Tuesday, October 1, 2013

“Bodoh! bodoh!”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
01-10-2013


Dah Oktober. Rekod cuti semua staf dah kuar. Ada yang berbaki puluhan hari. Ada yang berbaki 100± hari lebih tidak diambil. Rekod paling banyak, 256 hari baki cuti sorang designer.

Hai... kalu saya ada baki cuti camtu banyak, kompom merata alam saya berjalan. Depa tu bukan taknak cuti, tetapi position depa tu penting dan selalu tak boleh cuti.


*****


Balik kija malam tadi, Me & MyToklaki bertembung dengan sekumpulan (5,6 orang) bebudak lelaki remaja. Mungkin masih Form 2 or Form 3 berkumpul bersama motor masing-masing. Yang tak sedap didengar tu, bahasa depa. Mak aiii... kembang telinga.

Woiii tunggu la aku, bodoh!”

“Hey bodoh! Cepat aarr!”

MyToklaki geleng kepala. “Kenapa budak-budak sekarang ni tak lepas nak sebut ‘bodoh’? Dia tu pandai sangat ker?”

Kerana saya diam malas nak tokok tambah dia bebel lagi, “Zaman aku muda dulu, mana ada nak sebut benda-benda camtu.”

Isu tu senyap camtu saja sebab saya malas nak bertekak or berbalah walaupun saya setuju sepenuhnya akan bebelan si suami tu. Kan saya batuk kuat? Malas la nak cakap banyak-banyak!




 ~...malam semalam bulan kelihatan menyabit serong dan cahayanya begitu tajam dan seperti biasa mengekori ke mana sahaja sehinggakan terleka SERI BULAN dek sabitnya bulan purnama itu lalu nyaris tersungkur disadung akar meranti yang menjalar tidak disedar, HISYAM terpaksa menutup mulut menahan tawa yang hampir terhambur kerana bimbang nanti kena sembur...~




55 comments:

  1. Itu blom lg ckp ikut pengaruh cerita tu...apa nak jd x tau la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem yang ada unsur gangster paling banyak mempenharuhi bahasa anak-anak remaja sekarang.

      Delete
  2. betul azie.....mungkin tu trend cakap zaman sekarang kot...sedih

    ReplyDelete
  3. Betul tu Kak Azie budak2 kat tempat Aina pun suka sangat mem'bodoh'kan org lain. Kadang2 anak2 kat rumah pun terikut jugak, selalu Aina ugut kalau nak cakap yg bukan2 dok rumah jgn berkawan dgn org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah selalu sangat sebut, lama-lama bebudak tu dah tak rasa kekok lagi dah. Dah takda rasa malu pun.

      Delete
  4. memang itu gaya mereka bercakap kak azie..sebab mereka tu kurang cerdek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keurangan cerdek tu pun bukan kerana tak pi sekolah, tapi kerana pengaruh sekitar juga. Banyak pencemaran di sekliling anak-anak kita sekarang ni.

      Delete
  5. lepas listen, listen sekarang bodoh, bodoh pulak.... trending words kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu itu lah trendingnya, lepas ni apa pulak, kan?

      Delete
  6. trend kot kak, budak2 kampung saya pun macamtu jugak....perkataan tu dah biasa, even yang kecik2 pun dah tahu sebut:-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuatu perkara kalu dah selalu dibuat, diamalkan akan menjadi kebiasaan yang tidak langsung menjadi sukar, Saya rasa begitu lah.

      Delete
  7. kalu maman terdengar.. mesti dia akan ckp.. 'nape ckp gitu.. tuhan marah la..'

    huhu.. moga kekal sifat murni dlm diri anak2 kita kann kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya yakin semua bebudak tu, masa kecik diajar dididik sebaik mungin samada di sekolah mahupun dirumah Tetapi ada faktor lain yang mencemarkan keadaban mereka.

      Delete
  8. menjadi ikutan budak-budak sekarang...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi bernama budak, semua benda baru nak dicuba dan nak diikut...

      Delete
  9. sampai sekarang pun saya tak pandai nak cakap benda tu secara terus terang. cakap secara under my breath sudah. tak pun dalam hati aje.

    seriously kalau anak-anak buah saya cakap perkataan tu, memang sampai la tangan saya kat mulut depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Da;am rumah kami sejak kecik dulu, memang langsung tak berani. Now, dalam rumah Kak Azie, perkataan tu dilarang keras utk disebut.

      Delete
  10. sungguh xsedap didengar kan kak.sy pon xsuka org ckp bodoh2 ni.xelok.

    ReplyDelete
  11. kononnya mesra.. dalam masa yg sama menonjolkan kebodohan sendiri kerana tak reti menggunakan kataganti nama yg betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut-ikutan. Begitulah. Bukan dia fikir benda tu baik ke tak baik. Janji, dia boleh buat macam kengkawan lain buat.

      Delete
  12. biasanya remaja gini lahir dari keluarga yg tidak harmonis, saya pandang dgn rasa kesian..
    tapi kalau bdk kecik pulak, diorang terpengaruh dgn kwn2 nursery/taska.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada benarnya. Pengaruh luar sebenarnya sering menang jika nak dibandingkan dengan kawalan orang tua.
      Remaja lebih percaya cakap kawan dari cakap parents sendiri.

      Delete
  13. Itu lah bezanya zaman baby boomers dgn gen y.
    Apapun bahasa melambangkan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu masa zaman P.Ramlee, berbahasa tak betul macam tu dah kena ludah dah....

      Delete
  14. bahasa jiwa bangsa...zaman dah berubah, adab pun dah ditolak ke tepi.

    banyak nya cuti..kalau la boleh suka-suka transfer..meh la kat chek sikit...cuti dah nak abis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlalu ramai agaknya kawan yng cakap, jadi bebudak tu dah tak rasa itu biadap dah.

      Memang rasa nak beli cuti depa tu, tapi mana bolehhh....

      Delete
  15. srh dia transfer cuti tu ke saya.. dah abes langsung ni.. hahahahahahahaaa

    ReplyDelete
  16. wah banyak cuti dia.. tapi sayang dia tak dapat nak gunakan cuti dia kerana tuntutan kerja :(

    Bahasa budak2 sekarang (bukan semua) agak menakutkan.. kat area rumah saya pun macam tu.. bila tegur mengadu kat mak bapak nanti kita kena balik.. aduhai.. :(


    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah juga yang sering menjadi kebimbangan. Ada setengah parents yang tak boleh langsung ditegur...

      Delete
  17. macan tu la kak budak2 sekarang. dah hilang budi bahasa, hormat menghormati pada orang lain.. kesian tengok....

    ReplyDelete
  18. bukan setakat ayat bodoh saja..lebih dari itu pun ada...geram sangat bila dengar rasa nak cili mulut mereka ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu berani dan nekad, boleh jer cili mulut bebudak tuh! hehehehe

      Delete
  19. tu kalau kita tegur,silap haribulan kita pulak kena sembur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selalu pun silap haribulan tuh... hehehe

      Delete
  20. makbul doa budak2 tu semasa sendiri dgn perkataan bodoh tu, habis kantoi PMR nanti .... huhu

    ReplyDelete
  21. kak..sy ni setiap hari dgr ayat tu dr bdk2 remaja kat taman sy ni
    kalau takat bodoh,gila tu biasa
    kdg2 mak dia punya pun dia sebut sekali
    rasa mcm nak cilikan je mulut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni mencarut pun dah jadi kebiasaan di mulut budak remaja.

      Delete
  22. Seri Bulan : Aku tak GATAL TAK GATAQ, tak gatal

    ReplyDelete
  23. Mungkin tak dilarang dari mula.. tu yg jadi ayat penyedap rasa... makin takut tengok budak2 remaja la ni.. 10 tahun lagi tah cemana pulak... :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu la ada kes budak umur 12 tahun dah pandai rogol orang...!

      Delete
  24. tu kira ok sebab budak2 yg cakap..ni yg dah jadi mak budak lagi dasat..

    "Eh sial..babi..bangang..." hanya mainan bibir dia bila bercakap dgn kwn2nya..

    sy hanya mampu berastagafar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah si emak camtu, anak-anak nya tah cemana la pulak...

      Delete
  25. betul la..
    zaman kita dulu takut nak sebut bodoh..sampai sekaraNG KALAU NAK MARAH ORANG SEBUT BODOH DALAM HATI JE..TAK PUN TULIS KAT FACEBOOK.NAK SEBUT TAKUT..HAHAHAH..APAHAL TETIBA CAPSLOCK LAK NIH..HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa kena la marah kat kebod pulak.. ahahaha!

      Delete
  26. habislah ... mmg sekumpulan yg bodoh lah jwpnya . lepas spm trus jadi mat rempit . -erkataan tu doa . klu dah lebih 40 kali ... layan jer la ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kita yang ada anak ni, melihat anak orang lain, terasa takut terkena anak sendiri....

      Delete
  27. Salam AA . moga sihat hendaknya.
    Takut dgn ayat keramat tu. Moga tak menular kat anak2 kita. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Ju. Sebenarnya batuk saya masih ada lagi. Ntah bila la nak baik...

      Delete
  28. Azie, di sekoalh saya semua budak dok kata "saya bukan bodoh saya bukan bodoh" ikut stail ckap isteri Mat Yo.tu. ish di kantin tadi saya jerkah a group of them yang dok shout perkataan tu..ringan tangan ni rasa nk boh sebijik ! !

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails