Thursday, November 25, 2010

Kisah Tanggang versi Leste Terus jadi Misteri...

Mungkin ada yang masih ingat tentang maid @ pembantu rumah/pejabat di tempat kerja aku yang aku berikan namanya yang begitu glamour; CINDY LAUPAR (CL). Jika lupa pun takper, takda masalah. Ini bukan soal nak ambik exam SPM.

Seorang pegawai tinggi (I can say tertinggi), di tempat kerja aku (kerana dia ada kuasa) agak mesra dengan aku — mungkin kerana keramahan aku kot? — dan sekali sekala kami berbincang tentang kerja bersama-sama. CIK HEIDI KLAM – bukan nama sebenar.

Di beberapa ketika yang terselit masa, rajin juga dia bercerita (I can say “mengadu”) tentang kesihatan dirinya yang sudah hampir setahun asyik tidak menentu. Sekejap panas, sekejap macam demam tapi tak demam, sekejap gastrik, kemudian macam sakit dada, dan 2,3 sakit lagi yang ringan tapi pelik.

Kerana dia “level bos” tentulah dia mampu untuk jumpa pakar, macam2 jenis. Dari pakar jantung, pakar gynae, pakar tulang... semata-mata dan pulihkan sakit yang “macam-macam” tapi tak tau mana satu betul.

Macam-macam ubat, pil, herba. Kerana dia memang tidak pernah percaya bomoh, tentu sekali dia tidak sekali-kali akan berubat dengan cara sebegitu. Seorang client yang (katanya) merupakan saudara rapat dengan Ustaz Harun Din (Darul Syifa’) pun rekmen untuk berubat di sana dan sanggup dapatkan tarikh untuk bertemu terus dengan Ustaz Harun Din. Tetapi CIK HK tetap menangguhkan kerana masih belum yakin.

Dalam pada itu suatu hari dia memanggil seorang lelaki “ustaz” untuk satu pertolongan berkenaan satu program. Tetapi tanpa diduga, Ustaz itu berkata, “Saya rasa CIK HK ni sedang sakit, ada satu angin hitam dalam badan.” Terperanjatlah dia, lalu berkata, “Jika betul, ubatkanlah saya.” Konon sekadar hanya menduga, tapi Ustaz berkenaan benar-benar menolong memulihkan dia.

Cara dengan membawa ayat suci AlQuran, diberi minum air selama beberapa kali, CIK HK kembali segar, malah kesihatannya tiba-tiba beransur pulih lebih baik dari beberapa bulan dulu. Walaupun masih dalam proses rawatan, tetapi dia sendiri pelik kerana dirinya sungguh berbeza, tidak lagi lemah, tidak lagi lesu dan boleh tidor lena. (ada beberapa lagi cerita tambahan tentang perawatan itu)

Bila ditanya punca dan dari mana, Ustaz itu tidak mahu memberitahu kerana itu akan menjadikan perkara baik yang bakal dibuat akan menjurus kepada dendam dan syak wasangka. Yang penting adalah pulih.

Aku yang mendengar kisah dia, turut berasa insaf dan berhati-hati. Memang setengah orang tidak pernah berubat cara tradisi, langsung tidak percaya pada bomoh (melainkan ke doktor moden sahaja) tetapi adakala, yang kita elak itu rupanya laluan yang ditakdirkan oleh NYA untuk kita tempuhi. Hanya pastikan itu adalah yang betul dan tidak MENYIMPANG SESAT.

Gambar hiasan semata: Jangan sampai terpesong. Syirik!

Lalu....
apa yang terlintas di fikirannya, dan apa yang terdetik di benak aku MUNGKIN sama tetapi kami sama-sama tidak menyebutnya. Tidak akan sama sekali.

Hanya...
mata dan otak melihat dan berfikir. Menilai mengikut waras dalam posisi yang selamat dan tidak berisiko.

Sejak...
balik kembali semula ke Malaysia, CL semakin ceria, glamour, ranggi dan begitu yakin sekali.

Sehingga...
di hari dia mendarat di KLIA, sepatutnya staf sudah menerima gaji tetapi Mummy menangguh dengan alasan, “Tiada mood. Tunggu CL balik sini dulu...”

Dan...
aku terus terkedu dan tidak terluah pertanyaan, “Siapa CL tu kepada dia sehingga dia boleh mengenepikan kerja utamanya?”

Bak kata NABIL Raja Lawak yang sudah tidak raja lagi kerana lawaknya semakin hambar, “Lu fikirlah sendiri...!”




~...sungguh panik bila tiba-tiba punggur rembia jatuh menimpa bahu HISYAM sehingga dia separuh pengsan, tetapi bila di bawa ke pelantar Teratak Nyatuh lebih panik bila SERI BULAN pula yang pengsan di tangga...~




9 comments:

  1. ini bukan kes tanggang.....

    nie kes memang tak boleh dikategorikan sebagai adik beradik si tanggang

    si CL memang buatkan ayu meragam sakit hati..

    kak, mai upload pic dia kalau mummy bagi.

    ReplyDelete
  2. Beta nak sesangat tengok wajahnya si Cindy ni... Bolehkah...? Meh la gambornya...

    ReplyDelete
  3. macam macam cara nak kenakan orang kan?

    ReplyDelete
  4. AYU / BRO KHAYALKHAYAL:
    gambar ori dia susah la mau ambik, tapi dalam entri ini:

    http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/11/tanggang-versi-timor-leste.html

    ada pic yang 90% serupa dia.

    ReplyDelete
  5. SYA:
    Selagi ada hasrat dan niat sebegitu, pasti ada cara untuk melaksanakannya.

    ReplyDelete
  6. Hi Azieazah, Life can have its unexpected moments....
    as long as we keep our sense of humour.
    Have a nice day, Lee.

    ReplyDelete
  7. Salam Azie....

    slowly kena bawak majikan CL tu berubat gak, powernya CL tu......
    beberapa kwn akak mmg ada pengalaman ni buatkan akak sgt berhati2....Q.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Kalau orang pakai tudung labuh dan berstokin lengan pun boleh jumpa bomoh (kes terpinggir ya), apa lagi takat Macam Kandy yang lupa opsssss!

    Ada masa, kita tak tahu apa yang orang fikir dan nak dari kita, padahal...kita rasa kita tak ada apa. Pelik betul!

    ReplyDelete
  9. Best lah cerita akak ... saya tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Lambat atau cepat sama-sama lah kita nantikan. Allah Maha Berkuasa, dia kasik cash jer sekarang kerja kemungkaran ni.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails