السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
30-08-2013
Perasan tak? Jerubu kembali semula selepas kita beraya. Syukur juga tak ‘mengganas’ masa bulan posa ritu. Kalu idak, ramai ler yang sakit tekak dan demam.
Ini pic pagi tadi masa nak masuk area tempat kija.
Semalam bercerita pasal masa lalu, tentang kesusahan kerja kampung vs kerja di bandar. Saya terus teringat zaman kecik saya pernah beberapa tahun kerja sambilan di kampung. Rumah jiran saya menguasahakan kelapa kering (kami sekeluarga pun buat juga, tapi tak banyak). Saya pernah ambik upah kopek kelapa kering (read: kopek isi kelapa yang separuh kering [selepas dijemur/or disalai], keluar dari tempurung. Upah dikira berapa banyak isi kelapa dalam bakul.
Memang sakit tangan, so kena guna sarung tangan. Alat ‘pencolek’ tu dari besi macam sudu berhulu kayu. Entah kat mana boleh jumpa lagi alat camtuh... Saya cuba Google pun tak jumpa.
*Pic Google
Lebihkurang gitu ler gaya mengorek isi kelapa tuh... Tapi idak ler saya pakey suar pendek camtuh. Hahahaha!
Memang saya terkenang sungguh zaman tu. Upah yang tak seberapa sen tu, tiba-tiba menjadi nostalgia yang sayu pula.
Okeh... lets tayang-tayang:
Sejak area taman saya dah seminggu dua ni asyik on-off jer air, saya hilang mood nak memasak sakan-sakan. So, malam tadi saya makan di kedai jer. MyToklaki tingin nak makan Sup Ekor. Ok jerrrr...
Saya order Nasi Goreng USA. Tiba lewat, semasa Sup Ekor MyToklaki dah susut. Standard macam biasa; Air Tembikai, but this time no Laici. Takpa, janji kenyang kentang! Bukan susah nak jaga bini macam Azie ni. Ehh.. ehh tiba-tiba!
*Saya bercuti sehingga Senin depan. Harus tidak update apa-apa sepanjang cuti itu.
~...HISYAM merungut pisau toreh sudah separa karat lalu pokok getah terluka teruk tetapi Pak Utih mengadu pokok terguris parah seperti hati SERI BULAN yang sedang penasaran menanti janji ikrar yang pernah disebut dulu, HISYAM lalu mengakui sesuatu yang sedang berlaku di persekitaran Kampung Separuh Desa membuatkan dia serik untuk mengukir senyum, takut untuk menawar khidmat dan tidak lalu berselera untuk makan percuma...~