Thursday, September 26, 2013

WW: Bila nasi menjadi bubur... [tiada kaitan dengan kes bini Mat Yo!]

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-09-2013


Fitrah kita. Manusia biasa. Ada beberapa perkara kesilapan dek kelemahan, menjadi keterlanjuran lalu mendorong pula kita untuk cuba melupakan. Baik juga jika cuba mengelakkan ianya terjadi lagi. Lebih baik pula, bertekad untuk tidak mengingati, mengulanginya lalu insaf.

Lebih malang, apabila kita tidak pernah rasa bersalah melakukannya.


Bubur Nasi + Telur Masin. Menjadi sarapan orang demam semalam.


Kes bini Mat Yo? Google saja la. Saya tak pernah minat Mat Yo!
Sejak dulu saya minat arwah Mokhtar Dahari, Khan Hung Meng, Serbegeth Singh jer....!





 ~...semalam yang kelam dirasai oleh SERI BULAN begitu seram bagai terjunam ke dasar jeram, kerana HISYAM benar-benar lupa memasang lampu pelita di tiang ampaian sehingga bulan pun ikut bermuram durja lantas ingin pula dia berdendam menarik wayar ke tingkap dapur untuk menyuluh laman Teratak Nyatuh yang nampak indah di malam hari bagai dipancar kilau permata....~




24 comments:

  1. Bila nasi dah jadi bubur nak alter macam mana pun dah tak boleh..
    terima je lah hakikat dan lain kali lebih berhati2..

    Bila marah menguasai diri syaitan terus menghasut jadi terimalah padahnya..sampai mati pun org sebut keburukan kita.

    *ni pun tiada kaitan dgn bini mat yo..huhu

    ReplyDelete
  2. Bila nasi dah jadi bubur telan le jugak bubur tu walaupun bila makan tak berapa nak kena dengan selera...

    Siapa? Siapa Mat Yo tu??? Ekekekee...

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan bubur la pulak... x de kaitan dengan bini Mat Yo. mmg x berminat dgn pemain bola sekarang...sudu je lebih dari kuah!

    sama dengan Azie, minat dengan pemain yg dolu2 tu. best. teringat kisah lama, bawak radio kesekolah untuk dengar siaran langsung bila ada perlawanan...

    ReplyDelete
  4. bila nasi dah jadi bubur.. malu sendiri.. kalau kau tak buat macam tu, pasti sekarang kita hidup aman damai.. suasana sekarang dah jauh berbeza dengan dulu.. dah hilang kemesraan antara kau dan aku.

    *sedang lalui keadaan tu sekarang ni..

    ReplyDelete
  5. terlajak perahu boleh diundur,terlajak maki org,dah ada hate fan page dah hehe..

    ReplyDelete
  6. kiki... perangai cam akak si jannah atau si damia kannnn... jahat sungguh... nnt jgn sesal tak sudah..

    ReplyDelete
  7. ya ya..kita pun minat arwah Mokhtar Dahari dan the Gang jer...dulu2 pemain popular tahap gaban, skill main pun international tp para isteri mereka very low profile, cthnya MD, suami isteri tu anak emas. si suami anak emas negara, siistetri pulak mmg betul2 anak tauke emas, tapi langusng tadak bunyi...

    kebanyakan isteri pemain skrg ibarat kalau suaminya koperal, isterinya ya sarjan buk!

    ReplyDelete
  8. Nasi dah jadi bubur pun masih sedap di makan. Campur dengan sup ayam panas2, kuah kicap cili padi, ada sayur kangkung goreng belacan...Wah, sedap jadinya.

    Maka bila dah terlanjur, it never too late to fix it back. Tak pernah ada jalan mati. No check mate. It's how we see things through sepatutnya.

    Kak, dah elok ke demamnya?

    ReplyDelete
  9. Arwah Mokhtar dan saya belajar di sekolah yg sama walaupun dia jauh lebih senior ...

    ReplyDelete
  10. saya pun tak minat mat yo... masa kecik2 main yoyo adalah. hehehe...tapi kes bubur akak ni mmg bt terliur...hehe

    ReplyDelete
  11. hhahahaha xde kena mengena eh.hehehe.sodap gak bubur tu.hehe

    ReplyDelete
  12. saya lagi teruk. tak pernah kenal siapa Mat Yo sampai la pagi tadi saya baca front page pasal isteri dia.

    dulu masa sekolah menengah, ada auntie Nurul jual bubur nasi. simple aje. bubur, kacang, cebisan ayam dgn daun bawang. pepper dengan kicap kita letak sendiri. RM1 aje satu mangkuk.

    ReplyDelete
  13. walaupun nasi sudah jadi bubur , tapi ia masih boleh dimakan ...

    ReplyDelete
  14. sedapnya ada telur masin...
    lepas ni nak cari apa jadi kat mat yo...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,
    Walaupun nasi dah jadi bubur, letakkan macam2 rencah untuk sedapkan tekak. Sambal kicap ada tak?

    Nyummmmm nyummmm...jangan buang, membazir hu huh uhu

    ReplyDelete
  16. kepala ikan bilis tu di makan juga ke ? saya pun gemar .. hehe.

    ReplyDelete
  17. bubur masa dijual bulan ramadan hari tu pun sedap...tapi kalau nasi dah jadi bubur mesti orang yg masak tu bebal tak pandai.......hoho..

    ReplyDelete
  18. memang peberet saya la menu cam gambar akak tuh, bubur nasi ada bilis & kacang serta telur masin

    ReplyDelete
  19. makcik pun....mokhtar dahari, serbegeth singh, Arumugam-goalkeeper tangan panjang.....

    dah teringin nak makan moi lah pulak

    ReplyDelete
  20. Saya tak berapa tau psl bola...nama pemain saya tau sbb kontroversi.

    Kdg saje masak nasi bubur walau tak sakit...saya suka.

    ReplyDelete
  21. Salam kak azie,
    Moga dah makin sihat.
    Bubur jg teman selera saya juga bila time tak sihat. Senang kan nak menelan, tak perlu ambik tenaga nak kunyah2. hehe.
    Saya doakan moga kak azie cepat kebah demamnya...

    ReplyDelete
  22. As salam kak azie...moga cepat sembuh ye...
    sedap bubur ngan telur masin tu!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails