Monday, May 27, 2013

Lagi kisah 3 Abdul Pasar Pudu....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-05-2013


Seperti biasa, rutin saya ke Pasar Pudu setiap kali cuti hujung minggu. Stok bahan basah apalagi saya memang bawa bekal setiap hari ke tempat kija.

Semalam seperti biasa, saya ke sana lagi. Jumaat lepas, masa cuti umum tu, saya dah pergi tapi Ahad kena pegi lagi sekadar untuk tambah lauk. Saya biasa beli ayam dari sorang penjual ni. Pembantu dia sorang lelaki Indonesia yang baik, peramah. Tapi si penjual ni (Melayu), sorang anak muda yang sedikit kasar (saya dah sedar sejak awal tapi tak kisah pun).

Entah kerana apa, kali ini dia marah-marah pula bila saya tanya harga ayam. Mana tahu harga mungkin beza. Ini biasa. Saya terkejut bila dia cakap marah-marah. Terus saya kata, “Saya tanya jer, janganlah nak marah-marah.” Dan saya terus jalan. Kensel beli ayam! (sebenarnya ayam masih ada sikit lagi stok kat rumah).

Jika ada yang masih ingat, dulu saya pernah tulis tentang saya menjadi pelanggan setia beli ikan darat (keli, patin, baung dsb) dari satu grup 3 orang anak muda (Grup Yop Perak). Yang mana depa sudah berpecah menjadi 3 lot berbeza tapi berjual sebelah-menyebelah. Saya juga pernah tulis, yang saya serba salah nak beli dari siapa, lalu saya stop beli dari depa.

Semalam saya melintas depan gerai depa lalu cepat saja salah sorang dari “3 Abdul” ni yang cam saya lalu mengeloi. Alahai...

Samada saya memang dianugerahkan hati lembut mudah kesian (saya memang nak beli keli pun), atau spontan terasa untuk berlaku adil, lalu saya singgah gerai pertama beli Patin, Ikan Talapia Merah dan Ikan Pacu.

Kemudian singgah gerai kedua, beli Keli pula. Pastu cuba mengelak untuk singgah di gerai ketiga. Tapi, si penjual tu terus tegur saya, “Kak, beg tu masih ringan lagi. Singgah la Kak!”

Adehhh cair jugak hati saya. Lalu beli Keli lagi sekilo. Kenduri Keli la saya minggu nih.


Masak sendiri makan di rumah, lalu hidang cara saya yang agak bersepah tak pernah jadi masalah gambar untuk masuk bog, kan?



Saya gandingkan dengan Sayur Bayam Tumis Air + Karot + Cauliflower. Masak bening kata orang. Saya patut buat Sambal Belacan, tapi... ahh malas!

Kemuncak hari minggu semalam, ialah Ketam Masak Lemak Cili Padi. Perhhh.... kami makan berhidang duduk bersila sambil bersulam Air Oren Buat Sendirik yang manis lagi enak. Tengahari yang panas terasa sungguh nyaman!


Memang masa saya dengan famili sangat terhad sekarang. Tiap Sabtu pun kena kerja wpun off-day. Dijangka projek tengah lebat masuk dan akan bertambah busy sehingga menjelang bulan posa nanti.

Saya dah bayangkan, tahun ini bulan posa akan berbeza bagi anak-anak saya. Sedih gak bila diingat, pada hari bekerja, saya akan mungkin berbuka di atas jalan, dan anak-anak akan berbuka dengan menu ala kadar sebab si tukang masak ‘dapur magic’ depa tak upaya balik awal macam tahun-tahun sebelum ini.






 ~...belum pernah HISYAM berani untuk menegur SERI BULAN tentang keramahannya dengan hampir seluruh warga Kampung Separuh Desa, terutama kaum pria yang mencari masa untuk singgah ke laman Teratak Nyatuh sambil mata bak helang mencuri pandang SERI BULAN di balik kain tutup tingkap yang sentiasa berkibar lembut, kerana bimbang dituduh cemburu tak bermata...~




26 comments:

  1. assalam kak..mmg org aym tu tolak rezeki....dan rezeki akk mkn lauk seafood rini...hihi...kecur liur saya kak....:-)

    p/s:kak...tahun ni xde buat gathering blogger lgi ke?teringin nk join kak...insya Allah dil balik pose ni..:-)

    ReplyDelete
  2. Masa dulu tinggal di San Peng Flat.. selalu sangat jenguk Pasar Pudu dengan Mak.. tapi semua tu dah tinggal kenangan..agaknya macamana yer suasana Pasar Pudu sekarang.. :D

    ReplyDelete
  3. Kakcik suka makan keli, tapi 'tak pandai' nak masak sendiri... ;-)

    ReplyDelete
  4. dah sedap2 baca n tengok gambar lauk yg mabeles tu (kecuali keli - akak takuuuut..)tu tetiba emosi plak membayangkan anak2 Azie bila Ramadhan nanti...sob!

    kerja elok2 ya Azie..

    ReplyDelete
  5. Sy pun suka beli aym dgn org yg sama..wlu pn jauh dr rmh sy x kisah..pnjual yg x manis muka melayan..kastemer mmg menolak rezeki nama nya..sy pn pmbeli yg mudah kesian dgn pnjual yg masi byk lg brg jualan nya..smbil mmbeli niat bersedekah..mmbantu pnjual mncari sumber pndptn..

    Gbr mknn tu cantik la..x pyh hias2 pun..since kamera hp sy retak..x gbr yg dpt d pamer..

    Demi mncari rezeki keluarga bgtu la nasib kita...trpaksa berkorban..ibarat nya ada kos melepas utk dpt kn sesuatu...insyaallah dgn niat yg baik..kluarga amat memahami dn hidup kita akn lbi berkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rakyat Malaysia ni lagi² perempuan mudah kesian pada orang kan? Saya pun kadang kala terjebak hanya sebab kesian. Huhu.

      Keluarga memang memahami, tapi kita juga yang rasa tak sampai hati. Rasa kesian sangat pada mereka.

      Delete
  6. saya paham dgn situasi akak tu. Saya kalau balik ke kg, bila pergi ke pasar malam @ pekan sari, biasanya yg berniaga adalah, kawan sekolah, jiran2, sedara mara. Kadangkala saya beli jugak demi menjaga hati. Kalau poket kurang tebal....rela tak pergi pasar malam. hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ikan keli goreng tu..

    Baru ni ada jiran bagi ikan pacu, dok keras dalam aisbox, tak tau nak buat apa, besaq sangat... nak siang pun tak larat..

    ReplyDelete
  8. Kak, kenapa mereka berpisah gerai? Kalau saya di tempat akak pun tak tau nak pilih mana. Harga ikan dia semua sama? Kalau sama ceduk sejenis pada setiap gerai.

    Ikan keli kalau masak sambal, masak cekur, masak lemak. Sedap nyerr!!

    Kalau makan ketam, seeloknya la makan di rumah. Sebab boleh duduk di meja selama mana kita nak, sebanyak mana kita nak makan, dan sesepah mana pun kita boleh buat. Mwahahah..

    ReplyDelete
  9. Aah lah mesti serba salah nak beli dari siapa kan, kalau diorang bergabung je kan senang. Ketam masak lemak tu buat tekak nie terliurrr sgt..

    ReplyDelete
  10. Memang kenduri keli Azie ye... sedapnya...boleh masak macam2!

    ReplyDelete
  11. Saya mmg reject peniaga yg tak mesra/sombong/muka moncong/kasar ni..
    Dia ingat dia sorang meniaga ka?

    ReplyDelete
  12. Ciss! Sy mmg pantang bila dilayan buruk dan kasar dgn peniaga. Mmg tidaklah sy! Klu die amalkan perangai mcm tu, mahal le rezeki die. Mintak jauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti CNY tahun ini jatuh pada hari Ahad. Saya pergi pasar macam biasa. Kelihatan juga beberapa peniaga Cina berniaga. Bila saya lalu di tepi satu gerai (lorong nya kecil antara gerai) saya terdengar peniaga Melayu itu berkata, "Tamak. Hari raya pun nak berniaga!"

      Saya tak setuju bila abg tu berkata begitu.

      Rezeki Allah yang bagi. Jika benar pun auntie itu tak berniaga, dibuatnya customer tak ramai, rezeki yang dia dapat banyak tu je. Auntie berniaga, customer sangat ramai, rezeki yang dia dapat pun sama banyak itu juga. Kalau dah Dia kata hari ini rezeki dia sebanyak ini, sebanyak ini la abg tu dapat kan?

      So tak perlu la nak iri hati pada orang lain. Tawakkal aje la.

      Delete
  13. Huih... ketam bunga masak lemak....last masak & makan 2 minggu sebelum mak meninggal... tahun ni bukak posa seminggu bertiga seminggu berdua je.. :'(

    ReplyDelete
  14. yang jual ayam tu mungkin dia ingat ramai yang beli dari dia..jadi nak buat kuang ajaq pun dia tak kisah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalau ya pun ramai yang beli dari dia, dia tidak boleh berkurang ajaq pada pembeli mcm tu. Dia tak tau ke, kalau seorang pembeli dia berkurang ajaq, pembeli itu akan mengiklankan kepada pembeli lain akan kekurang ajaqan dia tu.

      Eh iklan mulut lebih berkesan tau. Lagi² iklan bab perihal negatif orang lain.

      Delete
  15. Meriah dapur Azie.
    Yg paling Sham suka hat ketam tu.
    Tp dh x blh mkn dh sekarang ni.
    Penyakit kata NO.

    ReplyDelete
  16. semua saya suka..
    nak nak pulak tengah puasa.. hehehe...

    ReplyDelete
  17. Semalam sabtu, cuti, ada kawan dapat byk ikan, keli, tah kat mana dia jual, dia memancing tepi kolam sebelah tu pulak takungan emmmm,,emmm, msemua dia tak bawa pulang

    ReplyDelete
  18. aduii.. ketam tuuuu.. mcm nk geget2 je rasanyaaa.. nyum2

    ReplyDelete
  19. saya tak makan keli, patin pun tak makan. kerek kan. tapi saya suuuuuuuuka ketam dan sayur bayam tu. walaupun masak bening tapi kalau kena dengan sambal belacan, memang lah lazat nya. boleh bertambah-tambah tu..nak-nak pulak duduk makan bersila sekeluarga...

    ReplyDelete
  20. huhu..makanan semua sedap. pandai eh masak ikan keli.
    tak pernah makan..

    ReplyDelete
  21. Ikan keli....makcik suka, tapi setakat beli yg dah dimasak....

    ReplyDelete
  22. Aina sekarang hujung minggu selalu ke pasar borong. Tiap2 hari dari jumaat, sabtu dan ahad menu utama sambal sotong. Pening mak!

    Beli barang Aina akan tengok juga muka penjual tu, kalau ketat semacam hai2 bye2 lah.

    ReplyDelete
  23. mak aii banyaknya beli keli hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails