السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
21-09-2013
21-09-2013
Sudah lama tidak bersua. Walaupun pun lama, tidaklah dapat menyamai lamanya kami-kami berkenalan, bersahabat dan begitu panjang masa yang sudah kami lalui sebagai keluarga yang saling mengenali penuh ikhlas. Macam adik beradik.
Saya ada ramai kenalan sebegini. Yang kenal seluruh ahli keluarga. Jarang jumpa. Tegur sapa cuma di FB bila ada masa. Usik mengusik sakat menyakat, makan-makan bersama adalah agenda biasa yang diterima penuh ikhlas sepanjang masa. Lalu menghargai mereka sebagai sahabat yang baik adalah suatu perkara yang sering dilakukan dengan pelbagai cara. Cara masing-masing.
Semalam;
ABAH & KAK ROS berkunjung datang. Memanjangkan cenderahati dan sedekah dari sahabat yang lain yang turun KL minggu lepas dari Ipoh.
Terimakasih banyak, wpun terpaksa menunggu beberapa minit saya yang belum balik kija. 2,3 hari ni jalan asyik jem saja, so saya sampai di taman rumah saya sekitar jam 9.00 malam. Terimakasih sebab sudi juga datang makan bersama.
‘kobis layu’ baru balik kija.
Ikan Terubuk Masin dan Kuih Tebaloi tu dari Kak Rose yang balik ke kampungnya di Sarawak bulan lalu. Alhamdulillah ada juga baki lagi cenderahati untuk saya.
Ikan lampam yang dipaket cantik bersekali dengan berasnya. Hari minggu ni bolehlah dikerjakan. Yesss...!
Mungkin ada yang tak pernah tengok Kuih Tebaloi. Dari tepung sagu. Rangup nipis, macam keropok. Rasa lemak dan tak berapa manis.
Terimakasih buat mereka yang terlibat dalam ini cerita!
Nak sayang ketat-ketat boleh? Heh heh!
~...semasa SERI BULAN menyebut tentang bulan yang sudah beberapa hari penuh mengambang sehingga asyik pula dia menanti setiap malam di ambin tidak berdinding, berteman asap sabut buat penghalau nyamuk, HISYAM mula rasa ada sesuatu yang mesti diusahakan untuk meraikan teman sejati lagi baik hati yang tidak pernah mengharap sesuatu melainkan sekadar peneman ketika harus ke sungai membilas kain...~
kak, kobis layu eloknya masak sup atau air je kak.
ReplyDeleteAmboii... kalu lawan dengan sambal belacan? Perhhh!
Deletesemua pemberian tu memang sedap dan di sukai sepanjang zaman :)
ReplyDeleteMemang sedap sesangat sebab ia dah jadi pembuka selera.
Deletepekasam? pek camtu buat dia nampak sedap, naik setakok tarafnya :))
ReplyDeleteMakcik, naik setakok? Wahhh dah lama saya tak dengar ayat tuh!
Deletex penah makan...dan bru hari nie nama kuih tu kak...:)
ReplyDeleteKuih tradisi Sarawak. Kat sini tak banyak orang jual. susah nak dapat. Kena pegi Swak baru boleh jumpa banyak.
DeleteMurah rezeki Azie..
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteTanpa. Disedari seri bulan adalah adik angkat Hisyam, uw aa.
ReplyDeleteOrg perak selalu berangkat angkattT
Awak orang Perak ker?
DeleteMenantu saya orang perak
DeleteAzie, apa? balik krja pkl 9 malam? mak ai..lewatnya..msti u ni jnis ada stamina brguni2, kalau saya dah trlepek..balik sekolah pkl 130 pun dah lembik..agaknya krja ofis memang dah besa mcm ni kan?
ReplyDeleteSaya kerja lebih 8 jam sehari Kak Inda. Apa nak buat, saya ni ibarat minah kilang. hehehe
DeleteEkk saya kerja 16 jam. Ok jer
Deleteikan pekasam tuh , ish ... perahkan sikit limau mkn dgn nasi panas , nyam nyam ...
ReplyDeleteMemang. Memang. Tak terkata sedapnya!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteLama dah tak makan tebaloi...tetiba windu!
Jom kita pegi Sarawak!
Deleterezeki..
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeletePemberian ikhlas tanda persahabatan tu... sgt mahal harganya.....
ReplyDeleteIngatan tu yang sangat saya rasa terharu!
DeleteKukus pulut, kukur nyok dan goreng pekasam, laki lalu belakang pun buat2 tak nampak!
ReplyDelete