Saturday, December 17, 2011

Hope2Walk: Menyumbanglah, walaupun tiada orang halakan kamera...

Assalamulaikum
Sabtu
17-12-2011
...sebelum ke pasar



Hidup kita sebagai manusia biasa ini, seperti selalu disebut orang, macam roda. Kadang atas, kadang di bawah berpusing dan berputar.

Seperti kita melihat ramai orang kaya mewah, begitu juga ramai lagi yang kurang mampu. Ada banyak faktor, ada banyak sebab mereka masih berada di tahap lama. Terlalu panjang untuk dihurai.

Menyebut pengalaman, aku pernah terlibat hampir 5 tahun sebagai sukarelawan. Banyak juga pengalaman walaupun hanya setakat domestic, tidaklah sampai menolong orang daif di luar negara. Hanya banyak tertumpu kepada kumpulan anak-anak yatim. Itupun masa tu, dah jenoh juga merasa pelbagai pengalaman dan program.

Wpun peringkat awal dulu mudah sekali airmata tumpah bila terdedah kepada kehidupan sebenar mereka, akhirnya aku semakin dapat menguatkan jiwa bahawa setiap orang tidak selalunya bernasib baik.

Sebagai ahli masyarakat, sudah semestinya ada tanggungjawab yang wajib kita laksanakan. Samada kita sedar atau tidak, kita tidak perlu pergi jauh untuk menyumbang, membantu, memberi atau... apa sahaja yang boleh disebut sebagai bantuan.

Mungkin jiran kita, ahli kariah kita, anak teman kita, rakan sekolah anak kita... tanggungjawab sosial itu sangat penting. Mungkin hanya sekadar doa.

Beberapa hari lalu, aku singgah Tesco dengan MyTOKLAKI. Kami sempat melihat board besar di pintu masuk pasaraya.

Aku tertarik dengan cara untuk menyumbang:


Nampak kertas kecil merah hijau yang tertampal berjuntai itu? Di sticker itu tertulis nama kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Lengkap dengan nama dan apa yang diperlukan, e.g. sepasang baju kurung putih, kain kurung biru tua, tudung putih, sepasang kasut (saiz disebut) 2 pasang stoking.... etc.. etc. (lupa snap bungkusan besar2 yang sudah siap itu)

Jika kita berhasrat untuk menyumbang, tarik/koyak satu sticker (atau lebih) dan carilah barang-barang yang disebut itu di dalam pasaraya, bayar dan pihak pengurusan akan bungkus semua barang itu. Sticker dilekatkan. Ada juga beberapa surat lain di situ tapi aku tak pasti apa. Mungkin borang kecil sebagai pengesahan kot...

Well, itu satu cara syarikat mendapatkan sumbangan. Yang aku nampak adalah senarai anak-anak dari YAYASAN CHOW KIT.

Sesiapa yang ada lebih, sila lah menyumbang. Tiada orang melihat, tiada kamera nak snap muka, tiada orang tahu jumlah RM yang dikeluarkan... Masih ramai warga Malaysia yang mampu, tidak berkira untuk bersedekah dan dalam masa yang sama, tidak suka menunjuk. Aku yakin itu.

CERITA LEBIH BESAR sebenarnya adalah ini:


Sasaran RM500,000 dan tarikh sasaran: Februari 2012. Lawati laman blog HOPE2WALK ini untuk mengetahui perkembangan mereka.

Sesekali kita perlu meletakkan diri kita dalam keadaaan orang lain, untuk merasai, kalupun tidak banyak, sedikit apa yang disebut kekurangan dan keterpaksaan.

Menderma dengan ikhlas, tidak akan susut duit di poket, tidak akan bangkrap bisness yang dibangga, tidak akan terkurang simpanan di bank. Sebenarnya ada yang lebih luas dari itu.

Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri ini.


****

Cerita lain:

Dak AMOI, meraikan diri sendiri dengan shopping hasil elaun terakhir internshipnya.



~...HISYAM berkali-kali menegaskan tiada insan lain yang paling ingin dicari bila dia tertekan kerana tugas, terdesak untuk berkongsi duka dan lawak, terpaksa beragih bahagian membalas surat melainkan SERI BULAN nan seorang yang kadang macam guru kadang macam pemburu...~








6 comments:

  1. InsyaAllah blogger yang datang ke pertemuan esok berpeluang untuk menyumbang buat Adik Annisa dan Annur sepertimana yang telah diwar2kan sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. bagus. .idea bijak dari Tesco tu....

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah, sy akan bantu sekadar termampu...

    ReplyDelete
  4. insyaAllah kak..

    hari tu kat parkson pun ada juga
    macam tu

    ReplyDelete
  5. Tq for posting this entry... Semoga Allah membalas jasa anda semua.

    ReplyDelete
  6. terima kasih di atas sumbangan tuan/puan untuk Hope2Walk. Allah memberkati kalian. Encik Gedek dah sempurnakan tugas beliau.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails