السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
26-07-2013
Ramai sudah maklum, pekerja awam Selangor dapat sebulan bonus Raya, manakala kerajaan pusat bagi duit Raya RM500 kepada kakitangan awam. Syukur la kan? Dapat jugak tampung duit minyak nak balik kampung...
Well, di tempat kija saya semalam akhirnya depa (I sebut depa sebab I terkecuali) boleh sengih sebab our Manager akhirnya umumkan yang depa dapat angpau Raya RM500. Menutup kedukaan depa yang dok sedih sebab hari tu dikaborkan takda bonus Raya.
Manager sebut, “bukan semua orang dapat...”. So bila ada yang dah cuak-cuak takut tak dapat, saya kata, “Kerja 16 tahun mustahil tak dapat. Yang tak dapat tu, saya ler sebab budak baru.” (budak??)
Bersyukur la sapa yang dapat bonus Raya tu. Panjang la sket langkah Hari Raya nanti, kan?
Hmmm hari in Selangorian bercuti sempena Nuzul Quran. Dulu masa saya keja di opis KL, saya selalu tensi sebab orang Selangor berdoyon-doyon turun shopping di KL. Buat sesak saja! Sekarang, bila saya sendiri cuti, hahahaha.... kesian kat orang KL!
Yang best lagi, cuti jatuh pada hari Jumaat, lalu bersambung hujung minggu memberikan cuti berganda. Saya dah berangan nak berbuka posa dengan famili MyKakak yang akan mai KL hari ini (Perak pun cuti gak). Tapi, arahan sudah keluar semua orang dalam department saya kena mai kija Sabtu esok. OT yang lumayan sebenarnya tapi kalu boleh nak la cuti 3 hari. Tak dapek la nampaknya.. Wuaaa....!
Selingan:
Hari ini 26-07-2013, Ulangtahun Kelahiran my anak bongsu yang manja kededek (macam mak dia jugak! hehehehe). Ulangtahun CHAK ke-11.
~...baju Melayu HISYAM sudah tergantung elok di tanduk rusa di Teratak Nyatuh setiap hari direnung diusap dek Mak Utih bersama rasa hati berbunga hendak beraya bersama tetapi SERI BULAN pula yang dilanda resah kerana terasa tidak diendah tetapi kerana rasa kasih yang tak bertepi kepada Pak Utih sekeluarga dan rasa cinta yang tidak pernah terluah kata terhadap HISYAM, dia akan setia berjaga sepanjang musim Raya...~
salam akak.....kejam tul boss akak tu..org nak cuti lebih pun x bagi...
ReplyDeleteApa nak buat Abe, kija tengah banyok...
DeleteBaru nak verangan cuti rehat lama tapi 'saya yang menurut perintah' :(
ReplyDeleteSelamat hari lahir buat dak CHA.. moga dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendakNYA..
'Saya yang menurut perintah' memang kena sangat dengan saya. Kena sangat lah.
DeleteHari ini saya kerja. Cuti saya bila? Hari raya dan labour day aje. Yang lain koje. Saya kisah? Laa ni saya tak kisah. Saya cakap kat bos, bos ni saya tengah single, memang saya tak kisah. Esok-esok saya dah kahwin, kita kena rombak semua ni.
Bos cuma cakap, OK!
Manager cakap, kalu tak penting, dia takkan lepaskan saya off. Wpun Sabtu esok sebenarnya my off day, tapi kerja memang tengah banyak. Lagipun normal day kami cuma OT sejam saja, tak cukup untuk cover project yang banyak.
DeleteYes... TATA, sentiasa la kita ni menurut perintah. Dah nama pun kuli, kan?
aah untunggg selangor kan !
ReplyDeleteada yg cakap , bolehlah bg bonus sebulan gaji sbb PKR satu negeri , kerajaan pusat banyak negeri ... pulakkkkkkkk !
macam2 ada aje nak buat isu kan ;)
manusia x pernah senang ati dan puas hati ..
adohaiii dah cuti kena kerja pula .. x bestnyee akak huhuh
Kalau dari segi bonus, memang untung. Tapi untuk staff government aje la. Swasta, pepandai la nak untung sendiri.
DeleteTapi saya tak kisah pun pasal bonus. Bila saya nak kisah? Entah la.
Kerajaan Selangor baru ini kali pertama bagi bonus. Sebelum ni, hampir tiap tahun kerajaan BN dok bagi bonus. So bagi yang dok komplen tu, memang sengaja nak tunjuk tak puas hati.
DeleteHehe boss itu potong mood orang jer.... Selamat hari lahir buat chak :)
ReplyDeleteTak mengapa. OT ada bayar maaaa....!
Deletehappy birthday, Chak!!
ReplyDeleteWahhhhhh, seronok yang dapat bonus, yg tak dapat ni telan liur jerlah (sayelah tewww)..
Saya pun tak dapat juga. Hehehe. Welcome to the club.
DeleteSama ler kita. Mana dapat pun. Terlior jugak. Takpa kita sabar bebanyak. Yang penting, Raya tetap Raya, kan?
DeleteBirthday die same gan anak buah rozie, ape pun eppy birthday,,....
ReplyDeleteOh terimakasih Rozie. Jom celebrate sama-sama dengan Chak.
DeleteSuami saya slalu mengeluh bila sgor cuti, sbb dia balik kerja (KL) naik tren sesak amat. Smlm pun dah naik iklan sale sana sini. Bonus raya gomen pun dpt..harus sesak jugak ptg ni walau bln pose.
ReplyDeleteHappy birthday utk si bongsu... :)
Begitulah fenomena yang berlaku setiap tahun. Memang orang KL akan terasa sedikit seksa bila orang Selangor cuti setiap kali Ramadan 17. Kena la redha...
DeleteThanks atas ucapan.
Apasal budak baru tu tak dapat bonus? Bagilah pro rated. Mesti gumbira dia bukan kepalang .... hehehe
ReplyDeleteHappy birthday Chak. Memang nampak manja mcm mak dia .....
Wuaaaa komen Bang YB buat saya lagi cedih aaarrrr... Apa nak buat, saya tak dapat bonus laa.
DeleteMemang anak yang manja tu dapat perangai manja dari mak dia, takkan dari pak dia pulak, kan? Hahahha
Wahhh besh la cuti.. leh golek lelama atas katil #nangeshiba
ReplyDeleteshin.. shin..
Deleteperangai tak ubah. asek nanges aje. siap hiba-hiba pulak tu lagi.
Golek lama-lama atas katil sambil nangis? Ahhh macam takda keja lain pulok. Hahahaha
DeleteHappy birthday chak. Tarikh kita selang satu hari aje. Birthday acik semalam. Hehehe.
ReplyDeletep.s: Emak Chak, kededek tu apa?
Ohh ya? Happy belated birthday Cik TATA! Semoga sejahtera dan ceria selalu.
DeleteHmmm... ‘kededek’?
Kalu ada kawan orang Kelantan, sila tanya depa akan maknanya.
untung saper duduk Selangor kan..
ReplyDeleteHappy birthday buat anak bongsu akak...:)
Untung tahun ni baru bermula. Harap-harap tahun depan pun untung juga. hehehe
DeleteTak semestinya duduk Selangor. Yang penting kerja dengan kerajaan Selangor. Tu baru boleh dapat bonus sebulan.
DeleteThanks atas ucapan.
Hepy besday buat chak...:-)
ReplyDeleteSape dapat tu..rezeki la kan kak....
Memang rezeki anak-anak ler tu. Time raya pulak tu. Memang boleh berjalan jauh sket la Raya nanti.
DeleteHappy birthday chak... syukurlah dapat jugak rm500. bt upah baju raya, kuih raya. hehehe
ReplyDeleteAha kan? Upah baju raya jer dah beratus-ratus kan?
DeleteHappy
ReplyDeleteBirthday
Chak..
Selamat
Bertugas OT
Azie...
Terimakasih AKAK...
DeleteBertugas OT ada extra payment, tu yang happy gak tuh. Heh heh
Assalamualaikum,
ReplyDeleteEpi besday chak...mai la bangi, kita makan mi rebus johor ;)
Okeh... lepas Raya kita tuntut, boleh?
DeleteAlhamdulillah.... boleh la tarik nafas sket. lepas raya nanti mesti sesak nafas balik saya nie
ReplyDelete