Friday, September 13, 2013

Memberi pada yang sudi, jangan mengharap kasihnya orang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
13-09-2013


Salam Jumaat.

Kata orang bijak pandai, “jangan diharap kasihnya orang, ntah sudi ntahkan tidak.” Tapi hari ini, dalam skop yang lebih luas, dunia hari ini ramai sekali orang yang suka berkasih sayang dengan orang yang salah asal sahaja kasih berbalas kasih. Sayang berbalas sayang. Well, untuk kata sedang berchenta malu pulak hendak mengaku.

Ada banyak kes kita lihat, kita dengar or kita baca. Berkasih di tempat kerja dengan orang yang ‘salah’ (pasangan orang) adalah perkara biasa sudah di hari ini. Keselesaan menjadi kawan baik, kawan bercerita tidak mustahil memberikan rasa kasih dan perhatian yang lebih. Ramai juga yang bijak mengawal situasi untuk tidak dicurigai, tetapi sejauh mana pulak kawalan itu dapat dibendung sehingga tiba suatu tahap, akhirnya ada juga yang dapat mengesan sesuatu kelainan perhubungan itu.

Cara bercakap, cara memberi perhatian, cara memandang. Paling ketara cara tersenyum dan lenggok bahasa bila berkomunikasi.

Hmmm... saya tidak pernah menolak poligami. Sehingga hari ini, hati saya begitu. Soal madu, dimadu, bermadu adalah agak biasa dalam keluarga saya (juga keluarga MyToklaki). Jadi saya melihat soal poligami itu ada pro dan kontranya.

Kenapa isu ini timbul hari ini? Hari Jumaat.

Kerana ada seorang lelaki yang selama ini mengaku kawan baik seseorang, akhirnya mengubah pengakuan kepada ‘saya suka dia, sayangkan dia, kasihkan dia walaupun saya tahu dia isteri orang.’ Parah!

Saya harap perkembangan kisah depa tu tidak menjurus kepada yang lebih parah.

Tayang-tayang:


Antara jajan yang saya beli di Padang Besar tempohari. Sebagai ubat mengantuk kengkawan di tempat kija.



Jeruk Madu Pak Ali yang terkenal di Penang, kini sudah ada cawangan kedai di Pusat Bandar Parit Buntar. Harga tak beza langsung.


Cenderahati buat kengkawan pompuan department saya. FM cuma dapat jumpa sejenis tu saja. Kan banyak kedai dah tutup hari tu. So saya beli juga untuk diri sendiri.

Memberi pada yang sudi menerima.







 ~...kerana sudah lama memahami hati dan perasaan seorang HISYAM itu bakal direbut ramai orang, SERI BULAN mengambil pendekatan tunggu dan lihat sambil bertenang memegang ikrar sendiri sambil berusaha untuk tidak melupakan pula janji HISYAM sendiri untuk setia hanya pada SERI BULAN seorang sambil mendidik hati untuk bersabar dengan karenah anak dara Pak Imam yang kini bersaing pula dengan beberapa orang janda terdesak. Uishhhh!...~




31 comments:

  1. Salam Azie.

    Chop tempat dulu nak jadi pengomen pertama

    hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak nak beri kpd saya atau emak Adam ke?

    Kami sudi menerima

    ngeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri apa ya? Nak makan nasi kandar tak? Jommmm...!

      Delete
  3. best la duk 1 dpartmnt nagn akak ni...:)

    ReplyDelete
  4. meminta pada yg ada,merajuk pada yg kasih hehe...

    jika masing2 sudah berpunya,jgn sesekali mulakannya..kerana memutuskannya amat payah sekali...jgn melayan bisikan inlis..

    ReplyDelete
  5. Kisah yg k.azie citer tu, bila tembelang pecah sat lagi..... keluar lahar meletop gunung berapi. Huhu.


    Kudapan ikan bilis dengan kacang tu memang kegemaran kalau pergi sempadan. Makin makan makin sedap walaupun rasanya pedas sikit .

    ReplyDelete
  6. penah nampak kejadian serupa dpn mata
    tp org yg dilamun cinta ni tak makan nasihat
    cakap le apa pun semuanya bagai angin
    moga mereka diberi petunjuk
    dan harap kita dijauhkan dr perkara sebegitu

    # sy suka ikan bilis yg ada bawang dan cili padi tu

    ReplyDelete
  7. Salam kak azie,
    Selamat pulang dr bercuti, kak.
    Sedangkan berkakak adik angkat pun kadang2 boleh meruntuhkan rumahtangga yg dibina, inikan pula teman sebilik pejabat. Mmg nafsu itu liar, kita ikatlah dgn iman... Bila saya mmbaca kisah ini, Nau'zubillah.

    ReplyDelete
  8. Akak, entry ni auto publish ke?... date kat ateh tu beza sebulan tuuuuj.... hehebehe

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam azie, lama tak cikda tak singgah sini..
    kes pertama: pepatah mengatakan .. berkasih pada yang sayang. tapi kalau salah org nak sayang..sindiri carik penyakit namanya..
    kes kedua: pepatah mengatakan.. beri pada yang sudi..hehehe..cikda sudi..cikda sudi..

    ReplyDelete
  11. kak azie tersalah bulan ke??
    ogos & september.. sebulan jarak nye :)

    ReplyDelete
  12. Betul Kak Azie, ramai yang berlaku macam kes pertama tu. Kadang2, bila dah mula, susah nak kawal. Secara dasarnya, bergurau ada batas, bergaul ada batas. Bila batas tu di langgar, maka batas2 lain pun punah.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    Bagi saya, lebih baik berpoligami (asal bukan diriku) berbanding cinta terlarang sebegitu. Kat tengah2 dah pasti pakcik setan sedang menyucuk untuk runtuhkan masjid padahal masjid baru belum tentu terbina...

    ReplyDelete
  14. Kak, botol kecil yang di kekacang tu botol apa?

    ReplyDelete
  15. Salam AA,

    Gejala berkasihsayang ditempat kerja sememangnya lumrah rupanya... terkacau gundah Ratna pabila adik bongsu menceritakan gejala tersebut yang diamalkan secara menyorok namun terang nyata dapat dikesan! Kalu yang single Ratna faham akan tetapi yang sudah berkahwin yang Ratna tidak faham... tidak perlu Ratna huraikan secara melarut nanti bosan membacanya karena Ratna ngerti buah-pandangan dari Ratna terlalu keras mengenainya... Hanya ini yang ingin Ratna nyatakan; mengapa gambaran yang ditunjukkan pada setiap majlis kenduri perkahwinan yang bermula dari akad-nikahnya sehingga naik kejinjang pelamin dan sessi bergambar dengan kedua belah pehak juga para jemputan kok tampak begitu besar cinta pasangan itu, jelas diwajah memasing bahawa hari bersejarah itu mengesahkan "dikau milikku sehingga keanak & cucu" yang akan berkekalan bersama untuk selamanya... namun ??? Adakah wajib untuk bermadu atau meruntuhkan sebuah rumahtangga yang didirikan bersama hanya diatas hawa nafsu yang haram? Tangan tidak akan berbunyi dengan bertepuk sebelah tangan, jadinya gejala layan-melayan secara manja baik dari segi bertutur dan gerak diri yang entah mengapa itu semestinya dibahasakan karena bukan menjaga tepi kain orang akan tetapi memelihara Akhlaq supaya tidak tercemar dek dosa jahanam !!! Bukan marah tapi Nauzubillah Min Zalik...

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  16. suka kerongsang tu....cantik....

    ReplyDelete
  17. eh..eh..kes lebih kurang sama dengan member hubby...cikgu sama cikgu 1 sekolah..parah...

    cantik kerongsang tuh...rezeki, rezeki
    jeruk sedap juga...
    hr tu beli kat sogo mahal giller...timbang

    ReplyDelete
  18. banyak kali terlihat situasi begini bila terlebih mesra antara isteri orang dgn suami orang...manja kena bertempat kalau tak mahu kena umpat..

    ReplyDelete
  19. azie.cantik2nya keronsang tu..untungla ada opismate yang pemurah cam nie..asam dlam botol kecik2 tu paling knah suka..=)

    ReplyDelete
  20. poligami ada pro dan ada kontra nya. saya setuju statement tu. saya dah lihat kedua-dua versi. bukan perkara asing jugak dalam keluarga saya.

    jeruk madu pak ali tu dah merata cawangannya..senang dah nak cari. :-)

    ReplyDelete
  21. kalau takde angin masakan pokok bergoyang.. selagi boleh.. elakkanlah.. banyak perasaan nak kena jaga.

    psstt: best kan bila pergi jalan2, ada sedikit untuk rakan2.. ;)

    ReplyDelete
  22. Daun pisang daun tebu..tembikai buat jus..D

    ReplyDelete
  23. masa gi penang , cari tpt buat jeruk ni la yg tak jumpa . akhirnya pi pusing satu pulau ... hahahaaa

    ReplyDelete
  24. semua sesi tayang-tayang tu saya sudi menerimanya... hehehehe

    kes ni memang kerap dan banyak sangat di dengar di kalangan teman sekerja.. mintak dijauhkan semua tu

    ReplyDelete
  25. kes ni terjadi dikalangan kawan sendiri..
    eh ke padang besar dah tak jauh dari rumah saya :)

    ReplyDelete
  26. Nak lagi ke FM Padang Besar tu nanti boleh Aina belikan...kikikiii....

    Minggu lepas seminggu kat kampung tapi melepak kat rumah je sebab balik dgn bas!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails