السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-09-2013
Hari ini Selasa kan? Wahhh bercuti sakan 3 hari. Tapi saya cuti cuma 2 hari saja, sebab Sabtuday tu kija juga. Sampai kul 5pm.
Lalu cuti hujung minggu berganda dengan Senin, amatlah bermakna sekali.
Tapi, sebelum cuti tu saya sempat singgah di tengah kota KL dengan hajat nak tengok sambutan dan perasmian Pesta Tanglung di sekitar Pasar Seni dan Chi Chiong Kai.
Ada yang tak tahu apa itu Chi Chiong Kai? Hahahaha...!
Sekitar Chi Chiong Kai yang berwarna-warni. Tapi menurut kawan saya yang mengikuti pesta ini, tahun ini kurang tanglung berbanding tahun lalu.
Saya mencuba bermain Yo-yo Cina “Diabolo” yang dianjur oleh pelajar dari UPM. Seronok, berpeluh memerlukan kemahiran dan fokus. Tapi saya memang tak pandai. Sekadar mencuba dek kerana teringin.
Saya sempat menonton beberapa persembahan di pentas Pasar Seni, sebelum majlis perasmian juga sempat mengikut sebahagian perarakan tanglung yang bermula dari Pasar Seni ke Petaling Street.
Sudah lama saya teringin hendak menonton sesuatu yang bersifat tradisional, berbudaya dan berwarna-warni sebegini. Ramai juga pelancung luar yang turut menyertai juga bangsa lain yang ikut memeriahkan perayaan ini.
Persembahan pembukaan ini paling meriah paling lama dan ceria. Muzik gamelan bercampur gendang besar, sedikit irama klasik India, pukulan rebana yang serentak memberikan rasa keterujaan kepada saya. Saya suka persembahan ini.
Tarian budaya Cina yang berwarna warni. Asyik tengok bebudak comel ni menari.
Terus teringat, saya pernah beraksi di pentas ini beberapa tahun dulu. Berpuisi untuk siaran RTM sempena Hari Merdeka. Mana ntah gambar tuh...?
Saya paling suka singa-singa nih...!
Kebetulan pula saya pakai baju merah....!
Mungkin ada yang berpendapat, perkauman adalah suatu perkara sensitif yang mudah saja dijadikan modal perpecahan. Ya.. tetapi menghormati kaum lain berserta budaya dan kepercayaan mereka adalah mudah asal kita tidak terlalu memikirkan segala yang bertentangan. Mengambil tahu apa yang mereka anuti dan amalkan bukan menjadi kesalahan kerana kita akan lebih memahami mereka, menghormati mereka sebagaimana kita mahu orang menghormati kita dan amalan kita.
SELAMAT HARI MALAYSIA...!
~...sudah berkali-kali SERI BULAN beramaran agar HISYAM tidak terlalu baik hati menerima apa saja kiriman salam dari sesiapa yang tidak dapat dipastikan pengirimnya tetapi sudah menjadi lumrah HISYAM yang tidak pernah sampai hatinya untuk menolak sebarang kata manis sebarang kata salam pengenalan sehingga akhirnya dia sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu sampai dahulu yang mana satu harus diabaikan sahaja tanpa perasaan lalu mendorong SERI BULAN untuk menjadi penapis berita mengedit cerita agar tiada yang tersanggit hati suratnya tidak berbalas...~
Pemetik api tidak akan mengeluarkan api kalau tiada yang memetiknya - melainkan kalau gasnya dah habis, petiklah macamanapun kan? ;-)
ReplyDeletePakai pemetik api bomba kot Kakcik. Hehehe
DeleteWahhh tahun depan ajak kami sekali eh... Dah lama jugak tak singgah area situ.
ReplyDeleteAhaa boleh gak. Kita rewang nak?
DeleteTakkan pasal minyak naik 20 sen tahun ni kurang tanglung ...... hehehe
ReplyDeletePandai Bang YB teka. Agaknyer la tuh!
DeleteWah pakai baju merah, manyak ong loh. Jinak tak singa-singa tu semua?
ReplyDeleteJinak cara dia. Tapi nyaris saya digigitnya! Hahahah!
DeleteLamanyaaaa saya tak lepak2 di CM. Kalau tidak dulu, sampai tolong berniaga di kedai2 situ.
ReplyDeleteSama ler. Kak Azie pegi pun sebab ada acara jer. Untuk lepak saja-saja memang tak lerr
Deletesangat meriah.. ;)
ReplyDeleteDah bertahun tak pergi situ.
Meriah kerana warna juga meriah kerana muziknya.
DeleteSekian laporan saya dari pasar seni dan jalan petaling. Jumpa lagitawun depammm..salam muhibbah..
ReplyDeleteSekain terimakaseh!
DeleteMeriahnya pesta tanglung ni. Kunjungan terakhir KZ ke PS ni tahun 95 ketika masih bergelar nurse di PPUM.
ReplyDeleteKak Izan, sekarang Pasar Seni nampak lebih teratur cuma dikesali ramai peniaga letakkan warga asing menjaga gerai/kedai depa. Dah tak ramai orang kita yang jaga kedai sendiri...
Deletedah lama akak tak berbaju merah...
ReplyDeletedah lama jugak tak main tanglung...
skrg ni tanglung ada yg guna bateri, dulu punya pakai lilin betul, tu yg teruja sgt!
Ohhh saya ada selai dua jer baju merah. Sebab saya tak pernah cantik berbaju merah. Hehehehehe!
DeleteMemang tanglung diberi percuma malam tu. Saiz sederhana bentuk naga siap ada lampu berbateri di dalamnya. Cuma saya jer yang tak amik. Segan.
Meriahnya, kak Zai tak pernah tengok.
ReplyDeleteSebab meriah tu la yang saya sangat suka nak tengok.
Deletetak rajin nak pi petaling street ... nampak meriah !
ReplyDeleteJika takda urusan, memang tak ramai orang rajin nak ke situ pun. Situ selalu jem.
DeleteWah, meriah bertanglung oleh si baju merah lagi..
ReplyDeleteBaju merah tu tak plan pun. Secara kebetulan saja tu. Lepas tengok semula pic, baru perasan baju merah sedondon dgn tema perayaan tuh!
Deletewahhh..
ReplyDeletebagus untuk sesi potograpi saya ni!!
tenkiu beritau!!
Ahaaa.. silakan. Btw, malam tadi sebenarnya baru bermula Pesta Tanglung tu (iukut kalendar Cina). Pesta masih berlangsung sampai weekend nih. Pegi la tembak gambar banyak-banyak!
Deletemeriahnya..... munna suka tgk tarian singa..
ReplyDeleteSama ler kita. Suka sangat tengok singa tergedik gedik tuh!
DeleteHai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
ReplyDeletehttp://superstorevitaminhebat.blogspot.com/
Ohh terimakasih. Nanti Kak Azie pegi ziarah yaaa...!
Deleteazie...terasa mcm kat penang pulak bila tgk tarian singa mcm tu..
ReplyDeleteYup. Saya rasa kalu kat Penang gerenti lagi meriah!
Deletemeriah2 dan penuh warna warni......tgk pic tu tiba2 hilang ngantuk...
ReplyDeleteAmboiii... celik biji mata ya?
Deletelo helloo
ReplyDeleteBila nak demo nak update tarian naga,mtarian kerbau lembu pulak..
Ntah la.
Deletetersanggit pulak hati si seri bulan tu azie... ish.. mmg kena pantau btul2 si hisyam tu..
ReplyDeletehhaahhaha
madam suka xtvt kesenian cmtu..seronok tgk..
Kesenian adalah suatu perkara yang saya sentiasa minat sejak sekolah sampai la dah tua nih!
DeleteAmboi meriahnye... susah yer kak main yoyo tu. hehehe
ReplyDeleteMemang susah kalu tak fokus. Sebab yoyo tu akan mudah jatuh dari tali. Memang perlukan skill dan latihan. Kalu pandai, mesti dah boleh lambung lambung yoyo tuh!
Deletemeriahnya azie =)
ReplyDeleteSangat meriah. Warna warni dan bunyi yang rancak!
Delete