Monday, May 20, 2013

Orang ‘pandai’ makan (plus kuat makan?)...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-05-2013


Pernah dengar istilah atau gelaran ‘orang pandai makan’? Orang pandai makan tak semestinya kuat makan. Tapi orang yang pandai makan ni, dia pandai rasa mana makan yang best, suka cuba pelbagai makan dan tak takut pun nak cuba apa-apa menu walaupun pertama kali jumpa di mana pun. Itulah saya.

Ke mana pun saya pergi, jauh dekat selalunya makanan adalah tumpuan utama (termasuk saya memang kuat makan jugak laa). Apatah lagi jika saya berpergian ke tempat yang jauh dan pertama kali. Memang saya akan cuba makanan tempatan di situ, samada yang pelik atau unik apalagi yang tradisi. Amat rugi jika tidak mencuba.

Masa saya pertama kali nak try Nasi Kerabu bertahun-tahun lalu, si penjual tu sampai tegur saya sebab saya tak tahu apa set untuk Nasi Kerabu. “Belum banyak berjalan jauh ni.” Ya.. malu la time tu sebab tak reti nak makan Nasi Kerabu. Tapi sekarang, kalu bab Nasi Kerabu saya mesti pastikan setnya lengkap, such as mesti ada Daging Bakar, Budu, Solok Lada, Keropok, Telur Masin. Ikan kembung goreng tepung kira bonus la jika ada.

Baru-baru ni, kengkawan tempat kija saya mencuba seminggu order lunch dari satu restoren yang lain.  Kan saya pernah citer, restoren yang sebelum ni amat-amatlah tak sedap dan sayurnya selalu lunyai!

Seminggu depa mencuba tapi saya hanya order sekali saja sebab saya sentiasa bawak bekal. Itupun kerana saya tertarik seorang kawan order Lontong untuk lunch (boleh panaskan di pantry). Kerana citernya Lontong tu sedap dek sebab ada Serunding Kelapa, saya tertarik dan order pada esok harinya. Untuk menyedapkan lagi tekak dan selera orang pandai makan (serta kuat makan) ni, saya beli juga seketul Ayam Goreng Berempah.


Ayam dipotong (saya gunting) dan serve bersama Lontong. Perhhhh...! Kawan-kawan saya hairan, saya boleh buat camni. Ehhh depa ni, itu pun nak heran.

Sebenarnya, perangai suka campur ayam goreng ni dah lama saya buat. Dulu lagi, bila saya order Kuey Teow Kungfu atau Maggi Kari pun, saya suka order sekali ayam goreng yang dihidang bersama. Enak sangat tau...!

Ketika saya suka melayan tekak saya dengan beberapa menu barat or Itali, masih ada beberapa orang tak pernah rasa apa itu Macaroni Salad, ada yang langsung tak pernah makan hotdog. Malah bila saya bawak bekal Chicken Cabonara (& mushroom) hari tu, kecoh sekejap seolah-olah benda tu menakjubkan. Aduhai, saya pulak yang malu seolah-olah makan benda paling pelik dalam dunia. Jujur, saya tergamam dengan situasi ini, sehingga saya naik malu dengan diri sendiri kerana selalu nampak pelik. By the way, pelik ker?

Saya bimbang kepelikan di mata depa tu akan menjadi bahan bualan, yang sebenarnya... pada saya takda mender pun.





 ~...malam semalam hujan lagi dan jatuhannya menimpa zink bumbung Teratak Nyatuh memberikan iramanya yang sungguh unggul lagi menghiburkan telinga SERI BULAN lalu HISYAM dipaksa-ajak untuk menjadi peneman di ambin sambil sama-sama menikmati lagu yang sudah lama tidak mereka dengari bersulam cerita ketika bersama di kota dulu berlepak santai di kafe tepi jalan bertemankan laptop yang kini sudah menjadi pelapik buku di bilik bujang kerana tiada liputan yang hendak ditangkup...~




19 comments:

  1. bergantung pada selera tekak masing2 la kan...ada org makan laksa penang bersama pulut panggang..ada juga makan bersama sambal tumis sotong...

    ReplyDelete
  2. lontong lawan serunding dan sambal memang sedap , kami kalau nak makan tunggu raya je kak
    kalau makan org lain buat cam x kena jee tekak nie ;)

    ReplyDelete
  3. samalah macam suami mia.. suka ayam goreng macam tu..

    ReplyDelete
  4. Aik...mereka tinggal di KL kan? Kalaupun tak kemana2, tapi biasanya kat KL nie memang pusat makanan serantau. Saya rasa kan kak.. orang2 itulah yang peliknya.

    ReplyDelete
  5. kalau pasal ayam oreng..memang kepandaian anak2 acik tu..makan apa tu..mesti ank ada ayam goreng..

    ReplyDelete
  6. Sy pndai mkn tpi mls msk.. Haha.. Blh gtu.. Hehe.. Tpi mmg best cmpur2 gtu.. Nk rasakn kelainan..

    ReplyDelete
  7. Bekal carbonara pun pelik? Errr dengan lambakan sos carbonara segera di pasaran sy x rasa pelik. Tapi... saya rasa kagum dengan org yang tak pernah makan hotdog. Serius kagum sangattt! Respek sebab dia tak pernah makan processed food yang banyak perisa dan perasa tu hehe

    ReplyDelete
  8. Kak Azie macam org kampung pulakkan sampai benda2 yg biasa bg org zaman sekarang ni depa jadi hairan kecualilah mak Aina yang tengok memang dia hairan tapi kalau setakat spaggeti tu dia tak hairan dah...

    ReplyDelete
  9. suami saya pun suka makan macam tu..apa2 yang berkuah2 tu dia tambah dengan ayam goreng..makan laksa pun ada ayam goreng..hahha..

    kak azie ni mesti peminat setia ayam goreng..heheh

    ReplyDelete
  10. Wow kak azie mmg adventure bab makan2 ni kan..
    kalau kita tak ada selera utk mencuba, maka tak ada lah istilah 'kuat makan' kan kak azie???! hehe
    kita pun suka makan makan makan.. try something new. :)

    ReplyDelete
  11. Pandai makan dgn kuat makan totally tak sama.
    Yg pandai makan dia memilih sikit (biasa yg sedap-sedap hihi...)
    Kuat makan pula biasa sapu semacam hahaha...

    ReplyDelete
  12. Saya genius makan & kuat makan. Ok? hahahaha

    Makan lontong guna copstick kah itu?

    Ayam goreng berempah mmg sedap, sebab deep fried...deep fried = sedap = banyak kalori....hahahahaha...

    ReplyDelete
  13. lontong last mkn raya thn lepas..sedap makan dgn serunding.. hihi

    ReplyDelete
  14. tekak akak pulak, pandai sgt tu idak la...asalkan yakin halal dan bersih, laju jer...kalau dtg hangin nak makan, mmg kuat makan sungguh akak ni tau!

    ReplyDelete
  15. janji kenyang kak...pedulikan depa tu.. ;-)

    ReplyDelete
  16. Huih.. sempoi lontong ada ayam goreng.. kalau balik kg Muor.. makan lontong ada teloq goreng dah kira sempoi.. rupanya ada yg lagi sempoi!!!

    ReplyDelete
  17. moleklah tu kak azie.
    skurangnya kita 1 Malaysia perkenalkan pelbagai makanan.
    bukan kuat makan.

    lagi satu kan.. skurangnya idaklah hanya makan benda y sama. bosan tau

    ReplyDelete
  18. Ternampak chopstick tu, skang ni Tina tengah nak belajar makan guna chopstick sbb x reti guna..hehe

    ReplyDelete
  19. ni bukan pandai makan jer kak...pandai menikmati hidup. hehehehe, nice sharing!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails