السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
10-07-2013
Lain tempat lain cara. Lain versi.
Dari kecik hingga dewasa lalu hingga tua, cara sambutan pun berbeza, berubah-ubah. Lalu yang ditinggal, yang dilalui menjadi kenangan demi kenangan.
Mungkin bagi setengah orang, kenangan di bulan posa antara kenangan paling seronok disimpan di lubuk hati. Paling sebak bila mengingat ada insan keliling kita yang tidak lagi bersama kita di bulan mulia ini.
Ya, kami baru saja kehilangan Mak Mertua (MyToklaki’s mother) pada Disember lalu. Ini Ramadan pertama tanpa beliau.
Saya ada banyak kenangan dengan arwah, sehingga saya terasa tidak mahu melalui lagi suasana puasa di rumahnya, tapi tanpa dia.
Lalu, we had decided that Raya tahun ini saya tidak mahu balik ke sebelah sana.
Alasan mulut (yang tentu berbeza dengan alasan di hati): “Mak saya masih ada, dan ada di KL. Kami beraya dengan dia.”
So, saya memang nak cuba dapatkan peluang dan kesempatan seberapa banyak yang ada untuk berbuka dengan dia, beraya dengan dia... or just bercuti lepak dengan dia. Itu hak saya sebagai anak.
Teringat semasa dulu:
Saya terkebil sensorang dalam bas (Bus SriJaya) masa waktu berbuka, jalan jem teruk. Balik kelewatan, tiada bekalan. Beberapa orang yang berbuka, menyedut air kotak semasa drebar sebut “dah azan”.
Masa tu, tengok air kotak tu rasa nikmatttttt sangat! Ahhhh....
Buah Melaka. Kuih wajib buat di bulan posa.
Pic lama, sendiri punya. Tak cilok orang punya.
Selamat Menyambut Ramadan buat semua....
~...melihat Pak Utih berpeluh mengusung batang getah dari kebab, Mak Utih bersungguh menyusun-silang kayu api dan menggantung sabut kelapa kering di bawah bangsal kemudian HISYAM turut dikerah mengangkut tempurung garing, SERI BULAN mula merasai segala kerinduan yang terkumpul setahun untuk kembali ke laman kenangan tetapi HISYAM tidak langsung menyebut hendak berbuka di rumah lain selain Teratak Nyatuh...~
ya..btul...setiap org. ada cerita dan kisah ramadhan mereka....sy...ramadhan ke 2 tanpa seorng yg bergelar ayah....alfatihah utk mereka yg tiada....
ReplyDeletekuih wajib di bln pose...juga kegemaran arwah ayah....
Kalu nak berbaloi memang elok dibuat sendiri kuih ni. Jangan beli, sebab selalu tak puas makan.
DeleteSelamat berpuasa kak azie..
ReplyDeleteTerimakasih ZAZA.
DeleteSelamat berpuasa juga buat ZAZA.
Salam Ramadhan Kak Azie...
ReplyDeleteBetul tu Aina cam biasa saban tahun balik Perlis tapi lepas tu balik jugak rumah MIL.
Kena la adil, mana boleh balik sebelah pihak saja. Kak Azie dah selalu sangat sebelah sana..
Deletehaha tu belum bab telan air paip masa amik wuduk hehehe
ReplyDeleteBetul. Betul. Pengalaman biasa la tu.
DeleteHaus punya pasal, balik sekolah tengok air hitam dalam parit pun rasa sedap.
Hahahaha memang tahap gaban.
Tu masa darjah berapa beb? Masa tu akal pendek benor lagik.
DeleteDarjah 4. Balik sekolah naik basikal. Panas giler. Rumah jauh pulak tu. Tengok air hitam boleh terliur pulak.
Deletepaling syok mesti standby towel good morning tu.agak2 dah tengahari pegi basahkan towel tu n letak kat leher.penyejuk badan katanya hahaha cikgu pelik kenapa la baju anak2 murid dia basah2.sekali selak tudung semua pakat letak towel kat leher kikiki
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteBerbuka puasa di jalanan...pernah berbuka dengan air liur sendiri je (yang dah tak berapa nak adapun sebab tekak memang kering). bila azan, baca ajelah doa buka puasa, niat ber buka puasa....pas tu telan je liur sendiri ;)
Eh, alamak! Sepanjang puasa ni saya memang selalu aje telan air liur sendiri. Itu dikira buka puasa ke? Dah tu kiranya puasa saya ni batal ke? ALAMAK! ALAMAAAAKKKK!
DeleteNi dah batal puasa ni, boleh makan tak?
Pi la makan, kalu dah nak makan sangat. hahahaha! Jangan buat pasal yang oii
Deletebaetul . kita akan sehabis blh utk bersama bonda tercinta terutama diwaktu2 begini . saya bernasib baik sbb bonda ada bersama saya disni . sblm ni bonda hanya bersahur sorg diri dirumah ...
ReplyDeleteSama ler kita. Kebetulan 2,3 tahun kebelakangan ni, MyBONDA memang tinggal di KL.
DeletePernah dgr tak lawak ' kalau takde apa nak di buat berbuka, kita korek hidong!' ~hahaha
ReplyDeleteItu bukan lawak la, sebab saya sendiri pernah buat.
DeleteHahahaha.
Seriyes la!
Cehhhh! ceh!
Deleteadoyai.teringat zaman outing dulu.bas lambat.elok2 sampai je depan pintu kolej tu dah azan.cepat2 kitorang lari balik hostel.si geng lelaki termasuk en.suami pun cepat2 nak balik umah sewa.elok sampai je kat bilik sy terus call dia "dah buka posa?makan apa?"
Delete"dah,kami doa tengah jalan pastu korek idung ramai2 sambil lari2 anak"
kah kah kah sampai sekarang kalau kitorang bukak balik cite ni mesti gelak guling2
selamat menyambut bulan ramadhan kak azie. semoga mendapat lebih keberkatan dalam apa jua yang akk lakukan ^_^
ReplyDeleteTerimakasih BR. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan itu.
DeleteSaya pun ada banyak mixture kenangan.
ReplyDeleteUmur makin banyak, pengalaman dan kenangan pun sama makin banyak kan? Semua kenangan-kenangan itu tiada ternilai harga nya.
DeleteKalulah kenangan tu boleh disimpan dlm lemari dan diulang tengok diulang baca diulang buat....
DeleteTengok kuih tu kan, ingat saya masa sekolah rendah dulu. [Saya hairan la. Masa sekolah rendah, bukan main rajin lagi masuk dapur, tolong kakak-kakak saya masak ke, buat kuih ke, apa ke. Tapi bila dah makin tua ni, masuk dapur sebab nak makan aje.]
ReplyDeletePernah sekali tu tolong kakak saya buat kuih ini la. Masa awal-awal tu rajin lagi. Buat comel molek je. Bila dah lama-lama, sebab nak habiskan cepat, boleh saya buat seganal-ganal umat. Lepas cemplung dalam air, saya terus blah. Hahaha. Kira dah habis la tepung uli tu.
Memang nak kene cubit budak niiii...
DeleteSalam kak,
ReplyDeleteAduhaiii sama dilema dgn saya. Kali pertama ramadhan tanpa ibu mertua. Terbayang-bayang sibuknya dan seronoknya arwah di dapur masak itu ini untuk berbuka dgn anak menantu. Saya jadi sebak dan rasa tak sanggup nak balik ke rumah itu sebab tentu sedih dan terasa kehilangan. Benarlah kata org, bila tiada baru tercari-cari.
Selamat berpuasa kak azie & family
Kerinduan tu sangat memuncak bila tiba bulan posa dan Syawal nanti. Apapun hidup kena diteruskan. Cuma kita akan teringat ingat sangat la suasana semasa bersama arwah dulu, kan?
DeleteTak terbayang berpuasa tanpa org yg pernah kita cipta sejarah bersama. Tak kiralah siapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul kan kak?
ReplyDeleteMenu wajib sy ms bulan pose of cos le tepung pelita. Tak de org jual ms bkn bulan pose. Tak suke tau!
Eh, itu la yang best. Dibuat khas untuk certain musim sahaja. Contohnya macam lauk pauk raya. Bagi saya dah kurang menarik nya setiap kali raya. Lauk macam rendang, ketupat, lodeh, semua nya biasa didapati ketika bukan musim raya. So kiranya raya tak raya, lauk sama je la.
Deletebuah melaka sinonim dgn musim ramadhan
ReplyDeleteadik saya sebut 'buah kekoh cha'
dlm loghat kelate kekok-gigit cha-memancut
hehe
kueh fav saya juga nih
ReplyDeleteSaya kurang benar tahu dan rajin buat kuih.Asyik mee,bihun saja. Hari ni cuba buat puding gula hangit...rasanya ke laut.
ReplyDeleteSelsmat mnjalani ibadah puasa,.
ReplyDeleteBuah melaka yg wajib dibuat time puasa kan..
ReplyDeletewajib..sebab senang hehehe nk menguli senang nak membentuk senang nak makan lagi senang kikiki
Delete