Sunday, December 22, 2013

Village View yang so-so ~ restoren mamak kena tutup 3 hari seluruh Selangor..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
22-12-2013


Sejak semalam, sehingga hari ini dan dijangka sehingga esok, semua restoren mamak seluruh Selangor diarah tutup kerana operasi kesihatan. Saya tak pasti cerita sebenar, tapi dikatakan Kementerian Kesihatan sedang operasi semua restoren mamak bagi memastikan kebersihan dapur.

Lalu beberapa restoren mamak di kawasan saya (di taman saya ada 4 buah restoren mamak 24-jam) semuanya tutup dan sunyi sepi. Tiada lagi orang berlepak minum teh tarik sambil layan skrin besar tengok lawan bola. Juga tiada bebudak remaja duduk berjam-jam buka laptop or sibuk dengan henpon untuk wifi percuma.

Saya juga pagi tadi nampak Hassan dan kuncu-kuncunya (Hassan ni antara pelayan mamak paling popular di kalangan kami) sedang bersihkan dapur. Sebenarnya, secara kasar keseluruhan restoren mamak yang saya masuk di taman saya agak bersih dan memuaskan. Apapun operasi ni memang sangat bagus kerana melibatkan semua restoren tak kira kecik besar.

Cerita lain. Cerita lama dah, bulan lalu punya hal dating-dating.


Village View, Jalan Reko, Bangi. Dating dengan blogger Anyss, makan tengahari tapi dah menjelang petang.


Dah lama sangat, saya sampai lupa apa menu yang saya order ni. Kuah macam Yee Mee Cantonese.


Macam sarang burung, kan? Rasa? Boleh la tahan.

Saya Google beberapa blog tentang restoren Village View ni. Ada beberapa perkara tak best, tapi ada juga beberapa entri yang memuji menu.

Yang penting, sapa pegi dia akan nilaikan sendiri.




 ~...belum pernah SERI BULAN ingin mengkritik tentang apa juga cadangan dari HISYAM tentang perancangan masa depan bersama juga penglibatan mereka di Kampung Separuh Desa walaupun Pak Utih dan Mak Utih merasakan betapa pentingnya mereka sesama dan sentiasa mengharap mereka akan terus kekal di situ...~




10 comments:

  1. buka je restoran mamak kat tempat akk...s alam...

    ReplyDelete
  2. salam...tak dengar pun, ada le beberapa hari sudah restoren hijau depan hotel kami tutup 3 hari. DBKL kacau dia kata.... Tapi restoren mamak selalu tak kisah pasal sijil halal pun..semuanya elok pakai songkok...sampai india yang hindu pun ngaku mamak jugak janji ada lambang bulan sabit...kira halal lah tu

    ReplyDelete
  3. sy ade jgk beberapa kali pergi Village View, kekadang best kekadang dok best pong.. Jadi sy rasa ikut nasib lah.Mungkin kalu time sy prgi jadi xbest tu sbb keluar rumah tak guna kaki kanan dulu kot..
    Btw, area kaw rumah & opis kena jgk rush dgn KKM/MPS..tapi mamak tak pasti plak ada yg kena..tapi bagus jgkla...byk kdi mmk kat depan mmg bersih..cuba test masuk toilet..muntahh..eh, kedai melayu pun ade gitu jgk..huhuh

    ReplyDelete
  4. saya jugak duduk ampang selangor tapi mamak dekat sini bukak macam biasa

    ReplyDelete
  5. aikkk...mamak kat shah alam ni bukak tau kak azie

    ReplyDelete
  6. owh , saya dah pegi restoran tu . biasa2 jer . cuma masa ramadhan , kena ambil giliran nak dok mkn . pelanggan beratur !

    ReplyDelete
  7. saya suka...ia macam yee mee....

    ReplyDelete
  8. jam tangan kecil hitam, tudung paras pinggang, bsju merah, sila tukar, heee, nanti jumpa gua snap dengan wajahnya sekali..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails