Friday, February 8, 2013

Bila masak tak makan, geram tak...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
08-02-2013


Gigih mencari Ikan Bawal.



Dapat 2 ekor sebesar itu, jenoh tawar-menawar dapat harga RM10. Isi pejal.




Tapi... yang layan cuma Alia dan saya. Yang lelaki 2 orang. MyToklaki kurang gemar kari maklum bukan Utara mari.

Geramnya...! Perangat masuk hari ke-dua pun macam tak luak.

Geram tak?




 ~...HISYAM sudah mula memasang hasrat untuk kembali menulis surat untuk dihantar ke bawah tempurung di hujung ampaian kerana sedar SERI BULAN juga kelihatan sudah tidak tentu arah makan-minum dan tidur-baringnya kerana tempurung bagai reput dimakan cuaca yang semakin tidak menentu...~




Kenangan Mengusik Jiwa: Kami ada serimbun buluh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
08-02-2013


Minggu depan sekolah bercuti seminggu untuk Chinese New Year, huh? Ramai dah mula plan cuti-cuti, or paling kurang pun balik kampung.

Sejak kampung asal saya semakin ‘kosong’ sudah bertahun tiada agenda balik kampung sebelah saya. Jika balik pun, menginap di rumah MyKakYang, rumah semi-D di tengah bandar Parit Buntar, yang mana tak sama seperti bermalam di rumah kelahiran or bersiar di laman kampung sendiri. Kampung yang ada banyak pokok, bendang yang luas, ada parit...

Dulu ada reban ayam, ada ‘lau’ itik, kami juga ada kebun sayur kecik MyBonda tanam jagung, cili dan macam-macam...

Kami ada serimbun pokok buluh yang selalu menjadi permintaan orang kampung untuk menebang sebatang dua untuk dijadikan batang pancing, mengail puyu di parit-parit. Bersebelahan pula dengan pokok cermai yang tinggi rimbun dan sering berbuah lebat. Hogah sedahan bentang kain batik boleh dapat cermai sampai sebakul...


Gambar lama: Raya 2008.
Sebahagian belakang kampung tu sudah kami tukar menjadi tanaman kelapa sawit.

Malas nak ingat lagi. Lain kali sambung.


Tayang-tayang:


Bungkusan Pulut Kuning untuk diagih kepada jemaah surau. Semalam kami buat tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah ahli keluarga, sebelah saya dan sebelah MyToklaki.





 ~...rimbun buluh kuning emas yang sering dianggap menjadi tempat si buluh perindu sering menjadi tempat menyorok si Wahab Tiga Suku mengintai menjeling SERI BULAN melintas lalu walau pernah tersilap terka Mak Utih berlenggang sama, sehingga HISYAM pernah bertekad hendak menebang setiap ruas...~




Thursday, February 7, 2013

Belasungkawa AZLI PAAT: kerana dia, kami bertemu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-02-2013


Lanjutan dari menerima berita pemergian pakar IT, En AZLI PAAT, (boleh rujuk entri saya sebelum ini) saya menyertai beberapa orang sahabat KLFM, pergi menziarah di rumah arwah di Bukit Segambut malam tadi.


Ambulan sudah tesedia. Jenazah sedang dibawa masuk untuk dibawa ke Hospital Selayang untuk post-mortem dan urusan prosedur selanjutnya.

Menurut seorang jurucakap keluarga, sebaik sahaja urusan tersebut selesai, jenazah akan dibawa ke kampung kelahiran arwah, Kg Pedada Kuning, Peserai, Batu Pahat.


Anak kedua arwah, Naim, berucap pendek di hadapan tetamu yang hadir malam tadi. Mengucapkan terimakasih serta memohon sesiapa yang mengenali arwah, memaafkan dan menghalalkan apa jua kesilapan arwah sepanjang mengenali. Naim juga menyebut andai ada sesiapa yang mempunyai urusan yang belum selesai atau ada arwah berhutang, berhubung dengannya untuk diuruskan. Naim memberikan no hp nya untuk dihubungi, tapi saya tak salin. Bagi saya, kita yang lebih terhutang budi kepada arwah kerana penglibatan beliau dalam IT dan interaksi orang awam.


Beberapa orang sahabat KLFM yang saya kenali juga ramai yang kelihatan malam tadi. Kami sudah saling mengenali sejak menjadi ahli komuniti sahabat KLFM bermula tahun 2003 (or 2004?).

Saya sendiri mendaftar dan mendapat nombor 1868 dan keahlian bertambah sehingga ratusan ribu pendaftar.

En AZLI merupakan orang yang memperkenalkan sistem interaksi mudah melalui kod nombor 32728 (DAPAT mengikut keyboard hp). Kita berinteraksi sesama ahli dan juga dengan beberapa organisasi begitu mudah.

Saya sendiri mula aktif berinteraksi di laman Kampung MMS KLFM kali pertama ialah pada 01-10-2005 (saya berhenti menghantar MMS ketika jumlah MMS saya mencapai angka ahli saya 1868). Banyak sekali program berlangsung pada zaman itu dan arwah sendiri selalu hadir dalam banyak program tersebut dengan penuh merendah diri.

Ramai juga yang mungkin ingat, arwah juga yang memperkenalkan RakanCop di mana melalui sistem DAPAT, maklumat jenayah dapat sampai kepada pihak polis dengan lebih mudah dan cepat.

Dua orang sahabat bercakap ayat yang sama malam tadi, "Kerana beliau lah kita bertemu..."

Bertemu bermaksud, kami bersahabat secara ikhlas dan telus dan turut melibatkan keluarga masing-masing, menjadi kenalan bertahun-tahun lamanya. Saling menyokong, saling memeriahkan dan seharusnya kami berterimakasih dan terhutang budi kepada arwah AZLI.

Selain dari itu, ada banyak lagi sumbangan beliau dalam bidang IT untuk negara kita hingga menerima beberapa anugerah. Kita bangga mempunyai seorang pakar IT muda, berbangsa Melayu dan beragama Islam dan kehilangan beliau merupakan kehilangan yang besar.

Semoga segala jasanya mendapat ganjaran yang setimpal dan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Aamiin.




 ~...kenal kali pertama bukan untuk terus memaling muka hanya kerana tidak seperti impian tetapi membenci seseorang sehingga menjadi igauan itu suatu perkara terburuk yang akan terjadi...~




Wednesday, February 6, 2013

Pakar IT DAPAT Vista, En AZLI PAAT meninggal dunia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013


Berita diterima kira-kira jam 9.00 malam tadi. Meninggal di rumahnya di Segambut.



Mengenali arwah sejak zaman Radio KLfm, memulakan laman web utk para pendengar berchatting. DAPAT, idea dari arwah memperkenalkan pula laman web interaksi untuk pendengar bergabung di bawah satu komuniti. Selepas bertukar nama kepada KLfm, DAPAT Vista banyak bekerjasama merapatkan hubungan pendengar dan penyiar.

Paling berkesan adalah laman web Kampung MMS yang sangat popular, mampu mengumpul ahli pendengar Sahabat KLFM sehingga puluhan ribu pendaftar. Masa itu Facebook pun tak wujud lagi, dan itulah ‘facebook’ kami. Bermesra dan komen-mengomen di Kampung MMS.



Saya sendiri ada beberapa siri kenangan program dengan arwah.


Semasa seminar IT di PD, 2010. Lama tak jumpa, dan ini menjadi pertemuan akhir kami.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNYA.




 ~...mati itu pasti, hidup InsyaAllah...~




HOT.fm kantoi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013



Memang terang-terang la silap.

Mungkin status tu depa draft semalam kot, lupa nak publish? hehehe FB boleh eh buat camtuh?

Status bertarikh 06-02, kira-kira jam 6 petang tadi. Tak pasal-pasal.





Kebetulan pagi tadi memang saya tonton Johan Ashari, Wana Shamsuddin bercakap tentang drama baru itu di MHI TV3, bersama pengarah dramanya Rashid Sibir.

Elok jika thread itu didelete saja, dan ia akan menjadi soal kecik sebelum besar.





 ~...amatlah memalukan bila selama ini berlagak hebat tetapi sebenarnya masih sukar membeza siapa lebih derhaka antara Tuah dan Jebat...~




Siapa pem‘pengaruh’ paling kuat dalam hidup kita...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013



Sepanjang hidup berumahtangga, saya rasa beruntung sebab MyToklaki sangatlah tidak cerewet. Dalam banyak hal, memang dia boleh dikategori tidak cerewet (termasuk memilih saya buat bini? hahaha!)

Bab makan adalah paling mudah utk kita lihat seseorang itu cerewet atau tidak (abaikan orang yang terpaksa memilih kerana faktor kesihatan & penyakit). MyToklaki jenis makan di rumah. Lewat cemana pun dia lebih memilih makan di rumah, dan tentu-tentulah si bini kena basah tangan selalu.

Walaupun saya tahu dia gemar makan apa, dia suka lauk apa, tetapi sejak awal kahwin dia tak pernah paksa saya mesti buat itu, mesti masak macam arwah Mak dia. Tetapi selaku orang yang sukakan puji-pujian (cewahhh...!) saya gigih la belajar apa lauk yang dia suka. Well... I can say sangat berjaya esp. bab Masak Lemak Cili Padi! Hujung jari saja laa...

Namun ada juga beberapa insiden komplen-rajuk-tak pujuk dalam hal menu Pulut Kuning dulu. Maklumlah saya mana pernah makan Pulut Kuning time sarapan or time bila tekak mahu. Di kampung dulu nak jumpa Pulut Kuning kene tunggu majlis kenduri cukur jambul or khatam Quran. Sekarang, saya terus lupa beberapa kisah airmata sentap bila dia komplen di awal pembelajaran saya itu bila akhirnya saya suksess juga bekerjasama dengan dapur magic saya untuk Pulut Kuing yang layak mendapat pujian: Kepujian Kelas Pertama!

Kita harus bersetuju, dalam hidup kita IBU/EMAK adalah insan paling berpengaruh. Saya belajar mengendalikan hidup pun sebahagiannya dari melihat cara MyBonda dan sebahagian lagi dari arwah MyMakMertua, kerana kami tinggal dekat dan rapat pula.

Mungkin kaum suami banyak belajar dari bapa mereka pula. Betul kah?


*****


Menjawab pertanyaan blogger NIDA tentang ‘apa beza Rojak & Rojak Pasembor’, saya pun tak pasti. (blogger NIDA adalah blogger yang bermastautin beberapa tahun di New Zealand, dan baru pulang semula ke tanahair)

Tayang-tayang, ialah Rojak Mee yang saya beli di Pasar Pudu. Jika hanya Rojak, semua bahan seperti dalam gambar kecuali Mee.



Cucurnya masih seperti dulu juga, sedap lemak-lemak.



But, jika dibandingkan (kenapa nak banding?) saya masih nak kata Rojak Pasembor di restoren kerusi kuning oren di Kg Baru tu lebih sedap...!






 ~...apabila melihat matahari mulai terbenam itu memberikan sinar kilat yang jingga sudah seperti ungu pekat HISYAM tidak mahu menyebut dia rabun warna kerana SERI BULAN sudah lama tahu jingga tidak akan menjadi warna pilihan sekalipun maksudnya berbeza sekali di mulut mereka berdua...~




Rabu yang bising sebising Pasar Pudu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013



Sekarang ni rutin saya pergi Pasar Pudu berselang 2 hari atau boleh dikira seminggu 3 kali. Saya boleh dapat ikan fresh tak macam dulu, beli ikan simpan peti beku sampai 5,6 hari.

Selain dari cerita di atas, saya juga beli kuih walaupun pada hari bebudak bersekolah. Depa kalu sebelah petang, selalu kuar soklan, “Mak ada makanan tak?” means, depa tak mo nasi.

Saya akan beli kuih dan simpan dalam tupperware, as spare bila depa lapar. Yang selalu terjadi, kenyang jer makan nasi, depa boleh lagi nak makan kuih ni. Perut tempayan, saya kata.



Biasanya memang saya beli yang package RM2 ini. Ada 10 pcs di dalamnya. So far, ada Kuih Lapis, Bingka Ubi Kayu, Kuih Talam Keladi, Seri Muka (yang ni susah dapat tapi itulah faberet saya sebab sedap!), Dangai (ni pun kadang jer ada), Kuih Apam Balik kecik. Then ada sejenis lagi kuih macam Apam Inti Jem Nenas tu, apa nama ntah. Tapi saya tak pernah beli lagi.



Saiz setiap pieces saya rasa masih lojik jika dijual 40 sen seketul, tapi saya tidak tahu kenapa ianyanya dijual secara paket-paket, 10 pcs = RM2 saja.


Saya tak reti nak buat Bingka Ubi Kayu macam ni. Kompom la kena beli.

Di Pasar Pudu juga jagung manis selonggok 5 pcs masih boleh dengan harga RM4. Mungkin di pasar tani murah lagi.

Dan ramai tahu, ada satu gerai jual Cendol – Pasembor Rojak yang sedap di sini. Dulu masa kerja, MyBoss selalu tapau Cendol ni untuk setiap kami sorang sebungkus!

*Area Pasar Pudu (kawasan Melayu), bawah jambatan. Gerai cendol sebelah gerai jual ikan masin. The only one gerai Cendol pun. Gerai kuih paket RM2 berkongsi dengan lot yang jual pisang dan betik.





 ~...menitip pesanan untuk bercuti dan pergi sehari dua melalui Pak Utih semata tanpa notis pendek di bawah tempurung seperti biasa membuat SERI BULAN merasa hendak merajuk dalam sejuk kerana HISYAM sudah semakin berani mencabar dirinya untuk menyenaraikan alasan tidak bersemuka...~




Tuesday, February 5, 2013

Bila malam jer, merapu...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-02-2013



Dah 5 haribulan? Masa cepat betul. Saya tidak mahu menulis tentang apa yang saya rasa atau sebarang perasaan. Nanti terbawa-bawa. Orang baca pun boleh loya.

Betul ker, lelaki kalu tetiba jer... tiba-tiba... tup-tup jadi baik sesangat tu ada makna sebaliknya?

Ada udang galah sebalik mee bandung?


*****


Tayang-tayang:


Saya kan terlebih rajin yang bukan-bukan? So minum petang siang tadi saya buat Kuih Buah Melaka. Huhhh... sekampit tepung pulut youuuu...!




 ~...berkali Mak Utih berkias kata untuk tidak terlalu percaya imbasan wajah di air jernih bukan bermakna hati orang itu juga jernih dan SERI BULAN sangat percaya bahawa HISYAM tidak perlu menyuluh wajah kerana tanpa melihat hadapan sudah ramai dapat meneka langkah maskulinnya boleh menggugat air berkocak kuat...~




Baik-buruk letak wajah di blog ~ kenapa blogger sorok wajah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-02-2013



Suatu pagi, hari apa ntah saya tonton bual bicara singkat di tv, bersama consultant internet yang sudah bergelar jutawan Irfan Khairi. Walaupun hanya singkat dan secara asas sahaja tips dan panduan dari Irfan, ada beberapa perkara yang sempat saya ‘tangkap’.

Antaranya, jika ingin membuat perniagaan online melalui blog ada beberapa penting harus ada di blog iaitu, Testimoni dan Gambar sendiri.

Bagi setengah orang, mungkin tidak penting, tetapi menurut Irfan kajian menunjukkan (selain testimoni yang sah), meletak wajah pada blog meningkatkan graf jualan dan memberikan keyakinan kepada pembeli.

Secara lojiknya, ramai orang akan berfikir untuk membeli sesuatu barangan/product jika wajah penjual pun depa tak pernah tengok.

Saya pernah juga jumpa beberapa blog yang menjual product secara sambilan tapi saya tak terlihat wajah mereka dalam mana-mana entri or di profile. Saya berani kata, cara itu lambat dan kurang berkesan.

Bagi blogger yang menulis bukan untuk berniaga, tidak menunjuk wajah bukan perkara baru. Sejak zaman chat 10 tahun dulu lagi saya sudah berhadapan dengan ramai teman maya yang memang selesa untuk tidak tunjuk wajah. Selagi perhubungan maya itu sekadar bertukar pendapat dan info, wajah tidak menjadi keutamaan. Saya terima itu.

Selagi blog itu bersifat peribadi, meletak gambar sendiri setiap entri atau langsung tidak, pun tidak bersalahan dan saya yakin semua orang boleh terima.

*Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.



Tapi tak perlu la sampai letak gambar dan details dari MyKad pula untuk menarik orang beli product anda ya... hehehe!





 ~...walau wajah sudah dihafal setiap lekuk pipi dan jendul dahi si SERI BULAN, apabila berada di sebalik kain tutup tingkap yang berkibar lembut di jenang Teratak Nyatuh, HISYAM tetap merasakan itu suatu pemandangan yang sungguh lain dari yang lain...~




Monday, February 4, 2013

“Dah takda lelaki lain?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-02-2013


Kadang-kadang saya tak faham, bila ada orang yang degil tak bertempat.

Kalu sudah dikatakan, sudah diberitahu kita tidak berminat, tidak sudi nak berkawan waima nak berkenalan pun macam buang masa... kenapa masih tak faham? Kenapa masih nak kejar?

Tak faham bahasa? Tak malu macam dah takda orang lain lagi yang boleh diajak-sudi?

Saya meluat tengok gelagat orang yang ‘tak faham bahasa’ jenis tu.

Terutama lelaki, dah tak malu sangat dok kejar terhegeh-hegeh kat wanita yang terang-terang sebut dia sukakan orang lain.

Kenapa masih nak pujuk nak desak nak paksa?


Bak kata Abdul Wahub kepada Qhasidah anak Sadiq Sigaraga: “dah takda lelaki lain?”

*Entri berdasarkan satu watak dalam drama tempatan kita.

Update: KEBETULAN malam ini ada filem 3 ABDUL di TV2 pulak!





 ~...bagi SERI BULAN memang sudah tiada lelaki lain setelah mereka sama-sama berjanji berikar berkait kelingking walaupun anak dara Pak Imam masih ketegaq hegeh mengharap-hadap HISYAM membalas surat yang dikirim melalui Wahab Tiga Suku berupah sepuluh biji guli berkilat....~




Gulai Rebung Madu untuk Kak QUEENIE...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-02-2013



Sembang-tanya-borak maya di blog seorang blogger yang handal memasak; Kak QUEENIE lalu apabila Kak Q menulis tentang ‘tanduk rebung’ terkeluar kisah pasal Rebung Madu.

Lalu saya kongsikan kisah Rebung Madu yang saya selalu makan tiap kali ada program dengan geng Perlis: AnakPerlis.com (AP.com). Gulai Rebung Madu ni memang menjadi menu popular di Perlis dan selalunya kalu ada kenduri, lauk ni memang akan ada.

Saya belajar makan pun dengan depa la...



Gulai Rebung Madu ni biasanya dimasak bersama daging or daging tetel (yang ada banyak lemak tu).



Saya belajar ‘menggubah’ rebung ni pun dari depa. Mula-mula memang failed selalu, tapi rasanya sekarang ni dah expert skit...!
*pic rebung yang sudah diproses, direbus dan diimport dari Perlis ke KL, lalu sedia untuk dipotong-gubah.



Saya ada beberapa koleksi gambar proses Gulai Rebung. Ini dari periuk gulai daging yang belum dicampur rebung.



Ratah saja pun best...!


Antara hasilnya. Dari koleksi peribadi saya, sendiri punya gambar tak cilok orang punya.

Boleh juga Google untuk melihat beberapa lagi versi Rebung Madu yang mungkin berbeza.

Kak Q, agak-agak boleh tak masak camtuh? Orang handal masak ni, bagi apa pun depa boleh buat, kan?




 ~...mengintai SERI BULAN di sebalik rimbun buluh batang kuning sudah menjadi buah mulut orang kerana Jalal yang ditangkap mengaku dalam malu sehingga HISYAM merasa hendak menebang semua buluh biar laman terang biar bulan nampak benderang...~




Sunday, February 3, 2013

Katering kenduri itu murah sekepala, tapiiii....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-02-2013


Saya salah tido agaknya, semalam. Leher sengal tak boleh nak toleh sangat. Adehhh...

Hari ini saya masak sakan sebab semua orang ada di rumah. Menu yang diplan semalam. Kunun perasan hebat. Hahahaha...!

Sotong Paprik  (banyak sayur) ~ Bawal Sweet Sour ~ Tempe Goreng ~ Ikan Sepat Kering.

Tapi saya & Toklaki pegi kenduri kahwin. Jemputan dari kawan setaman.

Yang best tema warna Purple, berkebetulan saya pun berbaju kurung Purple, bawa purse kecik pun warna Purple. Cewahhh...!



Biasanya bila ada kenduri di taman saya or sekitar dekat sini, saya akan nampak memang syarikat katering yang inilah yang menjadi pilihan. Sampaikan saya dah boleh hafal, jika katering ini lauknya apa, airnya apa, acarnya apa. Betul... saya boleh tahu.

Sebab? Setiap kali itulah saya tahu, Ayam Masak Merahnya mesti keras! Belum pernah saya jumpa katering ni, ayam dia lembut (macam katering lain). Okeh.. ini entri komplen. Sori Berlori.

Saya makan penuh syukur juga, sebab saya memang tak breakfast tak lunch. Nasinya ok, sedap. Dalca bukan paberet saya, so oklah. Dagingnya boleh tahan. Yang selalu spoil, Ayam Masak Merah!

Jiran saya pun tadi komplen. Saya diam sengih.

Saya berpendapat, syarikat ni selalu menjadi pilihan adalah kerana tidak banyak saingan di area sini, dan saya dengar harga yang ditawarkan memang murah. Harga mampu la bagi golongan sederhana. Nak buat gotong-royong masak sendiri, macam mustahil jer sekarang ni.

Sekalipun sentiasa mendapat permintaan, harga murah sekepala, tapi kalu selalu sangat ayam keras, saya sukar nak terima.

Tahun lepas, kawan saya nak buat kerja kahwin anak dia, survey harga lalu terpikat dengan syarikat ini sebab murah giler katanya, tapi bila dia tanya pendapat saya. Saya reject.

Satu lagi ialah, airnya tak berapa sedap. Oren yang pucat, tawar sesangat dan pinggan yang disusun tepi tong nasi, ada yang masih kotor dan basah. Saya terpaksa pilih pinggan tadi.



Pemanis mulut hasil tuan rumah sendiri. Bubur Sagu. Gula merahnya enak. Sedap juga. Toklaki ambik 2 mangkuk, saya semangkuk dah cukup.




 ~...jangan mengulang silap menghidang kopi pekat melekat tapi piring sedikit sumbing sehingga senyum Pak Utih yang tersungging sukar diteka antara marah atau tersinggung...~




Nasi Lemak Lima Kupang TOK KI...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
03-02-2013


Sarapan apa pagi ini?

Paling popular tentulah Nasi Lemak.

Ini citer nasi lemak minggu lepas punya. Saya & Toklaki pegi ke BTHO (Bandar Tun Hussein Onn, Cheras), dan kami bersarapan di medan selera di sinun.

Kawan kami sering cerita pasal Nasi Lemak Tok Ki (penyanyi 90-an, ingat?) yang sedap. Saya 2,3 kali singgah di gerainya, tetapi makan menu lain.

Pagi itu kami sarapan di situ, serta bungkus untuk kawan dan juga anak-anak.

Nasi Lemak sebungkuih 5 kupang!



Nasi lemaknya ada halba. Memang sedap. Yang paling ramai orang beratur, tentulah kat sudut Nasi Lemak 5 Kupang ni. Boleh juga beli singgit, tambah lauk dll. Menu lain juga banyak. Kuih muih pun banyak. Macaroni Gorengnya sedap.! Kedai ni memang meriah. Sebelah petang ada jual Laksam dan kuih-muih.

Lokasi: medan selera di belakang McDonald BTHO. Nama gerai ‘Kedai MakLong’, berhadapan 7-Eleven.

Saya segan nak snap logo kedai, sebab orang ramai sangat.

Apa sarapan anda pagi ini?





 ~...mengajar diri sendiri untuk mahir menanak nasi di dapur kayu beratang tinggi, Mak Utih menyimpan geram sendiri bilamana SERI BULAN masih tidak tahu mana beluti mana kayu jati dan HISYAM turut disalahkan kerana mengutip kayu api tanpa tahu mana tempurung mana kayu semut sudah hurung...~




Saturday, February 2, 2013

Saya tak update apa-apa hari ini. Harap maklum.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
02-02-2013


Hari cuti. Semua anak ada di rumah.

Tapi,

yang tua ada janji makan-makan dengan kawan-kawan di Publika.
yang nomot dua, janji jumpa kawan di Pavilion.

Tiga lelaki lain tak lekat di rumah.

Kebetulan PM Dato Seri Najib, mai kawasan taman kami. Saya jer tak rajin nak amik pot.

Lalu saya malas masak sangat. Menu dirancangkan disumbat semula ke dalam petisejuk. Paling mudah, Nasi Goreng Sotong. Memang tak sesuai sangat untuk lunch, tambahan pula cuaca panas membahang....!

Takpa, janji perut kenyang.

Minum petang:


Kuih Bakar. Import dari Pasar Pudu, cuma RM2 sahaja. Saya suka borong yang package RM2 ni terutama Seri Muka (hijau) yang enak tu, tapi dah habis pula. So Kuih Bakar pun syukur.
*pakej RM2 ni biasanya ada 10 pcs kadang lebih.

Mode: nak berendam barang 5,6 jam dalam kolam!




 ~...buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut pun bagai kering kontang tanpa belaian kerana tanpa HISYAM menyertai, SERI BULAN terus terasa sangat segan...~




Isu Sharnaaz–ND Lala: kecalaran ini akan menggugat kebahagiaan hari esok...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
02-02-2013



Ramai orang sudah tahu isu yang berlaku. Ramai juga sudah baca. Lihat di blog hiburan terutama Oh Bulan, RotiKaya... dan seumpamanya.

Kisah ketidakpuasan hati seorang ayah seorang artis muda, seorang anak gadis. Kekasih anak kelihatan begitu berani ‘daring’ membuat pelbagai kenyataan yang mengguris hatinya sebagai seorang tua.

Belum ada hubungan, belum ada sebarang ikatan, Sharnaaz mengesahkan dia bakal suami Shila Amzah. Saya melihat kata-kata mulut mengaku ini sebagai kata-kata orang yang sedang asyik masyuk dilambung chenta, sekaligus selaku orang selebriti yang sentiasa perlukan perhatian (dan publisiti).

Tetapi jika banyak kata-kata yang yakin tidak bertempat, mengenepikan perasaan orang lain yang terlibat amatlah dikesali.

Berbalas-balas statement pun sudah saya lihat sebagai “BIADAP!”

Selaku orang muda, apa salahnya mengalah. Ambillah pendekatan mendiamkan diri. Pergi berjumpa berdepan secara baik — kalau betul dia kata dia lelaki seperti yang dicabarnya kepada ND LALA. Dakwanya ND Lala mengelak, tetapi selaku lelaki yang bersungguh, tunjuklah komitmen dan kegigihan ‘mengalah’. Pergi rumah terus dan minta maaf secara berhemah. Rugi tak?

Bukan cari media bercakap itu ini macam dia betul semua (suratkhabar memang akan laku jual berita camni). Kalu pun orang tua ada tersilap, media bukanlah tempat sesuai untuk mendedahkan kesilapan bakal mertua. Kenapa tidak melihat ini masalah keluarga yang perlu dijaga privacy nya? Kenapa tidak menerima apa jua kesilapan itu sebagai kelemahan seorang manusia biasa dan juga kerana keprihatinan seorang ayah terhadap masa depan dan kebahagiaan anak gadisnya?

Saya anggap Sharnaaz silap besar. Awak nak kahwin dengan seorang gadis yang ada keluarga, ada ibubapa yang SELAMA ini menjaga gadis itu penuh displin, sopan santun dan dihormati.

Kalu setakat baru jadi kekasih sudah berani cabar-mencabar, dah jadi suami orang tu nanti? Harap-harap kita sama-sama belajar dari kes mereka ini.

Selaku orang Melayu yang ada adab, amatlah kesal melihat, membaca seorang anak muda memperlakukan seorang tua yang dihormati sebegitu.

Kalu ada jodoh tidak ke mana, tetapi usaha dengan cara sebegini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan pun.



Bukan selamanya kita kuat, boleh berlaku macam handal dan betul sentiasa. Suatu masa, kita akan perlukan juga pendapat dan nasihat orang tua, waima bapa mertua.

Dalam hal ini, yang jadi mangsa dan terdera perasaan ialah Shila Amzah.

Nak hasut boleh??

“Shila, awak cari la orang lain yang jauh lebih baik, lebih hormat awak dan keluarga awak, lebih beradap dan boleh menerima keluarga awak sebagai restu...!”


*Entri peringatan, terutama buat mereka yang belum berkahwin.




 ~...anak dara Pak Imam ternyata lebih dulu melihat HISYAM memang teruna idaman yang tidak boleh dilepaskan kerana segala ciri terpuji sering menjadi bualan si ayahnya sendiri, tetapi SERI BULAN menjadi orang pertama yang melihat dengan mata hati sehingga nampak secebis keburukan pun dia cepat dapat menutupnya....~




Friday, February 1, 2013

MyToklaki lempang sorang mat Myanmar...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-02-2013


Cuti Hari Wilayah. Selamat bercuti panjang. Sekarang ni bab cuti-cuti macam ni seperti takda makna pada saya.

Pagi tadi masa sarapan MyToklaki bercerita tanpa niat. Dia kalu nak citer awal dah citer, tapi bila dia nampak ada orang Myanmar lalu di depan kami (kami tengah sarapan di kedai) dia terus teringat nak citer. Citer dia lempang sorang mat Myanmar!

Petang semalam, dia pegi mini market beli barang runcit. Selalunya kami pergi gotong-royong — gotong-royong mender, berdua jer pun. Tapi kan semalam bini dia merajuk down sekejap sampai taknak langsung pijak tanah lalu dia pergi sendiri, langsung tak ajak saya!

Dalam mini market dia terlanggar siku seorang lelaki muda orang Myanmar. Dia spontan la, says “sorry” dan pegi kaunter bayar. Tapi mat Myanmar tu dengan seorang lagi kawan dia dok perati MyToklaki macam tak puas hati.

Oh laki aku ni orang tua, dia tahu la orang kalu dah pandang tak puas tu, dia memang tak boleh diam saja.

“Kenapa? Tak puas hati?” MyToklaki ni, kalu dengan bangsa pendatang ni memang dia tak kasi chance.

Mat Myanmar ni kalu dia sorang, kompom tak berani. Tapi kalu ada geng, eksyen nak tunjuk handal. MyToklaki tak citer details, tapi dia sebut dia lempang mat Myanmar tuh.

Mujur tokey mini market tu (lelaki Cina Malaysia), sergah mat Myanmar “U dua orang jangan berani kacau orang Malaysia hah!”

Kalu saya, kompom la tak berani nak tunjuk muka seminggu dua takut ada geng mai balas dendam. Tapi MyToklaki selamba badak jer. Dia kuar macam biasa, pegi kedai pegi surau pegi mamak...

Dia ramai jer berkawan warga asing, tapi tak leh kompromi kalu ada warga asing buat hal depan mata dia. Masa tu la dia macam perasan terror padahal dah bertahun dia tinggal skill tali pinggang hitam dia.!

Tayang-tayang:

Bubur Jagung, requested by IKA. Gigih la mak dia pegi cari dan masak.





 ~...semasa kecoh Jalal menunjuk handal di laman Teratak Nyatuh memusing motor yang dibangga paling hebat mengeliling SERI BULAN sambil cuba mencapai bahu mencuit pipi, HISYAM terasa hendak buat tendang terajang sambil berkuntau walau seni silatnya sekadar Silat Pulut Tanak Tak Masak...!~




Majalah HIJABISTA, apa sudah jadi sebenarnya...??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-02-2013


Saya kongsikan (dengan izin) satu surat kritikan yang mendapat perhatian ramai tentang Majalah HIJABISTA, dan peranannya sebagai medium atau bahan bacaan masa kini.

Jujur, saya tak pernah tahu ada majalah ni, saya jarang beli majalah. Saya tak pernah tengok kat luar. So saya Google untuk lihat rupa bentuk majalah ini.

Secara luaran, tiada yang pelik pun. Biasalah majalah masa kini, moden kontemporari penuh warna-warni dan covernya tentulah untuk memikat mata orang membeli terutama golongan wanita yang bertudung.

Mari kita baca ISI surat tersebut, yang asalnya ditulis dalam English dan diterjemahkan pula oleh seseorang. Sehingga kini saya tidak tahu sapa penulisnya, dan siapa penterjemahnya. Tapi elok juga kita baca dan fikir-fikirkan.

Surat ini tersebar di Facebook.



Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda.

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda? 

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana anda tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual barangan semata, majalah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau

*saya copy bulat-bulat.
Nanti ada pula yang akan komen, kalu tak suka jangan beli. Jangan ambil pendekatan semudah itu. Tolong...





 ~...kain tutup tingkap itu terus berkibar memberi isyarat SERI BULAN masih setia berada di sebaliknya menanti HISYAM melintasi laman Teratak Nyatuh menuju baruh dan pulang mengendong kayu api yang separa kering...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails