السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senayan
29-07-2013
Bukan main seronok lagi bebudak kat opis yang dapat angpau Raya RM500 tuh. Ada saja perancangan yang saya dok dengar.
Dalam sibuk nak cuti beraya sambil sibuk nak siapkan seberapa banyak kerja yang tengah menimbun, beberapa orang terlibat sebagai ‘committee’ untuk Majlis Raya company yang menjadi acara tahunan. Acara yang paling besar dan paling meriah yang diadakan.
Walaupun tarikh majlis berubah 2 kali (kerana masalah nak dapatkan tarikh free dari Menteri yang dijemput), akhirnya sudah ada ketetapan tarikh selepas Raya. (Dengar khabar depa cuba dapatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai VIP jemputan, ntah dapat ke idak)
Nampaknya majlis Raya company kali ini akan lebih meriah kerana sebuah anak syarikat sudah dibawa masuk (merged) dan menjadikan jumlah staf di Lantai Department saya bertambah lagi 14 orang.
Soksek dari committee, hadiah Lucky Draw tahun ini akan ditambah jumlahnya, untuk memberi lebih ramai staf berpeluang bawa balik hadiah lumayan. Saya cuma berangan nakkan Iphone 5 jer.. Atau paling cekai kalu dapat petiais 2 pintu pun best gak! Mana tau, kot ada rezeki dapatlah saya tempek puluhan FM dalam koleksi saya tuh! Hehehehe....
Tayang-tayang:
TomYam ni sebenarnya saya buat kerana saya dah habis idea. Tak tau nak masak apa. So ulang la masak Tomyam. Digandingkan dengan Sotong Goreng Tepung. Pertama kali try. Uuishhhh saya memang tak pandai masak Sotong Goreng Tepung.
Dan, tak sangka menjadi pula. Nyesal buat sikit. Saya ambil resipi dari blog ShareMyLove. Terimakasih ya!
Resipi yang ringkas lagi mudah, tapi hasilnya yummy ya amat!
*Udang celup dalam telur, gaul dengan tepung rangup (tepung Kentucky) & tepung jagung (jumlah tepung sama banyak). Gaul kering sotong ke dalam tepung dan goreng.
Oh ya... berbalik kepada tajuk, boleh dak saya tukar header saya kepada header Raya?
~...malam itu selepas menjamah hasil karya SERI BULAN yang tak berapa menjadi, HISYAM duduk bersila mengadap Pak Utih sambil diiring SERI BULAN yang bersimpuh di sebelah Mak Utih mendengar Pak Utih merancang sesuatu untuk sebuah ikatan, mengharap sesuatu atas sebuah hubungan tetapi kerumitan dan kesulitan sekampung masih tidak dapat membuka laluan sebuah hubungan menjadi ikatan dan setia perjanjian, lalu Mak Utih tiba-tiba menangis tersedu...~
akak no 1 ker? yeay..
ReplyDeletekata sotong goreng tepung, tp naper yg dicelup kat telur tu udang? ni mesti tangan nak tulis sotong tapi kepala ingat ker udang hahaha...
Deletesaja jer akak nak kacau Azie pepagi.....:)
Azie, ni kan umah awak, suka awaklah kalau dah nak pasang langsir raya ya dak?...akak suka jer, janji cantik...heh3...
Terimakasih Kak Q, nanti saya edit semula ya.. Eh tak yah la edit. Dah tersilap tu.
DeleteNanti kita pasang langsir ropol ropol yaaaa!
Ekekeke.....(kita perasan jugak)...
DeleteOooops...sowi AA :-)
Mata helang sungguh hangpa berdua nih!
Deletesaya masa belum start posa lagi dah semangat tak sabar nak balik raya kat umah.... dah boleh sangat la tu akak nak tukar header raya... hihihi
ReplyDeleteAmboiii tak sabarnya dia. Nak bakar lemang atau kejar ayam kah? hahahaha!
DeleteDah bole sangat dah kak.....kasi tepek yg cun2...:-)
DeleteNak cun cemana lagi laaa... Nanti kita semak cun ke idak. hahaha!
Deletecam dak kecik jer.. x sabo nak raya ler tu feeling tukaq header raya.. pepagik dah teringin nk makan udang celop tepong.. akak la ni tepek gambo sedap #nanges
ReplyDeleteEsok Akak tempek gambo laaaagi sedap!
Deleteerk.. akak buli shin ek? #nanges
Delete* nanti akak sambung la cite pasal ragut tu ek.. trauma x?
Kisah tu dah ada dalam entri. Tahun lepas Ramadan pun ada Kak Azie tulis. Dah tak larat nak tulis lagi. :)
Deletesesuai betul tomyam ngan sotong tepung... bleh dah tu nak tukar header raya, hehehe
ReplyDeleteAhaaaa... nanti kita tukar langsir yaaaa!
DeleteKak Azie, buat lain dari yang lain ye. Bagi unik.
DeleteAlahai... mana ler Kak Azie pandai nak buat yang unik unik ni. Masa pun tak sempat. Lalu ambik jugak yg dari Google. heh heh heh
DeleteSebut pasal tukar header... Saya pun rasa macam nak tukar langsir jugak lah... Hihi... Jom tukar kak :D
ReplyDeleteAhaa... jom kita pakat-pakat tukar header.
Deletekak azie,
ReplyDeletejadi cantik la rupa sotong goreng tepung tu.. tak lekang pun tepungnya..
ps:/ saya guna nestum repack beli kat kedai kek je kak.. takde brand..hehe.. 500gm/rm6.50
Sotong tu celup dlm telur dulu, baru masuk dalam tepung. So dia melekat elok.
DeleteOh thanks RAI. Kak Azie nak cuba buat la Popia Gulung tu. Sebab beli agak mahal. Nak buat tu bukannya susah pun, kan?
Dah boleh tu kak Azie 10 hari je lagi.
ReplyDeleteNanti malam kita gantung langsir baru...!
DeleteDah boleh tukar tu..raya dah dekat ni...
ReplyDeleteYo la... Raya oh raya!
DeleteLagu raya pun orang dah pasang di radio, apa lagi header akak. Moleh sangat le.
ReplyDeleteMolek bebenor la ya? Nanti malam kita gantung yaaaa....
Deleteudang goreng tepung tu menarik perhatianler.. ;)
ReplyDeletepsstt: boleh je k.azie.. lagu raya pun dah berkumandang..
Kalu sambil gantung header sambil pasang lagu raya, lagi meriah kan?
DeleteSaya pandai gak buat udang goreng tpg tu...tapi guna tepung campuran yg beli siap tu lah..:)
ReplyDeleteHeader raya? Takde hal rasanya..lepas ni meriahla bila masuk blog akak.
Saya campur dgn tepung goreng Kentucky tu sama tepung jagung. Tepung campuran tu boleh juga. Tetap sedap.
Deletewahh ada gambo makanan...best udang tepung :)
ReplyDeleteSebenarnya saya silap. Tu bukan udang, tu sotong.
DeleteKalau lucky draw dapat apa pun dah menggembirakan Azie.
ReplyDeleteTukar ajelah header kalau dah suka sebab raya pun dah dekat benar dah nie..
Ya la. Ikut nasib. Dapat apa pun syukur la. Saya berangan jer tu.
DeleteDH fifi sangat suke sotong goreng tepung.. kalau dapat soton fresh besar2 dan keras lagu tu.. lagi la sedap..
ReplyDeleteOhh memang sedap. Boleh ratah begitu begitu jer.
DeleteAmboi belum habis puasa siap dah ada acara hari raya ye...
ReplyDeleteHisyam atau Seri yang ajar tak posa, ajak date bertigHisyam
ReplyDeleteBoleh dah kak tukar... lagi 10 hari ja kan. hehehe... sedap nampak sotong tepung tu.
ReplyDeleteKalau saya resepi sotong goreng tepung tu, tepung jagung bancuh dengan telur sebiji letak sedikit aji no moto. Hermm..rasanya keretas keretus dalam mulut. Rangup di mulut, lemak dan nyaman di tekak.
ReplyDeleteKalau saya resepi sotong goreng tepung tu, tepung jagung bancuh dengan telur sebiji letak sedikit aji no moto. Hermm..rasanya keretas keretus dalam mulut. Rangup di mulut, lemak dan nyaman di tekak.
ReplyDelete