Wednesday, December 7, 2011

Berkorban tapi bengang... What the h...?

Assalamualaikum
Rabu
07-12-2011



Semalam, terdengar suatu segmen di radio. Malam. Isu bengang.

Seorang pemanggil — of course lah dengan nada bengang — meluahkan rasa geram, tak puas hati dan bengang terhadap boyfriendnya, kerana terpaksa menunggu si lelaki itu habis kerja, kira-kira jam 10 malam nanti (waktu itu). Sedangkan dia, habis kerja kira-kira jam 6 petang.

Situasi yang diberitahu, dia berada di dalam kereta berhampiran tempat kerja boifrennya. Berapa jam nak tunggu tuh?

Bila DJ tanya, kenapa? Jawapannya, “nak makan sama-sama laaa..”

Ya Rabbi!

Perut lain-lain, mulut pun asing-asing. Sanggup ko tunggu dari petang sampai kul 10 malam? Tak masuk angin ker? Perut ko tak bunyi lagu K-Pop ker? (aku sempat terdengar DJ tu pun macam tergelak juga).

Macam-macam hal cara dan gaya orang “berkorban“ kan?

Lalu DJ pun pun mainkan statement tema program tu: “Benganglah jugaaaaa!”

Kalu dah kahwin, silap-silap lepas Maghrib ko dah makan dulu. Laki balik kul 10, ko dah membungkang!


Menyelit:

Pernah terlibat dalam suatu program wawancara ketika aktif dengan Yayasan dulu.
Stesen radio tu tidak sama logo dgn tulisan di belakang.




*Jommmm....! MPH Karnival, Exhibition Centre, Mid Valley Bangsar.
AA akan berada di booth CESB Lot 1008–1010, mula 9–11 Dis (Jumaat, Sabtu, Ahad) 10.00am–10.00pm.




~...antara rasa kasih atas tiket sahabat, SERI BULAN hanya perlu berlakun tanpa skrip, bertindak tanpa suara, bergaya tanpa kata tetapi sedia difahami oleh Mak Utih bahawa apa juga rentak pasti ingin disertai oleh HISYAM, waima ketika dia berjaya memasak Kuih Celorot tetap menunggu lelaki itu membuka sarung...~







16 comments:

  1. huh...4 jam tu balik tido lagi bestttt...

    ReplyDelete
  2. Itu bukan pengorbanan tapi pembangangan namanya...

    Jangan2 dia dah beli makanan segera dan makan senyap2 dalam kereta dulu... hehehe...

    ReplyDelete
  3. alam becinta memang manis semua sanggup...

    tak sanggup tunggu lama2, boring tu..

    ReplyDelete
  4. Betul lah kak. Dah kawen, nak makan pun tak sgp nak nunggu. Hahahah!

    ReplyDelete
  5. hehe.. tu bukan bengang.. tapi bengong.. :D

    ReplyDelete
  6. biasalah orang tengh asyik-makhsyuk .. lama tak guna perkataan itu. entah betul entahkan tidak.

    ReplyDelete
  7. Belum kahwin semua boleh buat,tunggu berjam2 pun takpe.

    ReplyDelete
  8. masalah dia adelah dia bosan la tu..dah kena tunggu 4 jam, boleh la buang masa tu nak telefon2 radio kan..LOL

    ni reply kat blog sy: hahaha anak2 kak azie besar mana? diorg baca skali cite zombi tu?

    ReplyDelete
  9. takde maknanya nak tunggu. tak relevan langsung kasih sayang dan pengorbanan itu. hahahahaha

    ReplyDelete
  10. laa yeke?! saye 21 jugak..hahaha..dah pangkat anak la ni kan :P hebat2 keluarga bahagia gitu..hehehe

    ReplyDelete
  11. JUNAINA:
    Kita pangkat mak mak ni, tidor la yg best, kan?



    AZAM:
    Konon, kan?

    ReplyDelete
  12. KAKCIK:
    Hahahaha.. idea best gak tuh. Simpan makan ringan dalam keta, buat lapik perut.



    QHAIFA NUR:
    Nak tunjukkan kesetiaan agaknya.

    ReplyDelete
  13. FARA:
    Yang sebenarnya, dah kahwin la kena setia menanti dan makan bersama, ya tak?



    HANI3:
    Bengong dan bongeng.

    ReplyDelete
  14. Bang HAMZAH al-Lavendari:
    Betullah tuh. Asyik masyuk bang. Memang begitulah keadaannya.



    KAK ZAITUN:
    Kaki melecet pun sanggup menapak dari Chowkit ke Bus Stand Klang!. hahahaha

    ReplyDelete
  15. AYIE:
    Betul gak. Dah jemu lagi tension ler tu, dia terus call konti.

    Laaa.. Kak Azie jawab kat blog dia, dia jawab kat blog sini. Alahai budak ni.
    Tapi makcik suka!




    ERI-CHAN:
    Memang tak berbaloi. Lain la kalu dia bleh claim overtime menunggu ikut jam dari boifren dia. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails