Tuesday, November 30, 2010

Tanggang Leste Lagi: Aku Musykil Kebolehannya...

Kerana aku hampir seminggu bekerja secara kumpulan, tentulah persekitaran sedikit berbeza. Maklum kalu dah duduk dalam kumpulan ni, suara lebih dari 5, telinga lebih dari 20.. Hmmm... cerita bertambah dari satu ke satu. Kalu karang boleh jadi Hikayat 1001 Malam.

Tidak terlepas tentulah perkembangan selanjutnya tentang CINDY LAUPAR (CL), si Tanggang versi Leste yang semakin hari semakin hebat dan semakin menyengat.

Alkisahnya, sejak balik dari bercuti di kampung, CL semakin ranggi dan semakin berani. Pandai membuat alasan untuk tidak buat kerja rutinnya. Malah ada department yang tidak lagi disapu sekerap dulu atau dimop lantainya seperti dulu seminggu 2,3 kali. Kini, nak tengok seminggu 1 kali pun payah. Hmmmm... sapa berani mengadu bila Lady Boss @ LB terlalu percaya kepada CL seperti “anak emas” yang lahir dalam dulang emas...!

Peliknya, LB ni tiap hari ada saja yang dia mengadu tentang anak emasnya, tapi bila berhadapan, cair...! Ramai pelik kenapa boleh jadi begitu.

Hari minggu lalu, mereka keluar ke kompleks, beli barang. CINDY LAUPAR tarik muka masam konon merasa terpaksa diheret sama. Sedangkan dia ingin sekali bersendirian di rumah, dengan niat mungkin dapat ciluk keluar berjumpa kengkawan untuk bersosial.

Bila dah kena ikut tu, muka tak pernahnya nak manis, masam manjang. So si LB yang baik hati lagi baik budi pun tanya, kenapa marah-marah. CL merungut nanti penat, nanti tak cukup masa nak iron baju, nak iron bedsheet, iron sarung bantal (BOS pompuan sorang ni memang semua kain nak yang gosok punya), nak kemas rumah.. bla bla..

So, apa LB cakap untuk pujuk, “Takper, nanti Mummy hantar dobi saja. Tak perlu risau.”

Amboi, pampered nyaaaa...!

Kalu dah semua hantar dobi, apa tujuannya ambil seorang gadis yang sihat walafiat, masih kuat kerja, datang dari jauh susah-susah naik kapaiterobang...?

Begitulah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia. Hang Tuah pun mungkin tak seberTUAH itu, sebab itu tak dapat kahwin dengan Tun Teja...!



~...ketika HISYAM dijemput bertandang di Teratak Nyatuh meneman Pak Utih makan tengahari, tiba-tiba SERI BULAN kekok sekali menumbuk sambal belacan...!~


17 comments:

  1. Ceh! gerramm betollah!
    bukan jaki tp meluat...
    eee..emosi lagik nih!

    ReplyDelete
  2. Hehehehee ... cuba jarum sikit LB tu suruh pergi berubat.

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya... Mummy dah kena mandrem la tu...

    Meluatlah! Lempang laju-laju sekali kat dia tu Azie (ada bran?) hehehe...

    ReplyDelete
  4. sori nak tanya, ni citer kat tv ke? x penah tengok lagi

    ReplyDelete
  5. Hantar balik baru padan muka dia...

    ReplyDelete
  6. salam azie..makcik setuju dgn Ros,bawa berubat LB tu sebab nampak pelek ssangat takutkan cl ...

    ReplyDelete
  7. aish...nak meluat lelebih boleh tak?

    ReplyDelete
  8. salam kak azie,
    waa bertuah badan sungguh cindy laupar itu ... musti tak mau balik negeri punya lah kalau itu macam punya treatment dapat..

    ReplyDelete
  9. AZRINA:
    Sungguh bertuah, kan?


    KAK QUEENIE:
    Memang sungguh meloyakan.


    ACIK MLMW:
    Nak jarum pun tak leh, dia bukan sebangsa kita. Tak penah percaya bab tu...

    ReplyDelete
  10. KAKCIK:
    Rasa pun macam tu jugak. Tapi tak tau lah nak buat apa. Tengok jerrr. Kesian pun ada.
    Lempang? Setakat hari ni, saya belum pernah bercakap dengan dia. Setakat senyum saja.


    FAA:
    Ini kisah di tempat kerja I... Kisah maid Bos I.


    OGY:
    Selamat pagi OGY. Sihat? Dah balik dari Penang?

    ReplyDelete
  11. KAK ZAITUN:
    Suatu hari pasti akan dihantar balik juga. Tapi sementara tu?


    MAKCIK MERIAM:
    Kami memang ada terfikir, tapi Bos tu sendiri yang tak pernah percaya. Susah skit.


    GADISBUNGA:
    Nak meluat terlampau pun boleh. Hehehehe

    ReplyDelete
  12. IRIS:
    Kami jer yang bersabor...


    AANAS:
    Memang. Dia memang dah benci sangat kampung halaman dia. Konon tak best. Masakan mak dia pun dia kata tak sedap!

    ReplyDelete
  13. LB tu kena nasi kangkang kot kak...heheheee

    ReplyDelete
  14. oh CL and LB kesah benar! kat opis mcm tengok drama ye. muga LB terselamat dari buat buatan.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails