Tuesday, December 17, 2013

Kita kan rakyat.. mana bleh melawan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-12-2013


Sebenarnya sejak petang semalam saya dedar lagi. Lately bila petang jer, saya rasa suhu badan saya selalu naik. Cepat-cepat telan Paracetamol dan selalunya memang berkesan. Yang semalam tu, saya rasa antara punca adalah mungkin kerana saya period teruk (orang lelaki abaikan saja). Walaupun tak pernah alami ‘period pain’ tapi ketidakselesaan dalam badan akan mempengaruhi mood dan suhu bada saya selalu jadi sedikit panas.

Hari ini dikatakan seluruh Lembah Klang akan dihentikan bekalan air untuk seharian dan mungkin berperingkat pulih sehingga Ahad. Hmmm air lebih penting dari elektrik.

Tapi kadar elektrik akan naik bermula 1 Jan, 2014 pun tetap menjadi isu kecoh. Kita akan menanggung tambahan beban lagi untuk sejenis lagi kemudahan kehidupan rakyat. Hmmmm mengeluh pun tak akan mengubah apa yang sudah diumumkan oleh pihak berkuasa. Kalu saya ada kuasa pun saya boleh ubah apa saja. Benarkah?

Dan satu lagi. Kadar tol juga akan naik bermula 1 Jan2014. Saya copy paste tempek kat sini:

LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00
LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00
LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10
LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50
LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30
LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50
LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30
LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50
PANTAI RM1.50 TO RM2.50
DAMASARA RM1.00 TO RM1.50
KIARA RM2.00 TO RM3.00
LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM
LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.n40 TO RM1.90
LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00

Saya yang berulang setiap hari ke tempat kerja terlibat dengan 2 tol, iaitu tol di AKLEH juga tol di Damansara. Huhhh! Apa saya nak komen?

Kita kan rakyat?





 ~...jika sebuah pertemuan dapat dinilai dengan sejumlah harga, HISYAM rela untuk membayar berapa sahaja harganya asal sahaja SERI BULAN rela turun ke laman dan mengakui tentang sebuah rindu tetapi warga Kampung Separuh Desa bagai mengharap pula laman menjadi pentas persandingan, kerana Mak Utih juga merasa dia sudah lama tidak memahirkan diri mengandam berpilis...~




26 comments:

  1. Kita kena bersyukur kan...

    Tol kita masih rendah kadarnya dari Antah Berantah dan kita masih ada jalan tanpa tol....

    Kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. nasib..nasib...apa nk buat..melopong saje la kita nmpaknya :p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    syukurlah malaysia masih lagi aman.
    kita komen masa PRU nanti la...sekarang ni komen pun tarak guna maaaaa

    ReplyDelete
  4. Adeeeehhhh.... macam kembali ke sistem feudal.... autokratik (pandangan saya).

    ReplyDelete
  5. LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30

    Aina akan terkesan di sini sebabnya rumah memang depan highway...

    ReplyDelete
  6. makin lama makin serabut..semua benda nak naik.janji tinggal janji...

    ReplyDelete
  7. kita kan rakyat..
    tapi bila suara rakyat bersatu mesti pihak di atas akn mdengar...
    saya pun tkesan dgn pnaikan harga tol..

    ReplyDelete
  8. Saya ada komen di blog Julie pasal ni. Saya ulang di sini. Apa kata kan selepas ini setiap kenaikan harga yang berlaku, tak kisah la apa benda barang produk tol ke yang naik, kita jangan bising². Malah kita terima dengan penuh kesyukuran macam diberi duit RM1 juta seorang. Kita adakan sujud syukur beramai² di stadium. Haa baru la Malaysia betul² aman. Nak tak?

    Hahahaha.

    p.s. Ini lah harga yang kita kena bayar kesan dari tindakan sendiri, kan?

    ReplyDelete
  9. wallahualam.
    tapi bg sy, kalau harga naik, satu saja cara nak hadapinya... tingkatkan kemampuan kewangan diri. bising2 sana sini, jujurnya, sekadar buang masa.

    Alhamdulillah penang bridge tetap x naik harga walau harga rumah di sini menggila2 tingginya. harga untuk jambatan kedua belum tahu.

    dan saya dah x mahu yang menang disini terus-terusan menang. kadang2 rasa bagai menunggu hari bencana melanda lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zonaku,

      couldn't agree more with you. i am here in penang jugak. yes tol tak naik n development nampak ketara jugak naiknya, but..........depa buat kerja yg tidak menampakkan ketaraan mereka nak push us away from here...and u can see them so besaq kepala..
      Kalaulah semua kita ni sedar ya....moga Allah lindungi kita....

      Delete
    2. tiap hari lalu are development theloft,. sekali tu tengah proses pecahkan batu asal y barangkali bentukkan pulau pinang dulu2.

      kalau tsunami sekali lagi, sy berdoa terjadi masa sy n keluarga x ada di sini.

      Delete
  10. walaupun naik seringgit 2.tapi dorg x pk dlm sebulan dh berapa kena spend kat situ.nilai seringgit tu pun.hmmm ntah lah dorg ni.

    ReplyDelete
  11. lepas ini pala lagi yang naik......gaji jer tak naik-naik........!

    ReplyDelete
  12. Zonaku, saya tak setuju dengan anda. Memang betul kita boleh tingkatkan kemampuan kewangan, tapi kita sekarang berbicara tentang rakyat Malaysia. Melibatkan seluruh negara. Kalau betul Malaysia bukan jenis negara kebajikan, maka pendapatan pemimpin juga sangat tidak wajar berbeza jauh dengan rakyat. Ada jurang ekonomi yang sangat luas sekarang...dan, secara tiba2. Seperti di landa gempa bumi, semua bentuk muka bumi berubah sekelip mata.

    Maaf, pandangan saya mungkin dipertikaikan ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x apa Aziela, ada betulnya pendapat awak tu. tiap kita berpandangan berbeza. sy x pertikai sangat kenyataan, cumanya bagi saya, kurangkan mencaci maki..... kalau x setuju ada banyak cara berhemah untuk dilakukan.

      Cuma, sebagai rakyat yang diasingkan dan secara halus diusir, byk y saya perlu lakukan. jangan sampai 13 mei berulang

      Delete
    2. zona, apa maksud kau dengan ini "sebagai rakyat yang diasingkan dan secara halus diusir"?

      Delete
    3. Tata, akak rasa akak faham maksud Zonaku. Zona berada di Penang yang diperintah oleh DAP kan...?

      Delete
  13. Nilai pendapatan kite dengan perbelanjaan mmg dah tidak setara sekarang. Kerajaan suruh berjimat tapi nak berjimat macamane lagi kan kak......kenaikan depan belakang tepi kiri kanan. Diorg yang sebenarnya membazir, kita disuruh berjimat.

    ReplyDelete
  14. banyak kenaikannya tu. Bertambahlah kos pergi kerja suami ke KL. Berkuranglah nilai gaji yg dapat.

    ReplyDelete
  15. Kadang tu kenaikan tak dpt nak di elak, tapi tu lah jangan lah depa janji secara 'menggila-babi' bila depa actually tau yg kenaikan bagai tak dpt nak elak kan?

    ReplyDelete
  16. timun dan durian . timun tak gelek kena , digelek dek durian lagi lah kena ... ermmm

    ReplyDelete
  17. Terasa sebab baru je buat budjet bulanan gara-gara kenaikan harga minyak. Dan kini adalah kenaikan yang rasa semakin tercekik dibuatnya :(

    ReplyDelete
  18. betullah kak. itu hakikat yang kita terpaksa ditelan sebab kita rakyat.
    semua benda naik harga even gaji menteri pun
    gaji saya aje yang takat gitu aje tapi
    terpaksa absorb semua kenaikan

    apa boleh buat, kita rakyat aje!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails