Hari ini plan nak masak Nasi Goreng Kampung utk dinner. Bahan semua dah beli. Tapi sebelum tu nak story benda ni skit. Sementara masih panas.
Adakah teman blogger yang masih ingat beberapa entri AA pernah tulis di bawah label
Tanggang versi Leste? Kisah seorang maid dari Timor Leste yang bekerja di bawah satu bumbung dengan AA, tapi lebih berfungsi sebagai maid kepada Lady Boss jer, bukan kerja di ofis untuk buat kerja cleaner dsb.
Macam dah lama tak menulis kisah dia. Ada teringat nak tulis, pastu terlupa. Tapi kali ini memang kena tulis.
Beberapa lama masa berlalu, memang ketara perubahan demi perubahan yang berlaku pada si Tanggang Leste yang tak sedar diri ini. Samada dari gaya penampilan — boleh baca di entri-entri terdahulu:
1. Tanggang versi Timor Leste...?2. Kisah Tanggang versi Leste Terus jadi Misteri...3. Tanggang Leste lagi: Tak Perlu Bra untuk Jadi Moden?4. Tanggang Leste Lagi: Aku Musykil Kebolehannya...Bila dah baca semua tu, baru faham kisah si
CINDY LAUPER ni, sebab macam bersiri pulak kisah minah nih.
Ini kisah terbaru.
Pagi tadi, dalam kalut kerja sejak awal minggu aku terperasan ada sesuatu berlaku di bawah. Di floor management. Lumrah aku memang “tak koser” nak pot, memang mulut tak tanya, tapi telinga sempat menangkap.
Lunch time, baru dengar citer pecah.
Rupanya, CINDY LAUPER sudah bikin hal lagi. Bukan tak pernah kami (tingkat 2 adalah bahagian yang dipanggil studio) dijadikan bahan alasan dan rekaan si CINDY LAUPER ni. Konon kami ni pengotorlah, konon kami ni suka sepah botol air yang kosonglah, konon kami ni kotorkan toiletlah... pendekata isu yang sangat remeh dan tak masuk akal sama sekali.
Itu masih lagi kami diam, buat tak faham dan malas bising. Isu kecil sangat.
Tapi bila pagi tadi Lady Bos (yang dipanggilnya Mummy) bising-bising dan “muka kelat”, tentulah ada sesuatu yang besar sudah berlaku.
Akhirnya, kira-kira 4.30 petang tadi, CINDY LAUPER dibawa naik oleh Mummy bersemuka dengan kami.
Rupanya, Mummy mahu kami mengaku depan CINDY LAUPER bahawa selama ini kami mengerah dia buat macam-macam kerja sehingga dia penat bila balik rumah dan tak terdaya nak buat kerja untuk Mummy lagi.
Whatttt!?? > masa angin timbul 2,3 jam sebelum itu, kami semua dah berangin semacam dah. Rasa macam nak pegi lempang jer budak tu!
Malah kami sedang berkira-kira hendak berhadapan. Mujur kami dipanggil sebelum kami yang memanggil untuk berdepan.
Kurang ajar dia! Berani dia tuduh kami macam tu. Selama ini kami langsung tak bercakap dengan dia, tak pernah suruh dia buat apa-apa pun, langsung tak pernah perintah dia jauh sekali nak dera dia buat kerja. Sebab dia bukan maid kami, dia maid Bos. Ikut arahan Bos saja. Macamlah kami ni tak reti bahasa. Kami jauh lebih faham bab kuasa dan batasan antara bos dan pekerja.
Malah kami tak pernah pun komplen bila kami terpaksa vacuum sendiri bilik kami masing-masing, terpaksa lap meja sendiri, kadang-kadang buang sampah sendiri ke bawah. Kami pun faham, dia perlu tumpu pada Mummy dan kebajikan majikannya. Takda hal lah setakat nak lap meja, basuh gelas sendiri atau kena vacuum seminggu atau 2 minggu sekali.
Yang menjadi isu adalah CINDY LAUPER “petik” nama kami konon kami punca dia penat, konon kami selalu suruh dia buat macam-macam kerja kat tingkat atas.
Helloooo! Jangan sembarangan ya! Cakap jangan main ikut sedap mulut jer.
Lalu bertekak-tekak jugak la kami tadi. Yang buat kami geram tu, si CINDY LAUPER tu bukan nak mengaku. Wpun dia menangis, tapi menjawab jugak tu. Ada jer alasan dia nak mengelak padahal dah kantoi depan Mummy.
Mummy said, “U dengar sekarang apa kakak-kakak cakap? Jangan tipu sama Mummy.” Mujur ler Lady Boss ni tak tunggu lama, terus saja bawa jumpa kami bersemuka. Agaknya dah tak tahan lagi kot, selalu sangat kot dengar CINDY LAUPER mengadu macam-macam. Bukan mengadu, tapi merungut sambil komplen!
Melampau minah Leste ni! Dah tu bukan nak mengaku salah pun.
Bila dia banyak sangat menjawab tadi, kami pun bukalah macam-macam kisah “rahsia” dia selama ini yang jarang sapu lantai, malas cuci toilet, selalu naik ke roof top intai jantan Myanmar kat next door!
Sempat gak dia menjawab pantas, “Tidak Mummy. Saya bukan cari jantan punya orang.”
Cehhh! Macam aku ni baru sehari hidup. Padahal ada sorang pernah terjumpa surat cinta dia kat atas.
Ada banyak lagi yang dia komplen rupanya. Dia komplen kami buang sampah ada air la, kami buang sampah dia geli lah... “Heyyyy come on! U kerja apa sekarang? U kerja taip surat ker?” >
ni soklan salah sorang dari kami yang dah rasa darah naik sampai ubun.Aku plak bagi soklan selamba, “Kalu itu bukan tempat buang sampah, U nak kami buang sampah kat mana? Handbag pastu bawak balik?”
> tergelak dalam hati.Mummy diam jer bagi peluang kami “basuh” budak tu puas-puas.
Isu pad terpakai pun jadi isu. Aduhaiii... Weyyy minah, ko perempuan. Takkan isu pad dalam tong sampah pun jadi isu? Semua orang tau, mesti bungkus dalam kertas. Lalu ko nak macamana? Sumbat dalam toilet bowl pastu flush?
Kami bukan baru sehari dua jadi perempuan. Ada yang nak menopause pun
(bukan aku laaa), so ko tak perlu nak ajar kami cemana nak hygienic dalam bab yang satu ni.
So, selepas setengah jam berbalas peluru dan berbahas, akhirnya kami kuarkan arahan bahawa mulai hari ini, jangan sentuh barang kami, jangan sibuk kat studio lagi, jangan pandai-pandai nak tolong sapu bilik kami. Biar kami buat sendiri, so next time tak jadi alasan lagi.
Dalam keadaan itu, aku masih boleh berlembut dan mengawal emosi. Sempat juga aku sebut, “CINDY (aku sebut nama dia larrrr), awak tu masih muda. Level awak ni macam anak saya saja. Saya boleh hormat awak. Kerja awak. Jadi saya mahu awak pun hormat kami, hormat perasaan kami. Jangan suka-suka nak reka citer yang tak ada. Tumpukan pada Mummy. Bila awak buat macam ini, itu tidak adil untuk Mummy. Kami rasa bersalah pada Mummy. Kami tak pernah terfikir pun nak arah awak apa-apa. Saya harap lepas ni awak berubah.”
Walaupun dia angguk dan berjanji kami tetap berhati-hati. Selepas ini kalu dia masuk ke territory kami, memang siaplah dia kena halau turun!
Tak nak kasi chance lagi dah. Kalu dia nak berlagak besar kepala, dressing macam
penyanyi kelab dangdut sesat, itu bukan masalah kami. Bukan guna duit aku pun. Tapi kalu kau cuba cari pasal, cabar kami, siap lho!