Tuesday, February 5, 2013

Baik-buruk letak wajah di blog ~ kenapa blogger sorok wajah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
05-02-2013



Suatu pagi, hari apa ntah saya tonton bual bicara singkat di tv, bersama consultant internet yang sudah bergelar jutawan Irfan Khairi. Walaupun hanya singkat dan secara asas sahaja tips dan panduan dari Irfan, ada beberapa perkara yang sempat saya ‘tangkap’.

Antaranya, jika ingin membuat perniagaan online melalui blog ada beberapa penting harus ada di blog iaitu, Testimoni dan Gambar sendiri.

Bagi setengah orang, mungkin tidak penting, tetapi menurut Irfan kajian menunjukkan (selain testimoni yang sah), meletak wajah pada blog meningkatkan graf jualan dan memberikan keyakinan kepada pembeli.

Secara lojiknya, ramai orang akan berfikir untuk membeli sesuatu barangan/product jika wajah penjual pun depa tak pernah tengok.

Saya pernah juga jumpa beberapa blog yang menjual product secara sambilan tapi saya tak terlihat wajah mereka dalam mana-mana entri or di profile. Saya berani kata, cara itu lambat dan kurang berkesan.

Bagi blogger yang menulis bukan untuk berniaga, tidak menunjuk wajah bukan perkara baru. Sejak zaman chat 10 tahun dulu lagi saya sudah berhadapan dengan ramai teman maya yang memang selesa untuk tidak tunjuk wajah. Selagi perhubungan maya itu sekadar bertukar pendapat dan info, wajah tidak menjadi keutamaan. Saya terima itu.

Selagi blog itu bersifat peribadi, meletak gambar sendiri setiap entri atau langsung tidak, pun tidak bersalahan dan saya yakin semua orang boleh terima.

*Irfan Khairi merupakan seorang jururunding (consultant) yang menganjurkan seminar mengenai perniagaan melalui Internet.
Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO (Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding Multimedia, E-Niaga dan Pembelajaran.
Irfan Khairi turut menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar sebagai cara menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan.



Tapi tak perlu la sampai letak gambar dan details dari MyKad pula untuk menarik orang beli product anda ya... hehehe!





 ~...walau wajah sudah dihafal setiap lekuk pipi dan jendul dahi si SERI BULAN, apabila berada di sebalik kain tutup tingkap yang berkibar lembut di jenang Teratak Nyatuh, HISYAM tetap merasakan itu suatu pemandangan yang sungguh lain dari yang lain...~




56 comments:

  1. Malu le nak kongsi wajah kita dgn sahabat maya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tiada berkepentingan, dan tidak memberikan kesan besar, tidak mengapa pun tak tunjuk wajah. Kita bukan selebriti, ye dak? :)

      Delete
  2. btul tu.kalau ada muka pnjual nya konfident ckit.lg pnting klau ada register company..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada orang boleh menafikan keyakinan kita akan ada bila kita tahu dengan siapa kita berurusan. Apa lagi kalu orang itu boleh pula kita temui bersemuka.

      Delete
  3. jangan guna wajah orang lain sudahlah, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita takutkan. Tapi tak mustahil pun berlaku. Kat FB banyakkkk...

      Delete
  4. Saya biasa tak suka bergambar tapi sekarang da ok sikitlah kalau tak sian orang tak kenal kita, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala nak juga tengok rupa wajah kawan yang seronok menulis. Apa salahnya, ye dak?

      Delete
  5. setakat ni ai selesa dengan hanya dak Kakak, dak Adik, dak Nuha menghiasi blog aizamia3 tu.. ;)

    ReplyDelete
  6. Saya setuju. Kita lebih yakin sebagai customer. Sebab kita tahu, if peniaga online ni nak menipu, pasti gambar2 mereka akan kita gunakan utk dibawa ke Polis..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul. Banyak kes sudah terjadi penipuan bisnes online ni. Tapi biasanya, bisnes online yang memang niat nak menipu awal-awal lagi dia letak wajah bukan dia punya.

      Delete
  7. Azie
    Hehehehe.... kita sukalah entry nih.

    ReplyDelete
  8. kekadang sy tempek gak gambar sendiri.. wlpun sendiri tau bukan lawa pun.. hahaha.. apa nak kesah kann.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tu yang best.
      Alaaa semua orang lawa laaa.

      Delete
  9. da lama saya tak upload gambar muka sendiri kat blog~~aum!

    ReplyDelete
  10. mmula tulis blog 2006 x letak gambar..
    2,3 tahun kendian berani letak gambar..
    pastu sekarang cuma letak gambar anak2 je ;)
    ntah..malu kot ;)

    ic sapa tu?

    ReplyDelete
  11. baru buat entry auto publish pukul 12 ni letak muke sendiri.. hihi..

    ReplyDelete
  12. Saya suka letak2 gambar ni..baru la terasa meriah sikit bila bercerita kat blog..
    Terpulang pada masing2kan,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Gambar juga memainkan peranan untuk lebih membantu penceritaan.

      Delete
  13. akak letak gambar sendiri besar gedabak...jenis muka tak malu hehe(tp walaupun tak comei mcm neelopah..tetap bersyukur dgn pemberian TUHAN..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa Kamsiah. Yang penting kita ikhlas menulis.

      Delete
  14. kadang2 tu..dah ler gambar orang lain, terlebih edit pulak tu...hehehe

    p/s - Kami akhirnya kembali ke blog lama (radinsah.blogspot.com). Jemput jengah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang boh garmbar artis tu yang tak tahan tu. Tak pa la, depa tak jual barang ok la nak pinjam wajah artis.

      *ok, blog lama tu dipanaskan semula ya? okeh!

      Delete
  15. Assalamualaikum Azie

    kalau ada gambar...nanti kenalan boleh sapa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Atuk. Masing-masing ada tujuan dan pendapat tersendiri.

      Delete
  16. Scan penuh la Kak Azie baru kepercayaan meningkat...hehehee...

    Kenapa nak sembunyikan diri? Ikhlaskah kita membina ukhwah bila wajah disembunyikan begitu.

    ReplyDelete
  17. nnti jumpe kat luar senang nk tegur kan...hehehe

    ReplyDelete
  18. yang last tu IC sape kak..hihi..ada betol juga kata Irfan Khairi tu..orang ramai akan lebih yakin untuk membeli..

    ReplyDelete
  19. Cantik MyKad Azie.. makchaq punya dah tekelopek2, tapi malas sungguh nak pi tukaq baru..

    ReplyDelete
  20. assalam azie..acik dah tak sorok lagi sejak rakan fb dan blog sama..he he

    ReplyDelete
  21. Kakcik

    Saya memang sangat sangat sangat jarang bergambar, kalau ada gambar pun selit selit tepi orang. Gambar candid. Pasai tu la tak dak gambar saya kat profile. Nanti senang senang saya tangkap gambar ye Kakcik..

    ReplyDelete
  22. Eh.. Azie... sorry silap taip nama.. maaf kupinta ye..

    ReplyDelete
  23. Makcik pemalu sbb tu jarang letak gambar sendiri.Gambar kucing banyak la.Nak buat camana ,bila tangkap gambar rasa selalu terpeleot...kata orang perlis.buat malu saja.hehe.

    ReplyDelete
  24. salam kak azie..

    saya lebih senang menulis aje sebab tak rajin nak upload gambar.. wp sebenarnya saya lebih seronok bila baca blog bergambar orang lain.. lebih2 lagi yang letak gambar ic sekali.. he..he..

    ReplyDelete
  25. letak muka sendiri sebab blog sendiri. tak kisah dengan pandangan orang suka letak muka atau tak

    ReplyDelete
  26. Kakcik rasa wajah kakcik dah bersepah2 je walaupun takde orang kenal! kihkihkih... :)

    ReplyDelete
  27. setuju dengan irfan khairi....
    bila letak wajah kita, baru orang kenal kan...lebih-lebih bila berjalan...

    ReplyDelete
  28. suka sgt dengan setiap notakaki akak....
    puitis dan cantik bahasanya...

    ReplyDelete
  29. Setuju sangat... nak lariskan jualan kenalah tempek muka ye Azie... pelanggan pun yakin, dan dapat kenal wajah tokeh....

    ReplyDelete
  30. bagi yg buat bisnes, saya memang akan tengok peniaganya dulu. so kene la taruk gambo kan...

    ReplyDelete
  31. saya letak gambar sembuyi2...yg x brapa jelas...hehehe

    ReplyDelete
  32. pada NR lau blog tu jual produk memang kena letak pic supaya pembeli yakin nak beli.. lau takat blog peribadi tak letak pun tak per...

    ReplyDelete
  33. Segan la kak nak tepek gambo...sy pemalu gitewww....hehe..

    ReplyDelete
  34. sy suka blog bergambar....ingat nt nak buat biodata keluarga .

    ReplyDelete
  35. saya selalu letak gambar kat blog.....

    ReplyDelete
  36. Setuju letak gambar kalau nk berniaga, baru orang ada keyakinan.. Tak berniaga pun ok jugak kalau nk tunjuk muka, hehe..

    ReplyDelete
  37. letak gambar nenek pun takper kan, janji kita punya..hehe

    ReplyDelete
  38. perlu ada ketelusan dlm berblog. apalah nak malu letak foto wajah sendiri di blog? bukannya tunjuk aurat kan? at least we know with whom we are communicating...

    ReplyDelete
  39. elok letak gambar rasanya, untuk datangkan confident orang yang membeli produk kita

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails