السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-12-2013
Bila kita bersungguh hendak melupakan, itu la juga ketikanya terasa begitu payah. Kemudian dicampuraduk pula dengan godaan-godaan (jika itu boleh disebut godaan) lain seperti chat di FB, sms yang kadang 5 berbalas 1...
Rimas la jugak.
Dalam kita bersungguh berharap pihak di sana faham bahawa kita tak suka diganggu, tidak suka meneruskan sebuah hubungan (walaupun biasa), kerana lebih merimaskan, jauh sekali terasa selesa. Malah sangat bersungguh pula kita ingin lari dari perikatan itu, semakin pula pihak di sana ingin mengikat kita lebih menjerut.
Rimas la jugak.
Kadang-kadang kita memberi ruang dan peluang untuk mencuba. Tetapi pihak di sebelah sana masih tidak dapat mengikut rentak kita, masih tidak faham. Kadang bila ada ruang senggang untuk bersembang, banyak perkara yang dia jauh ketinggalan dari maksud sebenar, sehingga seolah-olah kita bersembang ibarat seekor ayam bercakap dengan itik.
Jadi janganlah nak declare sebagai kawan baik, kawan sejati saya (yang sejak dulu saya tak pernah ada kawan sejati pun) atau nak bagitau saya bahawa anda sangat faham saya. Sebenarnya tidak.
~...air tempayan tepi tangga memang sentiasa penuh sepanjang musim hujan kebelakangan ini dan tangga sentiasa basah dek tempias, ambin tidak berdinding sentiasa dingin nyaman pagi petang siang malam, memberikan pula suasana indah kala malam menjelang semasa pelita minyak tanah meliuk api malap-terang di kala Mak Utih menganyam tikar mengkuang dan HISYAM penjadi penanti SERI BULAN menjadi peneman...~
uitt... nape ni?
ReplyDeleteAbaikan jika tidak memahami.
Deleteintai..intai fb kekadang..
ReplyDeleteeh ter
FB pun Kak Azie dah tak berapa rajin nak intai.
Deletekak azie... ambin tu apa?
ReplyDeleteSerambi. Biasanya tidak berdinding. Ambin tu kami dok sebut masa di kampung dulu. Bahasa orang Banjar
Deletehmmmm..faham. faham.
ReplyDeleteTerimakasihhhhh...
DeleteSuka dia! Suka dia! Suka dia!
ReplyDeleteKak, tanya kan la anak akak macam mana nak download cerita Ko. Ri. Ya. itu. Huhuhu.
Nanti Kak Azie tanya depa apa url nya. Sebab yang Kak azie dok tonton tu di laptop depa. Depa prepare siap-siap, Kak Azie tinggal klik saja.
DeleteAssalam AA,
ReplyDeletehihihi akak selalu elak berkawan dengan orang yang tak sesuai dijiwa, kawan gitu2 aja.
Sememang dari muda tak ramai kawan.
Pilihan berkawan rapat adalah yang benar2 mengambil berat bila kita sakit dan susah. Bukan kerana duit.
Ada ketika memang kita sangat ingin elak. Tapi ada orang tak faham. Kita pula tak sampai hati nak buat orang terasa. Lalu pelan-pelan undur diri or buat senyap.
Deletetetiba pic kim tan! huaaaa dh kenapa ko hensem sgt!
ReplyDeleteMemang la kan? Ahhh Kim Tan!
DeleteDulu masa muda2 saya suka berkawan. Tapi semakin meningkat umur saya sedar, tak ramai orang yang boleh memahami saya. Maka lebih saya buka diri saya, lebih tercalar hati saya. Saya tak nak rimas2 juga.
ReplyDeleteBegitulah kita. Ada waktunya kita rasa suka berkawan ramai, ada ketika ramai kawan pun belum tentu menggembirakan kita.
DeleteMasa muda, job tada, masih belajar, kawan kena ramai, senang nak minta tolong, kena aktif Ngo, ke apa ker..mana tau jodoh..tapi bila job stabil..elok tak kawan orang..wang tak keluar..
ReplyDeletesorang-sorang lagi baik........
ReplyDelete