Monday, December 5, 2011

Jangan Ditiru Emak Kahwini Anak...

Assalamualaikum
Ahad
04-12-2011


Aku melihat satu tajuk “Jangan Ditiru Emak Kahwini ANAK” yang dilink seseorang di FB. YouTube tu memaparkan suatu pendedahan berani dalam rancangan talkshow Indonesia “d’show”. Seorang wanita bernama Ibu Sugiarti alias Dombret dan anak lelakinya Ferry membuatkan pengakuan mereka tinggal sebagai suami isteri sejak Ferry umur 20 tahun (tidak tahu berapa lama hubungan itu berlangsung)

Apa yang boleh aku faham, Ibu Dombret pernah berkahwin 2 kali dan ada anak 5 orang (Ferry anak yang sulong). Kerinduan (kangen yang melampau, kata host tu) terhadap lelaki yang disebut suami pertama yang meninggal menyebabkan dia melihat Ferry itu sebagai suami.

Kerana tinggal di kawasan kampung yang jauh sesama tetangga dalam daerah Perkapuran, tiada jiran dapat mengesan hubungan itu. Memang terasa aneh pula bila kita mendengar jawapan selamba dari mereka berdua tentang hubungan mereka itu.

Seorang penonton bertanya, “Belum nikah?” Geleng.

Lalu spontan penonton itu berkata, “Wahh parah bangat ya?” Penonton lain boo...!



Host rancangan tersebut sempat menyamakan kisah mereka itu seperti Sangkuriang — kisah dongeng Indonesia yang menjadi kisah terbentuknya Gunung Tangkuban di Bandung itu. (Aku dah pernah sebut kisah ini dalam entri lawatan ke Bandung dulu). Sangkuriang berkahwin dengan ibunya sendiri.



Sesapa yang nak dengar sendiri pengakuan Ibu Dombret itu, carilah YouTube bertajuk Jangan Ditiru Emak Kahwini ANAK versi 1.2 dan versi 2.2. Aku nak link YouTube tak reti. Memang tak pandai.

Mula-mula aku sangka depa ni Kristian, tapi bila Ibu Dombret tu sebut Alhamdulillah... gulp!



19 comments:

  1. SALAM,
    MASYAALLAH ! UDAHLAH BUAT HAL, DIKONGSIKAN PULA DGN PENONTON ! BERSAHAJA DAN TAK NAMPAK ADA RASA KESALAN ! MACAM BANGGA PULAK ! BETUL TU , MEREKA BERAGAMA ISLAM. ANAK2 MUDA MENJADI PENONTON DI DEWAN DALAM PROGRAM TERSEBUT. MOGA ALLAH BERIKAN KESEDARAN DAN KEINSAFAPAN KPD MEREKA INI

    ReplyDelete
  2. salam tuan umah..noorfa da tgk vieo tu..erm..speechless sbb x tau nak komen ape...akhir zaman ni mcm2 jd..if ibu pun x leh nak caya zaman ni...sape lg yg boleh dipercayai...

    honestly..that video are sick...shows how ignorant sick mentality they are...

    ReplyDelete
  3. Agaknya nak tiru rancangan Oprah - tapi langsung tak sesuai (jujurnya kakcik tak teringin nak tengok youtube itu). :(

    ReplyDelete
  4. kak zie, sebenarnya orang indonesia ni tak semestinya islam memang diorang akan sebut macam tu, dan ada jugak yg hafal zurah
    tapi sedangkan islam boleh kahwen dgn agama yg lai, sya pun tak tahu mazhab apalah diorang ni gunakan

    tapi sangat menyedihkan dan menakutkan.

    ReplyDelete
  5. nafsu telah menguasai segalanya.....

    ReplyDelete
  6. segeralah kita bersedialah .. kiamat sudah dekat !

    ReplyDelete
  7. Astaghfirullah....dah sampai ke akhir zaman dah ni..sampai jadi lagu tu? emm..dulu dulu kat malaysia kecoh 2 beradik hidup mcm suami istri sampai ada anak..ni mak n anak plak...ishh minta dijauhkan lah perkara2 macam ni berlaku di kalangan kita...

    ReplyDelete
  8. ada baca kat blog mazidul beberapa hari lepas.

    ReplyDelete
  9. lepas ni tak hairan kalau bumi Indonesia dilanda gempa bumi lagi...saya pun tengok video ni.. malu sungguh.. sebab saya pun ada anak teruna....
    Nauzubillah...

    ReplyDelete
  10. anak beranak dh giler!!! umat di akhir zaman

    ReplyDelete
  11. makin tenggelam akidah...jauhkanlah dari kita2 semua ye

    ReplyDelete
  12. i tengok cerita ni live masa vacation di Bali.. Sampai tak keluar bilik hotel.. Tengok sampai habis. It was 3 years ago kalau tak silap i..

    Rasa macam nak lempang2 je... Hari ni member blog ada link kt Fb.. Terkejut balik lah i..

    ReplyDelete
  13. akak baca kat blog mazidul.....
    ada pulak yg komen cakap tu semua lakonan jer,bla bla bla...
    mmg kiamat semakin menghampiri dan otak mereka semakin bergaul ngan tahi...

    ReplyDelete
  14. geli geleman bila nengok video tuh.... huhuhu

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum,

    rakyat ramai sangat ratus juta, macam2 ada....negara kita yang tak sampai 30 juta ni pun dah macam2 ada, apalagi depa ya

    ReplyDelete
  16. salam kak azie,
    ptt ibu membimbing.. ni jd lain plak... adoi...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikom kak azie..

    ye.. teman pon assume deme ni al-kafirun sampai le ke detik 'alhamdulillah' tu.. seram!

    ReplyDelete
  18. dah nak kiamat nih....takutnya dengar pengakuan ibu anak tuuu..geli pun ada

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails