Saturday, August 21, 2010

Ramadhan: Bila dapat Kepujian Kelas Pertama...

My TOKLAKI balik kampung pagi tadi dgn MIL & 2 BILs. Nak habihkan kerja-kerja touch-up rumah di kampung. Besar sungguh hasrat depa nak beraya di rumah tu tahun ni. Memang dah lama gak kami tak balik ke sana kerana rumah lama sangatlah uzur sejak WEI (WAN/nenek panggilan N9) meninggal. Anak-anak aku panggil ONYANG (moyang).

Aku pun teruja gak nak balik ke sana. Dulu rumah tu rumah kayu dan uzur. Sempat jugak bila balik kami berehat semalam dua. Keliling rumah pula ada sebatang dua pokok durian dan rambutan beberapa batang. Dan aku belajar dengar durian gugur, berlari kutip durian tu di sana juga. Sungguh besttttt...!

Malah bila musim raya, aku pernah belajar buat lemang dengan WEI. Memasak guna dapur kayu. Yang pasti WEI tu sayang aku. Dan aku yang memang tak pernah merasa bermanja dengan nenek sama sekali, samada sebelah BONDA atau sebelah arwah AYAH. Sebab tu jugalah kot, aku mudah jer mesra dengan orang-orang tua.

Nenek sebelah BONDA sempat aku kenal semasa kecil jer, lagipun tak duk sekali dgn kami. Dia duduk dengan anak dia yang lain dan aku tak ingat aku umur berapa masa dia meninggal. Nenek sebelah ayah, langsung tak pernah kenal.

Bila TOKLAKI takdak kat rumah, nak masak apa pun tak tau. Hmm... selama ni masak nak fikir perut dia.. uikk? So bila nak ikut tekak sendiri, jadi tak tau. Kalu ikut hati, goreng telur + kicap atau buat nasi goreng pun ok dah. Anak-anak tak cerewet.



Well, ulang balik menu yang mendapat Pujian Kelas Pertama dari TOKLAKI semalam. Buktinya dia makan bertambah masa berbuka semalam. Sambal ala Jawa: Sambal Bilis + Tempe.

Tukang masak ni, pantang kene puji, bantai ulang masak lagi hari ini. Kasi improve itu masakan. hehehehehe


*Kenangan bulan puasa: pernah kena ragut di depan rumah pada tahun 2007 di bulan puasa dengan RM380 tunai dlm handbag utk beli baju raya anak-anak, dalam perjalanan balik dari ambik tiket ketapi utk beraya. Semua lesap depan mata termasuk handfon kesayangan. Sudahnya, tiket kena beli baru, bajet baju raya kena dikurangkan. Sian budak-budak.


~...SERI BULAN tidak pernah merasa cantik untuk berbaju baru, tapi tetap teruja bila setiap tahun HISYAM sentiasa bermurah hati...~



22 comments:

  1. best nyer sambal+tempe. memang sedap akak. banggang betul org yg meragut tu yer, kesian dia x de duit nak buat bajet raya kut

    ReplyDelete
  2. EELOBOR > kes ragut ni boleh berlaku bila-bila masa saja. Tapi kalu musim perayaan ni, kes tu makin dasat lagi. So kena berhati-hati semua orang.
    Semalam baru saja, sorang kawan parking keta depan masjid (solat Jumaat), keta kena pecah sbb ada orang leh trace dia simpan laptop bawah seat. Cermin keta kena pecah, laptop lesap. Sian betul...

    ReplyDelete
  3. innalillah... kena jaga-jaga kurang-kurangkan bawak henbeg tu tambah musim nak raya orang ingat banyak duit kenkadang cuma bawak tisu muka je tapi kalu kena ragut maunya cedera juga dibuatnya

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Azie.
    Hmmm ... seronok kan masak jika hasil kerja abis dimakan?
    Kak G suker masak ... mencuci & mengemas tu yg lecenya. Sekarang ikut suker jer. :)

    ReplyDelete
  5. ramai yang desperate menjelang raya, kes ragut pun bertambah-tambah..
    extra cautious bila berjalan sorang-sorang, paling penting jangan bawak banyak cash..

    ReplyDelete
  6. Kak, pernah jugak dulu! Nak2 dekat raya pulak tu, si penciluk tu macam tau2 je baru amik duit. Tapi kes saya kena toreh handbag... tak perasan langsung! huhu.... memang harus double2 berjaga2 musim2 raya ni;)... btw, sambal tu memang pembangkit selera kan.. tahan lama lagi! hihi:)

    ReplyDelete
  7. Banyak pula dugaan dalam bulan Ramadan ni... adoi laaa...

    ReplyDelete
  8. dia makan habis..sebab dia terlalu lapar kot..

    ReplyDelete
  9. BRUTALSOLO >(solo lagi kerrr...) heehe
    kang berbuka tak lapo dahh..


    CEMOMOI > begitulah, kadang2 kita cukup berhati-hati, tapi bila nak terjadi, ia tetap terjadi. Pada Kak Azie asal diri tidak cedera, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. DRFAUZIAH > Salam Kak G. Selalu gitulah. Semangat masak berkobar, tapi bila nak basuh periuk kuali berchenta betul. :)


    SITI MURNI > Sejak pada tu, kalu kuar jalan2 Kak Azie boh duit & hanfon dalam poket suar. Handbag bawa masa pi ofis jer.

    ReplyDelete
  11. JUMA > Tumpang simpati. Faham perasaan orang yg pernah kena ragut. Sambal tu tak sempat tahan lama, selesai kejap jerrrr...!


    KHAYALKHAYAL > dugaan dalam jiwa sendiri lagi kacau.

    ReplyDelete
  12. IJAD > hehehe agaknya la kot. Maklum posaaaa... hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam Azie.. petang ni nak masak apa pulak? Kakcik pun tengah 'blank' ni.. dah tak daya rasanya nak jamah yang dibeli.. masak sendiri, walaupun ringkas, rasanya lebih puas, kan? :)

    ReplyDelete
  14. Salam KAKCIK > ntah ler nak masak apa yer. Azie ni tak pernah la beli sbb selesa masak sendiri.

    Tapi tekak ni teringin nak makan Udang Sambal Petai, goreng Ikan Temenung Lengat (tau ker? yg masin2 dikukus tu). hehehehe

    ReplyDelete
  15. baru semalam acu makan sambal petai ikan bilis kawan acu masak...sodap...hehehee

    ReplyDelete
  16. Salam kenal dan selamat berpuasa.
    Saya pun suka makan ikan bilis. Hehehehe...

    ReplyDelete
  17. ACU > Memang sedapppp...


    ZEZEBEL > Salam kenal. Terimakasih sudi bertandang. Selera kita sama..

    ReplyDelete
  18. salam,

    hati2 la ketika di mana2 moga tak kena ragut lagi..

    ReplyDelete
  19. Antara yang selalu dicari kalau pergi kedai makan...masak sendiri? Rugi sebab sorang-sorang....

    ReplyDelete
  20. PJ > terimakasih. Memang sekarang ni sangat berhati-hati.


    ELLY > betul. kalu setakat makan sorang memang tak berbaloi kalu masak. Beli lebih mudah dan tak letih badan.

    ReplyDelete
  21. sis,,,,,mmg sempoi menu ikut tekak dan selera sis...ayu pun suka goreng telur n kicap.....

    but, sambal goreng sis u toklaki lagi mengancam.....ari2 masak pun tak jemu..

    PS: hati2 semasa kluar umah sis....mmg kadangkala ada jer kes yang berlaku....amalkan baca ayat qursi 3 kali..kalau sis rasa bacaan tak lancar, batalkan rancangan..insyallah...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails