السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
13-07-2013
Lagi cerita berniaga di bulan posa.
Ramai yang sudah maklum, saya memang berniaga Tart Nenas Sepanjang Tahun sejak 4 tahun dulu lagi. Sudah ramai pelanggan saya termasuk di Sabah Sarawak dan beberapa negeri yang jauh dari WP.
Paling ketara adalah rakan yang menjadi jiran ofis saya sejak di Jalan Imbi dulu. Depa ni kalu musim raya (tak kira ler Raya Posa, Chinese New Year or Deepavali) akan order. Selalunya tak pernah sikit, paling sikit pun 10 pek.
Kerana Tart Nenas ini memang sepanjang tahun, saya tak pernah ada masalah untuk mendapatkan bekalan. Walaupun sepanjang 4 tahun ni, harganya dah naik 2,3 kali dan keuntungan saya pun semakin kurang sebab saya tak berani nak naikkan harga setiap kali, especially pada regular customer. Delivery cost pun saya masih kekal RM5, dan kadang tu free jer.
Untuk tahun ini, kebetulan saya terlalu sibuk dengan kerja, bisnes Tart Nenas saya sengaja slow kan, sebab takda masa nak buat delivery ke sana ke mari macam dulu. Masa untuk diri sendiri pun kalut.
Saya ulang tayang saja setiap pic Tart yang memang saya rajin snap sejak dulu.
Dan kebetulan juga...
pembekal dah inform saya minggu lepas, bekalan tidak dapat disediakan secukupnya. Kerana tak menang tangan. Tempahan mencecah ribuan pek, means ratusan ribu pieces.
Saya kata, “Takpa, berapa pek yang saya boleh dapat jer lah. 20 pek pun takpa, sebab saya hanya jual untuk bebudak ofis jer.”
Tetapi,
esoknya regular customer di Jalan Imbi tetiba call dan nak pastikan yang depa akan dapat bekalan sekurang-kurang 20 pek untuk Raya kali ini. Alamak!
Dengan alasan, “For a real fans of Tart Nenas only” saya kena deliver juga bekalan pada minggu terakhir Ramadan.
*Semua pic ulangtayang. Sendiri snap, tak cilok orang punya.
*Pic dari blog seorang customer, blogger Azian Elias.
Saya tidak pernah lupa berterimakasih kepada sekian ramai pelanggan saya selama ini, wpun saya tak meniaga besar-besaran pun. Selain side income, saya dapat ramai kawan baru melalui perniagaan sambilan ini.
Dan bagi yang berminat, sila order selepas Raya. Untuk Raya, saya memang tak boleh janji. Tak berani nak janji pun.
~...sabut sudah penuh digantung di bawah bangsal memberi tanda Mak Utih bakal mengacau Bahulu lagi tahun ini dan Pak Utih bersedia merangka jumlah lemang yang bakal ditimang sementara HISYAM bersedia jiwa dan raga untuk menjadi penolong yang rajin lagi bergaya sehingga terlupa SERI BULAN sudah lama tidak diajak bergebang tidak berkawan-sembang lalu melihat teman merajuk pun sudah terbiar hingga sejuk...~
Tart nenas ori nih.. Sjak de tart gulung dh lupa rupa tart nenas yg x gulung... Bgus akk msih kekalkn x nenas asli...
ReplyDeleteKak, rasa tart ni sama tak dengan tart yang digulung? Saya tak pernah tau pun kewujudan tart ini.
DeleteRasa tu bergantung kepada inti jem nenas juga rangup pastrinya. Lain orang mungkin akan kata lain. Secara umumnya, hampir sama. Tetapi secara spesifiknya, amat berbeza.
DeleteAssalam azieazah
ReplyDeleteBerjualan sambil dapat berkawan, pasti menyeronokkan. Pak Temuk ucapkan selamat berpuasa untuk azieazah sekeluarga, semoga sentiasa sihat dan diredhai Allah.
Salam Bang TEMUK.
DeleteTerimakasih.
Bila berbisnes, secara tak langsung memang akan dapat kawan baru yang menjadi pelanggan.
Tart yang memang sedap...walllahhh...
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang teringat-ingat!
Deletetabik lah . dlm keadaan sibuk kerja , masih lagi sempat buat side income . klu x minat / hoby mmg x jadi . klu saya , mmg x larat ...
ReplyDeleteMemang sangat sibuk tapi sebab dah biasa buat, teruskan juga pelan-pelan. Itupun setia kepada 2,3 produk saja. Tak berani nak handle banyak, tak menang tangan juga.
DeleteSalam kak Seri Bulan,
ReplyDeletesaya nk order Tart Nenas Sepanjang Tahun..tapi saya nk selepas raya nanti...1 bekas bape pcs & baper RM termasuk postage..saya duk kt JB..mcmana nk contact akk..
nie emel saya.. suhaila@kiswire.com
Thanks AYANG
Deletenanti Kak Azie email dan bagi details. Takda masalah pun. InsyaAllah boleh diuruskan.
*btw, saya bukan Seri Bulan. :)
hehehe...sori kak..baru tau nama akak kak azie..
Deletejgn luper emel yer kak..
tqsm
Alhamdulillah rezeki. Orang yg dah biasa makan & rasa kesedapannya mesti la akan cari lagi :)
ReplyDeleteLupa nak tulih, suka tengok header cantik tuuu :D
DeleteSelain cari sedikit side income, juga nak beri peluang kepada kawan-kawan lain untuk menikmati sesuatu yang sangat sedap dan lazat!
Deletesaya 1st time buyer nak order untuk lepas raya.
ReplyDeleteplease email detail
cottonpurple@gmail.com
InsyaAllah akan diuruskan.
DeleteThanks.
Kak,
ReplyDeleteAda nak balik PB x?.. @ sesapa yg balik PB? kirim barang sepek dua bleh?.. meleleh ayaq lioq dah ni... hehe
Rasanya tahun ni kami Raya di KL jer kot. Tak tau la sapa yang ada mai nanti. Mokalu nak, kena tunggu lepas raya ler kot.
DeleteTawun depan boleh beli lory, atau bas..lagi lajubisnes
ReplyDelete:-) saya nak balik PB juga
Silakan.
DeleteSeri Bulan tak posa, sebab tu berani ajak berGebangdengan hisyam berpuasa..mana adil
ReplyDeleteAdil di mana? Cari sendiri.
Deletewow.. belum ada kekuatan nak buat kuih raya Madam. Tat nenas nona kegemaran mak saya, tapi maleh menggentel, tapi kena gak la menggentel dah dia suka.. hahaha..
ReplyDeleteSebenarnya, kalu pandai dan ada masa elok sekali buat sendiri jer. Lebih murah dan lebih seronok.
DeleteTat nanas mmng kgmaran saya sejak dari dlu...tapi biasanya makan tat nanas yg digulung...
ReplyDeleteTart nenas ni, samada digulung, dibungkus atau di‘cup’ macam dalam gambar tu, tetap sedap. Peminat tart nenas memang tak pilih, semua ngap.
Deletedulu2 knah juga pernah buat tat macam ni, sekarang bila main tunjuk2 ja nie..asyik jumpa tat gulung je..dah lama tak jumpa tat asli macam ni. Alhamdulillah..pandai azie merebut peluang berniaga, kecil-kecilan dulu..nanti lama2 jd besar =)
ReplyDeleteInsyaAllah kalu ramai lagi pelanggan lagi setia boleh la berkembang sedikit demi sedikit. Nak buat sendiri, saya pun tak tahu.
DeleteYang ditempah dari saya hanya puluhan pek saja tahun ini. Tahun lepas ya, beratus pek juga. Pengedar lain lagi, itu yang menjadi ribuan pek.
ReplyDeleteNak nak nak!!!
ReplyDeletennti teman sms ye kak :)
macam mana nak sms?
ReplyDeleteSalam macamana nk oder tart nenas ni utk lepas raya...pls pls pls
ReplyDeleteWasap umi d 0122010069
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak, nak tanya kak ada jual lagi tak tart nenas ni skrg?
ReplyDelete