Sunday, July 14, 2013

Ramadan 05: Kad Raya vs Angpau Raya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
14-07-2013


Antara sampul raya dengan kad raya, ternyata hari ini, kad raya semakin kurang diminati orang. Nostalgia membeli kad raya, menulis dari hati untuk insan tersayang, sahabat handai yang jauh di mana atau untuk adik beradik yang bertahun berpisah dan jumpa pun sekali sekala... untuk sahabat sekolah... menampal stem (yang dulu cuma 15 sen) semakin dilupakan.

Orang semakin mengikuti peredaran zaman yang maju lagi canggih, lalu kad ucapan maya dilihat lebih mudah, lebih cepat dan lebih murah.

Bisnes kad raya memang merudum. Sudah jarang orang nak beli dan tulis. Sedangkan dulu, zaman kecik saya, membeli kad raya semurah 50 sen pun dah seronok sakan. Selalu pilih had gambar ada kucing-kucing comey tuh. Hahahah kad raya dulu memang banyak gambar kucing dengan riben or manik tau...! Betoi dak?

Kadang-kadang sengaja tunggu yang free bila beli komik Gila-Gila or majalah tertentu. Memang akan dapat kad raya free.

Zaman skang mana nak dapat kad raya gambaq kucing lagi? Memang takda aaarrr... Malahan orang lebih suka create kad raya maya sendiri, pastu boh gambar muka sendiri yang bergambar sedondon dengan famili. Dah jadi trend.

Saya sendiri, memang tahu buat kad raya maya sendiri (kawan saya pun tempah dengan saya). Tak susah jika pandai Photoshop & Illustrator. Tahun ini tak tau saya sempat ke tidak, sebab kat tempat kerja sangatlah sibuk. Mungkin gunapakai jer kad raya lama or Google mana yang berkenan, then tokok tambah text or pic mana-mana yang sesuai.

Angpau raya lagi la mudah. Ini memang kena ada, sejak zaman dulu hingga sekarang. Malahan rata-rata company akan kuarkan angpau raya korporat depa sendiri. Ini perkara biasa.
 

Ini sampul raya company tempat kija saya. Muslim stafs dapat sorang 30 keping. Kaler brown with gold text. Tak tau masa bila depa cetak, sebab yang buat ni bukan department saya. Budak marketing buat kot...

Sebenarnya, sampul raya ni saya tak heran sangat, sebab saya ada banyak. Berkotak-kotak dalam simpanan. Dulu di tempat keja lama, kami selalu print sampul raya client dan biasanya memang akan extra. Lalu saya ada banyak koleksi pelbagai company dalam simpanan. RM yang nak diisi jer yang tak cukup banyak. Heh heh heh!


Yang biru tu ialah kad raya company tempat kija saya. Kaler biru cyan with silver text (embosed). Muslim stafs dapat sorang 3 keping. Masa proses edaran tuh, saya tegur, “3 keping jer?” Lalu bila ada lebih saya diberi 3 keping lagi.

2 keping sudah dipos kepada rakan blogger Sabtu lepas. Saya akan pastikan semua kad Raya dalam simpanan akan dihantar dan diterima sebelum Syawal.

Kenangan seindah Ramadan:
saya dan adik-adik saya dulu suka kumpul kad raya, then gantung-gantung sebagai hiasan bila Raya. Antaranya, tentulah gantung kat ranting pokok macam gambar di bawah:
*Pic saya Google. Dari blog SHINCAN. Terimasih SHIN.


Zaman sekarang, saya rasa mungkin di kampung-kampung jer kot boleh dapat hiasan kad raya camtuh.





 ~...menanti surat berlipat empat di bawah tempurung di hujung ampaian sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang excited di jiwa SERI BULAN kerana hampir saban petang HISYAM akan datang menjengah di jenang dapur Teratak Nyatuh dan Mak Utih pun sudah tidak terlatah lagi dek jengahan manja si teruna kesayangan itu sebab langkah kakinya sering diiring dengan ayam piru berketak dan itik angsa melalak garang...~




21 comments:

  1. salam kak..

    sampai skrg shin still lagik pos kad raya.. kalo dulu beli xde la gambo kuceng hehe.. kad raya yak shin pilih mesti kena ada gambo ketupat ngan pelita.. wajib.. baru namanya kad raya.. tp dah 3 tahun shin print gambo sendiri.. hehe bukan feeling artist.. tp utk bg kawan kawan ingat rupa bentuk shin walo dah bepuluh tahun tepisah..

    sampul duit raya.. walo cantik mana.. anak anak buah hanya mau isik dlmnya je.. dpt dlm yak sampul buang begitu saja.. hehe habis duit sampul di buang begitulah peribahasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul tu SHIN. Bebudak sekarang, lebih pentingkan isi dalam sampul tu jer berbanding gambar sampul. hahaha.

      Kad raya buat sendiri ada makna berbeza, bagi setengah orang. Samada pos atau hantar maya, yang penting ingatan tu tetap ada.

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Tak dan nak gantung2 kad raya gitu....lagipun tadak kad raya dah. kang tinggal ranting je hu hu hu

    ReplyDelete
  3. Saya masih lagi hantar kad raya. Pada org tertentu jer la macam bekas cikgu-cikgu sekolah dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu awak seorang murid yang sangat disayangi masa sekolah dulu, kan?

      Delete
  4. saya lbh suka kad raya yg ditulis,dipos...berbanding e card..ianya ada nilai sentimental...ikhlas oleh si pengirimnya..skrg..main foward2 ja sms bila nak raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kadang-kadang dok terima ucapan sms Raya hampir sama jer dari beberapa orang. Nampak sangat main forward ikut dan jer...

      Delete
    2. Dok forward siap dengan nama family bagai. Nama anak-anak, bini dan suami masuk semua. Bosan pula. Orang dok forward ucapan raya, saya tak forward. Tapi saya buat sendiri sms masa nak puasa untuk mohon maaf, dan hantar pada mereka yang saya rasa betul-betul saya ada buat silap, atau pada mereka yang berinteraksi dengan saya sepanjang tahun. Cukup la.

      Delete
  5. saya tetap rindukan kad raya macam zmn persekolahan saya dulu . gambar cantik2 belaka . tengok jer pun dah rasa berbunga di hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... sapa ler yang bagi tu eh? Kekasih hati ker, atau orang yang diminati dalam diam? hehehe

      Delete
  6. kakazie,
    Saya pun ada pengalaman tampal kad raya kat dinding..time tu rasa macam gempak giler..pastu masa sekolah dok sebelah meja pun bg kad raya jugak, letak dalam laci konon nk surprise..pdahal masing2 da tau..hehe

    ReplyDelete
  7. bila ujung2 bulan ramadhan sibuk la mencari sampul raya.. hehe.. kekadang terlebih2.. kalu tak cukup pun main ambik sampul anak jew (yg org kasi kat anak).. kiki...

    ReplyDelete
  8. Setiap tahun saya akan usha angpau raya dari bank-bank sekitar saya. Memang depa dah asingkan untuk customer, so untuk extra saya akan call untuk booking. Dan yang bestnya ada satu badan berkanun ni akan asingkan untuk kami para penyewa bangunan. So setiap tahun memang dapat. Buat koleksi la, apa lagi.

    Tu le pasal kak. Sampulnya banyak, tapi yang nak diisi tu tak banyak la pulak. Huhu.

    ReplyDelete
  9. Betul kak. Kalau tau photoshop memang boleh buat kad raya. Beberapa tahun lepas, saya buat untuk para blogger. Saya email pada mereka. Yang untuk email, lain design. Yang untuk pos, lain juga design nya. Ye la, masa tu banyak masa dan idea. Tapi laa ni dah kurang masa, dah kurang idea.

    ReplyDelete
  10. betul kak .. saya pun skrg dah x terima kad raya ..semua sms huhu

    ReplyDelete
  11. bab gantung kat ranting kayu, memg kerja saya. saya sanggup masuk hutan belakang rumah sebab nak cari ranting kayu yang merimbun dahannya. heheheh

    ReplyDelete
  12. Azie, betui tu, susah nk cari kad raya gantun gmcm tu lagi sekarang ni.Dulu I selalu buat keja gantung tu tu di rumah.mcm2 pattern.syok gak.now mana nk cari lagi.kad pun tk dak dijual.miss raya dulu2.semua berebut keluaq town beli kad to send to friends..masa tu tk kan kembali lagi..

    ReplyDelete
  13. Awalnya dapat kad & sampul raya company. Aina tahun ni tak de kot kad senyap je selalu ada jugak 3 keping. Sampul raya lak biasanya dpt 20 keping ja tu pun 2-3 hari sebelum start cuti.

    Bila sebut kad raya tiba2 teringat kad raya zaman cinta monyet dulu!

    ReplyDelete
  14. wah dah dapat angpau..sy pun dapat gak tapi angpau kosong la hehehe dari avon tu pun kawan yang bagi..

    kak azie..dulu wajib la ada ranting2 pokok tu.kalau takde rasa macam tak lengkap je hiasan umah.paling2 koman pun mesti tampal kad raya kat dinding.skang mana ada dah.kat kampung pun zi tengok takde dah.zaman canggih.pakat simpan kad rayadalam pc @ enpon

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails