السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
31-07-2013
Sebelum nak mula sebarang citer (macam banyak benor citernya?), saya nak maklumkan, dan perjelaskan tentang Tart Nenas Sepanjang Tahun tu.
Sebenarnya bukan saya buat. Saya ni mana ler pandai buat kuih raya ni. Sejak kahwin, saya lebih tumpu masak lauk-pauk jer bila Raya. Kuih Raya memang tak pernah buat pun. Tart Nenas Sepanjang Tahun tu dibuat oleh kawan saya. Saya jadi tukang jual @ dealer saja. Tu pun dah jenoh. Kalu saya yang buat, jawabnya ada ler yang berbuka berlaukkan inti nenas jer hari-hari... Hahahaha...!
Ok cerita lain.
Dalam entri sebelum ni, bukan main eksyen lagi saya tulis saya sentiasa sempat berbuka di rumah dengan rakyat di rumah. Tapi....
semalam jugaklah saya terpaksa stay sampai jam 7:00pm. Lalu ketika time berbuka tu, saya sedang berada dalam LRT di Kelana Jaya baru nak bergerak balik. Padan muka saya..! Baru beberapa jam cakap, akhirnya Tuhan tentukan yang saya kena berbuka di luar. Insaf weyy...!
Dalam pada ramai yang ghairah bercerita tentang agenda shopping dan borong barangan Raya, saya belum terbuka hati nak jejak kaki menyelit di celahan orang ramai di Jalan TAR. Masuk kompleks pun kali akhir masa sebelum Ramadan dulu. Ada takda pun, masuk Tesco cari barang dapur jer.
Jangan lupa satu bab ni yer kawan-kawan:
Tengok siri nombor resit zakat tuh. Ramainya rakyat dalam rumah saya!
Eh... cerita sebenar yang nak ditulis:
Apa anda akan buat kalu terjumpa@tertembung or terjemuh bekas pakwe/makwe or gewe, terjumpa di tepi jalan ler (pehal nak jumpa di tengah jalan, nak kene langgar?):
Sebab semalam saya terjumpa. Dia pandang, saya pandang. Tapi belum sempat saya nak fikir apa-apa, dia dah menoleh ke arah lain dan blah. Cisss....!
Opsss.. jangan salah faham. Saya takda niat nak tegur pun. Saya cuma nak tengok jer. Tengok pun salah ker? Ahaks!
Jangan lupa satu bab ni yer kawan-kawan:
“Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa”
Tengok siri nombor resit zakat tuh. Ramainya rakyat dalam rumah saya!
Eh... cerita sebenar yang nak ditulis:
Apa anda akan buat kalu terjumpa@tertembung or terjemuh bekas pakwe/makwe or gewe, terjumpa di tepi jalan ler (pehal nak jumpa di tengah jalan, nak kene langgar?):
- pandang, senyum say hai?
- pandang, pastu jalan buat tak kenal?
- pandang, senyum then borak tanya khabar?
- nampak tapi buat tak nampak? (tapi muka merah telinga merah menahan debar)
Sebab semalam saya terjumpa. Dia pandang, saya pandang. Tapi belum sempat saya nak fikir apa-apa, dia dah menoleh ke arah lain dan blah. Cisss....!
Opsss.. jangan salah faham. Saya takda niat nak tegur pun. Saya cuma nak tengok jer. Tengok pun salah ker? Ahaks!
~....kerana hanya HISYAM sejak awal dan akhir menjadi kekasih dan kepercayaan, SERI BULAN sukar hendak berkongsi kisah walaupun hanya selingkar dengan sesiapa yang lain kerana bimbang apa yang disebut nanas bakal dianggap ganas, berkata sesuwar dianggap pula sesuai lalu biar sahaja kamus bahasa itu mereka berdua sahaja yang faham dalam ertikata serasi bersama itu lebih bernilai dari air sarsi...~
hahaha...saya lak x mungkin berjumpa sbb x de bekas awek pun... ye kut
ReplyDeleteWahhh langsung tak da ciri playboy nih. Hikhikhik!
DeleteKak. Ciri ini la yang dicari-cari. Hehe..
Deleteshin still bg kad raya kat ex huhuhu.. tp kalo org yak dah kawen.. bek elakkan tego menego ex ni.. lg kalo tukaq tukaq nombor tepon.. makin parah dah start msg msg.. takot mengenang kesah lama.. pastu dlm hati ada taman.. bebaek dulu dah gondol kena tebas.. ni mcm nk tumbuh balik.. takot.. hati akak bedebo debo tu part yak x tahan.. ececeh.. kemaen dia..
ReplyDeleteBukan hati Akak ler yang berdebor tuh... Akak bagi contoh jerrrr
DeleteTak dapat nak bayangkan sbb takde bekas pakwe.. ^___^
ReplyDeleteElok la tak boleh bayangkan.
DeletePepagi bnyk citenya kak...:-)
ReplyDeletePart jumpa ex tu...klau orng yg da kwin ni...ghasenya..baik x yah tegor...buat dono je sudah...! Kang klau betegur sape...lain plak jdinya...P
Samada dah kahwin atau belum kahwin, terpulang diri mengawal. Orang kata kalu jodoh tak ke mana. Cuma dalam keadaan yang tertentu, tentulah kita yang dah kahwin tak boleh nak buat melepasi batasan status, ye dak?
Deletebest jgk kalau terserempak kak...
ReplyDeleteAmboiii... bukan main ya. hhehehe
DeleteTiba2 berdebar2? Haihhhh...
ReplyDeleteKalau Aina tegur buat muka cerdik sikit....hahahaaa...
Muka cerdik tu cemana? Tunjuk sket...!
Deletebertembung dengan bekas menantu tak jadi di ikea berkepit dgn bakal bini adalah.Rasa macam nak tunjal saja kepala mereka.geram...cerita lama.
ReplyDeleteTakpa la makcik. Dah takda jodoh. Kalu dia boleh tunjuk, kita pun tunjuk jugak la. hehehe
DeleteJantung mesti berdebar2 kan..hihihi...
ReplyDeleteTak juga. Benda lama. Tak rasa apa apa dah pun.
DeleteHihihihi
ReplyDeleteNak tumpang ngomen jugak ni..
Akak pilihyg pandang sbb nsk tau dia berapa anak dah dan pakai kereta apa tapi.. Tak tegur... Terus pandang kot lain n blah ......
Setidak tidak, hendak juga tahu apa perkembangan diri dia ya? Kembang ker... kurus ker.. hehehe
Deleteada sorang xbf kekal jd kawan smpi skang, tp si sepian ku biarkan kesepian dgn kisah lama kami.. hahaha
ReplyDeleteMemang jarang ada orang boleh terima perpisahan lalu menukar menjadi friendship yang ikhlas. Beruntunglah jika boleh buat begitu. Saling menerima dgn ikhlas.
DeletePandang terus blah.... Jgn di ingat kisah lalu. Huhuhu....
ReplyDeleteMemang sepatutnya begitu kot... Jangan ungkit lagi. Buat sakit jiwa saja.
DeleteBlah je.. sebab dah kawin. Tapi kalau best friend laki saya tegur. Haha..
ReplyDeleteKak Azie sendiri ada ramai kawan kawan lelaki berbanding pompuan. Kalu jumpa memang kalu boleh nak tegur semua.
DeleteDengar tajuk entry pun dah bedebar. Haha.
ReplyDeleteNasib baik yg ex dok selatan, kita dok utara. Tak mau la terserempak. Haha.
Ex k.azie tu bedebar tu...itu fasal tak mau pandang :-)
Hahahaha pandai la hang....!
DeleteJangan cakap utara selatan jauh. Tu ikan pari di laut, asam kat kedai tu, jumpa kat mana? Dalam periuk Kak Azie jugak tau.
DeleteKalu masuk dalam periuk Kak Azie, kompom la jadi Asam Pedas...! hahahah sorang lagi. Pandai la hang!
DeleteDia yg merah muka dan telinga nampak Azie hihi...
ReplyDeleteHahahahaha... kalu tengahari, sampai kepala pun nampak merah!
DeleteAzie, bestnya kalau jumpa...saling pandang memandang.hati di dlm bagai nak giler....
ReplyDeleteAmboiii... terus giler lah!
DeleteDia malu tu kakazie...
ReplyDeleteKe ada wife dia...tu yg dia takut nk jeling2 apa lagi nk senyum2...tp dlm hati ada taman...huhuhu
Wife dia pun saya kenal, cuma tak pernah sembang sebab dia selalu pandang saya macam nak telan. Hahahaha!
DeleteLaa... dah tua-tua, opss.. dah beranak pinak pun masih nak jeles lagi?
Delete.. Haa.. padahal depa yang kahwin dulu dari saya. Kami putus pun sebab dia kena bertunang dgn pompuan yang menjadi pilihan keluarga dia.
DeleteTadi ada seorang lelaki datang ke pejabat kakcik, entah macamana bila melihat nya, kakcik teringat pada bekas tunang kakcik...
ReplyDeleteSeiras kah? Jangan jangan ada kaitan tak? Anak dia? Anak buah dia? Heheheh tak temuramah ker?
Deleteteringinnya saya nak bertemu ex-boipren tapi apakan daya, takdir belum menemukannya.. tapi kalau terjumpa sy pun tataw nak buat apa, erkkkk!!
ReplyDeleteTak yah buat apa-apa pun. Kalu tak tegur pun takpa. Sebaiknya buat tak kenal jika dulu berpisah dengan cara yang tak berapa best. Tapi jika berpisah dengan cara baik dan pernah janji untuk jadi sekadar kawan tegur sapa lah sekadar sebagai kawan yang saling menghormati.
Deletekalau boleh tanaklah jumpa balik...takut terkenang kisah silam
ReplyDeleteJika begitu, elok dielakkan.
DeleteSalam AA,
ReplyDeleteOooh là là là... dunia kok kecil ya..! Ratna pula sering ter...serempak berdepan dengan "beliau" didalam suratkhabar disana, semakin berubah kini namun bersyukur karena "beliau" akhirnya sudah berumahtangga dengan yang terpaling jelita setelah sekian lamanya berkurun-kurun menyandang status "bachelor"...
Kalu bertembung atau berserempak begitu adengannya, mungkin "beliau" tidak kenal lagi Ratna dimana Ratna juga sudah berubah sama seperti "beliau", sejarah dahulu tidak lagi memberi kesan kini karena itu lah takdir & jodoh yang sudah ditentukan dariNya... tidak kah begitu AA?
Salam mesra semanis madu.
Saya kira, ex Kak Ratna mungkin seseorang yang terkenal (politician kah?) di negara kita ni. Kalu dah selalu kuar soratkabar.. hehehe
Deletetak mengapalah, kita saling redha menerima takdir. Jodoh kita adalah yang terbaik yang sudah ditentukan oleh NYA.
Salam mesra juga semanis madu...
secara jujur cakap, ex boipren saya dua2 dah djemput Illahi, mmg tak kan jumpa dah sampai bila2. Nasib tak jadik kawen, kalau tak berjanda muda saya gamaknya ;)
ReplyDeleteJanda muda? hehehe ke situ pulak dia...!
Delete1- Baru lah saya tahu. Selama ni igt kan tart tu Kak Azie yg buat! Hahaha
ReplyDelete2- Jgn eksyen lagi tau..kang esok tau tau dah terpacak kat Jalan TAR! hahaha
3- Tak boleh nak bayang sebab takde bekas makwe. Haha
Memang dah tak leh nak eksyen la Bro. Dalam kepala ni memang dah plan nak juga ke Jalan TAR tu, cari baju melayu si anak.
DeleteErr, tak tau nak komen cmne sebab takde boyfriend lg =)
ReplyDeleteTp semalam sy jumpa kwn lame (lelaki) kt JJ, tp dia wat dont know jer, sy pun malas r nak tegur.
Aah kak, sy orang Melaka. Piece ^ ^
Kalu orang dah buat dont know jer tu, elok la diabaikan saja. Kita pun boleh jual mahal, kan? Takpa la kalu dia dah tak sudi, ada ramai lagi yang sudi nanti. Tunggu saja...
DeleteSalam Azieazah,
ReplyDeleteUmur tua2 mcm mama Nadz ni...kalaulah terserempak ngan ex boyfriend..rasanya saling tak kenal sebab wajahnya macam mana pun dah lupa..................
Wahhh tu macam dah lama benor berpisahnya ya?
DeleteSalam,
ReplyDeletekalau jumpa rasanya...buat tak kenal je kot.rasanya...mcm dah lupa pun muka dia macam mana ;)
Tertarik dgn signature tu...nanas - ganas, sesuwar - sesuai, ni paling best serasi - sarsi?? First time ke sini...ada novel ke?
Elok la kalu dapat lupa muka lupa kisah. Buka citer baru, ye tak?
DeleteSignature tu sebenarnya ilham spontan saja. Kadang tu merapu saja.
Saya bukan penulis novel. Pernah berhajat, tapi sampai sekarang satu novel pun tak pernah siap.
fuyoo..soalan best nak jawab ni. tapi kena tanya dulu...ex yang nombor berapa...wahahaha...macam banyak je bunyinya.
ReplyDeletekalau yang endingnya sangat menyakitkan hati, most probably, saya buat bodoh, muka sikit cengei dan belagak dan berpura-pura tak kenal. boleh gitu..?
Kak, your TokLaki tau tak kak?
DeleteNi tanya Siti Murni ker tanya Kak Azie?
DeleteFYI, Siti Murni masih single, belum berpunya pun. Hehehehe
Tanya akak la. Husband akak tau tak akak terserempak dengan bekas kekasih lama?
Deletekalau saya
ReplyDeletesaya akan buat macam dia buat semalam..
baru hari ni boleh masuk sini
selalunya ada malware alert
Barulah adil, ye tak?
DeleteSaya dah buang senarai blog di sebelah tu sementara waktu.
jumpa bekas pakwe?hehehe bekas pakwe pun takde cane nak jumpa ahak3
ReplyDeletesy tak pernah shopping kat TAR.seumur hidup tak pernah & tak rasa teringin nak pi pun.maybe sbb lain daerah kot hehehe
Kalu rasa tak penting, tak yah la masuk area Jalan TAR tu. Apatah lagi time raya. Ada setengah orang sengaja pegi, semata-mata nak tengok kemeriahan tu jer. Sekadar nak memeriahkan, kata orang...
DeleteTengok jenis ex. Kalau dia ikhlas berkawan, pasti dia akan senyum dan tegur kita. Kalau dia ada dendam dia pasti menjeling marah pada kita. So, kita kena cepat2 blah dari situ. Kalau dia takut bini dia jeles, dia mesti paling muka. Hahahahha...andaian saya jer kot. Oh, kalau saya, saya pandang jer sekali imbas atau 2 kali imbas, tengok reaksi dia macam mana.
ReplyDeleteBagus lah jika boleh berpisah secara baik, then tak berdendam. Itu lebih mudah, sebab kadang-kadang dunia kita ni kecik saja. Suatu hari pasti akan bertembung juga tak sengaja tak dirancang. Kalu berdendam, masa tu nak sorok muka pun dah seksa benor rasanya.
Deletepandang..... lepas tu buat tak nampak jer........huhu
ReplyDelete