Thursday, September 26, 2013

Jodoh oh jodoh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
26-09-2013


Berita baik yang mungkin tidak diduga ramai orang.

Bekas penyanyi kumpulan Elite, FIZA dan selamat diijabkabul dengan penyanyi dari Sabah, ADAM. Alhamdulillah. Tanpa kontroversi. Tanpa huha huha... sebuah rumahtangga sudah berjaya dibina wpun umur agak berbeza dan Adam lebih muda.

Tiada isu untuk dipertikai. Bukan laki orang bukan juga isteri orang. Masing-masing bujang. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Moga kesilapan dan kelemahan masa lalu tidak diulangi.




Seorang kawan baik saya, sehingga hari ini masih membujang. Bukan saya tak pernah tanya. Tapi masa saya tanya dia bagi jawapan camnih:

“Nak cari bini yang macam Azie.”

Cehh...! tak kuasa nak tanya lagi.

Saya harap ada jodoh menanti suatu hari nanti. Semua tu rahsia DIA.






 ~...HISYAM masih tidak pernah lupa dia pernah menyebut bahawa suatu hari nanti SERI BULAN pasti akan menjadi pendamping abadi walaupun ada ketika SERI BULAN masih kurang percaya, tetapi dia tahu setiap tutur kata HISYAM masih dalam sedar dan penuh yakin lalu dia tidak pernah meragui sepanjang penantian itu walaupun HISYAM masih tidak dapat mengikis tabiat suka melayan sekian ramai anak dara Kampung Separuh Desa terutama anak dara Pak Imam yang semakin ghairah mengajak lelaki itu bercanda di tepi telaga belakang padang berlalang...~




19 comments:

  1. Saya sangat gembira mendengar berita ini. Entah kenapa saya rasa lega walaupun saya bukan peminat mereka berdua. Cuma, cara dan jalan mereka itu menyenangkan hati. Kalaulah semua orang ambil iktibar, alangkah bagusnya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Kak Azie abg Aina jumpa sebulan tup2 tunang dan2 tu nak nikah! Semua org habis sakit jantung dgn kegelojohan lelaki beruur 41 tahun ini...ahahhaaaa...

    ReplyDelete
  3. itu yang dikatakan jodoh itu rahsia ALLAH kann.

    ReplyDelete
  4. Hahaha... untung dapat kak azie.. pandai masak, pandai berceloteh =)

    ReplyDelete
  5. seperti saya plak kak azie....dapat yg sangat muda

    ReplyDelete
  6. yup, itu semua rahsia Allah... y sibuk bermulut cabul sampai sakitkan hati org tu kenapa? kadang2 rasanya nak sj jawab dgn nada kurang indah, tapi pikirkan balik, buang masa!

    ReplyDelete
  7. betul..soal jodoh rahsia Allah.muga kekal bahagia hingga ke syurga..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Dahhh jodoh...mudah aje

    Kalau bukan jodoh kita, bercinta, bertunang nak rak...lerai jua

    Semoga mahligai mereka kekal hingga syurga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..jodoh rahsia Allah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  10. Insya Allah kalau dah jodoh tak ke mana...
    Sy pun masih mencari :)

    ReplyDelete
  11. Harap2 azie dah sihat. lama saya tak ke sini .. sekalisekala menjenguk juga :)

    ReplyDelete
  12. dah jodoh , mudah saja ...

    ReplyDelete
  13. Cuba tanya kepada Sang suami Orang, jawabnya pasti sama kan,,ahakkk

    ReplyDelete
  14. Ingat jodoh sapa.... suka tgk Adam skrg. AA pernah jadi match making.....besar pahalnyakan. Mama pun suka kenen2 kan org,

    ReplyDelete
  15. Jodoh rahsia Allah.padanlah sama secocok

    ReplyDelete
  16. insyaAllah pasti ada jodoh kawan akak tu hiksss

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails