السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday — kena kija
30-11-2013
Berita menyampaikan, tentang hasrat Johan Ashaari akan bertunang dengan pelakon seksi Lana Nordin. Kemudian diulas oleh beberapa pihak berita sebagai menggemparkan dunia hiburan. Tergempar ker tu? Apa yang pelik bila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk meminang seorang perempuan. Bila mana seorang lelaki normal, berhajat hendak memperisterikan seorang perempuan yang disebut sebagai kekasihnya. Tak pelik lah.
Cuma, mungkin kita ni, manusia biasa yang suka buat andaian sendiri. Kenapa ada orang tak boleh terima berita itu? Sebab depa pelakun terkenal lalu segalanya menjadi tumpuan. Ya itu fakta. Tetapi Johan lelaki. Lana perempuan. Ada perasaan untuk bersatu. Itu jauh lebih... jauh lebih baik dari declare kekasih bagai nak rak, tapi bila tanya bila nak kahwin, klise nya: “Kami hanya kawan. Sedang mengenali hati budi masing-masing.”
Ya, umum tahu bagaimana Lana Nordin. Tapi, itu mata kita orang luar yang melihat luaran saja. Adakah kita tahu perasaan sebenar dia? Mungkin dalam hal ini Johan lebih tahu dan lebih memahami. Dan rasa kasih dan cinta mendorong dia untuk lebih mendekati Lana dalam erti kata yang lebih dalam dan lebih baik (halal sebagai suami isteri).
Adakah kerana kita melihat Johan itu sebagai seorang lelaki ‘baik’ dan warak lalu kita mengharapkan dia mendapat perempuan yang bertudung sopan santun lagi suci? Adakah kerana kita melihat Lana Nordin yang seksi dan kaki clubbing (andaian berdasarkan berita semata) lalu kita mengenepikan perasaan dia? Adakah kita patut menghukum dia seolah-olah perempuan ‘teruk’ (jika itu la yang ingin kita gelarkan) yang tidak layak mendapat lelaki sebaik Johan? (dan, kemudian kita lupa setiap lelaki baik pun ada kekurangan).
Macam la kita tak pernah lihat dulu dulu lagi, sejak 90-an lagi, ada jer artis wanita yang seksi bagai nak rak, bila kahwin boleh berubah, pakai tudung dan menjadi muslimah yang baik. Ada. Jika ramai yang masih ingat, memang ada. Saya boleh ingat seorang, WILMA Mohamad. Model seksi yang lepas kahwin berubah meninggalkan semua dunia modelling, bertudung. (Kini bergelar ibu tunggal selepas suaminya [pilot kalu tak silap] meninggal dalam kemalangan kapal terbang).
Menokok tambah berita gossip (mentang-mentang la dunia penuh media sosial) adalah tidak adil bagi mana-mana pihak pun yang terlibat.
Jangan lupa, jodoh tu rahsia DIA.
Cinta tu bukan sahaja seperti sambal belacan. Ia juga boleh disamakan seperti kopi. Walaupun pahit, tetapi ramai sekali yang ketagih akan dia. Kan? Kan?
~...HISYAM juga bukan lelaki terbaik untuk SERI BULAN tetapi sekurang-kurangnya dia sentiasa menjadi baik dan terus cuba membaiki diri, lalu terus dilihat sebagai paling baik di kalangan pemuda Kampung Separuh Desa, walaupun dia bukan pandai pun hendak bertukang kayu, bukan reti pun hendak mencucuk meredih padi juga langsung tidak tahu bagaimana kerbau nan seekor boleh membajak sawah bendang nan sekangkang...~
saya ada jugak jeling2 kisah depa ni...terutama Shila Amzah...tak payahlah tweet mcm2...diam2 ja la kalau betul takde perasaan kat Johan.....nampak mcm dia yg frust pulak..
ReplyDeleteHehe..Kita ni.. baik sgt ke nk kata mereka xlyk bersatu kan. Mereka nk kawin.. Bnda baik elok tu.. Wardina slh sorg yg saya ingt dlu seksi jgk tp semua pun diberi kesempatan baiki diri. Mana tahu esok lusa LN lebih baik dari kita semua....xphm den dgn kerenah manusia..hehe. Slmt pg kak azieazah
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletesokong dgn you 384%..( mengambil figure kenaikan gaji yg tengah heboh la ni)
they are entitled to be what they are supposed to be.Kun fa ya kun..Doa saja agar mereka diberi kebahagiaan sbb mereka tak usik kita kan...kan
Assalamualaikum,
ReplyDeleteNiat baik, moga didorong ke arah lebih baik...tu lebih baik dari janji nak kawin tp tak kawin sampai sudahhhh
siapa johan, siapa lana? hahahahaaa.....
ReplyDeleteada eh kopiko sugarfree... nak cari la.
Linda, sama la dengan aku. aku tak reti apa pun pasal kes depa ni. tup-tup tengok keluar nama depa bertiga. hahahaha
Deletesalam singgah azie. walaupun saya tak ikut perkembangan mereka, namun jika niat suci johan mahu memperisterikan lana kerana Allah Taala, siapalah kita yang tahu apa kesudahan perjalanan hidup akan datang..
ReplyDeleteAA
ReplyDeleteI mengaku terperanjat tak berok bila dengar berita tu maklumlah sana sini asyik uar2kan hal JA n SA aje. Tup2 lain ceritanya pulak. Takat terperanjat tak salah, kan? Semoga mereka bahagia.
2 minggu dulu I nampak Wilma kat Mydin :-)
Mmg terkejut dgr berita ni..tapi lau itu jodoh mereka, kita doakan yang terbaik je..
ReplyDeletekita yang paling baik...
ReplyDeleteoang lain ada jer masalah
Mck baca dari paper ja.......pelik juga sbb katanya kawan ngan SH, tiba nak kawen LN. tapi itu ketentuan la kot...jangan saja nak cari publisiti dah le
ReplyDeleteAA, sokong kenyataan AA.
ReplyDeleteNtahlah..asal seksi je jahat la sundal la. Asal bertudung je suci la dijamin syurga la. Ramai sgt manusia kat muka bumi ni yang berlagak nak jadi Tuhan..sibuk nak hisab dosa pahala orang & tentukan apa yang baik & buruk utk org lain.
AA, Tak sokong AA, sekurangnya ada kerja untuk diulas ada job ada masyuk ada colum
ReplyDeletepi blog kakcik td tersebut nama AA dm komen, haih memang patut la pcl mai jenguk sini..rupanya ceghita watak yg sama...
ReplyDeleteJohan ..Jangan menunggu peluang kerana ia selalu hadir setiap saat di depan kita.
Manusia.. kalau buat baik pon ada yang tak suka, buat jahat apatah lagi..mesti ramai yang tak suka...kan ! Jadi buatlah apa yang Tuhan suka walaupon manusia tak suka..
Johan lebih tahu apa yg dibuat..apa salahnya dia memilih Lana Nordin tu..eluklah dia warak boleh bentuk seorg isteri..kalau lana dapat yg tk beragama takkan berubahlah hidup dia..
ReplyDeletesaya setuju sangat sangat entri kak azie. bagi saya lelaki yang baik adalah orang yang sentiasa rasa diri dia tak cukup baik, sebab tu mungkin dia rasa dia layak dengan Lana Nordin. takde siapa pun boleh claim diri dia cukup baik dan perfect sampai kononnya fikir yang layak dengan dia adalah orang yang baik-baik juga. Allah maha pengatur, Janji Allah, lelaki baik untuk perempuan baik, begitu juga sebaliknya. 'baik' pada pandangan Allah adalah lebih dalam dari pandangan manusia.
ReplyDeletedan manusia pulak terus speculate dek kerana ceteknya akal dan dek kerana tak terjangkaunya kita dengan planning Allah.
kita tunggu sahaja. doakan sahaja. ini pengalaman dan pengajaran untuk semua orang termasuk kita sebagai pemerhati,
buat yang terbaik Johan...dia pun ada hak jugak....Lana pun ada hak jugak...kadang-kadang tak faham reporter kat luar ini suka citer gempak lebih sudu dari kuah......
ReplyDeleteZiela Jalil! Saya suka dia kak...dulu seksi gila masa berlakon sekarang sweet ja bertudung,
ReplyDeleteAllah akan memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, mungkin Allah memberi amanah kepada Johan utk membimbing Lana. Doa yang terbaik buat mereka.