Thursday, December 12, 2013

Bukan NAGA pakai SARI: kenapa nak banding laki orang dengan laki sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
12-12-2013


Seorang kawan selalu sesakkan telinga saya setiap pagi dan petang (almost everyday) dengan cerita ketidakpuasan hatinya (hatinya jer... bab lain saya taktau) terhadap sang suaminya. (kenapa ‘sang’?)
Selalu dia merungut laki dia tak sporting, laki dia malas jalan-jalan, laki dia suka kerja, suka buat OT sampai jarang ada masa kat rumah, jarang sembang-sembang. Dan dia bosan. (Pada saya dia kesunyian).

Faktanya begini: dia berkahwin selama kira-kira sudah 10 tahun. Mungkin ini dugaan dan ujian. Yang tak best suka dok sebut pasal laki orang lain yang pada mata kasar dia, sangat best, ada masa dengan bini ada masa bawak bini jalan-jalan. Kenapa nak banding?

Dia berkahwin ketika usianya 40 tahun (agak lewat jodohnya). Suaminya muda sedikit tetapi pada saya suami dia lelaki yang baik. Baik la sebab takdak skandal luar rumah. Rajin kerja tu kan ke bagus? Mereka tidak dikurniakan anak. Itu menambah kesunyian. Sampai bila kita dok banding laki orang dengan laki kita (or ada lelaki suka banding bini orang dengan bini sendiri? Atau sekadar nak jadikan itu suatu alasan untuk tidak rasa bersalah mencari pucuk muda?) Huh...!

Saya? Saya kahwin muda seawal 21 tahun dan sudah bersama puluh tahun. Jadi soal nak komplen sudah tak timbul. Soal nak rungut pun dah jadi malas. Sebab saya dah menerima segala kelemahan dan keburukan menjadi sebati dan sebahagian hidup saya. For more than 23 years!

Tayang-tayang:


Saya jarang jumpa kuih sebegini. Kuih Nagasari. Ingat-ingat lupa akan kuih ni cemana rupa. Rupanya ia seakan Kuih Tepung Bungkus. Berinti pisang.



Seorang rakan sekerja buat dan saya dapat merasa seketul. Kerana saya kurang gemar pisang dimasak (pengat pisang pun saya tak gemar) jadi saya makan tepung putih tu saja.






 ~...hujan lagi sekali malam itu memberikan rasa resah berganda kepada SERI BULAN kerana HISYAM sudah memberi isyarat akan ada surat bertulis tangan diletak di bawah tempurung, lalu sekiranya tidak hanyut dek becak mungkin sekali akan lembab dan kembang semangkuk lalu tulisan hanya anganan, alangkah baik HISYAM terus mengucapkan segala isi hati di cuping telinga beralas selendang panjang bercorak bunga tanjong tapi wangi bak bunga melur...~




21 comments:

  1. yg kita tak suka tentang pasangan kita,itulah sbnrnya yg terbaik utk kita...cuma akal kita tak terjangkau hikmahnya....

    ReplyDelete
  2. Isteri atau suami yg membuka aib pasangannya tergolong mereka yg tak ada iman.. kesian.
    Kena pergi kursus perkahwinan lagi nampak gayanya.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya kalau ada masalah, bincanglah terus dgn pasangan. Pastu buat plan utk 'hidupkan' kembali rumahtangga yg suram. Hadiahkan percutian ke.. Kalau jaja cerita gini, mcm tak syg pasangan la pulak.

    Saya lebih suka belebat @ lepat pisang berbanding nagasari ni. :)

    ReplyDelete
  4. saya ada kelemahan, suami pun ada kelemahan..dan dari kelemahan itulah kita saling melengkapkan..

    ReplyDelete
  5. namanya naga sari ye?
    igt tepung bungkus...rindu tepung bungkus .lama x makan

    ReplyDelete
  6. saya pun ingat tepung bungkus tadi...nenek saya antara yang mahir buat kuih tepung bungkus...saya mahir makan jer:-)hehehe

    ReplyDelete
  7. lembut kan madu ituu., oops nagasari itu., ehhHEee

    ReplyDelete
  8. kak, kalau dia dok bebel lagi pasal laki dia kak, akak cakap aje, "Untung kau ada laki. Tu si t.a.t.a tu, umur dah senja tapi masih tak berlaki lagi. Kang dia rembat laki kau karang, padan muka!"





    HA. HA. HA. HA.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Azie

    mukin dia nak melepaskan tension, kalau dia pendamkan...lama2 mukin bahaya
    nasihat yg terbaik untuk dia

    ReplyDelete
  10. Adakah perbandingan itu mampu mengubah keadaan? Saya juga kadang2 berkongsi cerita bersama kawan kalau dalam keadaan tertekan tapi tak lah merungut tiap2 hari.

    Aina pun sama tak suka sangat pisang yang dimasak kecuali goreng pisang!

    ReplyDelete
  11. eemm.. berbincang dari hati ke hati dengan en. suami lebih baik rasanya.. dan mungkin dia kerja + OT sebab nak bayar hutang sedia ada.. mungkin isteri tau tapi sebab tak dapat nak puaskan hati sendiri itu yang jadi macam tu..

    ReplyDelete
  12. mis communications lah ni . anak x de . mungkin suami rasa sunyi . jadi dia sibukkan diri dgn keje . bila si isteri rajin pok pek pok pek sbb x puas hati , lagi la si suami tu lebih rela balik umah just utk tido jer ... my bonda dulu rajin wat nagasari aka lepat pisang . maklumlah pisang byk kat keliling umah ...

    ReplyDelete
  13. hmm..suami saya sibuk juga tapi rajin membantu saya..sebab tu saya sayang dia..hehehe..xyah nak cari kekuranganlah kan..kita pun bukan sempurna..mujur suami dia tak cari lagi satu dgn alasan sbb takde anak..kalau tak..lagi sunyilah hidup..huhu..

    ReplyDelete
  14. salam kak..
    bagi saya la apa2 masalah dgn suami kena bincang n cakap dgn suami sbb orang lain tak boleh selesai masalah kita. nama pun masalah dgn suami bukannya masalah gan org lain. tak kena la kalo kita duk luah gan org lain tapi suami tak tahu..

    ReplyDelete
  15. Salam AA,

    mengeluh resah, kepedihan yang diluahkan sampai terbongkar rahsia isinya sebuah hati bagi meredakan rasa yang dipikul berupa satu bebanan, akan tetapi pengaduan yang berbau perbandingan tidaklah elok karena itu namanya "berdusta" (dalam artikata walaupun benar pengesahan si-isteri tehadap kelemahan sang suaminya namun dikira "mendusta" yaitu seolah berbohong keatas pengesahan tersebut karena sudah dikira mengaibkan sang suami) terhadap pasangan aka suami yang dipilih dek jantunghati sendiri walhal usianya amat matang semasa dinikahi... ya ampun, seboleh yang mungkin benda-benda leceh yang tidak seberapa itu janganlah kerap dikerenyetkan/dirungut meskipun hanya sebagai luahan hati yang enggan menerima hakikat "itulah suamiku"... sewajarnya kena bijak mencari penyeselesaian keatas punca atau sebab musabab yang ditanggung itu supaya tidak terus kusut takut nanti bersimpul-simpul masaalah yang leceh itu...
    Seperkara lagi sekarang ini lazimnya memasing begitu "peramah" dimana office adalah tempat yang lama diduduki oleh pekerja jika dibandingkan berada dirumah sendiri, jadinya sudah seperti "keluarga" yang rapat dan untuk berkongsi apa sahaja yang terpencil dilubuk jantunghati sehingga semuanya hendak diluahkan ... dan terjadilah perbandingan yang ketara kepada sesiapa yang serba-serbinya didalam kekurangan yaitu perhatian/layanan yang tidak setimpal dari suami terhadapnya dapat dirasai, malangnya bila perbandingan itu dikajikan hanya dari matakasarnya sahaja... mengapa hubungan suami&isteri berpaling keruh setelah bertahun bersama? dari fakta yang AA nyatakan jelas sekali sang suami menyebokkan diri bekerja dan menjadi pendiam karena kesunyian dan bosan dengan rentak irama hidupnya yang "monotone" sama seperti si-isteri juga bosan dan kesunyian dek kekosongan yang tidak diisi-penuh seperti semahunya diri, oleh itu kedua-duanya memendam rasa secara adil tapi berlainan caranya mereka memikul bebanan tersebut, bezanya sang suami bertingkahlaku sedemikian mungkin puncanya pabila pulang dari tempat kerja sudah pasti dirumah tiada gelak & tawa yang ceria dari anak-anak yang didambakan selama ini yang sekian lamanya dipendam menjadi dukalara dihati... dan si-isteri pula merungut ditempat kerja bagi meredakan ketidakpuasan dirinya terhadap hidup yang dibelenggu dek kesunyian dan kebosanan itu dengan harapan dapat meringankan kerasaan hati nan perit pedihnya... kesimpulannya? Bagi kak Ratna, sewajarnya mereka berdua jolok-tebukkan sarang dijantunghati terbongkar keluar supaya bebanan memendam rasa itu dapat diringankan bersama yaitu bertolak-ansur sesama duahati dan beralah kepada yang leceh bagi meredakan kesunyian & kebosanan yang semakin melaratkan hubungan kasihsayang diantara mereka berdua, dalami dan renungi kedua matahati memasing dan pilih jalan penyeselesaian yang sepakat bagi menuju kepintu kebahagiaan... Insya'Allah.

    Dahulukala Moyang sering membikin kuih lepat nagasari berkuah santan kelapa nan lemak rasanya yang banjir didalam bungkusan daun pisang pabila dibuka, yummy... j'adore !

    Salam mesra semanis madu.

    ReplyDelete
  16. org cakap xbaik membezakan suami sendiri dgn org lain.. bg yg tak kawen lg ini dijadikan pengajaran

    ReplyDelete
  17. Rule no 1: NEVER, EVER buruk kan suami/isteri sendiri di mata orang lain.
    Akak nasihatkan dia jumpa kaunselor.
    Tu yg terbaik.

    Saya igt kan tu kuih koci ! hahaha

    ReplyDelete
  18. azie..knah ingat kueh tu tepung bungkus tadi.... belum pernah makan kueh ni.. =)

    ReplyDelete
  19. terimalah pasangan anda seadanya...

    ReplyDelete
  20. Oiuuusk tk tunjuk copstik kuis kuih naga..ni fesyen baru nihh

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails