Wednesday, December 11, 2013

Antara 13 juta dan 13 hengget: kita kena terima hakikat beza kehidupan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
11-12-2013

Yeahh tarikh cantik. Yang hanya akan berulang setiap 823 tahun.

Ya, satu Malaysia tahu tentang perkahwinan belas juta tu. Tetapi, sebulan dulu juga kita lebih dulu tahu tentang banjir yang melanda beberapa negeri. Apapun, kita doakan yang baik-baik saja.

Saya tidak akan menulis (dalam erti kata mengulas) tentang perkahwinan yang gah itu, seperti mana juga saya tidak akan menonton apa pun tentangnya dengan sengaja. Saya anggap itu suatu perkara biasa sepertimana orang lain yang juga nikah kahwin. Soal kos dan tampilan fizikal sahaja yang membezakan. Akad nikah tetap sama. Tanggungjawab tetap sama. Yang mungkin membezakan juga, mungkin usia perkahwinan itu kelak. DIA Maha Tahu.

Hari ini Selangorian bercuti sehari sempena Keputeraan Sultan. Hmmm seperti lazimnya la kan... bila orang Selangor cuti jer, KL kompom jem! Cari apa? Tentulah shopping di KL. Inilah masanya nak cari keperluan buka sekolah.

Saya memasang angan nak buat projek Karipop, tapi huhh! Hampeh. Lain yang dihajat lain yang dibuat. Mood malas menguasai keseluruhan kepala hotak saya yang kadang-kadang ada batu besar juga duduk!

Tayang-tayang:


Cucur Udang sarapan pagi kami tadi. Saiz kecik-besar. Taruh udang pun ikut suka hati tok-nenek aku jer! Ada sekor, ada 2 ekor. Yang terlupa boh udang pun ada. Belasah!





 ~...bila SERI BULAN mendapat sindiran nakal dan usikan manja dari HISYAM tentang perkongsian sebuah perasaan yang sering disebut sebagai sejiwa, dia yakin suatu hari nanti HISYAM akan juga berani mengakui bahawa dialah satu-satunya yang akan digelar “pujaan hatiku!”...~




32 comments:

  1. Assalamualaikum Azie

    kita doakan yang baik2 ajer untuk pasangan tu....

    tapi yang bawah tu tak boleh tengok ajer...kena makan...baru tahu sedap ke tak....he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Sewajarnya kita hanya mampu mendoakan.

      Jom kita makan!

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Itu baru namanya cucuq udang...ada udang atasnya. Bukan mcm cucuq badak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woooo kalu la cucur badak tu nak kena boh badak di atas... mak ai!

      Delete
  3. Dah lama tak makan cucoq yang ada udang kat atasnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni time rajin jer Kakcik. Kalu time malas, jangan harap lah.

      Delete
  4. cucur udang tu yang sedap ....puas makan nampak udangnya lagi...

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti warga Selangor yg kerja kat Selangor. haha. Orang wilayah kena kerja laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Nanti Hari Wilayah lagi best. Bersambung dengan Cuti Chinese New Year. Laaaagi panjang cutinya.

      Delete
  6. rajinnya kak azie susun2 udang camtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu time rajin sikit jer. Kalu malas? huhhh gaul semua sekali!

      Delete
    2. susun mesti mahu cantik lor. mahu letak itu blog bagi semua orang baca maa.

      Delete
  7. perkara biasa lah bi dah dok dapur . cadang nak buat ni sudahnya jadi itu ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu gitula kan? Ok la juga kalu ada benda menjadi. Kadang tu langsung tak jadi apa pun.

      Delete
  8. Salam AA,

    Bagi kak Ratna tidak sepatutnya digah canangkan berapa kos satu perkahwinan tersebut (sampai perkahwinan sekarang ditaja-tajakan semata bagi pehak penaja dapat melipatgandakan penjualan product memasing) dan seperkara lagi apalah sangat yang istimewa sampai dihebohkan semata pasangan tersebut bertaraf "celebrities" dan gambaran photos yang ditayang tunjuk contohnya "pra-perkahwinan" berbau takbur/membesar-besarkan diri, ujub dan riak lagaknya... ditambah lagi cara pemakaian dan penampilannya yang menonjolkan "akulah yang terpaling jelita" begitu PATHETIC... ! sudah-sudah berlagak umpama Kim Kardashian karena agama dan budaya kita mengharamkan meniru sampai mengamalkan terhadap yang menolak segala pahala...
    Kak Ratna sedih sesungguhnya bahawa orang kita banyak yang keliru mengenai apa yang boleh diterima dan disebaliknya didalam artikata agama dan peraturan mutlak yang sepatutnya dipelihara dengan semulianya dimana sekarang ini pehak hawa lah punca utama tidak ambil kesah/peduli mengenai "solehah sejati" yang kebanyakan dicampur-adukkan dengan aliran ikutan terkini... apakah kita semakin jahil walhal petanda akhir kiamat kian nyata teserlah...

    Maaf dipinta jikalau buah pandangan kak Ratna berat sebelah atau sukar diterima karena disini kak Ratna sudah penat menyaksikan lagak dan gaya kaum hawa kita yang sukanya berlagak lebih jauh dari orang barat yang sememangnya tidaklah boleh ditiru ikut jikalau ianya menolak segala pahala ibadah kita, iya tahu dan ngerti kemampuan memasing boleh sahaja dilakukan dengan sewenangnya karena "aku orang kayaraya lagi ternama" oleh itu usah berkhutbah syarah bagai tok imam... namun, beringat-ingatlah bahawa kepada barangsiapa yang mengamalkan cara hidup secara melampau yakni keterlaluan sehingga mendatangkan rasa riak meskipun mampu semampunya hendaklah gaya hidupnya ditutup sama persis menutup auratnya yakni hanya ditunjukkan kepada yang tertentu sahaja, ingatlah hidup nan indah ini semata diatas pinjamanNya yang sementara, oleh itu warnawarni kan hidup kalian dengan lembutnya semoga senantiasa dibawah keberkatanNya...

    AA, kak Ratna adore sicucur-udang yang kuning diraja meskipun katanya AA "Ada sekor, ada 2 ekor. Yang terlupa boh udang pun ada. Belasah!" yang penting ianya dari airtangannya AA.

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali Kak Ratna memberikan komen dan pendapat, saya sering kagum. Pengalaman selalu memberikan kita pendapat yang mampu memberikan kesan kepada orang lain.

      Saya hargai. Benar, kehidupan kita ni bukan material semata-mata.

      Delete
  9. Kalau org tempat saya makan cucur udang cicah kuah kacang. Heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya begitu lah. Tapi stok kacang tanah kisar dah habis, so memang tak jadi la. Depa cicah sos botol jer!

      Delete
  10. Den malas nak komen pasal kawin tu...takut buat dosa...kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen la pasal cucur udang kita!

      Delete
    2. Meh saya komen kan bagi pihak DZ.

      Cucur udang kak azie memang sedap.

      Delete
    3. Ehhh macam pernah rasa? Ahaks!

      Delete
  11. Kak, coq udang buh dlm laksa pun heaven..!

    ReplyDelete
  12. Wah sedap cucuq udang...bagi sket kat Che Ta...hahaha. Sponsor jugak tuh...krik krik krik

    http://batulesung.blogspot.com/2013/12/a-trial-of-endurance-trek-to-everest.html

    ReplyDelete
  13. cucur udang..cicah cili sos atau kuah kacang..mebeles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok kacang kisar habis, so bebudak cicah sos dalam botol jer!

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails