Tuesday, September 10, 2013

KB POKYA 2020 ~ again, SERI BULAN bukan saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
10-09-2013


Last week, saya dengan MyAnak-anakBuah singgah dinner di area Kepong. Exact location: Taman Sg Mas, Kepong (sometimes they said ini area Jalan Ipoh). Kawasan perumahan rumah teres, agak jauh ke dalam dan kelihatan terpisah dari shop lot lain di kawasan situ.

Kedai (foodcourt) KB Pokya 2020 Kerabu Kaki Ayam & Masakan Hotel Thai. Recommended by MyAnakBuah. Sedap katanya. Owner orang Pattaya tapi dikatakan sangat friendly dengan customer. Cuma malam itu kami tak nampak dia.



Kerana berhampiran dengan Kem Kentonmen, ramai la para askar berbaju celoreng hijau yang datang makan di sini bersama kawan, aweks dan keluarga.


Servis bagus. Cepat air sampai. Kami memilih duduk di meja batu di sebelah luar, ala-ala balkoni. Berangin dan nyaman.


Memang dah lama tak makan Chicken Chop. Well, Tembikai Laici pelengkap drama di atas meja.



Presentationnya hebat juga. Roti bunnya lembut. Black Pepper Saucenya yummy!



Saya tidak pandai nak menilai sejauh mana hendak dikatakan mahal. Tapi 3 set Chicken Chop + 3 jenis air = RM39.++. Bolehkah saya katakan ianya masih murah? (Kejadian adalah di malam terakhir sebelum minyak naik 20 sen)

*****

Saya hendak menulis sedikit tentang komen ini:



  • Terimakasih atas puji-pujian itu. Silakan jika merasakan SERI BULAN itu adalah anda. Saya persilakan. Tiada masalah.
  • Itu BUKAN kisah dari buku. Cuma nama watak mungkin pernah ada di banyak buku novel. Kedua watak memang wujud di alam nyata (dan depa pun selalu memantau anekdot tersebut).
  • Saya bukan penulis novel. Hajat ada, tapi sehingga hari ini saya hanya mampu menulis di blog. Itupun kadang tak cukup masa nak handle.


Terimakasih kerana perhatian itu. Saya hargai. Saya tidak cukup masa untuk BW. Rutin saya ‘membunuh masa senggang’ saya.




 ~...setiap kali tibanya hujung tahun bilamana warga Kampung Separuh Desa sibuk gelut dengan musim megetam padi selepas tuaian selesai dibanting, HISYAM mula menyebut-nyebut tentang percutian tidak rasmi ke kotaraya tempat dia pernah menjadi orang penting berkepit fail bertimbun kerja, dan SERI BULAN pernah menjadi peneman waktu makan malam yang sering lewat tetapi mengenangkan begitu banyak agenda nikah-kahwin yang unik yang ingin disaksikan, lalu tiket keretapi yang sudah ditempah terbiar sepi lagi untuk ke sekian kalinya...~




24 comments:

  1. org pun suka kak baca pasal seri bulan hisyam ni...
    sastera sungguh bahasanya...
    buatla novel kak...
    pasti beli!

    ReplyDelete
  2. Nmpknya seri bulan dgn hisyam...lebih fofular dri entri akak....hik3....

    Rasanya...murah juga tu harganya....selalu sepinggan ciken cop...dlm rm10 cmtu...anggaran saje tu....

    ReplyDelete
  3. rasanya bg sy dah murah tuh kak azie.. :)

    ReplyDelete
  4. standard la tu harganya kak.. x murah x mahal.. nampak sedapppp.. sib baek gambo tu agak jauh.. kalo lagi clear focus.. mau meleleh terliur

    ReplyDelete
  5. Itu anak buah akak yang dalam entry kenduri 6 beradik tu ye?

    ReplyDelete
  6. catatan tentang seri bulan dan hisyam ni catatan wajib kak azie..dah jadi trademark blog ni. saya suka!! :-)

    taknak komen pasal makan...perut lapar! huhu..

    ReplyDelete
  7. ciken chop tu nampak sgt mebeles...
    seri bulan-hisyam..saya selalu beranggapan ia adalah Azie serta suami hehe

    ReplyDelete
  8. nampak sedap.. tapi jauh sangat pulak dari rumah. macam tak berbaloi nak ke sana.. otw balik dah lapar balik.. ;)

    ReplyDelete
  9. Sedap nye nmpk chicken chop akak tu. Agaknye lepas ni semuanye naik 20sen kot. hehehe... Seri bulan pun sy duk byangkan akak. Hisyam tu... suami akak...kikiki

    ReplyDelete
  10. saya dah byk kali mkn chicken chop . tapi rasa mmg x kena tekak lah . mungkin yg ni betul2 sedap . atk kisah lah harga tu mahal ke murah klu dah mmg berbaloi dgn rasa ... saya ingatkan seri bulan dan hisyam tu petikan ayat drp novel ... mmg menarik !

    ReplyDelete
  11. Wah! ada kerabu kaki ayam.. Cam boleh try :)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Azie

    boleh cuba ke kedai KB POKYA 2020

    ReplyDelete
  13. mak aihh nama kedai tuu unik kan kak ..
    sedapp je nampak chic chop akak tuu .. adehh terliur sbb dah lama x makan huhu

    aah lah kak ... saya kadang2 tuu terbuai2 gak bila baca .. cuma saya x terlalu menghayati sbb saya bukan jiwa seni ekeke ;)

    ReplyDelete
  14. sedap nampaknya... harga pun berbaloi dah tu

    ReplyDelete
  15. dalam kotak fikiran saya pun menggambarkan Seri Bulan dan Hisyam adalah Azie dan suami.. memang boleh dinovelkan tu

    ReplyDelete
  16. Seri bulan tu belum datang seri bumi..ahak..sebab di bumi kilang sudah totop

    ReplyDelete
  17. Allah, serious nampak sangat sedap chicken chop tu, ok lah kan harga mcmtu, roughly... b'patutan, maybe? hmm... Nama kedai pun unik...

    ReplyDelete
  18. saya pun suka susun jalan cerita dalam blog ini...menarik....
    p/s : dah lama tak makan chicken chop....

    ReplyDelete
  19. Kalau begitu harganya bagi Aina masih murah dan berbaloi kalau sedap kat tekak lagi2 lah berbaloi2.

    ReplyDelete
  20. Ni page kat Facebook. https://www.facebook.com/kbpokya2020 . Kalau mahal saya minta maaf yea kak . Chicken chop RM11 dan air Tembikai Laici dalam RM4. T.O limau panas dalam RM1.2 . Kami utamakan kualiti dan citarasa pelanggan.
    Dan untuk gambar , Kami nak minta kebenaran kak azie untuk share.. terima kasih banyak banyak.. Alhamdulillah, Tersentuh hati saya ada juga yang promote KB POKYA di media.. Smoga tuhan saja yang membalas budi baik akak.. Jutaan Terima Kasih Kak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails