Thursday, October 31, 2013

Cuti tambahan Deepavali pula menjadi isu rebutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
31-10-2013


Sekali lagi, cuti berganda minggu depan. Cuti Diwali akan berselang sehari then cuti Awal Muharram.

Berapa ramai yang ambil cuti berderet tuh? Boleh dapat 4 berturut tuh... Di tempat kija saya, berebut-rebut depa mintak cuti. Prosedurnya, kena ngadap Manager dulu untuk maklumkan cuti, then baru isi borang, submit. Jika tiada susulan, bolehlah dianggap cuti tu lulus. Kadang-kadang kalu dia follow-up semula untuk perubahan, ada la kes yang cuti tak lulus atau dipendekkan. Mintak 4 hari jadi 3 hari. Nasib-nasib lah..

Saya tak apply cuti apa pun. Cukuplah hujung minggu 2 hari yang penuh program. Senin 4 Nov tu saya kerja macam biasa.

Saya tiada perancangan jalan jauh sehingga hujung tahun. Plan ada, tapi susah nak disahkan buat masa sekarang. Tunggu tabung Gajah saya penuh sikit lagi...

Mesti korang ramai yang akan start cuti bermula esok, kan?

Tayang-tayang:

Repeat lagi. Abaikan tutup tipuwer Purple saya yang sudah retak menanti belah tuh.







 ~...bukan angin tidak membawa khabar, bukan mulut tidak ada yang riuh bercerita, bukan juga tiada kerusi meja yang ada telinga dan mata tetapi sengaja SERI BULAN tidak mahu percaya sepenuhnya, HISYAM ada rancangan sulit hendak berjumpa dengan anak dara lain selain dari anak dara Pak Imam...~




Wednesday, October 30, 2013

WW: anak udang anak tenggiri — kuih moden vs kuih lama buat sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-10-2013


Kuih moden. Beli:



Mana sama dengan kuih lama:


Yang dibuat sendiri oleh kawan sekerja. Lepat ‘bodo’ orang sebut. Kalu kami di kampung (orang Banjar), Lepat Pisang adalah tanpa inti kelapa.

Ahhh... terkenang pula!





 ~...bila hasrat bercuti dan pergi sebentar dari Kampung Separuh Desa menjadi isu balah antara Mak Utih dan Pak Utih, HISYAM menegaskan perginya bukan kerana gentar kata nista tentang surat bawah tempurung yang terapung ketika hujan, tetapi kerana ingin menguji kegigihan SERI BULAN menanti walaupun tali buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut hampir reput dihayun digoyang...~




Tuesday, October 29, 2013

Kenangan Mengusik Jiwa: “bila la nak pi melawat Kolumpo nih?”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
29-10-2013


Masa saya sekolah rendah di kampung, bukan saya tak pernah terfikir pasal KL. Ada. Walaupun jangkauan fikiran saya tu sangat-sangat singkat. Tak leh terjangkau.

Sehinggalah pada akhir tahun Darjah 6, saya join lawatan sekolah pi melawat KL. Wahhh.. berhari-hari punya dok berangan. Lagu mana KL tu? Dok tengok kat tv pun tak berapa jelas nak bayang. Maklum bukan banyak pun rancangan yang tayang suasana KL. Zaman kecik saya masa tu, drama pun (Drama Minggu Ini RTM, TV3 lum wujud) pun dibuat rakaman dalam studio. Masa tu rumah pun dalam studio. Tu yang kadang tengok pintu pun macam ringan sebab depa guna kayu plywood! Jadi bayangan bandar Kolumpo tu sangat susah nak tengok.

Dengan bayaran cuma RM20 saja (tu pun jenoh kecek arwah Ayah), berjaya juga saya join lawatan pi KL. RM20 tu termasuk tambang bas, makan minum dan penginapan. Murah giler, kan? Pegi 2 hari satu malam. Saya ingat lagi, kami menginap di sekolah Maxwell yang kat Sentul tuh. (Masa tu tak tau pun sentul sentul nih...). (dan terjadi la peristiwa seram sebab ada orang kunun jadi hantu masa kami bermalam di situ). Heeeee....!

Melawat tempat yang sekarang saya dah tak heran (malah anak-anak pun tak heran nak pi), e.g. Zoo Negara, Muzium Negara, Tugu Kebangsaan, Templer Park... hmmm lagi apa eh? Lupa dah.. Ada ker lagi budak sekolah mai KL melawat tempat-tempat tuh? Tempat pilihan tentulah KLCC Planetarium, PestaBuku atau tempat yang lebih canggih.

Dan bayaran pun sangat mahal dah sekarang. Rabu ni Alia nak pi lawatan ke Melaka pun kena bayar RM60 untuk bas dan tiket masuk Water Park. Makan kena bawak duit sendiri. Harga kemajuan tu.

Masa sekolah menengah saya aktif dalam persatuan dan selalu jadi Setiausaha (sampai ke tua, itulah jawatan yang saya selalu sangkut) dan pernah uruskan beberapa lawatan sekolah.

Tayang-tayang:


Makanan paling sedap kala hujan. Atau kala berpergian ke mana-mana especially kalu bercuti ke negara orang. Kan? Kan?





 ~...memang angin terasa kuat menolak awan gemawan dan sangat berharap pula HISYAM akan ada suara berbisik mengganti surat di bawah tempurung, kerana sejak musim tengkujuh tiang ampaian terasa reput, tempurung sentiasa basah lalu surat terasa kembang seperti biskut kapal tercampak ke kole teh tarik buatan SERI BULAN yang kadang manis kadang hambar dan Mak Utih perasan tiada siapa menjengah tiang ampaian sejak hujan merembas datang...~




Monday, October 28, 2013

Saya ke IKEA: lengoh kaki pun tak puas hati lagi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
28-10-2013


Sabtuday lepas saya ikut beberapa orang kawan saya singgah ke Ikea. Orang lain yang nak beli barang, saya rasa saya pun ikut sama memborong.

Amboiii... “Kalu gaji dah masuk, ntah berapa banyak ko borong, Zie.” kata kawan saya. Hahahaha! Gila...!


Abaikan shopping bag Ikea kaler kuning yang besaq gedabak tuh. Gambar sedikit goyang dek tangan kawan saya yang ketar.

Next plan, memang nak masuk lagi. Dak AMOI ajak makan Meat Ball Ikea yang terkenal di situ. Saya berhajat hari tu, tapi tak sempat dan takdak geng plak. Sapa nak join, jom!

Sebenarnya, jalan-jalan di hari Sabtu — yang saya sebut sebagai ‘hari untuk diri sendiri’ — adalah bagai mengulangi rutin lama saya dulu yang bekerja di hari Sabtu. Setiap kali lepas kerja jer suka mengukur jalan, makan-makan dengan kawan. Wahhh enjoy release tension....!



 ~...pernah suatu ketika, di remang senja lembayung baru berlabuh, di atas buaian di tepi Sungai Menghijau Lumut, SERI BULAN bernyanyi kecil, “aku tetap mencintaimu dari barat daya ke tenggara” dan angin timur laut membawa ke telinga HISYAM bersama irama pilu berlagu yang membuatkan dia tak senang tidur malam walaupun ujan lebat sepanjang petang memberikan rasa sejuk dingin enak....~




Sunday, October 27, 2013

Bila bajet baru diumum, tindakan pun bermula...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sunday
27-10-2013


Selepas sehari Bajet 2014 diumumkan, harga gula terus naik menjadi RM2.84. Tujuan untuk rakyat Malaysia kurang beli gula, demi menjaga kesihatan. Relevan ker idea sebegitu? Saya pun tak faham. Sebab harga untuk menjaga kesihatan ni ada ketikanya, adalah subjektif. Ada cara murah, ada cara mahal.

Well, menaikkan harga gula saya rasa tidak banyak membantu cara itu. How about kuih muih manis yang sentiasa menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia? Nasi lemak pun guna sambal yang of course ler ada gula. Mungkin sedikit usaha ini boleh menyebabkan orang minum tanpa gula. But, saya rasa bagi orang yang sudah terbiasa dengan habis minum teh tarik (wpun kurang manis) tetap minum manis juga.

Kesan lain? Harga kuih muih akan terus naik. Itu baru kuih muih. Barang makanan lain? Semuanya saling berkait. Pandai-pandai la kita nak ejas mana yang patut.

Kami sendiri amat kurang guna gula kecuali hari minggu baru ada menu buat air manis seteko. Hari biasa, semua orang minum air kosong. Sekilo gula pun payah nak habis sebulan. Dalam hal ini, saya sangat berterimakasih kepada MyBabySitter dulu, yang sangat-sangat tegas dengan anak-anak saya (seawal Dak Amoi age 2 bulan) di mana semua depa kena rajin minum air suam. Sangat jarang MyBabySitter bagi anak-anak saya minum air manis. So depa terbiasa sampai besar. Ehhh melalut.

Yeahhh walaupun ada barang naik harga mendadak lately, tapi semasa saya ke Pasar Pudu pagi tadi, harga ayam tiba-tiba jatuh RM7.00 saja per kilo. Hmmm... bagus.

Ikan ada yang turun ada yang mahal. Sebenarnya dah 2,3 minggu harga ikan agak murah. Syok jer pilih itu ini.

Sayur jangan cakaplah. Memang Pasar Pudu antara pasar yang termurah. Seikat sayur  masih boleh dapat dengan RM1 or 3 ikat for RM2 saja. Memang gila membeli.


Serai seikat gini  masih RM1.00 sejak dulu.



Cili padi. Ada beberapa jenis cili padi. Ada orang sebut cili akar (panjang, hijau dan saya rasa paling murah), cili burung (yang paling kecil dan agak mahal). Sebungkus dalam pic, masih murah. RM2 saja.

Bagi saya, memang harga barang menjadi mahal kebelakangan ni. Kuih muih dah jadi RM0.50 seketul, dengan saiz masih sama. Hmmm.. peniaga ada alasan depa. Memang ada orang sebut, “Apa kaitan minyak naik 20 sen dengan kuih muih?” Sapa kata tidak berkait? Depa nak pi beli barang naik keta, kan? Depa nak pi meniaga guna keta kan? Depa masak guna gas, kan? Sapa hantar gas? Naik motor pun guna minyak, kan? Lalu, setiap kita saling ada alasan. Tapi harga tetap kena bayar.

Situasi sekarang: saya tunggu bila bonus nak kuar. Ahaks!




 ~...ujan sepanjang petang sebenarnya sangat menggembirakan SERI BULAN kerana HISYAM akan terperangkap di ambin tidak berdinding Teratak Nyatuh sehingga senja, dan Pak Utih duduk di hujung tangga sebagai peneman bersama rokok daun nipah sambil memasang telinga mendengar tingkah kata ala-ala gaduh manja teruna dara kesayangan walaupun masih tidak faham apa maksud, “nothing gonna change my love for you”...~




Saturday, October 26, 2013

Bajet realistik?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
26-10-2013


Ramai semalam dok melangok dengar Bajet 2014, kan?

Mungkin ada yang happy, ada yang kurang happy dan ada yang tak happy langsung. Ada ker?

“Ada dikkkkkkk....!” gaya jawab Abang SY!


Semua paper hari ini, kompom lah paparkan bajet secara lebih terperinci. Ya... terutama bahagian cukai dan bonus tuh. Tahniah la orang gomen, dapat bonus lagi. Syukurlah, ada ler jugak walaupun setengah bulan gaji (minimum RM500). Tu belum campur BRIM lagi tu. Makcik kayo!

Apa bidang sekali, sektor mana pun, berterimakasih lah kepada kerajaan. Yang anda pilih. Yang kita pilih.

Sekian.

Jom kerjaaaa....!


Pertama kali expose (can wear casual on Sabtuday). Work station saya. Abaikan yang bersepah-sepah tuh. Tingkat 2. Paling tepi tangga. Selalu jadi kaunter pertanyaan bila ada orang luar masuk mencari seseorang.

Ehh! macam ler ada orang nak pi cari? Hahahaha!




 ~...rindu sehingga ke puncak gunung? HISYAM tidak pernah sebut tidak pernah merungut...~




Friday, October 25, 2013

Kehilangan... dan selingan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
25-10-2013


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*Kadang-kadang, sekali-sekala memang kita akan merasa seperti kita tiada di mata orang. Seolah-olah orang tak merasa kita ada, kita hadir pun. Kerana pada waktu itu, ada orang lain yang lebih menarik perhatian, lebih bagus, lebih great (kunun), dan kita merasa langsung tidak diperhatikan.

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

*Seorang rakan mengadu dia ingin join reunion kecil kawan sekolah lama yang bakal diadakan (diumum di FB). Puluhan tahun ditinggalkan lalu dia rasa, tak ramai orang akan ingat dia lagi. Selain itu, dia rasa dia tidak pernah popular pun masa sekolah dulu. Yeahh.... istilah popular itu boleh saja popular kerana pandai. Asyik nama dia saja naik ke pentas kerana Anugerah Cemerlang Akademik. Atau popular kerana cantik dan cutenya seseorang masa tu sehingga ramai budak senior lelaki asyik dok hantar surat berbedak talkum pada dia. Atau.. popular kerana handal dalam sukan, bola sepak ker, takraw ker... sehinggakan time latihan pun penuh bebudak pompuan turun tengok!

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

*Kelmarin seorang lelaki mengadu, dia pegi beli nasi ayam di satu kedai yang jauh dari rumah dan jauh dari tempat keja (sebab kena buat keja luar kawasan). Lalu kerana merasa sedap, tingin la dia nak beli bungkus untuk si isteri kat rumah. (kenapa orang selalu guna ayat “si isteri” tapi untuk suami guna “sang suami”?).

Tapi semasa minta untuk bungkus, orang kedai tu muka masam dan jeling semacam, terus dia kensel dan tekad, itu kali akhir la dia nak makan kat kedai tu. Walaupun sedap? Yaaa... walaupun sedap, katanya.


Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)
(Kehilangan — Firman)

Sebenarnya, saya suka lagu Kehilangan tu.

******

Tayang-tayang:


Jeruk Asin + Ikan Bilis Garing. Pemangkin selera kalu rasa tak berselera nak demam. Makan dengan Bubur Nasi pun ok. Versi saya, goreng garing bersama cili kering.




 ~....setiap kali hujan menitis menimpa daun getah, HISYAM hanya mampu memandang batang getah yang basah tapi masih boleh ditadah, tidak upaya membantu menoreh tetapi tetap juga SERI BULAN menghulur bekal Pulut Tanak dan Ikan Masin lalu duduk bergebang sampai petang di bangsal kecil beratap nipah sambil mengimbas kisah kenapa boleh terjebak bagaimana boleh mengelak...~...~




Thursday, October 24, 2013

KayJay oh KayJay....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
24-10-2013


Khairi Jamaluddin, satu nama yang terus menjadi sebutan. Ketua Pemuda UMNO untuk sepenggal lagi. Menang lagi.

Dia memang berwibawa walaupun kebolehan dia baru saja  bermula. Masih dikira baru dalam dunia politik. Belum ada gelaran Dato’ pun lagi. Tapi bagi dia ruang dan peluang. Dia boleh menjadi ahli politik yang cemerlang, jika tidak dikotori dan dicalari dengan unsur negatif. Harap harap tidak.

Kerana, mudanya dia sangat diperlukan. Orang muda selalunya agresif. Berani bertempat. Dan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan sangat-sangat dialukan. Malah ramai para remaja yang minat akan dia.

Lupakan sebentar wajah kacak tampannya itu. Dia bukan hanya ada rupa. Dia ada karisma dan kebolehan yang semakin hari semakin dibuktikan. Baru berusia 37 tahun, mungkin mewarisi bakat diplomatik arwah ayahnya seorang diplomat.



Terkini, KJ dikhabarkan berlakun drama pendek untuk Astro (projek filem pendek Suara Hari Wanita Msia). Tawaran tu semasa beliau belum lagi menjadi wakil rakyat. Dan bila filem tu siap, beliau dah jadi YB yang popular, laaaagi la glamer abang KayJay kita nih!

Sebenarnya, negara memang memerlukan orang bijak, berani, agresif seperti KayJay nih.


Anak-anak dara saya kat rumah semua minat dia!


Hidup KayJay!





 ~....SERI BULAN pernah bertanya kepada HISYAM, “adakah kita akan terus berkawan begini sampai ke tua, walaupun we’re not meant to be together?” lalu HISYAM merenung ke dalam matanya sambil membisik; “Nothing gonna change my love for you...”,Mak Utih yang mendengar walaupun tidak mengerti apa, sangat memahami itu antara kata sakti yang sukar dijadikan bukti...~




Wednesday, October 23, 2013

KL Gangster 2: Dato’ Rosyam Noor, memang ‘legend’lah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
23-10-2013


Ya, saya dah menonton KL Gangster 2 (KLG2). Sebuah filem terkini dari Syamsul Yusuf Haslam yang menjadi sebuah filem yang kontroversi kerana isu cetak rompak. Bagi saya, cetak rompak tu berlaku mungkin kerana adanya “orang dalam” yang busuk hati dan khianat. Nak cari duit mudah dan cepat dengan cara mencuri hasil karya orang lain. Cemana la si Syamsul tu tak mengamuk.

Untuk memahami jalan cerita KL Gangster 2 (KLG2), kena tonton filem KLG1 terlebih dahulu, kerana KLG2 ni bukan sambungan, tapi prelude. Lalu menonton yang kedua, baru kita faham bagaimana KLG1 itu dan bagaimana segala punca bermula.

Dah nama pun kisah gangster, lalu saya tidak mahu mengulas tentang dialog dan bahasa yang digunakan. Yeah... memang kasar, biadap, kurang ajar, dan segala yang tidak sopan. Dah nama pun gangster, kan? Mana ada gangster yang cakap sopan santun bagi salam segala?

Dalam KLG1, kita lihat Malik (Aaron) baru keluar dari penjara (sebab dianiaya oleh Shark) tetapi bagaimana dia “dikenakan” oleh Shark tu belum diketahui sehingga lah kita tonton KLG2 ini.

KL Gangster masih berkisah tentang kumpulan-kumpulan gangster yang ada di KL. (Betul ker wujud, eh?) Dulu kita difahamkan kumpulan gangster (kongsi gelap) ni banyak ditubuhkan oleh kaum Cina. Tapi apa yang dipaparkan, kaum Melayu pun gangster sakan jugak. Walaupun hampir seluruh dialog sesama depa, masih lagi guna slanga (pelat) Kantonis. Bab ni saya tak faham, Melayu sama Melayu pun nak cakap macam Cina?

Malik terpaksa join kongsi gelap atas sebab terpaksa. Dia perlukan duit untuk membiaya pembedahan emaknya yang disahkan ketumbuhan di kepala. Dalam masa yang sama, dia mengambil kira hubungan baiknya dengan King, ketua gangster yang terancam kedudukannya kerana ketua gangster lain yang lebih kuat berkuasa, iaitu Tai Long (lakunan Dato’ Rosyam Noor).

KLG2 bukan filem sembarangan. Itu yang saya rasa. Filem ni penuh aksi, stunt, gaduh, pukul, bunuh, rogol, belasah... dan segala yang lengkap untuk kita sebut sebuah filem gangster. Gangster hati kering, katanya. Tai Long seorang ketua yang tamak, ganas dan ingin membolot semua kawasan perlindungan sehingga menimbulkan rasa terancam kepada kumpulan gangster lain terutama King dan anaknya Shark.


Permusuhan mereka memuncak apabila isteri King dibunuh (kerana dia belot dan menyokong Tai Long) dan Malik berasa tertanggungjawab untuk membunuh Tai Long. Selain itu adiknya Jai juga berdendam kerana adik perempuan mereka dirogol oleh Tai Long.

Oh ya... untuk menonton filem ini, saya rasa bebudak bawah umur elok jangan dibawa. Filem ini banyak unsur gaduh pukul dan bunuh. Gangster hati kering, sanggup jer tembak tanpa belas. Pukul orang tua tanpa rasa kasihan.

Itu belum lagi dikira dialog yang sangat-sangat kasar. Dah nama pun gangster, kan? Lalu saya melihat dialog sebegitu adalah relevan di dalam filem ini. Cuma, jangan diikut ya. Walaupun saya dah dengar ramai remaja dok cakap cenggitu di mana-mana. Bahasa ‘lu gua’, ‘sial’, ‘pailang’ dsb sudah menjadi bahasa biasa hari ini.

Unsur lucu banyak dibawa oleh Zizan (sebagai Abang Long Fadil) yang menjadi kawan baik kepada Malik. Hmmm... macam tak kena jer, seorang gangster hati kering yang digelar “Abang Besar” seperti Malik boleh jer berkawan baik dengan seorang lelaki “tak berapa bijak” seperti Fadil tuh. Sangat kontras okeh...!

Seorang lagi yang sangat kelakar dalam filem ni, si Ajib (Sofi Jikan) yang asyik dengan ‘sengatnya’. Gangster kanan kumpulan King, ganas la jugak tapi kelakar. Selalu berpantun dengan rima yang kadang kena kadang berterabur. Hahahaha...! tapi seronok la jugak. Sebenarnya dia lah yang bunuh bini King, tapi Shark sangka King yang bunuh lalu dendam itu disimpan (sehingga ke filem KLG1) hingga dia sendiri yang bunuh King.

Watak Malik dan Jai (Aaron dan Adi Putra) masih cemerlang walaupun depa terlalu hensem untuk jadi gangster. Tapi tak salah, cuma kesian la pulak. Ekspresi wajah Jai lebih menjadi berbanding Aaron yang nampak terlalu tenang-cool untuk menjadi gangster hati kering. Dalam filem ni Aaron nampak lebih kurus dan cengkung.

Keseluruhan, saya paling tabik kepada Dato’ Rosyam Noor yang menjadi Tai Long. Ketua gangster paling ganas, dan saya rasa wataknya lebih ganas dari wataknya semasa filem Lenjan dulu. (Dalam filem Lenjan, dia menang award Pelakun Pembantu Terbaik (sori jika silap) dalam satu festival filem luar negara).

Keputusan mengambil Dato’ Rosyam Noor sebagai Tai Long dalam KLG2 ini sangat tepat dan cemerlang sekali. Terlalu ganas. Terlalu jahat. Tembak ikut hati dia jer. Paling tak boleh terima, dia rogol adik Jai depan Jai sendiri. Dialog dia tak boleh blah, “Abang Jai, Tora-tora minta izin nak bersetubuh dengan adik abang.” Phiewww... dasat betul dialog!


Walaupun ada sedikit isu tentang dialog dia, “Pintu neraka pun tak terbuka untuk aku,” tapi saya tak reti nak komen apa. Dialog itu memang kelihatan sangat-sangat angkuh (sehingga ada ustaz yang tegur), tapi saya melihat itu memang ayat gangster. Gangster mana ada yang ingat Tuhan punya. (kecuali dia memang nak insaf). Undang-undang dunia pun dia langgar, apa lagi undang-undang Tuhan.



Watak Shark by Shamsul tak berapa menonjol berbanding dalam KLG1, kerana mungkin masa ni gangster lain lebih berkuasa dari dia.

Berapa bintang? Hmmmm jika per/10, saya nak bagi 8...! Bukan kerana cerita, tapi kerana lakunan.





 ~...SERI BULAN bukan pendendam, sentiasa memaafkan sentiasa merelakanm malah sentiasa ikhlas terhadap apa saja hasutan dan khianat dari HISYAM kerana rasa kasih yang bercambah lama dulu sukar sekali ditarik akarnya dari tanah jiwa yang dulu pernah kering kontang lalu terlalu mengharap pula dia ada istilah banjir melimpah masuk di taliair belakang Teratak Nyatuh...~




Tuesday, October 22, 2013

Musim tengkujuh sudah tiba...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
22-10-2013



Saya tidak tahu apa masalah, saya tak boleh view blog saya. Mungkin server or Google terlalu berat untuk komputer saya nak preview kot. Apa apa jer lah. Yang pasti saya tak boleh nampak sebarang side list, dan juga ruang komen.

Saya hendak menulis sesuatu tentang seseorang, tapi mood ke laut. Alahai...

Kalu ke angkasa lepas, okeh la jugak.

Tayang-tayang:


Bukan gambar makanan. Ini saya snap lama dulu, belum pernah upload. Sebagai pemangkin semangat kerja kuat. Pastu boleh cuti-cuti dan jalan-jalan lagi. Tengah merancang sesuatu.

Sori Berlori, beb. Saya tak ajak awak, sebab awak sombong dan cerewet! hahahahaha!




 ~...belum pernah ada yang berani menegur bila melihat SERI BULAN duduk sendiri di hujung anak tangga kayu Teratak Nyatuh sedang HISYAM bersandar di tiang ambin tidak berdinding, juga bermenung tidak ke pangkal tidak ke hujung...~




Monday, October 21, 2013

Capital Cafe 50 tahun: TV patut buat liputan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
21-10-2013


Bukan sekali dua saya menulis tentang kedai makan yang ini. Sudah 2,3 kali kisahnya di blog saya. Itu belum kira lagi di blog orang lain.

Mungkin bagi setengah orang yang tidak tahu menahu pasal kedai makanan ni, akan rasa kedai ni biasa saja. Tapi bagi saya yang mengenali kedai ni sejak tahun 1990 (masa tu Dak AMOI pun tak lahir lagi), akhirnya Capital Cafe ni sudah menjadi satu sentimental value pula. Ianya menjadi klasik dan unik dalam caranya tersendiri, juga kepada orang yang pernah tahu tentangnya.

Bagai mengubat rindu, Sabtu lalu lepas balik kerja saya sengaja singgah ke Capital Cafe. Ya, memang saya sengaja nak singgah dan sudah plan awal untuk makan di sana. Mula-mula nak ajak kawan lama yang pernah perkenalkan kedai ni pada saya, tapi plan last minit biasanya tak menjadi dan akan menyusahkan. Seorang kawan lain yang dipelawa tidak berminat untuk masuk kedai semata-mata nak makan. Ya.. tak menjadi hal kepada saya untuk bergerak sendiri. Saya lebih selesa jadi Lone Ranger pun.

Kedai makan Capital ni di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman sudah beroperasi lama. Sangat lama lalu ianya menjadi sangat klasik.

Singgah duduk di suatu sudut, mengambil masa memerhati persekitaran dan orang-orang yang sebati dengan Capital Cafe ni, saya lihat pekerjanya masih orang lama. Taukehnya tentulah keluarga yang sama. Amoi tu pun masih Amoi yang sama tapi saya malas nak tegur sebab saya rasa dia tak boleh ingat saya lagi dah.

Jika dulu, (10,15 tahun dulu) hampir setiap minggu saya dan kawan saya akan singgah makan di situ sampai Amoi tu dah jadi kawan. Tapi sejak saya tukar tempat kerja dan kurang nak menghala ke KL, sangat jarang saya ke Jln TAR lalu saya jarang juga singgah. Tentulah Amoi tu tak ingat saya lagi dah (tapi saya ingat dia).

Sebatinya kopitiam ni dengan masyarakat Kuala Lumpur, saya yakin taukehnya sangat menjaga hubungan baik dengan pelanggan juga sentiasa memastikan semua orang boleh masuk makan. (dalam hal bersih dan halal).

Selepas memesan apa yang saya memang dah ketagih nak makan (sejak dulu, itu saja menu yang saya akan order), saya makan dengan selesa walaupun saya duduk seorang. Di satu meja bulat lain saya nampak 3 orang wanita yang lebih kurang umur saya, juga duduk makan menu yang sama saya sambil borak seronok macam reunion. Saya membayangkan depa ni pun haruslah pelanggan setia sejak dulu, sebab sorang pompuan tu, makan guna chopstick. Macam saya jugak!

Pic terkini bukan ulang tayang.

Selepas membayar, saya borak dengan tauke yang jaga meja cashier. Yaa... depa guna calculator biasa, dan meja cashier adalah meja lama yang berlaci biasa untuk simpan duit. Lupa lak nak snap gambar. Tiada mesin cashier automatic atau alat canggih lain untuk kira duit.

“Bos, kedai ni sudah berapa lama ya? 30 tahun?” tanya saya.

Tauke tu senyum mesra. “50 tahun.” Hmmm...

Memang saya tahu, sangat lama kopitiam ni. Tiba-tiba, seorang anak muda lelaki yang berdiri di sebelah saya menyambung, “Sejak dari zaman arwah Atuk saya lagi.” Dia kemudian menunjuk-nunjuk almari kabinet berkaca yang besar sambil bercerita kepada seorang perempuan muda. Isterinya kot...

Saya mendapat izin untuk merakam gambar barangan dalam almari kaca tersebut.


Tin-tin rokok zaman masa saya kecik dulu. Sekarang ada lagi dak? Jenama Rothmans dan Kents tu ada lagi dak? Saya tak sure sangat pasal rokok nih. Yang paling menarik, tin gula-gula Hacks tu, zaman sekarang mana ada lagi dah.


Jam dan terompet lama.



Set gelas dan botol lemonade lama. Saya juga nampak set botol minyak wangi yang unik. Juga tin Hacks warna kuning.



Beberapa keping foto hitam-putih yang dilekat di cermin almari kabinet tu. Gambar lama sekitar bandar Kuala Lumpur pada tahun 80-an termasuklah gambar KL dilanda banjir besar. Tahun berapa tu ya? Tauke tu terlalu sibuk pula untuk saya tanya itu ini.



Saya tak tahu itu bangunan apa. Bangunan Kowloon? Yang pasti ada tertulis Campbell Compleks.



Signboard kedai Capital tu masih begitu juga tidak berubah dari yang asal sehingga hari ini.



Kamera lama. Yang saya jangka nilainya tentu mahal sekarang. Sekeping gambar si pembuat kopi Capital Cafe. Ya, bahagian buat air tu masih sama sampai sekarang.



Kedai Makanan Capital, hari ini. Berada di celahan kedai canggih dan butik yang cantik dan moden. Tapi ia masih utuh di situ dan masih ramai pelanggan setianya yang datang duduk minum. Malah meja bulat marmar (ala kopitiam) dan set kerusinya yang berbentuk bulat, kayu yang ada bentuk botol masih sama seperti dulu.

Saya tegur tauke tu sebelum beredar, “Bos, jangan pindah lain tempat tau. Jangan ubah ini kedai. Nanti saya takda tempat lain mau makan Kuey Teow Cantonese.”

Tauke senyum dan jawab, “Kita sudah tua la...”

Saya rasa suatu hari nanti, kedai ini mungkin ditutup walaupun saya harap tidak. Kedai ni sangat klasik, dan sering mengingatkan saya pada zaman saya kecik dulu. Ikut MyArwah Ayah masuk kedai di kampung. Minum kopi di cawan kopitiam. Tuang teh atas piring, ditiup lalu hirup. Aroma teh tu sudah tidak saya dapat hidu sekarang. Saya sendiri dah jadi tak gemar Teh Tarik pun.

Seingat saya, belum pernah saya tengok Kedai Makanan Capital ni di mana-mana siaran tv. Rasanya, tv tak pernah singgah sini buat liputan or mengkaji asal usul kedai unik ini. Kenapa tidak melihat ini sebagai suatu benda klasik yang bersejarah? Mungkin bagi generasi hari ini tidak penting dan tidak menjadi apa... tapi saya melihat Kedai Makanan Capital ini ada keistimewaannya yang tersendiri.

Last, tayang-tayang:


Menu tetap saya setiap kali berkunjung datang. Rasanya tetap sama.





 ~...mengharap Teratak Nyatuh terus utuh menyimpan rahsia dan kenangan lama dan baru yang sedang dicipta, HISYAM tidak lagi melihat tempat lain yang lebih cantik dan unik untuk menyulam kasih berbunga kemboja dan SERI BULAN sendiri turut mengharap dia akan terus diterima bagai dulu-dulu, sewaktu kali pertama memijak jeti berlumut nyaris tertomoih, lalu dia tidak pernah lupa bagaimana HISYAM bagai begitu perkasa menyambut tangan...~




Saturday, October 19, 2013

Yong Taufu: tak habis-habis nak makan sedap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-10-2013


Walaupun hari ini my off day, tapi saya kena la jugak masuk opis. Tak suka, tapi suka. Tak suka tu sebab patutnya rehat la kat rumah, kan. Tapi suka tu sebab today punya OT rate tinggi compare hari biasa. Heh heh heh...

Sabtuday kat tempat saya ada pasar malam. Saya dah muak sebenarnya sebab benda yang sama jer, tapi antara paberet saya ialah beli Yong Taufu.

Ada 2 stall yang jual Yong Taufu. Kerana dah lama melanggan saya dah boleh beza yang mana satu yang saya lebih gemar.


Lihat sotong kembang yang bergantungan itu. Tu jer dah cukup menggoda saya, walaupun saya tak pernah amik pun sotong tuh...! Chee Ceong Fun tu pun saya tak pernah amik.




Lately, saya suka beli Yong Taufu tanpa direbus sebab saya nak simpan untuk dibawa ke tempat kerja (selalunya pasar malam hari Selasa). So saya akan minta sekali dengan sup rebusan tu dibungkus untuk saya reheat-rebus di tempat kerja. Makan time lunch, adalah sangat best...!



Berbanding 10-15 tahun dulu, Yong Taufu hari ini sangat-sangat variety. Ada banyak bahan tambahan yang sangat sedap. Dulu, mana ada hotdog dan sosej berkeju (Cheese Sausage) tu dalam Yong Taufu. Sekarang ni, itulah yang saya akan make sure dibungkus sekali. Yummy!

Saya snap pic ni minggu lepas, dan brother yang jual tu (dia dah kenal benor dengan saya), hanya sengih. Sporting arrr... Yang penting saya suka sebab gerai Yong Taufu (kedua-dua gerai) tu sangat-sangat bersih!





 ~...antara menu selatan berbanding menu utara SERI BULAN hanya pandai menu Tenggara kerana HISYAM pernah kata, antara menarik air manis dan meneguk air suam dia lebih gemar untuk menimba air di lopak sawah kerana hasilnya jika bukan sepat sekali pun sekurang-kurang si ikan puyu yang tidak kuyu yang boleh di-sambal-tumiskan oleh Mak Utih sambil diganding dengan pulut tanak berulam nyior parut...~




Friday, October 18, 2013

Lawak lucah MyToklaki...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam JumAAt
18-10-2013



Si bini balik kerja selalu malam. Letih. Kadang-kadang bila petang jer, rasa nak demam sebab kena aircond terlalu lama. Jadi saya akan berubah menjadi sayur kobis yang layu.

Perjalanan balik kerja selalu memakan masa 45 min, kadang sejam. Tiba di transit (area rumah kawan saya) MyToklaki akan jemput (untuk balik ke rumah cuma 5 min). Selalu naik motor lah. Kadang tu, rajin kami singgah merata. Kedai la, pasar malam la...

Semalam, agak kurang stabil saya naik, lalu ada body contact yang lebey pulak. Biasalah, laki bini kan?

Boleh dia cakap, “Ehh.. bra baru ya? Keras!”

Cehhh...! Cisss...!

Selama ni, bra baru kah punca keras tuh?

wakakakakaka! > bila taip baru rasa nak gelak. Tapi masa dia cakap tu, apa dia dapat?

Saya jelir lidah...! Wekkkkk...!





 ~...sejak SERI BULAN menjadi pendamping setia Mak Utih di Teratak Nyatuh, Pak Utih sudah jarang menurut mengekor hingga ke dapur, dan HISYAM sendiri terpaksa bertapis-tapis ayat dan perbuatan hendak menyakat si buah hati kerana bimbang puntung kayu api menjadi senjata si makcik latah...~




Thursday, October 17, 2013

Katerer promote syarikat di blog saya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
17-10-2013


Semalam, sempat saya semak beberapa entri lalu ternampak komen berikut di satu entri lama saya. Berkaitan katering kenduri kahwin. Entri bertajuk “Kenduri katering tu murah, tapi...”, berkaitan saya menulis tentang menu sebuah katerer.

Saya tak berniat pun nak komplen hingga menjatuhkan mana-mana katerer, tapi sekadar kritikan seorang pengguna.

Kemudian saya jumpa 2 komen berikut:


Bagi saya perniagaan adalah persaingan. Walaupun kita berniaga dalam line yang sama, atau kita berada di atas sekali dalam bidangnya, itu bukan bermakna kita boleh menafikan kebolehan syarikat lain, atau menyebut sesuatu yang buruk tentang mana-mana saingan kita. Saya anggap itu tidak sihat.

Seorang dealer jenama direct selling pernah sebut pada saya (puluhan tahun dulu), “Untuk jual produk kita, jangan sekali-kali hentam produk lain. Cukup menyebut, produk itu bagus tapi produk kita LEBIH bagus”. Saya setuju.

Apapun, saya mengalukan mana-mana orang, or syarikat sekalipun nak perkenalkan produk masing-masing di komen entri saya. Media sosial sangat berpengaruh dan besar kesannya hari ini. Baik buruk, kita yang kawal.

Again, saya suka nak sebut saya tidak pernah berniat untuk menjatuhkan mana-mana produk or syarikat. Tapi saya berpendapat, kritikan itu perlu. Sentiasa perlu.

Cuma jangan mudah sentap jika kena kritik. Kali setakat jual produk baru 2,3 ratus pun dah mudah sentap bila kena kritik, cemana nak berniaga ribu riban. Alahai....




 ~...beberapa kali disindir-perli tentang betapa masamnya Laksa Asam, betapa pedasnya Asam Pedas, sungguh garing si ikan goreng juga amat panjang si kacang panjang tetapi tidak pernah sekalipun SERI BULAN merasa serik untuk terus memikat hati dan perut si HISYAM yang cerewet itu sehingga Mak Utih pula yang merasa serik...~




Wednesday, October 16, 2013

WW: rini Rabu bukan Senin...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-10-2013


Kerja semula. Dijadualkan akan stay sampai 8:00 malam ini.

Tayang-tayang yang ulangtayang:



Diiring oleh Rendang Minang daging korban. Saya tak snap, tapi saya gunapakai semula koleksi gambar lama.







 ~...HISYAM ke mana gerangan tidak berpesan tidak beramaran lalu SERI BULAN hampir penasaran...~




Tuesday, October 15, 2013

Daging tu musuh, tapi sedap....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha, Hari Raya Aidil Adha
15-10-2013


Kami dapat kira-kira 2kg daging korban tahun ini. Lebih kurang sama jer tiap tahun. Alhamdulillah, surau taman saya tahun ini mengorbankan 12 ekor lembu.

MyToklaki juga dapat sedikit tulang lembu yang kompom la kena dibuat sup. Dia memang peminat sup tulang, sup ekor, sup kambing dan segala adik beradik tulang lah. Kita sedia faham, memang kaum lelaki sangat minat sup, kan? Tu sebab restoren yang jual sup boleh berniaga dan maju terutama kalu ada sup Gear Box tuh.

Sebenarnya, daging adalah musuh bagi kita jika diambil berlebihan. Pesakit kanser langsung tak boleh sentuh. 2 orang rakan sekerja saya bekas pesakit kanser (yang sudah dibedah dan sembuh), langsung tidak dibenarkan sentuh daging. Kerana daging dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel kanser.

Saya tak gemar daging, begitu juga anak-anak. Jarang saya beli daging dalam setahun. Tapi kami tidak menolak daging. Sekali sekala terutama musim kenduri or raya, makan tetap makan.

Daging korban hari ni dah siap di-rendang-minang-kan petang tadi. Saya segan nak amik gambar, sebab tak cantik pun. Tapi rasa dia, ‘sedap habaq hang!’

Tulang tu saya tak leh nak agak berapa banyak, almost 5kg kot. Seperiuk sup untuk kami meratah malam ni. Masa taip ni, sup dah siap tapi belum boleh dihirup sebab bos besar blem balik dari surau.

Sebagai blogger ketegaq, amik gambaq tu dah kira kemestian:


Hmmmm... Pulut Kuning sedang dikukus. Esok pagi akan ‘diarun’ dengan santan. Untuk sarapan dan juga memenuhi hasrat beberapa orang kawan di tempat kerja yang kepingin Pulut Kuning saya.




 ~...walaupun belum bertahun menetap di Kampung Separuh Desa dan menjadi penghuni paling disayangi di Teratak Nyatuh, SERI BULAN sudah memahami waktu mana harus dia menanti HISYAM melintas di laman, ketika mana dia hanya perlu berlindung di balik kain tutup tingkap menjeling pandang, tapi dalam banyak keadaan dia sangat berharap HISYAM akan singgah walau hanya dengan alasan ketagih kopi...~




Lambaian Baitullah TV9: jangan menangis kerana anak-anak....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, malam Raya Haji
14-10-2013


Dalam sibuk masak itu ini (ringkas jer pun), saya sempat tonton satu drama khas sempena Aidil Adha bertajuk Lambaian Baitullah, di TV9 lakunan hebat Ahmad Tarmimi Serigar, Delimawati, Fahrin Ahmad dan Intan Ldyana (dll).

Drama yang best, bermesej dan menyentuh hati tentang pengorbanan ibu ayah kepada anak, adik terhadap abang, abang terhadap adik-adik. Arahan Murali Abdullah, drama ni memang bertepatan sekali dengan makna pengorbanan.

Saya suka dialog ni, “Jangan sekali-kali menangis kerana anak-anak. Setitik airmata tu akan menyeksa anak kita. Doakan mereka.’

Lagu latar drama ini yang sebenarnya lebih memberikan kesan di hati dan jiwa. I like...!

Pergi Haji — Haddad Alwi (featuring Ashilla)

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Pergi haji ke tanah suci
Menjalani niat yang murni
Wajahnya berseri-seri
Penuh rahmat dari Illahi
Semoga Tuhan memberkahi
Amal ibadah insani

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la
Innal hamda wa ni’mata
Laka wal mulk la syarîka la
Labaik allahumma labaik
Labaik la syarika la

*****

Tayang-tayang:


MyToklaki dapat t-shirt sebagai ahli pasukan melapah esok di surau. Tahun ni kaler hijau.





 ~...melihat dan merasai sendiri sentuhan kasih sayang orang lain terhadap mereka berdua, SERI BULAN pernah berkata kepada HISYAM, “kenapa mereka sangat sayang kepada kita tetapi tidak pernah bercerita sekali pun berkisah tentang anak sendiri?’ lalu HISYAM pernah terfikir hendak menyelidik tapi bimbang diherdik...~




Monday, October 14, 2013

Aidil Adha: pengorbanan yang menjadi tuntutan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
14-10-2013


Walaupun hari ini hari bekerja saya, tapi persiapan untuk Aidil Adha esok, berjalan lancar seperti sepatutnya.

Barang basah sudah dibeli dari pasar semalam. MyToklaki sepagian semalam berada di surau, sebab terlibat sebagai pasukan melapah, lalu acara mengorek lubang untuk sembelihan lembu berlangsung dengan  jayanya.

Bagi yang bercuti, selamat bercuti dan selamat balik kampung.


Inilah tahun pertama kali saya menyambut Raya tanpa cuti tambahan. Aidil Fitri lalu pun saya tak bercuti tambahan.

Saya anggap ini juga merupakan salah satu pengorbanan kecil yang saya buat, dengan niat saya bekerja pada hari itu untuk memberi peluang dan ruang kepada orang lain yang lebih memerlukan cuti.




 ~...HISYAM sudah pandai merengek setiap kali Mak Utih mula memerun api dapur kayu sedangkan SERI BULAN tahu itu hanya sekadar hendak merebus telur sebagai pelengkap Nasi Lemak Kampung, tetapi seorang ibu tua seperti Mak Utih mana mungkin dia sampai hatinya hendak menghampakan hasrat si anak teruna yang walaupun bukan dikandung dan dikendung tetapi kasihnya sering memberikan rasa resah kepada Pak Utih kerana bimbang suatu hari nanti harus terpisah...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails