Thursday, August 1, 2013

Ramadan 23: virus Malware tuh elok hukum Goreng Berlado jerrr...! ~ blog anda terpaksa dibuang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
01-08-2013


Dah seminggu. Bukan sekali dua, malah sudah 5,6 orang beri mesej kepada saya, tentang virus Malware ada di blog saya. Menyebabkan beberapa orang teman blogger tak berjaya masuk.

Ini bukan kali pertama. Dulu saya dah kena sekali, tapi saya dapat kesan list yang menjadi punca. Saya buang sementara dari senarai di sebelah.

Kali ini, saya kena serang lagi, tapi puncanya virus tu berkeliaran saya tak jumpa. Blog yang disebut tu saya dah buang, tapi kali ini virus tu ketegaq Gaban. Masih ada yang menerima warning Malware tuh.

Bila ada yang mencadangkan supaya saya reset setting blog, saya terpaksa fikir semula. Bukan senang nak reset semula. Akan ada banyak benda yang saya dah ‘used to it’ akan hilang dan saya bukan ada banyak masa pun nak study balik semua benda tuh.

Cara yang saya nampak ialah, saya akan buang semua senarai blog yang saya ada (lebih 100 tuuu...). Sementara saja. Lepas ni saya akan masukkan semula satu demi satu. Proses nak buang sangat mudah, sekali klik ‘delete’ semua lenyap.

Tapi nak masukkan semula tu, akan mengambil masa sehari demi sehari. Kita cuba buang satu group demi satu group dulu dan lihat samada virus tu masih nak menumpang sini ke idak. Tangkap goreng kang baru tahu...!

Jadi bermula hari ini, sesiapa yang mahu blognya tersenarai di sebelah >>>, sila maklumkan url anda masing-masing ya. Lets start all over again....

Terimakasih atas sokongan. Sapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger.

Cerita lain:
semua staf sudah melihat/menanda senarai barang untuk Lucky Draw Majlis Raya tempat kija saya tak lama lagi. Senarai penuh itu perlu dilihat oleh semua staf, untuk sokongan (undian sebelum hadiah dibeli) dan tambahan cadangan barangan lain jika perlu.

Saya teruja melihat dalam sekian panjang senarai, ada hadiah I-phone dan juga kamera DSLR.


Tolong doakan tuah saya, mana tahu boleh dapat kamera nih. Dah lama saya mengidam.

Saya lebih teruja dengan kamera ni berbanding hadiah lain seperti TV plasma, microwave, set home theater... dll.

Tapi kalu dapat I-phone5 or laptop, best gak kan?



**Saya dah mula senaraikan semula beberapa blog mengikut peringkat. Mana-mana yang belum tersenarai (mohon semak jika rajin), saya akan masukkan bila free nanti.






 ~...selaku orang bandar yang tidak lagi heran dengan selut dan lumpur kampung, HISYAM tidak pernah menolak bila diajak turun menyemai benih, tidak pernah merungut bila dipelawa bersama mengerat padi walau terik mentari sangat cepat melanah ais, Mak Utih sentiasa bangga dengannya dan SERI BULAN sentiasa teruja terhadapnya sehingga bila ada wanita lain yang cuba menyapa pun dia rasa seperti hendak menerkam menerpa...~




53 comments:

  1. alhamdulillah.. blog akak boleh view lg.
    ada juga sesetengah blog xboleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nina... nanti boleh la Kak Azie masukkan semula blog blog yang tersenarai dulu.

      Delete
  2. Semoga ada rezeki Azie mendapat hadiah yang diidamkan.

    Mewah hadiah2nya.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut sejarah selama ini, hadiah sebegitu memang tersenarai setiap kali ada majlis Raya yg ada lucky draw. Mewah la juga tuh.

      Delete
  3. kalau blog saya yang jadi puncanya tolong inform yer.... setakat nie saya tak pernah dapat apa2 komen lagi dari org lain berkenaan malware bagai nih. goreng masak kicap pun sedap...

    Insya Allah....semoga tertunai hajat untuk dapat salah satu hadiah yang di idam2 tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni blog awak ok jer. Selamat dan lancar.

      Aaaminnn... semoga dapat ler cabutan bertuah tuh!

      Delete
  4. semoga murah rejeki.. iPhone besh .. camera pon besh.. benda free semua besh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Apa saja yang free memang sangat best, kan.

      Delete
  5. mggu lepas klu x silap , saya dpt warning drp antivirus saya bhw blog kena malware dan di inform malware tu drp blog seri bulan . oleh kerana saya x leh buka blog , jadi saya pergi ke dashboard n trus ke layout utk delete blog seri bulan . done ! hari ni alhamdulillah dah ok balik , maka saya masukkan semula blog seri bulan ke dlm blog list saya ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Veesandy. Saya harap masalah virus tu akan selesai dalam masa terdekat ni, sebab saya dah buang semua senarai blog tu sementara waktu.

      *Saya bukan Seri Bulan. Hehehe

      Delete
  6. ok...dah goreng dah virus jahat tu hehe...jahat betul,kan...

    ehhh semua hadiah best2..

    ReplyDelete
  7. camner rupa virus ti Azie?
    cer jelaskan sikit...akak ni gelap IT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau ler Kak. Bulat bulat lonjong kot. Kepala botak? Hahahah!

      Delete
  8. mcm mn nak tau ada virus dlm blog kita..n blog org..
    x prna lg bkk blog org lain x bole bkk...melainkn da tutup...jgn reset...nak cuti raya ni opkos x mnympt bkk blog...kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ketika, bila kita nak masuk ke blog seseorang yang kene virus, akan ada warning Malware. Dan bagi yang pandai depa akan scan dan dapat kenalpasti punca virus tu dari blog mana. Then they akan bagitahu kita. Kita boleh buang blog tu sementara. Saling memberi tahu.

      Jika takda masalah atau pemberitahuan apa-apa, maknanya takda masalah ler tuh.

      Delete
  9. blog saya konfom tak de virus-mirus ini!!

    kalau dapat mendalah hitam kat atas tu... saya sedia mmenjadi cikgunya...

    ReplyDelete
  10. huuhuhu susah nyee kalau ada malware tuu
    biasanya saya kalau kena ada yg beritahu dari blog mana
    jadi saya delete blog tuu dan masukkan kembali sehari dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Dulu macam tu la juga. Tapi kali ni dah buang pun dok ada lagi. So, cara mudah (malas nak fikir). Buang semua, then masuk balik satu demi satu.

      Delete
  11. salam.. biasa dia kann.. suka nak ganggu gugat blog kita kann.. hehehe

    akak.. jgn lupa yer blog picisan sy nih.. :)

    http://mamayana10.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Akan disenaraikan juga. Jangan bimbang. Jika tercicir, ingatkan saya yerrr

      Delete
  12. Kan...risau je klau nak kena setting bagai balik semula....pening..! A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk mengelak kena setting semua, so buang list... then masukkan semula satu satu.

      Delete
  13. Pagi ni elok ja dapat masuk kemarin dan sebelum ni ada warning tapi Aina proceed ja.

    Jgn lupa senaraikan blog Aina
    http://juneaina.blogspot.sg/

    Doa untuk Kak Azie moga dapat kamera idaman tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dok harap virus tu hilang bila semua senarai tu dibuang. Sebab susah nak kesan.

      Delete
  14. boleh masuk sini pun...
    sebab malware..

    moga apa yang idamkan jadi kenyataan, amin...

    http://qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Dah 2 - 3 hari saya duk try masuk blog akak ni, malware melanda.. ehh kak, jom lah kita gulai sekali . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gulai Lemak Cili Padi ya... Ok pegi goreng ikan masin sekarang!

      Delete
  16. baru hari ni sempat melawat kak azie..dah takde malware:)

    http://decassiafistula.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kita harap virus tu hilang terus dan tak mengganggu lagi.

      Delete
  17. Assalamualaikum,
    Biasanya daku tak bertuah...dah lama jugak teruja nak pikul benda alah tu, tapi kalau dapat yang tecik pun tak apa dah. Mmmmm tetiba terkenangkan cik samsung yang dah mati tu hu huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa la kalu tak dapat pun. Kalu ada kesungguhan, kita simpan duit dan beli dgn duit sendiri jer. Kalu dah minat...

      Buat masa ni, pakai jer dulu kamera kecik nih!

      Delete
  18. Yey...hari nie saya dah boleh masuk blog akak melalui Google Chrome. Harap2nya bukan blog saya yang membawa masalah. Belum ada dapat aduan lagi dari pembaca setakat nie. Saya doakan akak dapat hadiah kamera tu. Mari2...cukupkan amin 44 orang...

    http://therainbowjourney.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah kali dah kena serang dgn virus. Kesian pada blog yang kena serang tu, then kita pun terkena sekali.

      Thanks Ziela. Aaaaaminnnnn!

      Delete
  19. Insya allah..moga hajat kamera akak tercapai. :)

    http://ujieothman.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. salam...tengah padam memadam ke....sekali " klik " je abih...

    ReplyDelete
  21. Walaupun dah lama tak update tp sy baca blog akak bila free.. sebab akak suka update hari2... saya pulak dah dapat jangkitan malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Anis. Sejak Anis anak dara sampai la dah kahwin, masih setia berkunjung ke sini. Jumpa jer yang belum pernah.

      Delete
  22. Salam,
    Mendoakan apa yang dihajati dipermudahkan oleh Allah swt, amiin

    ReplyDelete
  23. Wah kak.. DSLR tu.. wah.. wah.. dan wah.. saya doakan akak dapat.. nanti kita boleh together2 amik gambar.. ;) hehehe..
    psstt: setakat ni takde masalah utk saya masuk ke sini.

    ReplyDelete
  24. selamat berpuasa .
    saya pun nak tumpang juga.

    http://cempakabiru-nieda.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Awek model header tu kan....

    cun nyerrrr!!!!!

    phewwwwiittttt..... hahahah

    psstt.. kak, kirim salam kat dia ya. salam perkenalan. heheheh

    ReplyDelete
  26. Haaaa akhirnya boleh masuk, takdak dah warning tu. Masak asam podeh pun boleh virus tu :D

    ReplyDelete
  27. Ehhh lupa, semoga kak Azie menang kamera ohsem tu, amin!

    ReplyDelete
  28. So far saya boleh masuk ke blog akak..btw bestnya hadiah-hadiah lucky draw tu..hopefully akak bertuah nanti bole dapat LD yang diidamkan tu!!

    ReplyDelete
  29. Teman pernah buka satu blog tu yg keluar warning malware ni tp dia bkn dlm senarai list teman.. kira mcm teman baru nak follow dia tapi xleh buka blog dia..

    Huk2.. blog temsn dh x tereenarai ke dlm list tusn tanah ni? Huhuhuhu..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. patut ler blog saya bukan dalam list lagi...ingatkan marah kat saya sebab jarang-jarang blogwalking....dah tahu citer...nanti saya masukkan blog saya........hehe

    ReplyDelete
  31. my blog : http://ceritamayapersada.blogspot.com
    thanks dear......

    ReplyDelete
  32. dah boleh masuk dah blog kak azie..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails