Friday, January 3, 2014

First day skooll: Saya percaya, setiap orang ada zaman susahnya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
03-01-2014


Seharian semalam yang cuti, saya cuba sebaik mungkin untuk menghadapi hari pertama skulah bebudak, wpun cuma tinggal 2 orang saja yang masih skulah.

Makna kata, saya cuba sediakan sarapan depa, bekal depa and masak untuk lunch depa. Sebab selepas ini, banyak hari-hari lain saya tak upaya nak buat semua itu sesempurna mungkin. Sekadar sediakan semuanya di meja, kemudian tinggal adalah tidak sama seperti kita sambut di pintu dan depa bercerita kisah hari pertama skulah.

Hmmm... agak kelakar semalam bila tengok ada insiden 3 orang budak tersepit kepala di kerusi skulah. Lucu. Tapi rupanya, si CHAK pun ada insiden dia sendiri. Katanya, bebudak lelaki main kejar-kejar lalu tertolak dia dan mejanya terkena meja. Takla parah malah tak cedera pun tapi dia rasa la sakit sedikit.

Kemudian kami bercerita lah tentang kisah skulah. Hari pertama, saya bekalkan duit belanja lebih untuk persediaan kalu ada benda/buku lain yang hendak dibeli. Kerana semua buku sudah lengkap lalu saya tanya berapa baki.

CHAK: “Duit Chak belikan buku untuk kawan Chak. Dia belum beli buku lagi.”

Saya tanya, “Buku latihan? Untuk tulis-tulis?” Ya.

CHAK: “Ain tu belum beli satu buku pun lagi. Baju pun tak. Stoking pun tak.” Aduhh kesiannya. Bagi saya, baju or kasut jika masih elok wajar guna semula. Tapi buku rampaian wajib kena ada yang baru.

“Mak dengan ayah dia takda duit nak beli.”

Lalu saya terfikir, agaknya tunggu bantuan persekolahan RM100? Atau memang adik beradik ramai untuk disara dan gaji tak mencukupi? Tiada bantuan zakat?

Lalu saya pilih beberapa barang untuk diberi. Kain skulah biru ada sehelai yang lama (langsung tak pakai sebab terpanjang dan saya simpan sampai lupa nak bagi CHAK).  CHAK akan bawa kasut skulah dia tahun lepas (masih baik sebab saya beli bulan Oktober lalu). Andai semua tu muat, saya harap budak nama Ain tu akan dapat semangat baru di sekolah.

Zaman anak-anak saya (6 orang) bersekolah serentak dulu, kami pun terpaksa menggunakan kaedah penjimatan yang kami saja tahu. Tak perlu cerita pada orang (dah ada blog ni nak la citer sikit). Dulu saya mula beli barangan sekolah seawal bulan Oktober (time gaji), diikuti time gaji November. Dan bila tiba gaji Disember digunakan untuk bayar yuran dan van sekolah.

Berbanding sekarang, agak selesa dan tidak rasa begitu terdesak kalaupun tidak terlalu mewah membeli yang mahal. Masih sederhana tetapi segalanya serba lengkap.

Saya harap, kesukaran hari ini tidak mematahkan semangat sesiapa jua (seperti kes Ain) kerana dengan belajar dengan gigih dan tekun, kemiskinan hari ini akan menjadi suatu pengalaman mahal buatnya bila dewasa kelak.

Tayang-tayang:


Gelang dan cincin aksesori. Datang khas dari Iran.


Juga pouch (travel kit) yang lengkap (ada sikat, brush, towel kecil dll). Saya suka pouch leather tuh.

Hadiah dari seorang anak muda, kawan Dak AMOI yang pegi bercuti ke Iran bulan lalu. Terimakasihhh...!







 ~...demi sebuah cabaran, HISYAM terpaksa juga menurun lembah menuju baruh dan SERI BULAN yang ditinggal dengan seribu barisan pesanan dan jagaan Mak Utih terasa pilu lagi ngilu di hati kerana HISYAM yang pergi bakal berdepan sekian ramai pencabar baru yang ingin melihat mereka berbalah dan bakal terpisah...~




24 comments:

  1. Masih ada lg begitu...dan sy rasa...yg kurang nasib drpd Ain tu pun msih ada lg kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang kita pelik di mana Ketua Kampung, di mana wakil rakyat... golobgam sebegini patut dapat bantuan terutama dalam hal persekolahan.

      Delete
  2. tak sangka ada yang susah lagi macam tu.... bantu lah mana yang patut.... sedekah pada org menuntut ilmu ni besar ganjarannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kita ada lebih memang tak jadi hal pun nak sedekah. Yang penting budak dapat sekolah dengan sempurna.

      Delete
  3. patutnya bantuan rm100 diberi sblm sekolah dibuka lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal. Bagi yang anak ramai perit juga, tapi sepatutnya parents sendiri kena pandai buat perancangan sendiri..

      Delete
    2. Nephew saya beli barang sekolah dia guna duit biasiswa. Bagus juga duit tu masuk dalam akaun hujung tahun masa cuti sekolah. So boleh guna untuk barang sekolah next year sahaja. Kami pun tak benarkan dia beli benda lain guna duit tu.

      Delete
  4. dulu shin skolah mmg jarang dpt yak baru.. semua recycle abang abang punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh sama ler kita. Masa sekolah dulu pun dok kena gina benda recycle gak.

      Delete
  5. Alhamdulillah.... semoga budak Ain tu membesar jadi muslimah hebat...
    Kami zaman sekolah x naik van or bas sekolah. Jalan kaki/berbasikal masa sekolah rendah. Dah sekolah menengah, sorang ja naik bas sekolah, y lain duduk asrama

    ReplyDelete
  6. kesiannya kalau masih ada anak yg belum ada kelengkapan sekolah..mulianya hati menderma..mg bertambah rezeki nnt

    ReplyDelete
  7. selalunya mak saya beli kain putih sekolah kat kedai,pastu jahit sendiri. jarang beli kat kedai sebab saya chubby sejak sekolah lagi,tak dak saiz yg sesuai. kain sekolah pun sama. tudung je la beli. kami shopping beli barangan sekolah awal bulan 10,11. kekadang lepas raya baru beli kasut sekolah coz dapat duit raya terus beli kasut. mak n abah kami tak pernah beli serentak ngan orang lain shopping beli barang2 sekolah. lepas orang dah naik sekolah,baru kami pi beli pun ada jugak. pegi sekolah,kami naik van or bas sekolah. kakak saya pulak dulu dia pegi sekolah naik lori polis,redah kelapa sawit kat PULAPAH pukul 5.30 pagi. sekolah kat Bahau,duk kat PULAPAH,jaraknya hampir 30 km. budak2 sekarang nak manja,manja lagik. istilah susah tak pernah wujud dlm kamus depa. tu yg perangai makin biadap,tak erti nak hormat org

    ReplyDelete
  8. zaman saya sekolah, susah la jugak. tapi disebabkan masa sekolah dulu cuma saya dengan kakak saya jer, mungkin sebab tu kelengkapan sekolah masih sempurna.

    ReplyDelete
  9. Ada yg tertangguh-tangguh beli brg persiapan untuk anak-anak ye kak? Sedih sy baca. Tak semua orang berkemampuan pun. Masing-masing terhimpit dgn kos sara hidup yang semakin membebankan.

    =(

    ReplyDelete
  10. kesiannya cerita ain tu, alhamdulillah saya tak pernah melalui episod seperti dia
    bukan dalam keluarga senang, gaji abah dulu RM1500 nak sekolahkan 5 orang serentak.
    tapi abah tak penah bagi kami rasa kesusahan tu

    sentiasa ada walaupun tak mewah. tak pernah hidup yang tak makan langsung
    walau dekat dapur mak hanya goreng ikan masin buat lauk
    kami diajar untuk tidak memilih makanan
    ajaran tu buat kami adik beradik mampu hidup walau di mana aje
    terima kasih mak abah untuk ilmu susah yang diberikan

    ianya buat kami menghargai mereka =)

    ReplyDelete
  11. wah....ke Iran bejalan-jalannya tu! ni kali pertama saya dengar orang gi jenjalan atau melawat melancong ke sana. di blog kak azieazah ni.menarik.

    ReplyDelete
  12. bagus gitu, kecik2 dah pandai nak tolong sesama kawan. semoga berkat.

    ReplyDelete
  13. Macam saya dulu la masa kecik2 dulu.memang oranbg susah,..hari mula biasanya mak pak mai bayar yuran.saya tak...tengah bulan atau hujung bulan baru bayar.kasut sekolah baju sekolah pun macam tu..mula sekolah pakai yang kakak2 punya ja.tak dak yang baru.tengah bulan baru beli.kadang2 berbulan2 baru dapat yang baru..heheh

    ReplyDelete
  14. mck pun dulu2 buku tak pernah cukup...bila ada homework, naik bas (~1km) ke rumah kawan, nak rujuk buku utk buat homework. Anak sekarang, dah beli cukup, beli tambah lagi buku latihan/rujukan & tah apa2 lagi sampai kadang hujung tahun, tgk some buku latihan masih 'cantik'

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Memdgr cerita org susah ni mengharukan, kan. Mama pun ingin jadi lebih prihatin kat org.

    Selalu nak cuba komen tapi baru ni dpt masuk...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Azie

    moga Ain itu dipermudahkan hidupnya serta cemerlang dlm pelajarannya

    ReplyDelete
  17. Mula2 sy ingt nma anak akak chak tu lelaki..rupanya gegirl. Baik budaknya,. harus ikut maknya ni. :)

    ReplyDelete
  18. Salam. MasyaAllah kesian budak tu...Nasib baik ada kawan yang prihatin seperti anak akak

    ReplyDelete
  19. peranan JKKKKKK nie kekadang tak berfungsi langsung ler...nak minta bantuan ..tunggu...tunggu...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails