السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
14-12-2013
Hari ceria dan cerah. Selepas semalam JumAAt, petang muram durja. Hujan lebat bersama angin kencang beserta guruh. (tapi dalam hati dok sebut, “heeee bestnya kalu dapat main ujan!”)
Saya pernah buat gila beberapa kali main hujan. Sekali di KL (jalan kaki dari tempat makan selamba redah hujan ke parking).
Dan sekali masa Dak AMOI dan Dak IKA kecik. Kami balik kampung dan kebetulan ada hujan. Kami main hujan di laman Rumah Bonda, yang luas bersimen. Ahhh!
Tu belum kira masa kecik-kecik. Pernah juga sengaja main hujan dan tadah kepala di pancuran air hujan di cucur bumbung zink rumah. Air hujan lebat turun dari bumbung macam air terjun sampai sakit kepala. Tapi... best sangat!
Dah tua mana leh buat camtu walaupun sangat-sangat la teringin! Keinginan yang gila!
Tayang-tayang: suatu keinginan yang gila juga juga dari seorang tua. MyTOKLAKI punya kehendak!
Durian kampung sedang bermusim sekarang. Agak murah, tapi rasa semua hampir sama, tak kira kecik besar or putih or kuning.
Bersama pulut ditanak atas dapur.
Ada orang tak pandai tanak pulut, manjang lembik. Saya belajar dari arwah MyAyah. Cara dia: didihkan air dalam periuk dulu. Bila dah didih baru masukkan beras pulut. Air tak boleh banyak, cukup sekadar tenggelam beras saja. Kacau dan terus perlahankan api. InsyaAllah, wpun nampak macam ‘tak cukup air’ tapi kanji pulut akan memasakkan pulut tu dengan elok dan berkilat.
~...ketika dusun durian mula rahat bermusim, pondok yang pernah menjadi sejarah teduhan antara HISYAM dan SERI BULAN dalam sebuah peristiwa terperangkap dek hujan lebat, ingin sekali diroboh dengan sekali tunjal kerana malas hendak mengenang apa yang pernah mereka lalui walaupun hanya mata bertentang mata, tangan berpaut kerana takut tetapi andai hujan lebat sekali lagi HISYAM tidak yakin dia takut lagi dan SERI BULAN bimbang dia pula yang menjadi lebih berani...~
mesti comel je akak main hujan tu kan...basah kuyup + mengiggil.....sy pun terigin jugak...
ReplyDeletesskali sy benarkan ank2 main hujan sbb saja nk test antibody diaorg...lagipun main hujan ni best......
wah mengancam sungguh pulut durian..kt pantai timur mmg femes emos....
Kalu dah gila sangat nak main ujan, mana nak kira dah comel tak comel. Janji seronok!!
DeleteKalau hujan lebat saya pun kerap jugak buat macam akak buat tu. Dulu masa masih naik bas, balik kerja turun dari bas saja je dok tercangak tepi jalan tu. Konon macam tunggu kereta nak reda baru melintas. Pada hal saja nak main hujan. Tapi masa tu hujan lebat aje la. Tak de guruh. Bila dah agak lama, dah puas basah lencun baru gerak pi capai motor. Hahah. Seronok sekali sekali main hujan.
ReplyDeleteBila dah lenjun satu badan baru rasa puas,kan? Heyyy dah tua tua ni mana bleh nak gitu lagi. Wuaaaa
Deletebaru dua hari lepas saya dok gila snap gambar air hujan . wpun ada guruh dan kilat . cara baru masak pulut . nak cuba nanti ...
ReplyDeleteKak Azie pun suka nak snap pic time ujan, tapi selalu tak sempat sebab dok dalam bangunan.
Deletemasak pulut nampak senang tp susah...kalau ikut petua arwah mak saya,masak pulut jgn sampai 'pecah perutnya' (beras tu pecah,)biar nampak sebiji2 tp tetap rasa masak..cantik dipandang dan sedap dimakan..
ReplyDeleteBetul. Masak pulut kena tahun teknik baru betul menjadi dan elok masaknya.
DeleteBetul. Masak pulut kena tahun teknik baru betul menjadi dan elok masaknya.
Deletesy pantang nampak kuah durian dgn pulut ni...oohh stok durian ada dlm fridge..esuk nak buat..harini tk sempat sebab nk pegi rumah Dr Hanie..
ReplyDeleteAhaaaa buat jangan tak buat....
Deletesalam weekand akak..
ReplyDeletetimekasih atas kunjungan akak ke blog me,family and kehidupan..
cara ayah akak tanak pulut tu sama juga dengan cara mak mentua saya..lembutkan kak kalau pulut yang ditanak ni..makan pulak dengan serawa durian kompom tak toleh kiri kanan hehe..:)
Biasanya, kalu pertama kali buat memang tak berapa nak jadi. Tapi kalu kerap buat, insyaAllah elok menjadinya..
DeleteOoo durian ngan pulut...best. tapi kat rumah ni pakcik suka yg kukus....ie nak rasa pulut yg masih krup krup tapi masak...
ReplyDeletePulut yang dikukus biasanya agak kering. Yang tanak ni lebih lembut tapi kali salah cara boleh jadi lembik...
Deletemmm..bestnya main hujan..dekat padang bola pun best main hujan..air jernih sikit..kalau hujan lebat dan ada tempat bertakung....lari2 lepas tu terjun dlm lopak air tu..pehhh....syorgaaa
ReplyDeleteMain air dalam lopak? Dibuatnya ada tikus ke apa ke dalam tu, haa syorgaaa la kau chot. Hahaha.
DeleteMain ujan memang best sangat, tapi awas jangan main ujan jika ada petir dan guruh. Jika ujan semata, ok sila layan sampai gigil!
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetikus xperr...kalo taik lembu..? warghhh
DeleteAA
ReplyDeleteTiap hari I mandi air hujan TAPI dalam bilik airlaaa... hehe..
Hahaha mana best main dalam bilik air... tak thrill larrr
DeleteAina lebih suka kukus sebab lebih kering berbanding pulut tanak yg lebih basah.
ReplyDeleteDah umur cam kita nie kak..kalau nak mandi hujan, harus pakai pakai kelambu keliling... Seksiiii...hahahahaha
ReplyDeleteKak, jap nak bayangkan.
DeleteEh he he.
Hmm wow!
Haa?
Eh?
Tak boleh. Tak boleh. Tak boleh nak terus bayang kan.
nak kena belajar masak pulut....sedapnya.....
ReplyDelete