Wednesday, February 6, 2013

Siapa pem‘pengaruh’ paling kuat dalam hidup kita...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
06-02-2013



Sepanjang hidup berumahtangga, saya rasa beruntung sebab MyToklaki sangatlah tidak cerewet. Dalam banyak hal, memang dia boleh dikategori tidak cerewet (termasuk memilih saya buat bini? hahaha!)

Bab makan adalah paling mudah utk kita lihat seseorang itu cerewet atau tidak (abaikan orang yang terpaksa memilih kerana faktor kesihatan & penyakit). MyToklaki jenis makan di rumah. Lewat cemana pun dia lebih memilih makan di rumah, dan tentu-tentulah si bini kena basah tangan selalu.

Walaupun saya tahu dia gemar makan apa, dia suka lauk apa, tetapi sejak awal kahwin dia tak pernah paksa saya mesti buat itu, mesti masak macam arwah Mak dia. Tetapi selaku orang yang sukakan puji-pujian (cewahhh...!) saya gigih la belajar apa lauk yang dia suka. Well... I can say sangat berjaya esp. bab Masak Lemak Cili Padi! Hujung jari saja laa...

Namun ada juga beberapa insiden komplen-rajuk-tak pujuk dalam hal menu Pulut Kuning dulu. Maklumlah saya mana pernah makan Pulut Kuning time sarapan or time bila tekak mahu. Di kampung dulu nak jumpa Pulut Kuning kene tunggu majlis kenduri cukur jambul or khatam Quran. Sekarang, saya terus lupa beberapa kisah airmata sentap bila dia komplen di awal pembelajaran saya itu bila akhirnya saya suksess juga bekerjasama dengan dapur magic saya untuk Pulut Kuing yang layak mendapat pujian: Kepujian Kelas Pertama!

Kita harus bersetuju, dalam hidup kita IBU/EMAK adalah insan paling berpengaruh. Saya belajar mengendalikan hidup pun sebahagiannya dari melihat cara MyBonda dan sebahagian lagi dari arwah MyMakMertua, kerana kami tinggal dekat dan rapat pula.

Mungkin kaum suami banyak belajar dari bapa mereka pula. Betul kah?


*****


Menjawab pertanyaan blogger NIDA tentang ‘apa beza Rojak & Rojak Pasembor’, saya pun tak pasti. (blogger NIDA adalah blogger yang bermastautin beberapa tahun di New Zealand, dan baru pulang semula ke tanahair)

Tayang-tayang, ialah Rojak Mee yang saya beli di Pasar Pudu. Jika hanya Rojak, semua bahan seperti dalam gambar kecuali Mee.



Cucurnya masih seperti dulu juga, sedap lemak-lemak.



But, jika dibandingkan (kenapa nak banding?) saya masih nak kata Rojak Pasembor di restoren kerusi kuning oren di Kg Baru tu lebih sedap...!






 ~...apabila melihat matahari mulai terbenam itu memberikan sinar kilat yang jingga sudah seperti ungu pekat HISYAM tidak mahu menyebut dia rabun warna kerana SERI BULAN sudah lama tahu jingga tidak akan menjadi warna pilihan sekalipun maksudnya berbeza sekali di mulut mereka berdua...~




21 comments:

  1. Assalamualaikum..masa kecik2 dulu knah rasa pasembor kodiang paling sedap..tp sekarang dah xde kedai mamak tu. sekarang kalau balik kg. dah jd wajib makan pasembor pantai johor. rasanya rojak ngan rojak pasembor adalah sama..kat kg knah di kedah disebut pasembor.duk perak ni dieorang sebut rojak n rojak mee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain tempat memang lain la panggilannya ya Kak Nah (harus saya lagi tua dari Kak Nah niii...).

      Saya suka Rojak Pasembor Special, which is ada Sotong...!

      Delete
  2. ish Azie, awat la post gambaq ni, rasa meleleh ayaq liuq.esok nk pi Kuala Perlis, nk mkn pasembur sedap di sana..jum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Inda, makan Pasemboq di Kola Perlih? Wokeh.. satgi saya pi tempah helikopter!

      Delete
  3. Suami kita pun ok je tp pernah gakla komplen tp saya ni takla simpan dlm hati, salah masak pun pernah so redha jelah huhu..yg pasti arwah mak mertua saya terer buat laksa johor tp saya sampai sekarang tak reti2 masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita selalu nak masak yg menepati piawaian tekak depa kan? Tapi cemana cuba pun, depa tak akan kata mak depa masak lagi sedap. Adatla kan? Dah membesar dengan menu camtu, lidah dah biasa dengan air tangan mak sendiri.

      Delete
  4. Bagi Aian tentulah mak. Mewarisi kesabaran mak...cewahhhh...

    Sekarang sedikit sebanyak Pak Tuan turut mempengaruhi cara hidup. Aina juga belajar masak gulai tempoyak yang marbeles dari mak mertua setelah Pak Tuan menurunkan ilmu songsangnya dan sendiri merungut gulai tempoyak ni kenapa tak sama mcm mak masak. Tapi sekarang kalau makan dia diam2 ja, maknanya luluslah walaupun tak sesedap air tangan mak mertua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang depa pun malas nak bising dah. Kalu sedap dan menjadi, depa makan banyak dan senyap, kalu tak sedap depa makan sikit pun senyap juga. Heheheh

      Delete
  5. Mak mertua saya sangat pandai memasak macam2. So, husband saya sangat cerewet dari segi makanan dan masakan. Hal lain pun dia sangat cerewet juga. Sampai sekarang saya pelik kenapa saya jadi pilihan untuk isteri dia sebab saya tak menepati ke'cerewet'an dia. But, love is blind, kan.

    Tapi, saya tak pernah cuba menyaingi kehandalan ibu mertua saya. Let her take all the stars. She deserves it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketidak sesuaian itulah sebenarnya menjadi lengkap-melengkapi. Love is not always blind la dear... hehehe

      Ya, mana ada orang boleh banding masakan orang lain dengan air tangan mak dia sendiri.

      Delete
  6. salam... suami sy pun mmg suka makan di rumah. walaupun nasi dengan telor dan kicap.

    ReplyDelete
  7. Pemahaman saya "rojak" adalah benda bercampur campur ...

    ReplyDelete
  8. Mujur abgMus pun bukan jenis cerewet bab makan. Mentelah bini dia ni bukannya pandai masak macam2. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah cerewet sangat, soh jer depa masak sendiri. Hahahaha!

      Delete
  9. Alhamdulillah kita dikurniakan oleh Allah suami yang tak cerewet makan! Best gitu, hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalu tak cerewet bab makan, bab lain pun depa tak cerewet juga... Selalunya begitu.

      Delete
  10. Rindu nak mkn pasembor plak....adehhh...mna nak cri kat n9 ni kak oiii...saje tau akak nie....!

    btul sngt2 tu kak...sy pun masih lgi dok belajar atau perhati orng tua msak mcm mna... Nak kata perfect sngt tu...x la kan...biasa je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang susah nak sama dengan mak depa masak. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha utk menyamai... so depa akan rasa macam depa makan masa bujang dulu.

      Delete
  11. Alhamdulillah kan kak..say juga punya seorang suami yan tak banyak bicara. namun bila pertembungan 'banjar' dan 'bandar' berlaku..haruslah akan ada eksiden muncung2 mulut sedepa ke depan...hek3!!. until now, saya turut tak tahu apa beza kedua jnis rojak tersebut..erk!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails