السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
20-09-2013
Ehh terasa lama saya tak update. Seorang rakan lama, call saya sebab tiada sebarang entri terkini untuk dibaca. Amboiii...
Sebenarnya,
hari tu (hari apa eh, Selasa?) saya tak sedar masa saya curi masa membalas komen, ada seseorang yang berdiri di belakang dan sempat pula mencuri pandang blog saya. Wahhh silap saya kerana cuai.
Mungkin saya tidak patut bersangka buruk kerana itu bukan isu. Cuma saya tak selesa jika ada seseorang di tempat kerja dapat menjejak blog saya. Ada beberapa sebab yang membuatkan saya kurang selesa. Tentulah saya tidak selesa untuk menulis sesuatu yang ‘sarcastic’ tentang tempat kerja or berkaitan orang-orang di bawah bumbungnya.
Cuma, saya berharap dia yang melihat tidak salah anggap tentang apa-apa jua entri saya sebelum ini berkaitan tempat kerja.
And then, kemudian dia menegur, “Best blog.” Alamak! Saya tetiba jadi segan.
“Jangan bising-bising eh. Saya tak selesa. Tak nak ada stalker di sini.” Sekadar mengingatkan.
Saya memang tidak pernah rasa bersalah atas apa jua tulisan saya (saya bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tulisan saya), tetapi jika boleh dielakkan memang saya akan elak untuk blog dihebah di kalangan rakan sekerja. Samada bakal dipuji atau dikeji, saya tidak menghendaki sebarang publisiti atau isu perbualan menjurus gossip menyakitkan hati.
Kerana saya melihat, tidak ramai nanti yang akan faham perjalanan dan pergerakan or gaya hidup seorang blogger jika mereka tidak pernah baca blog, tidak pernah tulis blog. Mungkin akan ada beberapa perkara yang bertentangan pendapat dan kelak menimbulkan perselisihan faham.
****
Sedar tak sedar, hujung bulan ini IKA dah nak habis skulah dia. Terasa macam cepat jer masa berjalan. Walaupun 3 tahun dia tu, bermula lewat setahun (kalu ikut umur, dia dah boleh habis tahun lepas) tetapi bila dia inform yang hujung bulan ni dia akan balik terus, wahhhh... cepatnya!
Tayang-tayang:
Sebenarnya saya tiada gambar best nak tunjuk pun!
~...memang dalam begitu banyak perkara hanya SERI BULAN yang lebih memahami HISYAM (and vice-versa) tetapi semakin hari Mak Utih semakin mendalami isi hati budi pekerti teruna dara yang dijaga ditatang bagai anak sendiri sehingga dia cepat pula mengerti bila melihat SERI BULAN berjalan kelam kabut melangkau anak tangga sewaktu balik dari baruh petang semalam, dan HISYAM yang mengekori dari belakang bagaikan cicak terkebil dilastik getah sekerap...~
kenapa dah 3 4 hari ni akk senyap jea???tnggu jgk ceritera menarik dari akk..seb baik ada cite pepagi ni...hehehehehe
ReplyDelete3,4 hari yang sangat sangat sibuk. Sampai rumah nak dekat jam 10, letih sesangat.
Deletecantik gambar tu...noe jarang sgt update pasal kisah2 office...so klu ada yg nak jadi stalker...x ada hal la..
ReplyDeleteSama ler. Sebenarnya jarang juga, malah tak pernah pun tulis nama or lokasi secara spesifik, tapi mana la tahu...
Deletedont stop blogging...terhibur baca.masa kerja dulu saya pun tak suka org tau ttg blog saya..rasa mcm terkongkong nak tulis .takut org salah anggap. Pada anak anak selalu pesan anything bad ttg kerja jgn tulis..depa boleh guna utk sabotaj kita esp bila ada luang utk kenaikan pangkat.Mana tau ada yang sakit hati....seen that.
ReplyDeleteok la tu kak..dah ada peminat kat opis hehehe
ReplyDeletecerita hisyam n seri bulan kelakar la hari ni.." cicak terkebil dilastik getah sekerap" ahak3 betul2 nostalgik
betul tu,satu ketika dulu sy hampir tutup blog sbb ada org dlm opis tahu sy ada blog.tp skrg sy dah tak kisah.dgn maksud 'awak bertangguhjawab dgn apa yg awak baca' nak baca ,bacalah.harap apa yg awak baca setakat itu sahaja.jgn gatai nak heboh kt org
ReplyDeleteRasa mcm terpaksa berhati2 pulak nak menulis lepas tu kan..
ReplyDeleteApapun, teruskan blogging..ini hobi minat kita.
salam AA, mulanya sy pon mcm tu gak bila org luar yg hampir dgn kehidupan kita terutamanya tempat kerja tau kita blogging.., ada yg tau tp bila jumpa buat tak tau...bagus jd stalker mcm tu..dan itu yg diharapkan..alah bisa tegal biasa. lantak pi kat depa.. :)
ReplyDeletesaya paling tak suka jika ada suku sakat yg tau blog saya,pastu keluarkan cerita blog kita masa kumpul reramai..
ReplyDeleteSaya pun kurang selesa kalau ada kawan-kawan ofis yang tau saya ada blog, so far belum ada yang tahu.
ReplyDeleteRelax la.. tau pun ok, tak tau lagi bagus.. kalau dah tertau nak buat macamana kan..
ReplyDeleteJangan sampai merajuk dan gantung keyboard dah ok? Sunyi la kami...
Saya cuba membataskan penulisan di blog saya. Blog dan fb adalah media sosial untuk umum. Jadi, sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan. Memang ada rasa sedikit terkongkong sebab tak habis meluahkan. Tapi that is life. Terfikir juga nak buka blog lain yang totally tidak expose diri agar boleh share apa yang tak boleh di share. Err..pening kan kak..
ReplyDeleteKakak rasa pun sama macam azie agaknya kalau ada teman sepejabat tahu blog kita. Tapi mujur juga semua penghuni pejabat kakak tak tahu melayu pun...
ReplyDeleteSaya pun rasa yang sama. Ada kawan kawan yang tahu saya ada blog bertanya apa nama blog, tak mahu saya bagitau. Saya conscious pula bila tahu orang yang kita kenal membaca blog kita. Kenapa yer????
ReplyDeleteAina biasanya limitkan cerita2 pejabat kalau ada pun tulis yg hepi2 ja tetapi baru ni kena jugak tangkap dengan MOD to be...huwaaaa...
ReplyDeleteBab family pun sama jarang nak tulis marah itu marah ini tak puas hati itu dan ini nanti jadi isu.
samalah dengan saya kak...cuma ada segelintir sahaja yang tahu..tuptup dorang pun ada blog jugak ..
ReplyDeleteblog sy pun..kwn2 tak tahu, even kwn terdekat pun sy tak bgtau... -.-
ReplyDeletehanya nur sorang berblog kat opis...
ReplyDeletepada nur nak tengok..tengoklah bukannya kita tulis yang bukan-bukan...
saya pun sama!
ReplyDeleteHisyammmm tolong basuh betis Seri Bulan, basuh selut pada malan bute,,ahak..
ReplyDeleteTak selesa berblog kunun, buat kali ke 100, ITULA public figure
Kak, orang yang ternampak blog akak tu, adakah dia seorang yang boleh dipercayai dalam menyimpan rahsia?
ReplyDeleteMoga blog ni masih 'selamat' dan tuannya berada dalam zon selesa di office..
ReplyDeletemacam saya.. en. suami berpesan jangan cerita yang tak baik dalam blog.. tapi sesekali ada gak terlepas cuma dalam keadaan santai dan bukan menghentam secara direct orang tu.. ;)
saya pon macam tu.
ReplyDeletesbb tu dah kurang nak menulis.. huhuhu
betul...
ReplyDeletedan ada kwn sy y bukan blogger sibuk nak tahu apa blog sy.. jawapan sy tiap kali, 'sila cari sendiri'. berkali-kali!
Orang kenal dan tegur , itu tandanya penghargaan :-)
ReplyDeletehaaa jeng2 kak .. ;))
ReplyDeleteKejap lagi nak date ex Gf yang kerja situ,,,hhee. Bai yang sila search korea hhee search Hisyam tak pun Seri Bulam ata Seri Malam.ahak hakk
ReplyDeleteSy pun sebenarnya tak selesa kalau ada orang yg sebumbung ngn tmpt keja kita tau pasal blog kita. So far, ade jer orang yg tau sy sorg blogger, tp diorang x penah minx URL blog. So selamat lahhh.
ReplyDeleteSetakat ni Kak Azie pun masih rasa selamat. Akan datang, taktau la. Untuk selamat, kena tulis yang baik baik saja lah
Deletekalau pribetkan blog,jgn lupakan saya tauuu..:P
ReplyDeleteBelum terfikir la nak privatekan...
DeleteGambar tu sgt cantik1 rasanya kat Msia tak dekan?
ReplyDeleteTerus je bblog. tapi tak syiokkan.
Untuk info: itu Naminara Island, Korea Selatan.
DeleteNak gambo best macamana lagi ?
ReplyDeleteDengan Pakngah Makngah ker? Ahaks!
Deletekat ner lak leh jumpa love tu yer ...
ReplyDeleteNaminara Island (tempat Winter Sonata tu)
Deletesaya pun rasa perasaan yang sama juga, paling tak suka kalau boss yg baca
ReplyDeleteBos saya mungkin tidak kot...
Deletesaya pun sama..rasanya kawan2 saya tak tahu yang saya menulis blog, family pun sama heheee
ReplyDelete