Thursday, December 24, 2009

Aku jadi cikgu?...

3,4 hari lepas, TOKLAKI ada bagitau yang sorang kawan dia mintak tolong buatkan email dan web. Hah? buat email? Aku memang selalu dengar nama kawan dia ni disebut. Pada aku, biasa sajalah. Aku pun selalu gak sebut nama sekian sekian orang bila bercerita wpun ramai tu bukan kawan rapat, malah ada yang tak pernah jumpa pun lagi.

Oklah. Aku bolehlah tolong buatkan (sign up jer, create account). Memang tak susah mana pun (cewahhh ni riak orang konon terer nihh). Kebetulan minggu ni memang free ler sangat. Buat jer kat ofis, laju wehhh. Kalu buat kat rumah, tak pasal-pasal lak aku tumbuh janggut. Huhh!

So, aku create account email orang ni berpandukan pada namecard yang dibawa balik dek TOKLAKI. Juga create blog untuk dia. So aku ler yang reka nick dia, password dia dan juga tajuk blog dia. Aku siap lak bleh sms kawan aku, tanya berapa nak charge orang nih? Dia leh tanya, berapa lama masa nak buat tuh? Aku jawab, “for email 5 mins, for blog 10 mins.” Hahahaha... cadangan price tu aku setuju sangat wehhhh...

Menurut TOKLAKI (bohong dia, aku pun jadi pembohong gak lerrr), kawan dia ni ada gelaran DR. (di namecard dia pun memang ada Drs. H...). Uik? Mula-mula aku tanya, takkan ler doktor tak pandai IT? Takdak email? Umur pun lebih tua banyak dari aku nih. (macam ler aku ni muda sangat?). Rupanya dia dapat gelaran tu dari Kerajaan Malaysia. Hrrrmmm? Kerajaan Malaysia?

Lalu semalam, aku ditemani TOKLAKI (mestilah kena teman, kalu tak, confirmlah bunyinya “lalu semalam aku pun berdating ler dengan Drs. H.. tuhhh”). Kat sebuah bistro depan umah aku yang selalu penuh dengan orang bila time ada bola, dan bila takda bola lak, penuh dengan anak-anak muda dgn their lappy sbb Bistro tu ada wifi free. Tapi itu merupakan kali pertama bagi aku masuk bistro tu.


Mula-mula ajar dia cemana nak on laptop @ PC kalu dia nanti beli. Katanya, anak-anaknya semua ada, dan dia berhajat nak beli untuk kemudahan berurusan dan urusan bisnes. Aku ragu gak bisnes apa ni, sebab kat namecard dia ada servis Pengikhtiar Batin, Pasak Politik dll yang sejenis dengannya. Aku berurusan dengan bomoh moden ker nih? Seram wehhhh...

Pastu aku explain kat dia (aku siap bawa pen dan buku nota lak lagi tu) apa itu account setting, apa itu sent, apa itu draft dengan mengambil contoh guna hp. Cemana kita guna sms, draft, sent dsb gitulah lebihkurang email. (Betoi ker ni kengkawan? Kang aku ajar ajaran sesat lak ni.. Mampuih Drs tu bomohkan aku plakkk...)

Sedikit sebanyak, sambil belajar sambil tunggu “loading” yang slow, kami pun borak-borak ler. Maklum lah, sesi berkenalan ni kira penting gak kan? TOKLAKI ada kat tepi ler jadi pemantau. Memang Drs ni (kami panggil dia Pak IDRUS) adalah warga seberang tetapi sudah bermastautan di sini sejak 1995 lagi dan sudah ada PR. Merupakan bekas pensyarah di Universitas Islam Bandung. (Bab ni aku memang cuak masa baca kat namecard ada tulis “Pensyarah Terbaik Indonesia 1990”, siap aku cari kat Google dulu sebelum tu. Saja nak buat survey. Memang betul pulak tu. Ishhh tak baik aku buruk sangka, kan?)

Tetapi bersara awal dari bidang perguruan itu, merantau ke sini atas beberapa sebab (yang hampir sama dgn rakyat mereka yang lain). Rezeki di sini memang lumayan yer, Pak? Selepas berulang alik, bermula dengan pelawaan dari seorang “orang besar” dari Jelebu, Linggi dan beberapa tempat (masa kempen pilihanraya) lalu kebolehannya berjalan dari mulut ke mulut dan diyakini pula hingga ke merata tempat. (Dia top masa pilihanraya, dan jujur, setiap ahli politik yg “ditolong”nya memang menang beb!)

Ok, itu mungkin urusan bisnesnya. Takda kena mengena dengan aku or sesiapa di sini. Kemudian beliau merasakan di sinilah tempat sesuai untuk bermastautin dan ahli keluarga dibawa sama. Dalam pada itu beliau juga boleh mengubat “pengikhtiar” dan juga seorang pengkaji sejarah yang aku bleh kata cekap.

Back to belajar> setelah aku explain, aku soh plak dia try buat sendiri. Sign in, try taip email, sent to somebody (email TOKLAKI jadi mangsa), dan belajar to sign out. Simple jer, tapi aku ni kan cikgu yang baik. Lepas teory, mesti soh anak murid buat praktikal, kan? Nampaknya beliau berpuas hati dengan pembelajaran malam tu. 2 jam jer pun. Untuk blog, aku tangguhkan dulu, sebab aku taknak nanti dia “jammed”. Mahirkan dengan email dulu, sehari dua lagi, aku ajar cara bermain dengan blog plak.. Hehehehe...

Kemudian kami berbual sambil makan. Aku lapar wehhh.. anak murid yang “lumayan” nih kena belanja lah. Mestilah borak dulu, takkan nak terus cabut plak (wpun aku terpaksa lupakan hajat nak lepak dgn anak-anak makan kacang kuda rebus yang aku dah rendam overnight sebelum tu.. lum rebus lagi nih... uishhhh). Samada dilihat bodek atau penyedap cerita, aku pun sebut yang aku pernah sampai ke Bandung sekali dulu. Suka gak ler dia, yang aku pernah ke sana. Tapi bila aku komplen yang Jakarta tu jem (macet) paling dahsyat aku pernah jumpa, terpaksa ler dia mengaku kebenarannya.

Aku order Mee Goreng Basah. Bapak tu punya nak jaga hati cikgu dia ni, 2 kali tanya, sedap tak. Aku terpaksa cakap ok, padahal tak berapa sedapppp... (bil on him, kan?)

Kenapa dia perlu semua itu? Kerana memudahkan urusan dan komunikasi. Sebelum ni semua melalui hp dan sms jer mana tahan. (Aku tengok hp dia sampai 4.. hahahaha). Aku pun beritahu dia kelebihan teknologi, dan betapa perlunya dia memahirkan diri dengan asas, bukan perlu belajar semua, tetapi asas pun sudah memadai. Blog pula perlu untuk dia bercerita tentang kemahiran dan kelebihan yang dia ada. Berkongsi pengalaman dan bagi menjawab banyak persoalan orang tentang apa yang dia tahu. Jika ada yang bertanya, dia hanya perlu beritahu url blog dia... segalanya akan terjawab. Dulu dia malas belajar sebab kesedaran tentang teknologi tu kurang difahami, agaknya, tetapi kini dia tahu betapa pentingnya teknologi tu. Berkali-kali dia kata dia malu sebab terpaksa belajar ini semua, tapi aku ni dengan baik hatinya memberi motivasi, “Tiada yang terlambat untuk belajar. Tak salah untuk belajar.” (macam aku ni banyak benor belajar nyerrrr....)

Buat masa sekarang, dia sedang dalam proses menyudahkan rakaman 30 episod utk siri Epose Mistik (Astro) di bawah terbitan Datin Tiara Jaquelina. Wowww... Lumayan ini bapak....

Aku tengok artikel dia setebal 3,4 inci, semuanya bertulis tangan. Mak datukkkk jenuh tu dia nak masukkan dalam blog dia nanti. Gambar2 pun banyak, tapi semua dia fotostet jer. Manual semua. Kesiann.. Nanti kalu dia masih perlukan khidmat aku, aku rela jadi typist dia.. tapi bayor mesti lumayan jugak yer Pakkkkk... (Elehhh dia mana tau pasal blog aku, so dia tak mungkin baca entri nihhh...)

Balik rumah dah jam 10 lebih. Lupakan jer pasal nak rebus kacang kuda tu semua..., anak-anak pun dah ada yang tido. So, tapis dan simpan. Pagi ni soh depa rebus kediri. Dan aku mesti melepas lah nak lepak makan sama....Wuaaaaa....!


~...Ada sesiapa nak masuk pilihanraya tak? Jadi calun? Aku leh rekmen ini bapakkk....hehehehe...~
*SORI BERLORI, entri kali ni banyak monolog plak...



34 comments:

  1. hehehe.....baik nya cikgi nie. kalu eelobor mmg x de bakat la ngajar org, susah nk explain dan mudah baran bila nk ngajar. sebenarnya, eelobor pn ramai kenalan yang kelulusan ijazah dan berkerja besar dgn gaji yg tinggi tp dlm bab IT ni agak sedikit ketinggalan. eelobor pn x de kelulusan apa pn, cuma cuba nak mengikuti arus kemodenan (walaupun tak terkejar), sekurang² nya kita tidak jauh ketinggalan di blkg.

    ReplyDelete
  2. Sesekali jadi cikgu best jugak..

    Zureen cuma jadi cikgu tuisyen tak berbayar untuk anak2 kat umah shj(dpt pahala kira berbaloi sudah..)

    ReplyDelete
  3. EELOBOR > sebenornya anak-anak Kak Azie lagi terror bab nih. Tapi tu lahh.. takkan nak soh depa plak kan? Budak muda nak ajar orang tua, kang tak pasal baran lak. Kak Azie ajar mana yang tahu saja, yg tak tahu tu kena gak tanya orang...

    ReplyDelete
  4. ZUREEN > bab tu, tidak pernah ada titik noktahnya. Parents ni, ajar anak gosok gigi pun kira mengajar gak tuh.

    btw, Kak Azie pernah handle beberapa kursus di tempat kerja. Kursus2 pendek utk junior yang lum tau tntang perjalanan company dan workflow. So, bab nak ajar dgn theory dan practical ni, agak biasa lah..

    ReplyDelete
  5. azieazah,
    kalau student ada drs.... pengajarnya sure pangkat prof.... hehehehehhe
    selamat petang prof...

    ReplyDelete
  6. Hebat tu Cikgu AA, mengajar Pensyarah Terbaik Indonesia. Nasib baik lah wak tu tak pandai buka Blog akak yer, kelakar kelakar. I'm wait for second episod masa ngajar Blog lak yer ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Zah. Saya macam tak percaya dengan bapak tu. Diaorang ni teror bab pancing orang lain. Saya dah terlalu banyak buat deal dengan orang Indonesia. Terkini terbang RM40k eksport kulit lembu. Kawan saya ni bila cakap je keluar hadis, cakap je keluar ayat Qur'an. Nasihat saya, kalau kawan2 je boleh. Jangan "commit" apa-apa. Bila start nak pinjam duit, tinggalkan.

    ReplyDelete
  8. KAK MAH > Azie rasa Drs tu, berbeza dgn Dr yg biasa kita dengar. Azie nak hurai pun tak reti.. hehehe..
    Prof ek? Profesor Klon pun tak leh lawan gelak Azie nih Kak Mah oooiii...

    ACIK My Life > Gitulah. Memang tak caya gak, tapi ada gak survey, memang ada nama dia tersenarai sebagai salah sorang pensyarah di situ.. Well, tak penting pun yg benarnya, utk Kak AA...

    ReplyDelete
  9. MYBABAH > thanks nasihat. InsyaAllah, saya akan berhati-hati.
    Walaupun saya ikhlas mengajar, tapi tetap ada harga yang saya letakkan. Mana bleh free jer kan? He has to pay for my time, beb!

    Untuk berkawan pun saya tak terlintas, dia cuma berkawan dgn hubby saja, itupun lum pernah kami berurusan apa-apa. Sekadar kawan satu taman.. dan saya menjadi penyeri Kembang Setaman nya) hahahaha..!

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Azie..

    Wah... terer ler akak dah macam prof ajar drs..hehe..

    Betul tu kak, mana boleh free je kan, masa kita berlalu kena dibayar.. betul tak?

    take care ye

    ReplyDelete
  11. kak azie dah jadi cikgu, alang2 dah jadi cikgu tlg az lak, nak mintak tlg kak azie ajarkan cara nak masukkan signature tu, x tahu nak wat mcm mana. boleh tlg ajarkan tak?

    ReplyDelete
  12. Alamak kak... mizahazianis tu saya punya komen ler.. lupa nak sign out tadi.. Si Mizah anakku ler sini duk sibuk gak nak berblog, dah ibunya lupa nak sign out tadi..hehe

    ReplyDelete
  13. MIZAH > no sweat babeyyy...

    SHAZRIENA > Kak Azie tak ingat.. jap nak semak kitab...
    Nanti Kak Azie kabo lain yerrr...

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Baguslah..sedikit ilmu kita ada jika dikongsi dan diajar pd org dgn ikhlas, insyaAllah ada pahalanya.
    Akak pun byk kali tolong buatkan blog dn daftar email utk kwn2...kadang2 jd penasihat utk depa. Lepas ni nk ajar ramai lg kwn2 buat blog...

    ReplyDelete
  15. hati hati... air yg pahit pun nampak jerneh..

    ReplyDelete
  16. salam Azie..

    siang tadi kakcik cuba komen, tapi tak boleh masuk la pulak....

    hati2 ya cikgu.. skrg ni byk musang berbulu ayam! :)

    ReplyDelete
  17. SHANIZA > betul tu. Bila ada yg minta tolong, wajar ditolong kan?

    FADZIL > thanks. I'm appreciate it. Ayaq yg jernih tapi pahit tu, ayaq julap ker kopi cayaq? hehehe..

    ReplyDelete
  18. KAK CIK > musang berbulu ayam tak takut lahh... Azie kan pernah jadi Musang Terbang? lagi terror aperrr... cewahhh

    ReplyDelete
  19. jangan la asyik nak jadi cikgu je, sekali sekala gi la menuntut sikit ilmu2 yang Pak tu adaa....tapi kalau Pak tu ala2 bomoh, eeeee...takuttt....

    ReplyDelete
  20. FA > rasanya gitu ler kot... cuma takut saya lum pi belajar, TOKLAKI dah pi menuntut ilmu dulu.. hakhakhak!

    ReplyDelete
  21. salam kak azie, semalam ada dh baca, tp sambil lalu sebab mata dah suku nak terkatup, tak sempat nak komen

    ramai dah yg komen dah bagi nasihat kt atas, sy rasa tak mo tambah lg dah, just nak bagitau, gathering esok mungkin tak dapat pegi, husband kena kerja. Patut la masa bgtau dulu dia kata tak boleh janji, rupa2nya dia dh tahu dia kena kerja hari tu.

    kita jumpa lain kali ek

    ReplyDelete
  22. ROSNANIE > alaaaaaa.... alaaaaa > hentak-hentak kaki, sambil hantuk-hantuk kepala..

    ReplyDelete
  23. Ooo... dia berasal dari sana ek...? Dia pandai komunikasi dengan makhluk ghaib ek...? Maknanya kompem SMS warna merah yang boleh pukau orang dulu tu bukan dia yang buat le sebab SMS warna merah tu dah dikira teknologi hi-tec tu... ekekekeke...

    ReplyDelete
  24. kau x ajar OT ke --> aku rasa aku dah komen naper x keluar yer atau aku dah tua x ingat dah komen ke tak hu hu

    ReplyDelete
  25. BRO NAJWA > sms berhantu? aku tengok hp dia semua Hitam Putih jerrr.. lum ada screen kaler pun lagi.. hahaha..

    CALUK > Ko ni tetiba jer jadi tua? Tu mesti sebab bertapa dalam gua lama sangat tuu... Tu yang ko komen 2,3 kali pun ko tak nampak...hahahha...

    ReplyDelete
  26. kak azie, kakcik ckp, kalau lah dia boleh dtg ambik sy, sy ckp, kalau nak ok jer, kak azie taknak dtg ambik sy n 4 gerabak ni, hehehe...

    ReplyDelete
  27. ROSNANIE > Kak Azie dah pun ditempah dek Kak Cik... kalu Kak Cik sanggup terbang sana sini, singgah ambik kutip... apa ada hal... blehhhh...

    ReplyDelete
  28. erelerk cokgu banyak bidang, cikgu orang cikgu buka orang ngajar, burung pun cikgu juga..

    ReplyDelete
  29. ZEQZEQ > opss! terlupa lak yerr... Awak pung cikgu saya juga. Timokaceh ler, dolu2 dok ajar saya buat blog..Pasni ajar ambo buat web guna Joomla yer...
    nanti awak mari tak? FRIM? mcm biasa, jangan lupa stok budu ambo dehh..?

    ReplyDelete
  30. salam kak azie, ooo kakcik dah tempah ek...
    hmmm, tak per, lgpn sy kalau pegi dgn gerabak, bukan kepala jer, susahkan orang jer nanti.

    nanti balik, cite byk2, kasi sume orang jeles (read: sy jeles), huhuhu....

    ReplyDelete
  31. ROSNANIE > siannn....janganler jeles... nanti kita buat gathering sesama kita jer..jangan ajak Mazidul..hahahaha...biar dia plak jeles.
    Tunggu lah nanti gambor masuk, sbb Kak Azie tak bnyak amik gambar (hp cap ITIK ni tak lawo). Tunggu depa yg lain upload lerr..
    *Catatan ni dibuat selepas 10 min balik dari gathering..

    ReplyDelete
  32. INSANBIASA > salam kenal. Terimakasih. Tiada apa yg perlu dipuji pun...
    Perkongsian biasa saja...

    ReplyDelete
  33. salam..
    kiter nak jugak belajaq ngan cikgu ...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails