Friday, December 27, 2013

Salam, JumAAt terakhir 2013....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
27-12-2013


Semalam 26 Dis, hari ingatan tentang kejadian Tsunami, 2004 dulu. Yeaa banyak channel tv menunjukkan filem, kisah benar, dokumentari, temubual, dsb tentang tsunami. Saya rasa, itu wajar menjadi pengajaran dan keinsafan. Sedikit sebanyak.

Ada tsunami lain? Bentuk gegaran yang boleh menggoncang iman dan kesabaran? Dalam erti kata lain, mungkin. Di tempat kija saya, kesabaran dan kekentalan jiwa menjadi kunci untuk menjadi pekerja yang boleh diterima ke tengah ke tepi. Walaupun tidak semua suka kita, (and vice-versa), setidak-tidak berusaha untuk tidak menjadi seseorang yang dibenci, jauh sekali menjadi orang yang digelar ‘virus’.

Dalam sekian ramai orang, tentu ada sorang dua yang degil, ketegaq tak-tau-nak-habaq, perasan kebal dengan buat ikut kepala sendiri saja. Beberapa arahan tak boleh nak ikut (well, bukan tak boleh, tapi saja takmo nak ikut). Menjadi buah mulut juga, bila ada beberapa orang yang selamba-badak (kenapa badak?) yang buat tak kisah saja dengan beberapa peraturan tempat kerja.

Contoh, makan mesti di ruang makan (luar area work-station). Maksudnya kalu makan yang berkuah, yang berat mesti makan di luar. Jangan makan di meja kerja yang mungkin boleh mengotorkan keyboard. Jika setakat sekeping dua biskut or seketul dua kuih, memang dibenarkan.

Tapi, ada orang buat taktau saja. Selamba-badak (badak lagi?) jer suap Mee Rebus, kadang meggi depan keyboard sambil layan chat di FB. Awat, FB tu tak boleh tinggal sat ka? Keghairahan tu saya rasa biarlah orang muda saja, kita yang dah level mak-mak orang ni, berpada-pada la berfesbuk pun. Malu kat anak...!

Tayang-tayang:


Nasi Goreng Western. Tapau, dinner semalam. Nasi Goreng Cina + Ayam Goreng (Chicken Chop sebenarnya), Fries. Salad. RM6.00 yang saya rasa sangat berbaloi.

Black Pepper Sauce wpun sedikit cair tapi rasanya sangat sedap. Lain kali boleh cuba lagi. Sebungkus boleh makan berdua (saya beli 2 bungkus). Sapa yang memonopoli Fries, kalu bukan si CHAK yang manja kededek tuh!







 ~...rupanya kisah SERI BULAN bukan lagi orang biasa kepada HISYAM sudah lama menjadi buah mulut di majlis-majlis seantero Kampung Separuh Desa, hanya si puan diri yang tidak pernah mendengar sebarang tempias tiba di telinganya, kecuali HISYAM yang sangat berjaga agar cerita tidak pecah dalam rumah kerana tidak mahu airmata pecah dari empangan mata teman setia, dan ketika itu Mak Utih tidak berani hendak memujuk Pak Utih pun tidak tahu pada siapa hendak cerita dirujuk...~




19 comments:

  1. RM6 memang sangat berbaloi kak. Western dan Eastern food tu. Great combination. Macam saya buat cuti Krismas semalam, makan McChicken dengan kuah kacang. Fries cicah rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun perkara kali mencuba, selepas di cadang kan oleh si tukang masak kedai (kebetulan dah kenal lama). Cadang yang menguntungkan kedua-dua pihak nampaknya...

      Delete
  2. Yang suka sup dulu kat Ice Room tu, Chak ke Alia? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup cendawan Chak suka sangat, Alia pun suka jugak...

      Delete
  3. tajuk kita sama tapi isi tak sama.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya? Kak Azie lum sempat nak bw lagi harini..

      Delete
  4. nasi goreng western nie nampak sedap jer....tang ayam tu yang yummy....

    ReplyDelete
  5. murahlah RM6. kat tempat saya ni paling murah pun RM8 ke atas

    yang dibincangkan di atas macam terkena batang hidung sendiri plak
    tapi saya tak penah lagi makan mee rebus...hehe

    apapun salam jumaat ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM6 adalah sangat munasabah. Jika RM8 pun kalu sedap pun tak aihh...

      Delete
  6. berbaloi nbanyak gitu dgn rm 6 . klu saya mkn seorg mmg x habis .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kami makan kongsi-kongsi. Memang sorang tak boleh habis...

      Delete
  7. Murahnya... Boleh makan 2 org lagi....

    Makan mee kat workstation mmg over la tu...hheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wpun belum pernah ada kejadian kuah tumpah, tapi memang tak sesuai makan menu berat depan keyboard pun....

      Delete
  8. siapa yg letak karipuf atas keyboard ambil gambar tuhhhhhh??????? ingat tuh mangkuk tempat letak makanan kerr :-)

    ReplyDelete
  9. kat area mana yg boleh dapat menu sebegitu pd harga RM6 kak azie?

    ReplyDelete
  10. Tengok dari segi rupa Rm6 sangatlah berbaloi.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails