Friday, February 1, 2013

Majalah HIJABISTA, apa sudah jadi sebenarnya...??

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
01-02-2013


Saya kongsikan (dengan izin) satu surat kritikan yang mendapat perhatian ramai tentang Majalah HIJABISTA, dan peranannya sebagai medium atau bahan bacaan masa kini.

Jujur, saya tak pernah tahu ada majalah ni, saya jarang beli majalah. Saya tak pernah tengok kat luar. So saya Google untuk lihat rupa bentuk majalah ini.

Secara luaran, tiada yang pelik pun. Biasalah majalah masa kini, moden kontemporari penuh warna-warni dan covernya tentulah untuk memikat mata orang membeli terutama golongan wanita yang bertudung.

Mari kita baca ISI surat tersebut, yang asalnya ditulis dalam English dan diterjemahkan pula oleh seseorang. Sehingga kini saya tidak tahu sapa penulisnya, dan siapa penterjemahnya. Tapi elok juga kita baca dan fikir-fikirkan.

Surat ini tersebar di Facebook.



Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau saya dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda.

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda? 

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana anda tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual barangan semata, majalah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata.

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau

*saya copy bulat-bulat.
Nanti ada pula yang akan komen, kalu tak suka jangan beli. Jangan ambil pendekatan semudah itu. Tolong...





 ~...kain tutup tingkap itu terus berkibar memberi isyarat SERI BULAN masih setia berada di sebaliknya menanti HISYAM melintasi laman Teratak Nyatuh menuju baruh dan pulang mengendong kayu api yang separa kering...~




39 comments:

  1. Sy pn x brminat beli mjlh tu...baca pn x brminat..gbr2 model brtudung dlm tu tidak brkenan d mata dan hati sy..

    ReplyDelete
  2. kak azie..
    saya ngaku telah membeli isu pertama
    itulah sekali..sbb reganya boleh tahan mahal :)
    belek2 sblum tido

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. teguran yang sangat membuka minda.. bukan saja untuk pihak majalah.. tapi untuk pembaca juga.. kecantikan dan keindahan memang mampu buat kita terleka dan alpa.. sehinggakan kita langsung tidak sedar untuk mengambil kira hal-hal yang sepatutnya ditangani dengan lebih baik lagi..

    ReplyDelete
  4. Saya terbaca majalah ini di rumah kawan last week dan mmg isinya 100% ialah berhijab secara moden....letak sekeping kain bercolor2 utk tutup rambut (itulah istilah hijab dalam majalah ni). Dah baca surat ni dan mmg setuju sangat2 dengan penulisnya yang memberi teguran yang telus.

    ReplyDelete
  5. dayah pun pernah belek belek majalah nih..
    tapi dayah tak beli sbb dayah rasa tak mampu nak ikut apa yg
    ada dalam majalah nih..

    dengan harga yg mmg agak mahal..

    setuju sangat dengan penulis surat..

    thanks sharing..dayah tak tau langsung hal nih kalau tak singgah sini..

    ReplyDelete
  6. belum pernah beli lagi ...luaran nampak colorful tapi macam mengarut dengan namaya majalah 'hijabista'

    ReplyDelete
  7. Saya dah baca surat ni dan saya tak pernah beli majalah ni. Setakat belek2 kat kedai je. Jujurnya tak salah nak tutup aurat tapi apa yang dinyatakan dalam surat ni benar semuanya. Pastinya ia tak menepati citarasa saya. Yelah tu semua gaya budak remaja cuma pada saya dari segi makeup tu kadang berlebih dan ada juga pakaian tak kena gaya..ni pandangan saya je.

    ReplyDelete
  8. tak pernah cuba untuk membeli sebab minta maaf, walaupun fesyen tudung mungkin yang terkini tapi saya langsung tak berminat.. lawa tapi macam tak kena pada tempatnya..

    ReplyDelete
  9. terbelit rasa nak berhijabista cam daklam cover tu, hehehe

    ReplyDelete
  10. haah tak ske komen yg mcm tu..
    tak ske jgn beli,
    tk ske sila tekan pangkah..heheh,
    tak ske jangan baca,
    tk ske gi main jauh,..macam2

    saya tak hingin nak beli majalah ni..
    harap remaja2 pun tak terpengaruh dengan fesyen dalam ni..
    berhias berlebih-lebihan..
    memang menghina muslimah..
    bagus pendapat berani ni..
    dalam pada kita nak berdakwah ke arah kebaikan..
    ada pulak manusia yang macam nak berdakwah
    tapi tersalah cara..nauzubillah,
    apa niat mereka sebenarnya kan?

    ReplyDelete
  11. Setuju dgn penulis surat nie..langsung tiada kesederhanaan dalam islam baik dari segi paras para model, harga majalah mahupun isi kandungan..tersangat la dah mengikut corak dan cara2 majalah dari luar negara ..saya hanya beli pada keluaran pertama aja.. selepas tu baik saya simpan aja duit ...

    ReplyDelete
  12. Harap editor majalah ni dapat sesuatu dr surat yg dinyatakan - SH

    ReplyDelete
  13. Sgt bersetuju dgn penulis surat itu...
    Pakai tudung dah jd mcm medan menunjuk2 kemampuan memakai tudung yg berharga beratus2...
    Mmg sedeh..

    ReplyDelete
  14. saya setuju sgt2 ngan ayat terakhir akak ..
    bagus penulis nie ..
    sgt2 bermakna dan berharap pihak editor majalah mengkaji kembali ...

    ReplyDelete
  15. adeh..memang nampak muda lagi moden berpesen begitu.. tak langsung ramai yang dah mula bertudung..sebenarnya saya suka jugak tengok pesen bertudung diorang tu. tapi takde la pandai saya nak bergaya begitu.. sbb bila tengok kan.. kebanyakannya bertudung, tapi kurang menutup aurat..kadang baju pun ketat..saya takde la alim sangat.. bagus sangat..tapi benda macam tu tak patut diletakkan dalam majalah dan seolah2 ianya adalah identiti muslimah yang patut dicontohi kan..

    semoga editor dan semua gerak kerja majalah ambil berat dan ambil tindakan membuat perubahan pada konsep majalah diorang..

    ReplyDelete
  16. I setuju dgn apa yg ditulis tu...mmg i terbeli pun mjalah ni selain isi yg tak ilmiah ..ianya juga terlalu mahal...ada buku lain yg lebih berbaloi utk di beli kan

    ReplyDelete
  17. Tak beli...cuma tegok2 jer kat kedai majalah...
    Teguran yg ikhlas...

    ReplyDelete
  18. Alkisahnya....Memang tidak dinafikan begitu banyak sekali bahan bacaan yang berbentuk sebegini tapi masih memaparkan "Bentuk tubuh Bandan" kepada si pemakai... Mungkin ini lah dinamakan Trend tapi tak kena gaya...Sehinggakan seolah-olah menggalakkan pembaziran semata-mata....Kepada pengemar fesyen Muslimah fikir-fikirkanlah baik dan buruknya..jangan jadi "Hamba Fesyen"...

    ReplyDelete
  19. Walau apa pun yg org lain perkatakan kakak tetap berpihak pada Muslimah Risau tersebut.

    ReplyDelete

  20. Salam Azahazie,

    Akak pun dah lama rasa terkilan dengan trend majallah sekarang(bukan Semua)bab bab pemakaian tudung ni dah lebih lebih pulak, hilang kita nak dapat pahala, jadi riak dan bangga pulak dengn stail cara baru.
    Elok saja kita bersederhana...
    Majalalah sekarang banyak menonjolkan fesyen2 yang memang memikat, buka saja remaja, malah Akak yang dah senja nak masuk Isyak ni pun ada masa tergoda juga,alahai!....

    ReplyDelete
  21. majalah ni saye selalu selakselak tengok trend terbaru kat kedai je la.. nak beli tak la.. saye takde la bergaye sangat.. rase membazir.. asal suami cakap.. da cantik da.. saye on je.. biar la org nak kate buruk ke ape.. yang penting di mate suami.. kan?

    ReplyDelete
  22. akak tau wujudnya majalah ni bila tgk iklan,yg Nurul Syuhada jd cover...tp tak pernah beli..

    azie...akak terinagt ceramah sorg ustazah...katanya pakailah tudung 15 lapis sekalipun...lilit la mcm mana sekalipun..tp kalau ianya tak menutupi dada..takde maknanya...

    akak suka majalah Solusi...

    ReplyDelete
  23. i tak pernah beli.. sebab tak kose nak pakai hijab style tu.. menyesakkan.. nasiblah kann penjual hijab yang berbagai reka bentuk ni.. kengkadang macam tak payah pakai. sebab i m very sure, those yg pakai tu once pakai akan malas nak tanggal sebab amat bukan senang nak pakai balik. so cam ne dgn waktu solat sewaktu berpergian tu... ALLAH maha mengetahui..

    ReplyDelete
  24. http://www.mirisarawak.com/2011/08/hukum-kewajipan-menutup-aurat-ke-atas.html

    ReplyDelete
  25. Salam AA,
    Ada perihal ini Ratna nyatakan secara halus di-blognya Ratna namun tidak ramai yang bertindak untuk memberi secebis buah pandangan, iya lah... Ratna ni siapa yang memandai memberi luahan karena masih tidak bertudunglingkup akan tetapi Ratna terkilan dengan cara&gaya aka "trend" katanya oleh semua yang "berhijabista" namun pakaian yang dipakai kok ketat-ketat sendat umpama si-ikanduyung lagi-lagi kepada yang sudah berumur lewat seperti Ratna... kok melampau dan tidak semenggah caranya tapi bertudung.. ada kah tujuan bertudung itu semata untuk dihormati bahawasanya mereka muslimah ber-trend... ! malu kalu style-nya seperti muslimah sederhana aka cara kekampongan itu... tak glam katanya !!! Ya ampun...

    Panjangkata, apatah lagi Ratna yang tidak bertudung ini semestinya sudah berdosa... lagikan yang bertudung namun menipu diri sendiri dengan hanya menutup kepala&rambut akan tetapi lagaknya hendak berlawan atau setanding dengan cara ber-fashion Paris Milan London New York mari ! jangan mempersendakan ugama Islam yakni memperlakukan sesuatu itu bercanggah dari ajarannya aqidah yang benar/hakiki yang semestinya dipatuhi ! Bersikap "sederhana" yang dipinta teramat lah sukar untuk diamalkan hanya semata dizaman wangringgit yang diukur kaji oleh semua sudah berjaya mengkaburi keimanan yang nyata masih lemah tapi ditopengkan dengan berhijabista !

    Maaf dipinta wahai AA karena begitu panjang menjela komentar darinya Ratna... salam manis semanis madu.

    p/s: TerimaKasih sesungguhnya kepada Muslimah yang Risau dengan teguran yang tegas lagi benar sebenarnya tanpa menyinggung hati kepada yang insaf pabila membaca isikandong suratnya, dan kepada yang mencebik melawan hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang akan menilai keatas mereka !

    ReplyDelete
  26. saya pernah dengar majalah ini tetapi tidak pernah melihatnya...mungkin eloklah mereka yang berkenaan pantau majalah2 yang berada di pasaran...semoga tidak tersasar jauh....kita negara Islam

    ReplyDelete
  27. salam kak azie..sihat?
    zie pernah baca majalah ni, bukan beli tapi pinjam kawan punya..betul, jujur 1st time tengok majalah ni zie cakap dalam hati "apa la depa ni pakai tudung merapu2"
    kak azie tengok la fesyen yang diorang tonjolkan.memang tak berciri2kan seorang muslimat sejati.isi kandungan sama je macam majalah fesyen yg lain.bezanya cuma pada covergirl bertudung

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum,
    Selalu tengok majalah di kat kedai kakak. antara majalah yg laris dan jd pilihan remaja.
    Dah lama komen tu keluar dari mulut saya sblm kegilaan tudung paridah lagi, tapi...sbb dah berhenti berblog, biarlah kak azie yang sebarkan benda ni.

    Namun saya kagum dengan kegigihan mereka yg bertudung lawa2 n mahal2 ni, walaupun tak ikut syariatpun.

    Kalaulah segigih itu usaha mereka membangunkan islam, membangunkan negara... kan bagus.

    ReplyDelete
  29. macam munna yg gila majalah resepi ni mmg tak tahu pun wujudnya majalah ni..... apa2 pun munna setuju dgn Muslimah Yg Risau

    ReplyDelete
  30. salam kak azie,..tak biasa dgn majalah2 mcm tu., tapi bagus jg ada yg berani xdak cakap belakang ja...

    serius sy pon risau dgn fesyen terkini yg lbh mementingkn nilai lain dari tuntutan agama.

    ReplyDelete
  31. letakkan Islam dahulu sebelum fesyen. utamakan mengikut syariat Islam drpd fesyen. tudung yang tidak jarang dan labuh menutup dada itu juga pilihan utama... bersederhanalah. Islam itu indah. :)

    ReplyDelete
  32. nabila dah banyak kali ternampak mejalah ni,tapi tah.. hati rasa tak mau beli pulak. haha.

    ReplyDelete
  33. salam sis
    Erm tambh pengetahuan ta disini. Nice sharing walau cp.

    ReplyDelete
  34. salam kak..bagus penulis ni berani kerana ada kebenarannya..harap2 surat tu sampai kpd editor nya.. pernah juga terniat nak membelinya sebab rakan2 FB kata best majalah ni tapi bila saya selak macam takde apa2 jer..mungkin orang yg gila glamour suka la kot..

    ReplyDelete
  35. bahaya tul majalah ni. ini menyebabkan lelaki mudah tertarik kpd pompuan yg bertudung tp bergaya ranggi!

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum..huhuhukk sy sgt sukakan penulisan komen2 semua n juga artikel ikhlas teguran Ini..BETUL semuanya Ini...Ini adalah salah satu sebab kenapa raaamaaii WANITA Akan menjadi PENGHUNI NERAKA..huhuhukk sy bukanlah alim..kekadang terpesona jg dengan gaya2 terkini..tapi bukan Yg berbelit2 lilit2 seperti rambut mmg xpandai pakai..n sgt susah lagi Bila mahu solat...pakai style terkini tapi simple Tu Ada la..huhuhuk sy pun xpernah langsung membeli majalah tu@majalah2 lain..😁...cuma kekadang terpikir jugak..ramainya WANITA Berhabiskan duit semata2 fesyen..handbag mahal2 Ini semua Dek kerana terpengaruh dengan trend Yg disogokkan di media2 social n majalah2...alangkah indahnyaa jika WANITA mengunakan duit2nya itu utk membantu MEREKA Yg memerlukan seperti Sedekah Ke Syiria...Allepo Tu..sy pun sedar semua ni..Alhamdulillah..cuma bukanlah sy alim sgt..skrg sy juga Cuba nak jualkan satu hbag saya Yg agak mahal..In Sha Allah..kalau terjuAl mahu sy guna Kan utk Amal jariah pula..sy terbeli pun Dek kerana terpengaruh dengan mereka2 Yg mempamerkan style n trend terkini...harapan saya moga keinsafan Ini berkekalan hingga akhir hayat saya..no more handbag mahal2...aaaminnnn tolong doakan untuk sy juga ya..thankssss

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakahtul

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails