السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
23-09-2013
Sebenarnya hari ini saya tak sihat, dedar sejak semalam. Dan malam tadi demam. Tapi oleh kerana kepala tak pening (read: kepala tak berat), saya masih boleh bangun dan pegi kija.
Kija sentiasa banyak, dan ada beberapa titles yang di bawah urusan saya. Dan, saya tidak suka untuk meninggalkan beban kerja tak selesai kepada orang lain, kecuali terpaksa or kecemasan.
Okeh, sebenarnya saya memang nak ulas apa yang ditajukkan di atas. Saya dah pernah sebut, saya secara dasarnya tidak gemar nak pot latarbelakang orang keliling terlalu banyak. Cukup yang asas sekadar untuk pengetahuan. Tetapi apa yang saya terima, adalah berlebihan dari yang saya jangkakan. Info berlebihan ni kadang-kadang merimaskan, apatah lagi sering pula diulang-ulang seperti cuba nak ‘up’ benda tu macam carta tertinggi minggu ini. Huh... nak bersaing? Alahai... saya awal-awal angkat bendera putih mengaku kalah.
Adakah bila kita bercerita rumah kita lebih besar, kita cukup hebat?
Adakah kita memberitahu orang, suami kita pangkat besar, itu menunjukkan kita sangat bertuah tumpang tuah laki?
or,
bila kita bercerita gaji kita banyak, orang lain akan terasa rendah diri? Come on...!
Saya melihat begini:
Setiap orang ada kelebihan. Mungkin sama banyak dengan kelemahan. Ada orang mudah menerima kekurangan diri, lalu berusaha memperbaiki demi kemajuan diri.
Ada jenis orang, tak kisah sangat hal keliling dia jaga hal dia saja. Ada orang melihat keliling penuh positif lalu mengambil iktibar serta motivasi untuk tidak mengulangi kesilapan orang lain.
Juga, ada orang sangat kepochi, sangat pot, sangat nak tahu hal orang lain sehingga lupa diri sendiri turut diperhatikan dan diperkatakan orang.
Tepuk dada, bukan belah dada macam pepatah orang dolu berchenta. Belah dada boleh nampak isi hati? Hahahaha!
Tayang-tayang:
Ikan Lampam Pekasam yang dibawa khas dari Ipoh dan Terubuk Masin (ekor jer) yang menjadi hidangan lunch kami semalam. Perhhh....!
~...semasa Pawang Ujang begitu bersungguh hendak menabur khidmat percuma mengubat SERI BULAN yang bak mabuk kepayang kerana tersalah makan ulam Raja tidak beristana (kunun), Mak Utih pula yang kebingungan dek rasa bersalah, serta HISYAM yang keresahan bimbangkan si sahabat sejati yang sudah ibarat cinta abadi di hati tetapi Pak Utih hanya mampu berdiam diri tidak mahu mengusik jari atau menyentuh diri kerana Pawang Ujang bukan sembarangan, baran marahnya umpama rimau dikejut tidur...~
saya-selagi yakin benar dan mengacau hidup org lain..itulah pegangan hidup..
ReplyDeleteAina lebi suka bawak diri sendiri bila di pejabat dan kadang2 kawan2 tetap komen 'hang pejabat ni nak runtuh pun tak tau gamaknya'. Lebih baik tahu sedikit dari tahu banyak bila apa yg kita tahu itu tak bawak faedah apa2 pun pada kita.
ReplyDeleteJust to add about ofis politik....slagi orang tu tak buat jahat dgn kita,slagi tu dia baik walau tak baik dgn orang lain...belum kena belum kenal.Kalau dah kena baru kenal.
ReplyDeleteSaya mmg selalu was was dgn penyampai..sbb dia selalu berangkai rangkai.
warna hidup kannn...
ReplyDeletekak... sama la.. rasa cam nak menjerit jew.. jerit 'ada aku kesah'
ReplyDeletehehe
sehebat mana dan kaya pun kita itu hanya pinjaman sementara saja..
ReplyDeletebersyukurlah...
sedapnya ikan pekasam tuh..
hikk.. cite nk up up ni kengkadang utk menutup kelemahan diri kot.. back to reality sebenonya sedih.. hampeh.. sib baek akak x di lahirkan menjadi sorang pendengar yak setia.. kalo x.. bernanah telinga dengo hari hari..
ReplyDeleteKat opis sy ni ada yg jenis suka nak up kan diri sendiri, tapi sy bt tak reti jer kak. Malas nk melayan..... Tak ada mknanye nak ber saing sekadar harta dunia tuuu...
ReplyDeleteklu suami gah tu masih ok lagi . tapi kalau saudara mara ? gah dan kaya mrk bukannya boleh buat kita terkenal or blg dok goyang kaki pastu duit dtg bergolek ! itulah manusia ... ermmm
ReplyDeleteelleh, sibuk cerita pasal pangkat suami besar. saya yang tak bersuami lagi ni, tak sibuk pun nak cerita kat orang?
ReplyDeletekak, dedar tu apa?
Tak pasti dari mana datang perkataan tu. Dedar tu rasa badan yang hangat-hangat nak demam, panas mata nak demam... layu macam kobis. Hahaha!
Deleteoo ic. ini kiranya kobis yang itu hari la. masih layu lagi? kesian.
DeleteTiap tiap minggu pun kena masak ‘kobis tumis air’! hahaha!
Deletemoga kak azie cepat sembuh ye..dedar2 tu bolehlah makan ubat..
ReplyDeletepada saya orang yg suka 'up' ni sebenarnya dia tidak punya apa2 :)
Assalamualaikum Azie
ReplyDeletemoga cepat sembuh
Saya sanagt teringin nak jadi macam buat hal sendiri, tenggelam sendiri dalam dunia sepi dan sunyi. Mesti aman dan damai. Tapi saya rupanya dalam masyarakat yang normal. Sentiasa riuh dengan cerita ceriti, entahkan betul ke tidak, entahkan ikhlas ke tidak. Jadi macam Edward Cullen best kan. Boleh baca hati orang, minda orang. And still able to feel lonely. Perghhh! (Tapi tak nak jadik hantu).
ReplyDeletePssst : Ikan pekasam tu dah kecorkan saya. Confirm dedar akak terus hilang kalau repeat menu nie..hehehehe
Pawang Ujang mencabul Seri bulan, cian Hisyam huuu, habis isi bumi bulan..
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteSetakat mahu jual cerita rumahnya gadang, tanahnya luas semesta, emas berlian berurai-urai tebal sampai kesiku banyaknya, jam-tangannya kalu ta' berjenama Swiss Rolex tentunya yang lain tidak didalam lingkungan darjatnya, suami berstatus hebat sampai sumbang perangainya ditelan sahaja, kereta bersupir namun jenamanya pasti dari Germany, pakai baju hiasannya semestinya dari Paris Milan London New York mari, anak-anaknya berlajar pasti sahaja di "Oversea" semata, etc etc... Kesimpulannya, bagi Ratna masyarakat kita terlalu mengukur kaji taraf darjat seseorang itu melalui tingginya "kemewahan" prestasi hidup mereka akan tetapi dari mana wangringgit itu datang dengan melambaknya, Wallahu a'lam !!!
Kemewahan itu usah dipandang dengan kerasaan bangga tidak bertepi dan pujilah seseorang itu melalui amal jariahnya dan bukan dari harta bendanya karena dahulukan dengan kebesaran Allah SAW dan kemudiankan dengan perihal duniawi dari situ kita mengenali peribadi seseorang itu sama'ada luhur pengetahuannya ataupun jahil, dari situ juga sudah boleh dikesan yang mana merendahkan diri karena sedar bahawa segala rezeki yang dilimpahi datang diatas kehendakNya dan yang mana asyik berlagak namun tanpa isi!
Istirehat secukupnya AA, gitu akan kembali sehat dengan senyuman nan manis...
Salam manis semanis madu.
moga akak cepat sembuh...
ReplyDeleteMs kalau dapat ikan pekasan potong sikit cili padi makan dengan nasi panas-panas itupun dah cukup
Tengok pekasam ni teringat pekasam dalam esbox, balik ni nak goreng pekasam la.....
ReplyDeletePernah try goreng daun kunyit, cabai melaka, bawang besaq & serai racik, pastu gaul balik ngan pekasam dak?... kalau tak pernah cuba la... jauh lagi sedap dari dok dengaq cerita orang rumah besaq, gaji besaq, suami kerja besaq..
ramai orang macam tu sekeliling kita.. dan saya memilih untuk tidak berkata-kata sesuatu yang membuatkan ada yang meluat atau dengki iri hati dengan saya.
ReplyDeletepsstt: sangat sedap kalau pekena ikan pekasam digoreng bersama cili kering dan bawang.. ;)
saya jenis orang yang malas nak ambik pot hal orang..saya buat hal saya sendiri..tapi.....jangan sesekali usik saya...pantang okey. macam sarang tebuan jugak lagaknya.
ReplyDeleteapa2 pun...saya memang tak boleh tahan tengok ikan pekasam macam tu...rasa nak terkam...gamak sungguh kak azie ni..! huhu..
dah baik dedar tu azie?
ReplyDeletedok dengaq cerita/cakap org bila pon tak habeh kan..pot petpotpet....
dah baik dedar tu azie?
ReplyDeletedok dengaq cerita/cakap org bila pon tak habeh kan..pot petpotpet....
mmg ada je org mcm tu...pasal gaji la..umah la..kete la..lantak pi la korang...pada noe..rezeki masing2 la..bersyukur apa yg kita ada..tak payah nk menunjuk sgt..semua tu pinjaman jer...
ReplyDelete