Wednesday, August 14, 2013

Raya cara kami: Tanjong Karang & Sekinchan @3...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-08-2013


Acara beraya ke rumah mak/pak menakan seterusnya.


Papan tanda di depan rumah. Ini rumah MyPak Menakan, adik lelaki MyBonda.



Suasana kampung yang dikeliling pokok dan sawah bendang, buatkan saya teringat kampung halaman saya sendiri. Ahhh..!


Kebanyakan jalan adalah begini. Jalan tar, yang merentasi kampung-kampung, sawah bendang dan diapit tali air. Rata-rata semua orang pernah tengok kampung begini.



Mana boleh lepas peluang turun ke bendang yang kering menguning. Lalu corak awan pun nampak cantik dan indah sekali. Angin bertiup kuat, sehingga saya mintak layang-layang dari tuan rumah. Alahai.. mana nak cari layang-layang.

Teringat masa saya kecik dulu, ikut abang-abang main kat tengah sawah mengering begini. Buat pondok, main layang-layang kadang-kadang masak kangkung, sampai pernah terbakar pondok.



My Pak Menakan (Pak Tam) ni pun iras MyBonda juga. Masih sihat dan aktif.


Apa saya jumpa di rumah ini? Rupanya Mak Tam buat Halwa Maskat...! Ahaaa saya suka lalu mintak tapau bawak balik KL. Mak Tam juga bungkuskan dodol yang dia kacau sendiri. Wahhh bestnya...! Dah lama tak lihat suasana sambut Raya macam tu — kacau dodol, jemur tepung & gula, buat kuih tradisional....



Rumah kami di kampung juga seakan begini. Ada bahagian sayap kiri berbumbung rendah, seperti balai rong seri tempat bersidang atau berjamu. Ruang tamu yang memanjang dan bila malam hari menjadi tempat tidur seperti asrama sekolah...!


Saja boh pic “orang-orang kaler PURPLE” tengah bendang ni bebanyak....


dengan ucapan, “Ko ader?” hahahaha...!






 ~...melihat majlis yang penuh meriah dengan kerusi makan dijadikan kerusi bersanding, bunga raya nan setangkai menjadi bunga tangan si pengantin perempuan, SERI BULAN menyimpan senyum sendiri kerana dia terfikir tak akan mungkin sanggup diarak di segenap laman Teratak Nyatuh semata-mata nak penuhi hasrat di kaum kedehoq yang nakal lagi mengada dan HISYAM pun tidak akan mungkin rela mengikut kerenah...~




18 comments:

  1. kemaen posing girang ek kak.. hmm kalo sawah tu dah ada.. lagi cantik begambo.. hijauuuu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni bukan musim padi menghijau. Kebanyakan bendang adalah kering kerana musim padi baru saja berakhir. Air tengah kering, bendang tidak berair dan rumput menguning.

      Jika hijau, pasti lebih cantik, kan?

      Delete
    2. Memang cantik kalau masa hijau. Lepas tu menguning, padi pun tunduk aje semua. Cantik!

      Tapi musim padi tak sama semua tempat, walaupun dekat aje. Macam di Tanjong Karang sekarang ni baru lepas semai, dan sedang naik menghijau. Bulan 11 akan datang baru boleh tuai.

      Delete
    3. aah kak.. kalo padi menghijau bertambah lawa gambo kita dok posing.. sambil nek beskal tua ke.. hehe bab begambo raya shin mmg suka..

      Delete
  2. wah.. tetiba rasa jeles.. hehehe.. ;)
    tapi memang best aarr ada kampung cenggitu.. happening.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu kampung, kan? Untung sesapa yang masih ada kampung yang indah permai...

      Delete
  3. Kak, posing yang akhir tu kan, ko ader?

    Ader apa kak? Pacat? Hahahah.. pacat tak de waktu kering ni.

    ReplyDelete
  4. Pasai apa balik kampung ritu tak teringat nak posing sakan2 tengah bendang tah...tapi kena posing lam keleboq lah pasai padi baru nak menguning...ahahaaa..

    Moel tu comeylah...:)

    ReplyDelete
  5. First time saya tengok halwa maskat. Makannya memang tak pernah la. Nampak seronok dan meriahnya....

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri...

    syoknya raya...
    ada sawah padi lagi..tenang mata memandang kak...
    kat kg saja jumpa halwa macam ni...sedap

    ReplyDelete
  7. Salam Aidilfitri Kak Azie..

    Wah.. meriahnya raya kak azie.. Bestnya dapat dodol dan halwa maskat untuk di bawa balik.. home made lagi..

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya buat kak sekeluarga..
    seronok balik kg..mcm2 kuih dpt mkn.

    ReplyDelete
  9. Cerianya..kak, raya2 pon turun bendang lagi no..hehe

    ReplyDelete
  10. amboi kak, kemain sronok turun tengah bendang tu :)

    ReplyDelete
  11. bestnya ...sekarg susah nk jumpa halwa maskat tambah di klang valley...boleh ke saya belajar buat halwa maskat tu dengan mak tam azie?
    grandifolia2@gmail.com

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails