saya ada



KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
Jep Sepah — tak sangka kan? Tapi sebetulnya, dia memang best...!! Saya rasa rancangan Betul Ker Bohong tu pun banyak membantu populariti JEP nih. Dia kuat merapu...!

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
Didie Alias — anak lelaki dia sama fakulti dengan IKA di SI. Apa kaitan ntah? Hahahaha!
 
3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR

Sketsa JoHaRa — kena la dengar segmen depa ni pasnih...!

4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR
matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin — ramai yang mahu mamat YouTube ni menang. Sebab kelakar. (Luthfi dah grad belajar ya? tapi dok sambung belajar di Australia)

5. ANUGERAH KHAS JURI
Othman Hafsham — ramai orang dah tak ingat dia, tapi dia cukup top suatu ketika dulu melalui filem komedi meletop ‘Adik Manja’ dan siri komedi ‘Flat Sri Wangi’.

Scene yang seronok ditonton > Johan jumpa Zizan jer, mesti peluk mesra cam adik-beradik!


Scene menyampah .> time Azwan Ali & Ifa Raziah muncul menyampaikan anugerah.

Persembahan pelakun Rock-ooo (Q Haidar, Khir Rahman) sangat cool...! bergayut macam pontianak dah aku tengok!

Pengacaraan? hmmm so-so jer lah. Tiada yang luar biasa. Lawak biasa, muka pun dah biasa tengok. Dato’ AC Mizal memang sejak dulu dengan gaya “menjerit-jerit” dia. Nealoofa boleh la tahan. 

Paling tak tahan, sebak time anugerah khas juri untuk arwah S. Shamsuddin. Sedikit kisah dibaca oleh Dato’ Aziz Satar membuatkan dua orang anak arwah menangis di dalam IB.






 ~...ntah bila boleh berlawak lagi, kan SYAM?...~




9 comments:

  1. Wah, film istanbul aku datang menang banyak nyer. Tadi sy sempat tgok red karpet di astro Ria, 104. Comel baju Lisa tp dia sorang2 jer.
    Tahniah kepada pemenang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju dia memang comel, tapi kalau takde bow kat belakang tu, lagi comel rasanya.

      Haah, mana Mr. Hubby dia?

      Delete
  2. zizan the best.....die sentiase igt shabat die tu...suke tgk persahabatan diorang terharu sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, not really the best for me though. Masa dia nak bacakan keputusan tu, saya sendiri pun malu nak dengar. Typical Zizan, suka cakap benda-benda macam tu. Yet, ramai yang suka dia. Don't know why. Ini just opinion saya sahaja, doesn't mean to represent the others.

      Delete
  3. Ye saya pun terkejut Jep menang. Tapi kalau tengok dalam Betul ke Bohong, dia banyak buat lawak spontan, dan lawak dia bukan diulang atau ikut orang.


    Persembahan Rock-ooo memang best. Dia ikut dialog Ramli Sarip masa nyanyi lagu tu di konsert.


    Kesimpulannya, malam tadi artis wanita masing-masing berebut menunjukkan aset memasing. Hahaha..

    Perasan tak kasut si tukang bawa trofi ke pentas? Besar dan tinggi kan? Sekali pandang macam kasut kayu. Haha.

    ReplyDelete
  4. Tak habis tengok pun.. meraikan kawan yg dtg umah mlm td.

    ReplyDelete
  5. sayangnya tak sempat tengok sampai habis..baru 2 anugerah dah terlena depan TV..mintak sangat la ada ulangan..huhu

    tengs kak for info..

    ReplyDelete
  6. Errrr.. tak tau pun mengenai anugerah ini.
    Selamat hari raya azie.

    ReplyDelete
  7. kalau artis
    lawak wanita popular tu saya lebih suka..jihan!!heheh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails